Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Blog/Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blog/Blogger. Show all posts

11 June 2011

Laman Pirate Bay bidas sekatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate private bay storyBay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.


Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.


Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com. - http://malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

Sejak akhir akhir ini Kerajaan Malaysia @ Kerajaan BN ini makin merapu dalam banyak tindakan yang diambil. Dalam keadaan rakyat bergelut dengan kenaikan segala macam barangan, mereka disajikan dengan video lucah mirip DS Anuar Ibrahim. Dijaja kehulu dan kehilir tanpa rasa malu dan rasa bersalah. Semua nya jadi halal. Tidak ada lagi seorang pun yang ditangkap Polis atas isu video lucah tersebut. Pelik Malaysia ni.

Terbaharu, Kerajaan buang tebiat lagi dengan mengenakan sekatan terhadap internet kepada laman-laman 'upload & download'. Memang kerajaan buang tebiat sebab laman lucah tidak pulak disekat.

Entah lah, tapi setahu aku kalau orang buang tebiat ni umur dia tak panjang.....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

28 July 2010

Tun M: Tony Blair dibayar RM1 juta untuk berucap di Malaysia


Tun M memberikan ucap utama dalam seminar penulis blog dan media sosial Asian di Berjaya Times Hotel, Kuala Lumpur-gambar ehsan minaq jinggo

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kehairannya terhadap akhbar negara ini yang didakwa menggelapkan isu penting, antaranya berhubung isu antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah tindakan kerajaan Britain mengheret bekas perdana menterinya Tony Blair ke inkuiri kerana didakwa terlibat dalam sejarah perang di Iraq suatu masa dahulu.

"Ia bukan lagi perang antara tentera dengan tentera, tetapi bagaimana tentera membunuh orang awam...

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.

"Tidak ada laporan langsung tentang pembohongan Blair," kata Dr Mahathir.

Sebaliknya, dakwa Dr Mahathir, Blair malah dibayar sebanyak sebanyak RM1 juta untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

Pada 24 April lalu, lebih 200 anggota pelbagai NGO serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan Blair bagi berceramah di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company. - malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
Tun M dah lupa agak nya. Dulu semasa beliau ditampuk kuasa, banyak juga benda yang beliau kongkong. Berani ke akhbar yang pro kerajaan mengambil risiko untuk berhadapan dengan berbagai bagai akta yang bila bila masa saja boleh dimanipulasi oleh kerajaan untuk memberi hukuman kepada mana mana penerbitan yang tak selari dengan kerajaan.

Bila sudah tidak berkuasa, baru lah beliau perasan bahawa media dan akhbar yang ada kat Malaysia ini tak prihatin dengan isu isu penting. Apatah lagi kalau isu tersebut, tempias nya kena pada kerajaan sendiri. Tidak banyak cerita yang berat berat untuk rakyat berfikir. Ye lah...kalau aku jadi editor pun, nak buat apa cari penyakit. Lebih baik cerita pasal artis kawin cerai, rogol, propaganda, kemalangan jalanraya, cerita tahyul dan cerita merapu.

Lagi pun Tony Blair dengan Tun M pun bukan kah banyak persamaan nya. Kalau Tony Blair berbohong, Tun M pun rasa nya boleh tahan juga....masa dulu lah kan...

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

05 June 2010

Amaran: KPN nak tangkap sesiapa yang bersubahat sembunyikan RPK


Tan Sri Musa Hassan semasa Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2009 (gambar dari encree.blogspot.com)
Sebelum ini gara gara Raja Petra Kamaruddin (RPK), Hisamuddin melatah. Khairy Jamaluddin pun tumpang sekaki menyindir Hisammuddin. Kini giliran Ketua Polis Negara pulak buat kenyataan lawak yang mengalahkan Raja Lawak Astro. Datuk Zaid Ibrahim mesti gelak. Kesian KPN, tak lama lagi nak bersara. Patut nya sebelum bersara ini, buat lah sesuatu yang baik dan berfaedah. Boleh juga dikenang orang nanti. Mengapa dikata kan lawak ?

1. Sesiapa pun boleh berjumpa dan bertemu dengan Raja Petra Kamaruddin di London termasuk lah Tan Sri Musa Hassan sendiri kalau beliau mahu. Apa kah itu dikatakan sebagai bersembunyi ?. Bukan kan bersembunyi itu makna nya tak nak bagi orang jumpa kita ?. Pernah tak KPN main nyorok-nyorok masa kecil dulu?. Kalau pernah, mesti KPN tahu apa makna bersembunyi.

2. Kalau RPK tidak bersembunyi, mengapa nak salahkan orang yang jumpa dia. Kalau aku pergi London dan terjumpa dengan RPK. Kemudian sembang sembang dan RPK belanja aku makan nasi kandar, salah aku ke?.

3. Tan Sri Musa mengakui Interpol enggan memberi kerjasama untuk menangkap RPK. Persoalan nya, mengapa ?. Kalau RPK seorang penjenayah atau pengganas, sudah pasti Interpol akan memberi kerjasama. Interpol atau Scotland Yard mungkin tahu bahawa isu RPK ini hanya lah isu politik dan malas nak masuk campur.

Berita nya dibawah.


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersekongkol dengan blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah.

Memetik laporan agensi berita Bernama, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra.

Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra.

Musa Hassan berkata PDRM mempunyai cara tersendiri untuk menangkap pengendali web Malaysia-Today itu, yang diburu kerajaan Malaysia ekoran rencana yang menyentuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Musa Hassan juga memberitahu Interpol enggan membantu kerajaan Malaysia menjejaki Raja Petra, dan PDRM tidak boleh menyerbu negara yang kini didiami Raja Petra, namun itu tidak menghalang PDRM dari merencana strategi baru.

Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini kini dalam kawalan pihak berkuasa di Penjara Sungai Buloh. - http://tvselangor.com


Artikel berkaitan:
1. IGP buru individu bersubahat Raja Petra - malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

10 May 2010

UMNO/BN yang guna masjid untuk politik kepartian

PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.

Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Sebenarnya saya datang ini ada hal lain, peribadi. Terlanjur datang, saya buatlah laporan ini.

"Dan saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya.Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.- berita penuh di www.malaysiakini.com

Dibawah ini adalah klip video sidang media Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan isu salah guna masjid untuk kepentingan politik.



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

14 March 2010

Himpunan PROTES 15 Mac di perkarangan Parlimen ditangguh-Rakyat Menang Pusingan Pertama

Sidang Media tergempar telah diadakan pada jam 11.30 pagi di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut.

Jawatankuasa PROTES terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat laporan yang berterusan mengenai perkembangan Bantahan terhadap GST yang dirancang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga bermula pada sidang Parlimen kali ini.

PROTES juga mengucapkan terimakasih di atas kebangkitan rakyat yang sudah bersedia untuk sama-sama turun menyatakan bantahan terhadap isu ini.

PROTES meyakini kita telahpun menang pusingan pertama dalam usaha memPROTES pelaksanaan GST.

Ini adalah kejayaan rakyat dan PROTES mengucapkan SYABAS kepada semua rakyat.

Oleh itu PROTES membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN Perhimpunan Aman Rakyat Membantah GST yang dirancangkan untuk diadakan di perkarangan Parlimen esok.

Ini tidak bermakna kita terus membatalkan usaha ini, kita akan tetap teruskan usaha mendesak kerajaan untuk terus membatalkan GST. Usaha memberi penerangan kepada rakyat akan diteruskan.

Jika pada suatu hari nanti kerajaan mengambil sikap melaksanakan GST, PROTES tidak akan berlengah bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk mengGagalkannya Sebelum Terlambat. - http://protes2010.blogspot.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Pengumuman dari Sekretariat PROTES: PENTING & SEGERA



Satu Sidang Media Khas PROTES akan di adakan seperti maklumat di bawah :

Tarikh : 14hb Mac 2010, Ahad

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Aras 2, Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut


Semua wartawan dan blogger dijemput hadir bagi mendapatkan penjelasan terkini tentang Himpunan Aman PROTES bagi membantah perlaksanaan GST yang dirancang akan diadakan pada 15hb Mac, jam 9 pagi di perkarangan Parlimen.

Sidang Media ini diadakan susulan dari keputusan kerajaan untuk menangguhkan perbahasan mengenai rang undang-undang GST dan tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin, menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - http://protes2010.blogspot.com

17 January 2010

Raja Petra dan Polis = 'Tom and Jerry'



“Tunjuk muka jika ada dalam negara”
SHAH ALAM - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.

“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.

“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.

“Apa yang saya boleh maklumkan di sini, kita masih percaya dia berada di luar negara dan kita masih menyiasatnya termasuklah menggunakan bantuan polis Interpol,” katanya.

Dalam kenyataan terbaru Raja Petra di dalam laman webnya, beliau mendakwa pihak polis masih gagal membuktikan bahawa beliau berada di luar mahupun di dalam negara.

“Kamu (Musa) anggap saya keluar Malaysia dan masuk negara lain secara haram atau menggunakan pasport asing walaupun sebenarnya kamu tidak tahu.

“Ini bermaksud, kamu pun tidak tahu sama ada saya masih berada di dalam negara kerana kamu gagal mengesan bukti bahawa saya masih tidak berada di dalam negara,” katanya.

Akhbar pada 20 Disember lalu melaporkan bahawa Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Dalam kenyataan sebelum ini, Raja Petra mendakwa dia kini berada di Poland menyambut sambutan Tahun Baru bersama beberapa wanita asing. - Sinar Harian

Aku cuma nak kata:

Seronok jugak tengok bagaimana Raja Petra main sorok sorok dengan Polis Malaysia. Raja Petra mempermainkan pihak Polis tak ubah seperti permainan 'kucing dan tikus' yang popular iaitu 'Tom and Jerry'.

Menyinga betul nampak nya Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar apabila Raja Petra kata dia masih berada di dalam negara. Mana tak menyinga nya, sebab selama ini pihak Polis kata Raja Petra ada diluar negara. Mau nya tak malu pihak Polis sehingga kan Tan Sri Ismail mencabar supaya Raja Petra keluar menunjuk kan diri. Sudah tentu lah mati hidup balik pun Raja Petra tidak akan keluar. Siapa boleh bagi jaminan bahawa Raja Petra boleh mendapat perbicaraan yang adil dikala mahkamah dilihat berada dalam genggaman pemerintah. Jangan lah disangka hakim 'tidak relevan' sudah tiada, maka hakim hakim yang masih tinggal ini semua nya 'masih relevan' dan 'correct'.

Apa pun, seronok tengok gaya Raja Petra. Kadang kadang hairan jugak bagaimana beliau mengetahui banyak rahsia dan pekong yang ada dalam kerajaan BN. Nak tengok apa kesudahan permainan ini. Polis ke yang kalah atau Raja Petra yang kalah ?. Buat masa ini dari segi moral nya nampak macam Polis tak akan menang dan Raja Petra pun tak nampak akan kalah.

Sekian.


* Artikel Raja Petra yang dimaksudkan oleh
Tan Sri Ismail Omar, sila klik disini

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


18 September 2009

Laman Blog Malaysia Today sukar diakses selepas dedah 'Kertas Kabinet' PKFZ


Print Screen Laman blog Malaysia Today
Laman blog Malaysia Today sukar diakses dan sekaligus mencetuskan persoalan sama ada ianya ada kaitan dengan pendedahan satu kertas kabinet yang 'diklasifikasi' mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sejak tiga hari lalu, blog tersebut telah memuatkan beberapa bahagian daripada kertas kabinet tersebut.

Dokumen yang disiarkan itu mendedahkan bagaimana projek RM12.5 bilion itu dilanda masalah.

Malaysia Today tidak dapat diakses langsung pagi ini tetapi dapat diakses semula tidak lama kemudiannya.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini pada jam 3.45 petang tadi menunjukkan blog tersebut sekali lagi tidak dapat diakses.

Ketika dihubungi, Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi menafikan mereka menyekat blog tersebut.

"Kita tidak ada kuasa untuk menyekat mana-mana lamanweb," tambahnya.

Sumber dalaman mendedahkan bahawa Malaysia Today menghadapi serangan DDOS dan percubaan menggodam blog tersebut.

Blog tersebut tidak disekat, kata sumber itu yang tidak mahu disebut namanya.

Walaupun ia kemungkinan disebabkan oleh ramai yang cuba mengakses blog berkenaan tetapi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menimbul persoalan sama ada masalah teknikal itu ada kaitan dengan pendedahan dokumen tersebut.- malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
Memang susah nak akses Laman blog Malaysia Today 2, 3 hari ini. Terpaksa cuba banyak kali. Aku bernasib baik dapat akses dan buka artikel ' What the Cabinet hid from the Malaysian public ' yang memaparkan dokumen 'kertas kabinet' mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Aku tak berani nak bagi 'link' atau 'copy & paste' dokumen. Tak pasal-pasal pula nanti aku dituduh bersubahat mengedar/memaparkan dokumen tersebut.

Bukan nya anda semua tak tahu bagaimana Kerajaan Malaysia yang terdiri dari pemimpin UMNO/BN ini menangani isu sebegini. Kalau dokumen itu adalah dokumen yang 'SAH', sudah pasti Pengendali Blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) akan dikenakan tuduhan dibawah 'OSA' dan kalau palsu pulak, RPK mungkin akan dikenakan tuduhan menipu dan memaparkan dokumen palsu dengan niat memalukan Kerajaan. Isi dokumen ?. Yang itu tak payah siasat betul atau tidak. Tanya Tan Sri Gani Patail sebab beliau adalah 'Yang Arif'...

Dibawah ini aku paparkan sebahagian komen yang aku kira menarik oleh pengunjung Malaysia Today berkaitan artikel tersebut.

written by Wudan, September 17, 2009 02:25:41
Ini lah dia Rahsia Besar PKFZ

Perenggan 9

Pada 25 February 2004, YB Menteri Pengankutan telah mendapat kelulusan dasar daripada Y.A.B Perdana Menteri untuk melaksanakan kesuluruhan projek ini dalam 1 fasa serta turnkey developer dilantik untuk melaksanakan projek ini. Selanjutnya LPK telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00.
Walau bagaimanapun, peningkatan kos projek ini telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat.

Y.A.B. Perdana Menteri/Menteri Kewangan1 tidor. Menteri Kewangan 11 kena tulis memorandum kepada Jemaah Menteri. Jemaah Menteri half-past six angguk-angguk dan balik tidor. YB Menteri Pengangkutan sakit dan hilang ingatan. General Manager LPK tak tahu kira cash flow.Rakyat 1Malaysia kena tanggung semua ‘kerja gila’ ini.

written by MalayMail, September 17, 2009 21:50:49
Wow! Are you going to vote for BN again???
People in Bagan Pinang, please vote for a CHANGE!
You vote will effect the future of Malaysia!
If RM4,632,732,000.00 in good hand, our petrol price will be down below RM1.20/liter and alot of things will be much cheaper.
Where does the money go!!! Selfish personal gain? by elected BN politicians?
You will be the judge!

written by arazak, September 17, 2009 04:12:44
This Hari Raya, my friend told me he is not buying any baju raya for his kids. And no more the annual Bata Shoe shop trip for the family on the final week of Ramadhan. They have to celebrate with whatever they have for now. His wife was laid off with paltry compensation in March this year and this chap received no salary increment for 2 years already. Meaning, their total income had shrunk amidst the escalating inflation and cost of living.

Now, what we are having here are a bunch of crooks running and bleeding the country to death. While the rakyaat is struggling to put a decent meal on the table and trying to get their children with a decent education, the UMNO-BN regime on the other hand is fcuking the lives of the rakyaat with their shameless obscene wholesale looting. . .! PKFZ, Scorpane, Sukhoi, and now the latest China made PLKN buses!

Maybe this Scorpane “commission†Prime Minister Najis and his wife, the PLKN China made “bus rasuah†Big Fat Mama, wanted to appease the rakyaats’ discontent by throwing a lavish Hari Raya Open House in Putra Jaya during this Eid festival holiday. But than remember, he is using the tax-payers’ money, our money. You are stealing our money and now you think you can calm us down by feeding us with a few strips of satay and meehoon goreng?
Need I say some more. . .? I have to stop here, my blood is already boiling!

17 September 2009

Peranan Bloggers Pro PR di PRK N31 Bagan Pinang

Oleh : albanjari
Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib ‘ong-ong’ ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama ‘kerusi roda’, yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang ’senget’ di hujung garisan penamat.


Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber,
BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi ‘ajar’ buat Umno-BN kelak.



Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan ‘perang’ ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :

1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).
2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang ‘rasmi’ bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.
3) Menyediakan ‘full access’ ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam – Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan ‘kesesakan’.
4) Untuk pengkalan data bloggers – keselamatan.
5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.

..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh
BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!!
a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL
Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129
(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.
Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.
(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September – 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.- http://politikbanjar.blogspot.com/

12 August 2009

Dharmala NS (Pak Dharma), sasterawan Melayu Kembali Ke Rahmatullah

[muluk2.jpg]

S
eniman terkemuka negara, Dharmala NS atau Abdul Muluk Daud, 62, yang juga seorang blogger meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat serangan jantung.

Abdul Muluk Daud, sasterawan Melayu terpenting menulis dalam semua genre termasuk novel, cerpen, puisi, rencana, skrip drama pentas, tv dan filem. Pemenang hadiah sastera nasional 1974 kategori cerpen. Pemenang sayembara novel Yayasan Sabah Gapena 1979 dan 1981. Pemenang hadiah cerpen Esso-Gapena 1981 dan 1982. Beliau juga ialah Ahli Jawatankuasa penyelidikan budaya Muzium Negeri Sembilan 1990-2003.

Beliau yang juga terkenal di alam siber dengan nama Pak Darma melalui blog adimul.blogspot.com adalah seorang blogger yang tekun mengemaskinikan blognya yang memuatkan tulisan-tulisan dari beberapa orang penulis dari Warga Perihatin Malaysia (PRIMA) seperti pengkritik sastera terkenal, Mohd Affandi Hassan, Kamal Amir, Yahya Ismail, Mankadir dan lain-lain.

Pak Dharma dilaporkan telah dikejarkan ke hospital mengadu sakit dada dan minta diurutkan. Beliau pada hari berkenaan baru selepas bersahur untuk menjalankan puasa sunat.

"Badannya berpeluh-peluh dan kukunya sudah biru," jelas Puan Adiah, isteri Pak Dharma.

Waris Pak Dharma menyatakan, semasa di hospital, aktivis-aktivis PRIMA yang terawal menziarahi Pak Dharma adalah Hj Bakar Ninggal, Sayuti Omar, Yahya Ismail, Rashid, Rozie (isteri Dato Kamal Amir) dan juga Yassin Salleh (bapa saudara Pak Dharma). Beliau merakamkan terima kasih kepada YM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhammad Sharip bin Hj Othman (Undang Luak Rembau) kerana sudi menziarahi Pak Dharma. Begitu juga kepada rakan-rakan Pak Dharma seperti Norzah Kepol (Pengarang Buletin Rakyat) dan suami, Fadil Tan Sri Samad Idris, Fezal Khan, Liew Ah Kim (mantan Ahli Parlimen Seputeh), sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga, ribuan terima kasih diucapkan.

Jenazah beliau akan dimandikan di Masjid Sri Gombak di sini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Jelebu untuk dikebumikan petang ini. - http://greenboc.blogspot.com

----------------------------------------------------------------------------------------

Aku kerap juga singgah di blog yang dikendalikan oleh Allahyarham. Dalam membaca artikel dalam blog beliau, aku terjumpa juga artikel yang beliau tulis dan rujukan nya di link kan ke blog aku. Makna nya Allahyarham ada lah juga mengunjungi blog aku. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Pak Dharma.
- Al-Fatihah (الفاتحة)...
Photobucket

07 June 2009

Pimpinan iktiraf blogger tapi urusetia peduli pun tidak




Rungutan 1:
Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody'...kalau benar seperti yang TGHH sebut..blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan..

''Kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''..alasan mereka,"kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...

Bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..?..."ha'ah ada password..hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni..orang lain tak boleh.."hangin tol ummi bila dia jawab macam tu...tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

Ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55...2 parti yang besar..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat..nak mintak letak recorder pun tak kasi..hina sungguh blogger ni rupanya..

Ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf..

"Akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas

"Ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR"

"Kami tak kisah siapa yang beri..Nizar ke siapa ke..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media"..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2..

Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger...sendiri tanggung la...kalau Topeng Perak pulak cakap..blogger ni dapat apa..dapat maki aje..kalau Cenangau kata pulak..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la..masa nak makan hang kena tolak ketepi...

Ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang. Wallahua'lam...- http://haninasution.blogspot.com

Rungutan 2:
Topeng Perak® Unmasked (TPU) - Aku malas nak sembang panjang-panjang... cuma nak bagitau, tiap kali berurusan dengan parti PAS, memang masalah macam ni akan berlaku.

5 PRK selepas PRU-12...

1. Permatang Pauh - PKR bertanding... masalah ni tak timbul... blogger dapat kerjasama penuh dari pihak urusetia penerangan PKR.

2. Kuala Terengganu - PAS bertanding... blogger... ha..? blogger tu mende..?

3. Bukit Gantang - PAS bertanding... blogger..? hangpa sapa..? pas media..? pooorah..! sampai team BloggersNetwork@Perak bengkek sebab dapat "KEJARsama" penuh dari urusetia penerangan PAS... cit...

4. Bukit Selambau - PKR bertanding... blogger..? full acsess ke semua sidang media... pas media geng BloggersNetwork@Penang pun dapat. semua PC berjalan dengan kehadiran para blogger yang bekerja secara sukarela... untuk liputan pulak... siap dapat pakai streamyx lagi. langsung tak de rungutan dari para bloggers.

5. Batang Ai - PKR bertanding... walaupun jauh diseberang laut, tapi rakan-rakan bloggers yang berada di Batang Ai memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik... dapat kerjasama penuh dari urusetia penerangan PKR... good job... walaupun kalah, tapi tetap berbaloi sebab semua kemudahan yang ada telah digunakan sebaik-baiknya.

6. Penanti - PKR bertanding... aku pergi masa penamaaan calon je... tapi akses semua 1st class... siap dibagi sebijik rumah untuk blogger... nak cerita lebih-lebih aku tak reti pasal aku tak de kat sana... kalau nak tau, tanya geng-geng BloggersNetwork@Penang... yang aku tau, sampai hari ni tak de rungutan.

7. Manek Urai - PAS bertanding... harap-harap masalah-masalah yang berbangkit diatas tak de...

Jangan sampai PAS di cop sebagai parti yang hanya pandai bercakap tapi tak pandai nak praktik. aku risau kalau-kalau dikemudian hari nanti bloggers boikot mana-mana event yang melibatkan PAS sebab cuma bloggers yang beri komitmen tapi PAS tak pernah berminat untuk beri komitmen pada para bloggers.

Komen aku:
Harap harap jika benar bagai diceritakan, maka pihak berkenaan perlu lebih peka dan bertimbang rasa. Mungkin ia nya boleh dianggap kecil atau kes terpencil, tetapi jika tak ditangani dengan baik ia boleh memberi impak yang kurang elok kepada PAS itu sendiri.

Artikel berkaitan:
1. Mengiktiraf blogger, lu sapa?? syohh.. syoohh. - politikbanjar.blogspot.com

06 June 2009

Presiden PAS akui dan hargai sumbangan Blogger menangkan Pakatan Rakyat



Sumbangan media baru khususnya di Internet termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini dikuasai oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Enam pilihanraya kecil telah diadakan selepas pilihanraya umum 2008 dan Pakatan menang lima daripadanya - bermula dengan Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Penanti. Satu lagi pilihanraya kecil - DUN Batang Ai di Sarawak di menangi oleh BN.

Manakala pilihanraya kecil bagi DUN Manek Urai akan berlansung pada 14 Julai depan. Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai.

Walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar yang gemilang pada tahun ini, namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para internetters dan blogger yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan.

"Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu," kata Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya di muktamar PAS hari ini (5/6/09).

Kesemua pilihanraya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur.

Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai.

Namun begitu, katanya, kejayaan Pakatan itu dicapai melalui usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera pilihanraya serta pihak-pihak yang membantu tanpa habuan wang ringgit. - addin77.blogspot.com

Komen aku:
Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Bagus Tuan Guru menghargai sumbangan para blogger yang antara nya bukan dapat apa apa pun. Macam aku, menulis @ 'cut and paste' adalah untuk berkongsi pandangan, meluah rasa, kritikan membina dan menyatakan prinsip selain sebagai 'dairi harian'.

Ingat tak masa awal awal blog ini wujud dan di waktu itu BN masih kuat lagi. Apa kata Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan pada masa itu semasa mengulas isu blog Lim Kit Siang. Beliau kata Blog GOBLOK. Goblok maksud nya 'stupid'. Begitu juga Dr.Mahathir. Dulu beliau cukup anti dengan blog, tapi sekarang beliau sendiri tulis blog dan menjadi blogger. Seorang bekas menteri besar yang mahukan 'pembangkang sifar' dalam negeri pemerintahan nya pun sekarang terpaksa tulis blog. Mana lah tahu mungkin beliau boleh menang balik dengan menggunakan blog. Mungkin Tan Sri Khalid boleh guna slogan yang sama untuk Selangor menjadi 'Pembangkang Sifar'.
Kalau hanya segelintir blog yang pro kepada PR memang lah tak ada memberi kesan apa apa pun kepada BN. BN gelak lagi ada lah. Pada pendapat aku terlalu banyak blog blog yang Pro PR dan tidak mesra BN. Kalau ada yang Pro BN pun mungkin Pelayar/pengunjung tak berapa minat sebab cerita nya sama dengan Media arus perdana yang memang Pro BN.

OK lah Blogger blogger PRO PR, tulis dan tulis lagi sehingga BN tumbang. Selepas BN tumbang kita blogger boleh rilek sikit sebab media arus perdana masa itu dah pro PR. Masa itu yang akan bertungkus lumus ialah para Blogger pro BN la pulak...hik...hik... betul ape !!???

Sekian

05 June 2009

Cek (Cheque) ke-4 dari Nuffnang

Jangan marah kengkawan. Orang sibuk cerita pasal Muktamar PAS, aku pulak menyelit cerita pasal dapat Cek. Syukur Alhamdulillah, hari ini dapat lagi Cek dari Nuffnang sebanyak RM55.08.



Note:
Selain Nuffnang, terdapat pesaing lain. Elakkan dari memaparkan iklan Nuffnang dan pesaing nya bersama-sama. Ini kerana anda akan kehilangan pendapatan dan keistimewaan sebagai ahli Nuffnang. Dibawah ini antara pesaing nya.
1. Advertlets.com
2. Adgitize.com

Bagi aku rasa nya tak payah lah letak iklan yang belum tentu dapat hasil. Aku dengar Advertlets & Adgitze ini gimik aje lebih. Aku pernah cuba dan memang tak berbaloi. Dibawah ini juga aku serta kan e-mail jawapan dari Nuffnang apabila aku tanya berkenaan status keahlian aku:

Subject: Re: Membership status change
Date:
16 Apr 2009 09:00 AM
Posted by: Hor Shalyn (Staff)

Hello Ahmad Tarmizi,

Your status remain non-exclusive because there is ad from our competitor in your blog: adgitize.com. Once you have removed it, your status will automatically be updated within 2 to 4 days. Hope my explanation helps you.


Have a great day!

From,

Shalyn

Nuffnang Sdn. Bhd.

http://www.nuffnang.com

09 April 2009

Cek ke-3 dari Nuffnang

Syukur, Alhamdulillah !! Balik kerja bukak peti surat, ada cek dari Nuffnang. Tak lah banyak cuma RM56.24 saja. Sikit-sikit lama lama jadi busut. he...he......




Photobucket

10 March 2009

Cek kedua dari Nuffnang

.Alhamdulillah !!
Cek kedua dari Nuffnang dah sampai. Tak banyak jugak, cuma RM 54.40.
Jadi lah tu, daripada takde langsung.....



Nota:
1. Cuba teka berapa pendapatan Raja Petra Kamaruddin, apabila secara umum nya blog beliau mendapat 1 juta 'hit' sehari.

2. Selain Nuffnang, terdapat pesaing lain. Antara yang popular ialah Advertlets.com. Elakkan dari memaparkan iklan Nuffnang dan Advertlets bersama-sama. Ini kerana anda akan kehilangan pendapatan dan keistimewaan sebagai ahli Nuffnang.

Photobucket

22 February 2009

eLawyer Law Conference 2009 - “Blogging and Law”


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

It’s not very difficult to start a blog these days. The last time we checked, we have bloggers who are children as young as 8 years old to grandparents as old as 80. Sure, people do know blogging is all about expressing ourselves, but do you know that you’re held responsible for what you blog and get sued or sometimes facing the threat of being sentenced to spend years in jail?

It is however, understandable that not every blogger is well versed with the law, and therefore don’t know their rights and liabilities. I’m quite sure some of us might have pondered over the following questions;

- Is it against the law when I link to other blogs?
- What should I do if someone claims that I have infringed his or her copyrights?
- Do I have rights to ask someone to remove the link to my blog?
- Can I use pictures found in other websites or google images?
- If I found out others have defamed me in their blogs, what should I do?

To shed light to our pondering, Nuffnang is proud to be an online partner of the upcoming eLawyer Law Conference 2009, themed “Blogging and Law”. Details of the upcoming conference as follow;

Theme: Blogging and Law
Date: 14 March 2009
Time: 9.30am – 12.30pm
Fees: F.O.C.
Venue: Auditorium Tun Mohd Suffian, UM Law Faculty
Co-Organiser: Law Society of University of Malaya


Topic 1: Blogging & Intellectual Property Law in Malaysia (By Mr. Foong Cheong Leong, KL Lawyer & Blogger)


You will learn about:
1. Is it against the law when I link to other blogs?
2. What should I do if someone claims that I have infringed his or her copyrights?
3. Do I have rights to ask someone to remove the link to my blog?
4. Can I use pictures found in other websites or google images?
And many more…

Topic 2: Blogging & Defamation Law in Malaysia (By Mr. Nizam Bashir, Malacca Lawyer & Blogger)


You will learn about:
1. What amount to defamatory statement?
2. What should I do if someone claims that the content of my blog defames him?
3. If I have found out others have defamed me in their blog, what shall I do?
4. What are the remedies available for defamation action?
And many more…

Registration: The admission to this conference is FREE. However, please R.S.V.P by sending your details (Name, Tel, Email, Occupation and Organisation) to forum@elawyer.com.my on or before 10 March 2009

Source:
www.nuffnang.com.my

Photobucket

22 January 2009

Timbalan Ketua Menteri Sarawak - Tan Sri Alfred Jabu Numpang tak minat buat blog

Tan Sri Alfred Jabu Numpang (baju belang)

KUCHING 21 Jan.
- Semakin ramai yang berminat membuat blog peribadi tetapi tidak bagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau langsung tidak berminat berbuat demikian meskipun terdapat kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya boleh dijawab menerusi blog tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.

Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.

''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.

''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengakui ada mendengar mengenai penulisan blog di kalangan intelektual kaum Dayak yang mengkritik kerajaan.

Katanya, ia terpulang pada kepercayaan individu sama ada mereka setuju atau sebaliknya tetapi beliau mahu melaksanakan program yang terbaik untuk rakyat.

Sumber:
Utusan online
Photobucket
Ulasan:

Tak nak buat blog ke ?...

Tak minat...

Pasal apa tak minat ?

Tak mahu 'leka' dengan blog, nanti boleh melalaikan diri saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri

Tak nak tidur ke?

Tak nak

Pasal apa tak nak?

Tak mahu 'leka' dengan tidur, nanti boleh melalaikan diri saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri

aku tergelak berdekah dekah...Kah...Kah..Kah...

Dalam zaman yang digelar 'dunia tanpa sempadan' ini masih ada lagi kenyataan kurang cerdik yang di berikan oleh YB kita. Macam lah beliau seorang saja yang memegang lebih dari satu portfolio. Orang lain pun pegang jawatan tinggi juga. Ada yang Menteri penuh dan ada yang Ketua Menteri. Kalau ikut rasional kenyataan beliau, maka sebahagian nama-nama yang aku senaraikan di bawah ini telah pun melalai kan tugas mereka kepada rakyat kerana asyik leka 'blogging'.

1. Dato' Ahmad Shabery Cheek - Menteri Penerangan
2. Dato' Shahrir Abdul Samad - Menteri Perdagangan & hal ehwal pengguna
3. Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi
4. Datuk Ir. Idris Haron - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
5. Datuk Seri Mohd. Ali Mohd.Rustam - Ketua Menteri Melaka

Pst.. Aku teringat pepatah petitih, kalau tak pandai menari jangan salah kan tanah tak rata....

10 January 2009

Cek pertama dari Nuffnang


Alhamdulillah !!!
Hari ini terima cek pertama dari Nuffnang. Tak lah banyak mana pun RM56.51, tapi cukuplah buat tambahan bayar bil Streamyx. TQ Nuffnang.



Photobucket

12 November 2008

Bloggers Buff 2008 bincang isu blog 22 November ini

[LOGO+with+grey+bg.jpg]
KUALA LUMPUR: Bloggers Buff 2008, sebuah persidangan dan perangkaian bagi penulis-penulis blog akan diadakan pada 22 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Pengerusi penganjur, P. Kamalanathan berkata, persidangan yang akan bermula jam 9 pagi hingga 7 petang itu melibatkan dua sesi iaitu sesi pertama bertemakan "Blogging Realities" yang akan memfokuskan kepada isu-isu semasa yang berkaitan dengan penulisan blog termasuk etika, undang-undang, menjana pendapatan dan teknologi.

"Sementara itu, bagi sesi kedua pula adalah sesi perangkaian dengan tajuk "So you want to blog?" yang menyasarkan golongan muda dan penulis-penulis blog baru," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua sesi tersebut akan mengundang panel-panel yang berpengalaman untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman mereka.

Katanya, antara panel yang akan hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Dr Halim Shafie dan penulis blog, Ahirudin Attan.

"Selain itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dijemput menyampaikan ucaptama pada persidangan itu," katanya. Kamalanathan berkata, persidangan ini adalah batu loncatan untuk penulis-penulis blog di Malaysia daripada pelbagai genre untuk berkumpul dan berkongsi pandangan mereka."Ini adalah satu hari di mana mereka membuka fikiran terhadap pelbagai aspek dalam penulisan blog dan memberi komen tentang isu yang memberi kesan kepada penulis-penulis blog di negara ini," katanya.

Kamalanathan berkata, setiap sesi bagi Bloggers Buff 2008 hanya terhad kepada 100 orang yang paling awal mendaftar.

"Penulis-penulis blog boleh memilih sama ada mahu menghadiri kedua-dua sesi dengan bayaran RM60 atau memilih antara dua sesi tersebut iaitu sesi pertama dengan bayaran RM50 atau sesi kedua dengan bayaran RM20," katanya.

Beliau berkata, persidangan ini ditaja oleh Go Mobile dan dianjurkan oleh MI Fest Management. Selain itu katanya, ia turut disokong oleh Empower Lives, All Blogs, Malaysian Indian Bloggers (MIB) dan Putera MIC, manakala Trexx FM sebagai stesen radio rasmi.

Borang pendaftaran untuk menyertai Bloggers Buff 2008 boleh didapati di www.bloggersbuff.blogspot.com.

Artikel & Link berkaitan :
1. http://bbuff2007.blogspot.com/

20 September 2008

After three nights, blogger's out

Blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella.wordpress.com) was released from police custody at 1pm today after being detained for three nights by the Commercial Crimes Investigation Department (CCID).

- Berita sebelum ini 'Seorang lagi blogger ditahan'

Sumber: Malaysiakini.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...