Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

22 May 2010

Anugerah Perkhidmatan Setia TNB - 30 tahun penuh nostalgia




Suasana dalam dewan


Kumpulan musik tradisional Caklempong/Gamelan pun ada

Pejam celik pejam celik dah 30 tahun berkhidmat dengan LLN/TNB bersamaan separuh usia LLN/TNB itu sendiri. LLN/TNB sekarang telah berusia 60 tahun.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB untuk anggota kerja yang telah berkhidmat selama 30 tahun diadakan hari ini (22 mei 2010) bertempat di Dewan Serbaguna TNB, Ibu Pejabat TNB Jln. Bangsar. Oleh kerana penerima anugerah 30 tahun ini ada lebih dari 1000 orang maka terpaksa diadakan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Aku salah seorang penerima anugerah, kena sesi petang.

Hadiah anugerah kali ialah samada syiling emas atau duit (cek). Aku pilih syiling emas yang besar nya lebih kurang duit syiling 50 sen. Pada Anugerah Perkhidmatan Setia 25 tahun lepas, aku pilih rantai tangan emas.



Apa yang 'best' kali ini ialah format anugerah telah ditukar dari zon kepada satu Malaysia. Maksud nya kalau dulu majlis anugerah ini dibahagi kepada 4 zon tetapi kali ini majlis anugerah ini dihadiri oleh anggota kerja dari seluruh Malaysia. Dengan mengumpulkan seluruh anggota kerja TNB dari seluruh Malaysia dapat lah mereka bertemu rakan/sahabat yang dah lama tak bertemu. Mungkin Dato' Seri Che Khalib mengambil semangat 1 Malaysia. Aku tengok kat pentas pun ada logo 1 Malaysia.

Macam aku, dapat jumpa balik sahabat aku Mohd. Saharuddin Shuib dari TNB Johor. Kali terakhir jumpa ialah masa training di Institut Latihan LLN ( sekarang ILSAS) tahun 1981. Lepas training itu terus 'lost contact'. Ada juga yang aku jumpa sudah berkerusi roda dan ramai lagi yang saiz pun dah besar. Ada satu yang sama iaitu kalau ada rambut, semua nya dah banyak putih kalau pun tak botak.

Apa apa pun syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT dan terima kasih LLN/TNB. Sekian


Bini aku snap gambar ni masa berbual dengan Mohd. Saharuddin Shuib. Boroi dah dia sekarang ni.


Gambar (scan) tahun 1981 di Institut LLN, Bangi. Dari kanan: Aku, member tak ingat nama, Mohd.Saharuddin Shuib, Allahyarham Shaharuddin Saari (meninggal 2009) dan Zulkarnain


'Blurr'- anak Kamal Harun yang snap


Sahabat lama aku, Kamal Harun & isteri dari Stn.Janaelektrik Manjung


Jamuan minum petang selepas majlis anugerah

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

13 January 2010

Sampai hati anak buang bapa sendiri



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini. - http://www.hmetro.com.my

Aku cuma nak kata:
Zaman ini nampak nya masaalah masyarakat yang membabitkan institusi keluarga sudah semakin kronik. Kalau sebelum ini, anak yang tidak diundang kelahiran nya dibuang dimerata rata tapi kini anak pulak buang bapa nya sendiri. Sampai hati si anak ye!!.

Kalau mengikut dari apa yang dilapor oleh akhbar seperti diatas, memang lah seorang anak lelaki tidak sepatut nya berbuat demikian terhadap orang tua nya. Sayang kan bini punya pasal, sanggup jadi seorang dayus. Anak lelaki patut ingat bahawa tanggungjawab dia kepada kedua orang tua tidak putus apabila dia sudah beristeri. Kecuali anak perempuan, apabila berkahwin saja, tanggungjawab bapa diambil alih oleh suami anak perempuan tersebut.


Bila baca saja artikel berkenaan aku terus teringat 1 kisah masa aku berusia dalam 12 atau 13 tahun (tahun 70an). Dikampung, aku selalu melihat seorang tua (usia 40-50an) dengan keadaan tidak terurus menjadikan balairaya sebagai tempat rehat dan tidur nya. Aku lihat orang tua ini tidak seperti orang gila dan aku yakin dia normal.


Satu hari aku tanya arwah ayah aku, siapa dan mengapa orang tua itu jadi begitu. Ayah aku kata orang tua itu mempunyai isteri dan anak anak yang berjaya. Anak anak nya tidak memperdulikan nya kerana masa muda dia adalah seorang ayah yang tidak langsung bertanggungjawab. Seorang kaki judi dan kaki mabuk. Masa tu di kampung aku ada 1 kedai cina yang jual arak dan juga tempat orang main mahjong @ bacuk. Yang 'best' nya, kaki mahjong majoriti orang melayu. Orang cina duduk tepi jadi penonton. Kalau tak cukup kaki baru lah orang cina ni 'joint'. Kedai tu pulak dekat dengan masjid. Rasa nya semua orang tahu bagaimana perangai kaki judi dan kaki mabuk. Anak anak dan isteri dia selalu makan penampar dan sepak terajang, apatah lagi bila kalah judi dan sedang mabuk. Isteri nya lah yang terpaksa menyara anak anak dengan menyemat atap. Cuba kita ada lah anak orang tua itu, apa kah yang akan kita laku kan ?. Memang betul, busuk busuk pun bapak kita jugak, tetapi kita tak kena, boleh lah cakap...

Walau bagaimana pun aku harap pakcik yang dalam cerita akhbar diatas tidak lah seperti orang tua yang diceritakan oleh arwah bapa aku.


Kepada anak lelaki yang buang bapa nya ini dan kalau dia terbaca blog aku atau kawan dia ke, tolong bagitahu dia bahawa aku kata dia seorang anak yang paling bodoh dalam dalam dunia kerana:


1.
Anda hanya akan tahu betapa bernilai dan berharga nya seorang ayah atau emak apabila anda telah kehilangan mereka.


2.
Kalau dah isteri menyampah kerana kerenah ayah anda yang sakit, bagaimana pula kalau anda sendiri sakit ?. Tidak kah isteri anda juga akan menyampah jaga anda?. Mungkin kalau anda kaya macam Datuk K, isteri anda tak menyampah lah, malah senyum sumbing kot mintak anda lekas mati supaya dia jadi janda kaya.


3.
Isteri anda bukan lah seorang isteri yang baik (kalau mengikut dari cerita akhbar diatas). Satu hari nanti isteri anda akan menyusahkan anda dan anda akan menyesal tak sudah.


4.
Ayah dan emak tidak ada pengganti. Walau macam mana mereka menyusahkan anda masa mereka dah tua dan sakit, anda diam saja lah.


Sekian coretan aku....Wallahualam!!!!


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


26 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri: Nostalgia Butterworth 1982 - 1987 (Bahagian 1)


Foto Oktober 1983-Dari kiri: Aku, Khanan,Leman (4 dari kiri) dan Amran Chan-OIC Langkawi (2 dari kanan).Yang lain tak ingat, minta maaf. (klik foto untuk besarkan)

Baru hari ini dapat meluangkan masa menulis pengalaman menarik Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk dikongsi bersama teman dan pengunjung blog aku ini. Seperti biasa Hari raya pertama, beraya di Kg. Kuantan, rumah Mak Ngah dan ziarah pusara Arwah ayah dan emak. Kemudian terus ke Ipoh. Raya ke-2 kami ramai ramai bertolak ke rumah Kakak Ipar (Yong) di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini banyak di habis kan di rumah Yong kerana anak nya 'Adik Lia' baru bersalin pada awal Sept. 2009. So...semua nya termasuk anak anak aku nak tengok baby baru.

Oleh kerana cuti panjang, aku fikir ada baik nya aku cuba mencari semula teman teman lama sewaktu aku merantau disini dulu. Sejak aku bertukar dari Butterworth ke Kapar pada 1987 aku 'lost contact' langsung dengan rakan dan teman di B'worth. Cuma baru-baru ini aku bertemu semula dengan rakan serumah aku dulu iaitu Sulaiman Shah Hj. Mohammad (Leman) di ILSAS, Bangi.

Raya ke-4 (23/9), aku ajak anak saudara aku iaitu abang adik Lia (Along Esfairol) untuk pergi cari rumah Pak Latif, penyelia aku semasa aku bertugas di Pejabat Lukisan Lembaga Letrik Negara (L.L.N) B'worth. Nak harap aku cari sendiri, tak jumpa lah jawab nya. Semua jalan nya banyak yang berubah. Ada yang dah menjadi jalan sehala dan juga lebuhraya. Dalam perjalanan, aku sms Leman untuk dapatkan 'clue' dan dapat iaitu Permatang Tok Elong, Tanah Liat, Bukit Mertajam. Semasa melalui jalan Kubang Semang, Pmtg. Pauh terlihat sebuah kedai nasi kandar bernama Nasi Kandar Markaz. Apa yang menarik nya ialah aku lihat pelanggan beratur panjang dan 'owner' Kedai tersebut adalah orang melayu, bukan mamak penang seperti kebiasaan nya. Aku kata kat Along Esfairol untuk singgah masa balik nanti.

Akhir nya aku sampai juga di rumah Pak Latif pada waktu maghrib. Penghuni rumah, aku lihat menjenguk melalui tingkap dapur. Aku sengaja tanya adakah ini rumah Pak Latif, walaupun aku memang pasti sebab rumah itu tidak berbeza langsung sejak 23 tahun lepas. Mereka menjemput aku masuk. Pak Latip sedang solat maghrib. Lepas solat kami bersalaman dan berpelukan, maklum lah 23 tahun tak jumpa. Apa yang 'special' sangat cerita pasal Pak Latip ini?.

Dulu, tiap-tiap hari sabtu dan ahad, aku dan rakan-rakan serumah ( Leman, Khanan, Ismail, Wan Romani dan 2 lagi budak Telekom yang aku dah lupa) mesti pergi kerumah Pak Latip ini untuk 'mengaji' dan 'baca kitab'. Disamping itu, dirumah nya juga dibuat kelas tuisyen untuk budak budak sekolah. Yang bagi tuisyen ialah Leman dan seorang lagi aku lupa nama nya. Tuisyen pulak percuma. Lepas tuisyen, Pak Latip dan isteri akan jamu kita orang makan. Aku tumpang tui saja..he..he..

Dalam sembang-sembang dengan Pak Latip, isteri dan anak anak nya, mereka bagitau yang mereka kerap berhubung dengan Leman, Khanan dan Ismail. Aku saja yang lost contact. Selepas ambil nombor handphone masing masing, aku pun minta diri untuk balik dan Insyaallah akan datang besok atau lusa dengan isteri dan anak anak.

Dalam perjalanan balik singgah lah di kedai nasi kandar yang aku cerita tadi. Walaupun hujan agak lebat, aku lihat pelanggan tetap ramai. Aku pun berbaris menanti giliran. Didepan aku ada lebih kurang 10 orang. Ada yang bungkus sampai 8 bungkus sorang. Mungkin sedap la kot. Tiba giliran aku, aku ambil ayam goreng, telor dadar tebal potong tiga segi. Aku tengok dia bubuh kuah 3 jenis. Setelah menjamah nasi dan lauk yang panas, aku rasa memang lah sedap. Apa tah lagi bila nak bayar, nasi dan lauk yang aku makan cuma RM 3.50 dan teh tarik gelas besar RM 1.00, jumlah RM 4.50. Sedap dan murah. Along Esfairol kata dia pun tak pernah singgah sebelum ini. Ini first time kata nya. Kepada sesiapa yang nak cuba, boleh lah cuba, tetapi kalau rasa tak sedap jangan lah marah aku pulak. Citarasa dan selera kadang kadang berbeza. Lepas perut pun dah sengkak, kami pun balik........ ( bersambung ke Nostalgia bahagian 2, Insyaallah !)

30 June 2009

Kursus di ILSAS & bertemu sahabat lama

Aku & Leman - Langkawi 1983
Hari ini aku mula kursus selama 4 hari dari 30/6-3/7 di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) Bangi. Kursus pasal bearing. Kursus ini kursus wajib @ mandatori. Ahhh!!...toksah banyak cerita, aku pergi aje. 4 hari ini berulang alek lah dari Kapar ke Bangi.
Masa 'break' minum 10.00 pagi, aku bertemu dengan sahabat @ rakan serumah semasa di Butterworth, P.Pinang dalam tahun 1982 (kalau tak silap). Nama dia Sulaiman Shah Hj.Muhammad. Lama dah tak jumpa dia. Kali terakhir kami bertemu ialah 15 tahun lepas di Ipoh. Dia macam tu lah jugak, tidak nampak dimamah usia. Rambut pun masih banyak yang hitam. Rambut aku dah banyak yang putih.

Apabila dipanggil berkursus di ILSAS memang aku tak tolak kerana selain dari mendapat ilmu di situ jugalah kita dapat bertemu teman teman lama yang kebetulan berkursus juga. Sebelum ini, disatu kursus yang lain aku juga bertemu sahabat lama yang sama sama bertugas di S.J.Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Kapar dalam era Lembaga Letrik Negara (L.L.N). Azmi Ahmad nama nya. Masa itu dia adalah Pembantu Teknik (Technical Assistant) dan sekarang masa aku bertemu, ia adalah Dr. Azmi Ahmad.

Bagi aku, kalau sebelum ini untuk bertemu kawan lama adalah seperti di majlis majlis kenduri kahwin atau pun apabila ada kematian dan kini ILSAS juga memainkan peranan yang sama selain dari tempat untuk latihan. Terima Kasih ILSAS............

Sekian

10 May 2009

Selamat Menyambut Hari Ibu : Al-Fatihah untuk Ibu ku.


Aku, Ibu dan Ayah. Al-fatihah untuk Arwah ayah & Ibu. Gambar ini aje yang tinggal. Agak nya umur aku waktu gambar ini di ambil dalam 2, 3 tahun kot.

Hari ini 10 mei 2009 ada lah sambutan Hari Ibu di Malaysia dan seluruh dunia. Selamat menyambut hari IBU diucapkan kepada Ibu-Ibu semua terutama nya isteri aku yang tersayang yang menjadi IBU kepada anak-anak aku dan juga anak-anak aku yang juga satu hari nanti akan menjadi seorang IBU. Anak-anak aku semua pompuan lah beb!...he..he...

Secara jujur, aku tidak berapa setuju jika hari-hari sambutan seperti ini mengikut sepenuh nya konsep yang dibawa oleh negara barat. Di negara barat, institusi keluarga mereka telah hancur dan punah ranah. Mereka lebih percayakan haiwan peliharaan mereka dari keluarga mereka sendiri. Mereka tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan dan perhatian kepada ibu dan bapa mereka. Oleh itu maka mereka terpaksa mencari satu hari dalam setahun bagi mengenang/bertemu/berbuat baik kepada Ibu-ibu dan bapa-bapa mereka. Maka dinamakan Hari Ibu, Hari Bapa dan macam-macam hari lagi dan mereka mahu kita mengikut konsep itu.

Jangan silap!, aku bukan anti sambutan hari ini dan itu. Aku selalu nasihatkan anak-anak aku seperti apa yang aku tuliskan diatas. Selagi sambutan itu tidak menyalahi akidah Islam, sambut lah, cuma konsep nya yang perlu kita bagi tau pada mereka supaya mereka faham. Apa kah kita mahu apabila tiba sambutan Hari Ibu, anak-anak kita membelikan berbagai hadiah dan memberi Kad ucapan gergasi menyatakan sayang nya mereka pada ibu, tetapi selepas itu mereka tidak langsung memperdulikan sehingga lah sambutan Hari Ibu tahun hadapan pula baru lah mereka muncul.

Kesimpulan nya, IBU bukan untuk di kenang dengan ada nya sambutan untuk mereka. IBU wajib dihormati, disayangi, dipatuhi (selagi ianya tidak menyalahi Agama) setiap hari selagi hayat dikandung badan

Aku dapat klip Video ini dari Blog ohmalaysiaku.com dan aku ingin kongsi Klip video ini dengan anda yang singgah disini. Klip video yang bertajuk “Surat Seorang Ibu“. Video ini telah dirakamkan dan dihasilkan oleh SaifulNang bersama CandidSyndrome dengan kerjasama CST Production dan ID Motion Pictures. Aku syorkan anda tonton sehingga habis Klip video ini supaya anda dapat menghayati mesej yang ingin disampaikan.



SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU....
dan jangan melawan Ibu, nanti hidup tak kan aman......

Sekian

04 January 2009

" Adik-adik jom pegi sekolah tau...."

.


Esok persekolahan sesi 2009 secara rasmi bermula. Semalam dan hari ini pun dah banyak sekolah yang memula kan persekolahan supaya besok tidak lah terlalu kelam kabut. Aku cuma nak cerita dan kongsi pengalaman tentang budak yang baru masuk darjah 1. Esok hari pertama mereka ini mengalami pengalaman baru alam persekolahan. Sudah tentu ada yang menangis macam orang gila. Ada yang tak mahu lepas emak bapak balik maka terpaksa lah emak@bapak teman belajar sekali dalam kelas, cuma mungkin keadaan sedemikian tidak lah ramai macam zaman aku dulu. Zaman aku dulu ada budak yang terkencing dan terberak dalam seluar. Yang menangis sampai meleleh hingus adalah pemandangan biasa bila masuk darjah satu. Masa dulu mana ada tadika, Taski,Taska atau Pra Sekolah. Cukup saja umur 7 tahun masuk darjah satu. Maka jadi lah kita semua masa itu macam rusa masuk kampung.

Seingat aku la...,aku dulu tak bagi bapa aku balik. Hari pertama, bapak aku terpaksa duduk sekali dalam kelas. Besok atau lusa nya bapak tunggu tepi tingkap diluar kelas. Kejap kejap aku paling tengok bapak aku untuk pasti kan dia tak tinggal kan aku.


Aku masuk darjah 1A tahun 1967 di Sekolah Kebangsaan Jalan Bangsar K.Lumpur. Belakang Sekolah aku itu ialah Angkasapuri (atas bukit) dan depan Sekolah pulak ialah Bangunan Ibu Pejabat Tenaga Nasioanl (dulu CEB, kemudian NEB, kemudian Lembaga Letrik Negara (LLN), sekarang TNB, akan datang ????). Sekolah aku itu masih wujud lagi sampai sekarang, cuma kawasan nya menjadi semakin kecil. Ia lah...Tanah di K.L kan mahal. Universiti Malaya pun mereka dah cuba jolok, ini kan pulak sekolah rendah !!...


Aku tetap ingat....tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pulak tempat bermain !!!!!

Photobucket

11 November 2008

In pictures: Queen Elizabeth II final voyage to Dubai

The Queen Elizabeth II leaves Southamptonon its final voyage to Dubai on November 11, 2008 in Southampton, England. Thousands of people are expected to line Southampton Water this evening to wave the ship off as part of the the celebrations before it leaves for Dubai. The Duke of Edinburgh will lead the farewells, which include fireworks a flypast and a poppy drop. The 40-year-old liner will be turned into a floating hotel in Dubai. (Photo by Chris Jackson/Getty Images Europe)


Fireworks expolode over the Queen Elizabeth II in Southampton as it leaves on its final voyage to Dubai on November 11, 2008 in Southampton, England. Thousands of people are expected to line Southampton Water this evening to wave the ship off as part of the the celebrations before it leaves for Dubai. The Duke of Edinburgh will lead the farewells, which include fireworks a flypast and a poppy drop. The 40-year-old liner will be turned into a floating hotel in Dubai.
(Photo by Chris Jackson/Getty Images Europe)

myLot User

02 October 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Ikan Bakar cicah air asam

Siang tadi aku, Angah & isteri aku pergi TESCO Ipoh. Kami cadang nak makan ikan bakar malam ni. Kitaorang beli Kerang, ikan Siakap & ikan cencaru @ ikan jaket. Balik dari TESCO, Angah dan yang lain-lain yang buat semua dari siang ikan dan menyediakan tempat bakar. Aku cuma jadi tukang sibuk dan last-last bukak notebook aku ni dan taip lah cerita ni..he..he.. Kat laman tu diaorang sedang bakar ikan la.... ikan bakar & kerang bakar cicah air asam, makan dengan nasi goreng ...sedap wooooiiii.....

Dia orang dah panggil makan. Dah siap la tu. Perut pun memang dah lapar ni....OK sambung lain kali

Sebelum makan Affan baca doa selamat, kami semua tukang Amin aje..




01 October 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Sudah berada di Ipoh, Perak

Bergambar ramai dengan adik beradik sebelah aku di rumah Mak Ngah (adik mak aku)

Sekarang aku berada di rumah Angah di Ipoh, tengah lepak. Nasib baik Angah dah masuk Streamyx, jadi takde masalah aku nak update blog aku. Selepas ziarah pusara emak dan ayah pagi tadi, aku & famili singgah berhari raya di rumah adik emak aku ( Mak Ngah). Lepas Zohor (lebih kurang jam 2.00 ptg.) berangkat ke Ipoh, Perak. Ikut jalan biasa melalui Tanjung Karang, Sabak Bernam. Sebelum sampai Teluk Intan, ambil jalan pintas melalui Seberang Perak melalui sawah padi yang luas terbentang. Oleh kerana padi telah dituai dan musim menanam pun belum bermula maka banyak lah burung-burung bangau mencari anak-anak ikan dipetak sawah. Pemandangan nya memang cantik tapi sayang tak dapat ambil gambar.

Aku tak lalu ikut highway sebab tak mahu bayar tol. Dah lah minyak petrol mahal giler, tol pun sama jugak, cekik darah. Kali terakhir aku melalui lebuhraya tol utara selatan dari Klang ke Ipoh, tol yang terpaksa aku bayar ialah sebanyak RM23.00 sehala. Sekarang berapa ??? aku tak tahu. Aku pun bukan nya perlu cepat atau emergency nak sampai cepat di Ipoh. Lagi pun jalan biasa yang dulu nya satu lorong telah di upgrade kepada dua lorong. Nak speeding pun no problem, tapi takut kena speed trap..so aku bawah slow aje la...Sampai di Ipoh jam 6.00 petang, terus pergi pusara emak mertua sebelum ke rumah Angah.
Sekian.

Untuk mengetahui berapa harga tol sila klik Plus highway malaysia

30 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Satu catatan ringkas

Kami kru yang mengendalikan laman blog ini (sebenar nya aku sorang aje dong.. ) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat dimana sahaja anda berada, juga kepada pengunjung yang pernah singgah di blog ini, mohon ampun maaf zahir dan batin. Walau pun hanya sekadar Blog tapi bagi aku ia mampu membuat orang ketawa, menangis, hiba, insaf, marah, geram, sakit hati dan yang paling bahaya ia lah membuat orang boleh ditahan tanpa bicara...Akta apa itu???

Hari ini hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Besok 1 Syawal (1 Oktober 2008) dan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi kanak-kanak memang ia amat menyeronok kan, dapat baju & kasut baru, dapat duit raya, main bunga api ( boleh ke ??..aku tak pasti). Mereka tidak peduli bapak ada duit ke tidak untuk beli keperluan mereka..., begitu lah seronok nya jadi kanak-kanak. Aku terkenang masa umur 5 atau 6 tahun, bagaimana aku tidur dengan kasut baru pada malam hari raya, emak dan bapak aku nak tanggalkan, aku tak bagi. Anak bongsu aku pun buat benda yang sama macam aku... Seronok kan jadi bebudak!!!, tapi P.Ramlee dah tulis dalam lagu yang aku tak boleh dengar bila hari raya iaitu 'Dendang Perantau'.Aku akan menangis bila dengar lagu ini dalam suasana hari raya, tapi hari lain OK pulak !!!. Bait bait nya yang berbunyi :

apa kan daya masa tak akan kembali...
hancur musnah lah semua nya..
impian yang murni tinggal menjadi, kenang kenangan ku
hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang Perantau.

Bagi remaja lain pula, kadang-kadang kerenah mereka lebih teruk dari kanak-kanak. Mereka akan berpasang-pasangan kesana kemari atas tiket hari raya. Di rumah mereka akan menghadap TV. Mereka tidak mahu menziarahi kaum keluarga / saudara mara walau pun dipaksa. Mereka hanya dengan kumpulan mereka. Walau pun tidak semua begitu, tapi itu lah realiti nya. Bagi Ibu & bapa pulak keadaan bercampur baur. Gembira ada, sedih ada, Pening kepala pun ada.
Bagi aku, aku gembira menyambut hari raya tahun ini kerana anak-anak telah membesar dan keluarga aku, Allahdulillah seperti 'rumah ku surga ku'. Cuma oleh kerana harga barang yang melambung naik yang disebab kan oleh kenaikan harga minyak menyebab kan aku sekeluarga membeli keperluan ala kadar saja sebab lepas raya kita masih perlu terus kan kehidupan kan....!!!

http://sudirmandua.com/wp-content/uploads/2008/05/pix2.jpg

Aku jugak sedih dan insaf kerana ada antara kawan dan rakan aku telah tiada. Hari raya tahun tahun lepas mereka ada tapi hari raya tahun ini mereka telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka. Insaf kerana mungkin tahun depan aku jugak mungkin tak berpeluang menyambut Hari raya seperti mereka.
Seperti Hari raya yang lepas lepas, aku sekeluarga akan menziarahi pusara ibu dan bapa di Kg.Kuantan, Kuala Selangor. Selepas itu terus ke Ipoh untuk menziarahi pusara ibu dan bapa isteri aku dan berhari raya disana. Hari Isnin kembali bekerja.... Sekian.

Allah Hu Akbar !!


19 September 2008

Nostalgia - Raja Komando & Zunar, ape citer sekarang ??

Lepak ngan Zaabar & Rahim Turner kat sebelah kolam renang sementara tunggu Abg. Mat Sabu sampai


Raja Komando usik aku ' berani budak ni, bagitau nama, rumah & kerja sekali'


Zunar tengah Sign kat lukisan tu


Aku & Zunar, depan tu Abg.Mat Sabu (Dulu sampai skg macam tuuu aje..awet muda)

Semasa membuat 'maintenance' PC aku, sedang delete mana-mana fail yang tak guna dan berstatus sampah, aku terjumpa fail gambar digital lama. Gambar-gambar tersebut adalah Majlis Ceramah Abang Mat Sabu untuk mengumpul dana pilihanraya PAS (cawangan mana? tak ingat la) yang diadakan di Hotel Mutiara Klang Bangunan Jabatan Agama Islam Jalan Meru, Klang pada 13-4-2003. Rasa nya hotel itu sekarang dah tak ada. , Gambar-gambar sewaktu aku naik ke pentas setelah menang 'Lelong Belanda' lukisan Kartunis Zunar atau nama sebenar nya Zulkiflee Anwar Haq. Aku memang peminat Zunar. Pada masa itu Zunar adalah antara beberapa tokoh pendokong reformasi era 1998. Beliau memberi sumbangan melalui lukisan kartun politik beliau, antara nya didalam Akhbar Harakah. Kalau tak silap pernah ditahan kerana dikata kan menghina PM ketika itu , Mahathir Mohammad. Trade mark beliau untuk Mahathir adalah hidung yang besar.

Seorang lagi tokoh ialah Raja Kamaruddin atau lebih dikenali dengan
'Raja Komando'. Beliau menjadi pengacara pada majlis tersebut. Raja Komando mendakwa bahawa beliau merupakan antara orang yang dipanggil oleh Dato' Aziz Shamsudin untuk menjayakan konspirasi menjatuhkan DSAI dalam kes Liwat 1. Beliau tidak pernah di siasat atau ditangkap kerana membuat dakwaan tersebut. Penghujung 2007, beliau dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. DSAI ada menziarahi beliau.

Bagaimana kah keadaan kehidupan mereka berdua sekarang ??. Tidak ada kah berita mengenai mereka ??. Ada kah mereka berdua masih sihat dan masih aktif dalam gerakan yang sekarang digelar Pakatan Rakyat atau mereka sudah berpaling ??.


Sekian

03 July 2008

Anugerah Perkhidmatan Setia TNB 25 Tahun - Satu Imbauan

Aku & Isteri yang banyak berkorban jiwa raga


Aku mula kerja dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) di Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Kelang, Selangor D.E (SJJC) pada 1 Jun 1979, sebagai Buruh Am (Pelbagai) dan gred D47 iaitu gred yang paling bawah sekali. Umur pada masa tu 18 tahun. Macam macam kerja yang tak terlintas di otak, aku kena buat. Angkat sampah, pam racun nyamuk, siram pokok bunga, bersih longkang, sabit rumput dan pelbagai lagi. Sekarang TNB dah tak ambil lagi staf yang macam ni..tak standard agak nya. Kerja kerja sebegini diserah pada kontrak.


Aku bersama sahabat lama N.Raman, merangkap 'banker' aku masa sama sama sabit rumput. Bila tak ada duit dia lah tempat aku pinjam. Walau pun ada 'bunga', tapi biasa nya bunga dengan pokok pun langsung tak bayar. N.Raman kata aku dah halalkan dah, itu cerita lama kata nya...


Pada 1 Jun 2004 genap lah perkhidmatan aku dengan LLN/TNB selama 25 tahun. Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 25 tahun diadakan 2 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2006. Tak tahu lah apa masaalah atau strategi Pengurusan atasan TNB melewatkan sehingga 2 tahun. Majlis Anugerah diadakan di Dewan Merdeka PWTC K.Lumpur. Anugerah nya pula adalah Sijil Penghargaan Khidmat Setia dan hadiah pilihan iaitu samada jam tangan atau rantai tangan emas. Aku pilih rantai tangan emas untuk isteri tersayang aku.



Masa sedang posing ambil gambar diatas ni Dato' Seri tanya aku...

Dato' Seri Che Khalib : " Dari mana ?"

Aku : " Dari S.J Kapar, Tok!!"

Dato' Seri Che Khalib : " OOO....ini orang 2 alam.."

Kitaorang sama sama tergelak.

Mana tak 2 alam nya, Aku dan Majoriti Staf lain adalah Staf TNB tapi dipinjamkan ke Kapar Energy Ventures (KEV). Dalam lain perkataan, bekerja di satu tempat tapi mempunyai 2 status. Nasib aku lah LABUUU.......

Akhir kata kalau panjang umur, pada 1 Jun 2009 genap lah aku berkhidmat dengan LLN/TNB selama 30 tahun dan kalau Dato' Seri Che Khalib pun panjang umur dapat lah aku bergambar dengan beliau lagi 2 tahun kemudian nya..tahun 2011 ??...Itu pun kalau beliau masih lagi CEO TNB...., manalah tau kot jadi menteri ke, macam bekas CEO MayBank....Siapa tau ye Dato' Seri !!..


*Pstt... Sekarang tentu dia tak ingat aku dah sebab dia dah bergambar dengan beribu orang, sedangkan aku baru bergambar dengan dia sorang.


26 June 2008

Nostalgia Menyemat Atap Nipah



Bila melihat gambar makcik ni, aku terkenang kembali kepada arwah nenek dan masa aku kecik kecik dulu, umur dalam lingkungan 8-12 tahun. Nenek aku menyemat atap nipah untuk menyara hidup nya. Cuma pada zaman dia mana ada handphone macam makcik kat atas tu. Bila tak sekolah, aku akan ikut nenek aku naik sampan ( perahu) menyusuri Sungai Selangor untuk mencari daun nipah untuk dibuat atap. Orang kampung panggil 'Menetak Daun' sebab aku selalu dengar mereka cakap macam tu semasa bertegur sapa semasa dalam perjalanan ke 'Pengkalan' (tempat dimana sampan/perahu ditambat ditepi sungai). "Nak kemana tu, Cek Siah Oiiii...". "Nak Menetak Daun la...mana lagi.." jawab nenek.

Pengkalan yang aku maksudkan tu tak jauh dari tempat
kelip kelip Kg.Kuantan yang sekarang ni dah jadi tempat perlancungan. Sesudah menetak daun, Nenek akan cari buluh untuk dibuat mengkawan (buluh panjang yang di belah selebar ibu jari) dan bemban (berfungsi macam benang jahit baju).Apabila semua dah sedia, nenek pun mula menyemat atap. Aku belajar menyemat atap untuk tolong nenek sebab masa tu permintaan untuk atap nipah tinggi, sebab mungkin zing mahal atau orang tak suka sebab panas. Masa tu atap genting pun mahal. Masa tu jugak lah aku belajar hisap rokok tembak nenek aku..... Al-fatihah untuk Nenek...Amin.

23 June 2008

Balasungkawa Osman Majid Kawan Lama(Dari? - 2007)


Banyak kenangan aku dan kawan kawan lain dengan Allahyarham. Biasa nya kitaorang ramai ramai berborak melepas tension sambil pekena teh tarik dan pisang goreng selepas waktu kerja di 'warong 4 to 7' dan selalu nya Allahyarham akan jadi 'punching bag' dalam apa jugak isu yang kami bincang atau bualkan. Dengan kata lain kami selalu menyakat Allahyarham. Yang paling rajin menyakat Allahyarham ialah Zolkipli Baba (Zol H.A), aku dan Omar Abas.

22 June 2008

Nostalgia Jeram Ikan Bakar & Cikgu Yusoff Hassan




Aku & cikgu Yusoff Hasan

11/2/2008 -Taelip Kadir (Taelip REMACO) ajak pergi makan malam di Jeram Ikan Bakar. Dia janji nak belanja makan kalau aku boleh behenti merokok dalam tempoh seminggu. Alhamdulillah..Lepas beb!!! dan sampai hari ni dah 6 bulan tak merokok. Mintak mintak jangan hisap semula sudah lah...Teruk nanti kena kutuk.

Malam tu, Hanif Said (Eksekutif Vendor) dan Omar Abas (adik Kasim Abas-pelukis terkenal) joint kitaorang. Kami sampai lebih kurang jam 8.15 mlm. Sementara tunggu makanan yang kami pesan siap, aku pandang kiri kanan dan melihat sekumpulan orang baru habis menjamu selera. Mereka seolah olah meraikan sesuatu atau majlis jamuan barangkali. Dicelah celah mereka tu aku terpandang seseorang yang dah amat lama aku tak bertemu. Kali terakhir kami bertemu adalah masa aku tamat tingkatan 5 (1977) iaitu 31 tahun lalu. Aku bangun mendapatkan beliau dan bertanya samaada benar ini Cikgu Yusoff Hassan kerana aku takut jugak tersalah orang. Aku tak salah orang rupa nya dan dia pun masih ingat aku. Nama aku pun dia ingat lagi. Ye lah..masa tu manusia tak ramai lagi. Kat Kuala Selangor masa tu Pembaca Jangka LLN (meter reader) hanya bapak aku sorang. So....bila sebut anak Md.Nadzir meter reader, semua orang kenal, lebih lebih lagi kalau memang banyak kes kat sekolah..he...he..

Cikgu Yusoff mengajar Bahasa Malaysia (Melayu) dan Sejarah. Aku memang hormat dan respek dengan beliau atas komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam profession perguruan yang beliau ceburi. Pada masa itu mana lah kita tau sangat.Sekarang baru kita dapat bezakan Cikgu dulu dengan sekarang, ibarat langit dengan bumi. Maaf,bukan nak kata Cikgu sekarang tak bagus,mungkin keadaan dulu dan sekarang yang berbeza menyebabkan cikgu sekarang hilang minat. Apa tidak nya....., dulu kat sekolah kalau kena cubit dengan cikgu jangan lah mengadu kat bapak, alamat kena tambah dengan tali pinggang lah jawab nya....,tapi sekarang,silap silap cikgu boleh kena lokap bila bapak buat laporan Polis.

Selepas tamat sekolah cuma sekali sekala dengar cerita beliau. Beliau pernah menjadi ahli dewan undangan negeri selangor mewakili DUN Sg.Tinggi selepas menang dalam PRU ke-8 tahun 1990. Pengerusi Persatuan Sejarah Selangor (tak pasti?). Dari bisnes kad nya yang diberi pada aku, sekarang beliau adalah Dato' Dr. Haji Yusoff bin Hassan, Pengerusi Persatuan Pengusaha Perlancungan Daerah K.Selangor. Kawan kawan boleh hubungi beliau di email : ptaks_2007@yahoo.com atau H/P: 019-2419249. Terima Kasih dan maaf kan saya cikgu.........
-note: Click image to view actual size

Taelip & aku baru start.......
 



Ini dia Y.B Hanif......Omar takde sebab dia yg.ambik gambo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...