Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Cuti cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti cuti Malaysia. Show all posts

17 June 2010

Kelantan Fiesta 2010 : Perasmian yang tak gilang gemilang



Petang semalam kerajaan negeri mengumumkan tidak akan menghadiri majlis perasmian Kelantan Fiesta 2010. Ini kerana pihak penganjur yang sebelum ini 'no problem' dengan kerajaan negeri telah meminggirkan peranan kerajaan negeri. Tak tahu lah pulak siapa dalang nya, tetapi pihak terlibat dengan fiesta tersebut ialah Kerajaan Negeri Kelantan, Red Carpet Worldwide dan Kerajaan Pusat. Manakala perasmian oleh pemangku raja.

Apabila kerajaan negeri dan pemangku raja mengatakan tidak hadir, maka sudah pasti lah puak kerajaan pusat yang akan mendominasikan acara perasmian tersebut.

Apa lah malang nya...........

Mungkin secara kebetulan, sebelah malam nya hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam. Di tambah pulak dengan angin kencang hingga hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Perancangan yang diatur berminggu minggu tidak dapat direalisasikan. Pengunjung pun tak ramai mana. Ada yang kata tak sampai pun 500 orang.



Siaran langsung pun terpaksa dibatalkan. Tak kan nak teruskan juga, malu lah PM satu Malaysia berucap depan 500 orang aja. Kalau dalam hujan lebat itu masih ada 50,000 orang yang tunggu, mesti siaran langsung diteruskan. Pengulas lintas langsung pun akan ampu lah dengan kata kata berikut "dianggarkan 50,000 pengunjung masih tidak berganjak untuk mendengar ucapan PM 1 Malaysia kita walaupun hujan turun dengan lebat nya".





Namun apakan daya, PM tak sampai sampai untuk berucap dan seterus nya merasmikan fiesta tersebut seperti yang dijadualkan. Akhir nya yang muncul ialah DS Mustapa Mohamed yang berucap dan merasmikan majlis gilang gemilang tersebut. Oleh kerana 'black-out' terpaksa lah DS Mustapa meggunakan 'loud hailer' untuk berucap. Sekali pandang macam demonstrasi jalanan aja...keh!...keh!...keh!



Moral of the story :

1. Lain kali jangan lah selalu nak penaya dan pedajal orang. Mentang mentang lah kita kuat dan yang kita inaya tu tak berani nak lawan.

2. Dalam Islam niat dan apa yang dibuat mesti lah betul dan seiring. Niat betul tapi perbuatan tak betul, tak jadi juga. Apatah lagi niat tak betul dan perbuatan pun tak betul.

3. Kadang kadang kalau kita selalu pedajal kat orang, Allah bayar 'cash' pada kita tanpa perlu tunggu lama.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

16 June 2010

Tok Guru Nik Aziz dan kerajaan negeri pulaukan acara Kelantan Fiesta 2010.



KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

“Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.

Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.

“Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide,” ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.

Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

“Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

“Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.

Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

“Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

“Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama,” ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik. - harakahdaily

Aku cuma nak kata:


Mereka yang berkenaan ni selalu nya bukan reti nak hormat dengan tuan rumah bila bertandang rumah orang. Dah lah lah tak hormat, tambah pulak dengan kurang ajar, pastu kekadang macam belanda dapat tanah pun ada jugak.

Aku teringat dulu ada sekali tu Pak Lah datang buat lawatan ke Kelantan atas kapasiti nya sebagai Perdana Menteri, haram langsung tak bagitau dan jemput pihak Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tuan yang empunya rumah. Kemudian nya semasa upacara perasmian Koridor Pantai Timur, Tuan Guru Nik Aziz dalam ucapan alu aluan nya 'smash' sebiji sebiji tang kepala Pak Lah and the gang. Kata Tok Guru, lain kali masuk rumah orang beri salam dulu dan kalau masuk rumah orang ikut lah pintu depan, bukan nya ikut tingkap atau pintu belakang macam pencuri.

Mungkin jugak Red Carpet Wordwide ditekan oleh pihak yang lebih berkuasa, sehingga menyebabkan Red Carpet serba salah. Red Carpet hanya cari makan dan terpaksa lah ikut cakap tuan besar.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

20 December 2009

'Memory Lane' Ipoh, macam macam ada....

Semalam 19/12/09 aku sekeluarga ke Ipoh. Ada kenduri kahwin pangkat pak sedara isteri aku. Aku ambil kesempatan untuk menginap dirumah angah selepas selesai menghadiri majlis. Lagi pun lama dah tak balik ke rumah angah dan dah lama tak pergi cari barang barang terpakai dan antik di 'Memory Lane'.

Hari ini pagi pagi lagi aku, isteri aku dan angah pergi ke tempat jualan barang barang lusuh dan terpakai di Ipoh. Ia nya terletak di sebatang jalan yang ditutup pada hari ahad untuk aktiviti jualan dan sepanjang jalan ini dipanggil "Memory Lane". Ada macam macam barang terpakai dijual disini. Aku rasa tak payah cerita lah sebab Utusan Malaysia baru baru ini ada siar artikel pasal "Memory Lane" ini (baca disini)

Aku cuma nak kongsi sedikit gambar yang aku rasa mencuit hati dan mungkin ada diantara kita tak pernah tengok atau jumpa.

1. Semasa nak cari parking aku ternampak sebuah kereta Mitshubishi Pajero yang penuh dengan patung patung permainan kecil yang selalu nya boleh didapati di Mc Donald atau Kentucky Fried Chicken. Boleh kata kan hampir seluruh body, depan, belakang dan bahagian dalam Pajero itu di lekatkan dengan patung patung permainan tersebut. Rajin sungguh tuan punya kereta ini melayan kerenah anak atau memang dia sendiri yang minat.







2. Di penghujung jalan 'Memory Lane' aku lihat orang ramai mengerumuni sesuatu. Aku menghampiri untuk melihat apa hal nya. Rupa nya ada seorang 'apek' dengan motor antik nya. Bukan untuk dijual tetapi dia nak balik setelah berkunjung kesini. Oleh kerana ada orang tanya dia pasal motor dia, jadi dia pun cerita lah dan aku pun snap, dapat 2 gambar. Aku lihat roadtax motor dia mati April 2010.

Yang best nya motor dia tu kalau yang umur macam aku ni mesti boleh ingat. Motor seperti yang selalu digunakan oleh askar German dalam siri 'Combat' dan juga cerita cerita bercorak perang antara Amerika dengan German. Mungkin cat motor 'apek' ini pun original kot.....





3. Gambar gambar dan majalah yang membabitkan artis dan pelakon zaman dulu seperti Alahyarham P.Ramlee, Saloma dan Roseyatimah adalah berlambak di pasar ini. Aku jengah satu demi satu gerai dan aku terpandang sesuatu yang aku pun tak pernah terjumpa. Apa dia?..
TENAGA NASIONAL ada mengeluarkan kasut. Bukti nya aku terjumpa kasut jenama 'Tenaga Nasional'. Sumpah !, aku dah bertugas dengan LLN/TNB dan aku tak pernah jumpa kasut cap Tenaga Nasional. Masa aku buruh am LLN dulu, kami dibekalkan dengan kasut BATA Badminton Master (kasut sekolah untuk anak anak orang kaya masa aku sekolah rendah).

Mungkin kasut berkenaan ditempah oleh TNB dan diguna untuk pekerja pejabat saja kot. Pekerja Power Station mana boleh pakai kasut macam tu. Kitaorang kena pakai safety shoes.







Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


24 June 2009

Menteri Pelancongan pertahan belanja RM1 juta untuk DS Jean Todt sebagai duta Tourism Malaysia


Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada Rabu menjelaskan bahawa RM1 juta yang diperuntukkan kepada Datuk Seri Jean Todt adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta.

Ng berkata Todt, bekas pengurus Formula 1 Ferrari yang dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei lepas, menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran.

Namun dalam usaha mempromosikan negara pasti memerlukan perbelanjaan dan RM1 juta yang diberikan kepada Todt bukan untuk kegunaan peribadinya tetapi peruntukan untuk usaha mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan.

"Beliau masih seorang sukarelawan. Takkan anda harapkan beliau membayar dari poketnya sendiri. Sukarela bererti kita tidak membayarnya gaji atau bayar apa-apa. Tetapi kita suruh dia lakukan penerbangan, takkan dia nak bayar sendiri. Dia nak adakan jamuan malam, takkan kita nak dia sendiri bayar," kata beliau.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Ng turut menerangkan kepentingan Todt dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia.

"Dengan kehadiran beliau di Eropah dan dunia dan rangkaian hubungannya, kita percaya beliau akan menjadikan Malaysia lebih terkenal terutama di kalangan pelancong berada," katanya.

Ng berkata Todt, yang juga tunang kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh, turut diminta mempromosikan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Ng turut menolak dakwaan bahawa Todt diberikan sebidang tanah di Terengganu.

Anggota Parlimen Mohamad Azmin Ali (Parti Keadilan Rakyat-Gombak) kelmarin mendakwa kementerian itu membelanjakan hampir RM1 juta dengan anggaran RM593,400 bagi mempromosikan negara dan memberi peruntukan sebanyak RM388,000 untuk percutian dalam negara serta sebidang tanah kepada Todt.- BERNAMA



Komen aku:

1. Menteri Pelancongan DS Dr Ng Yen Yen memberi alasan berbelit belit macam ular sawa. Beliau kata Todt menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran, tapi duit RM1 juta tu bagi kat dia guna. Buat makan malam & penerbangan dan alasan untuk pelancungan Malaysia. Ah...alasan, bukan susah pun nak cari alasan.

2. DS Dr Ng Yen Yen juga berkata Todt amat penting dalam usaha memacu pertumbuhan sektor pelancongan dan menarik pelaburan asing ke Malaysia. Todt ini 'Super man' ke?. Kalau begitu tutup agensi berkaitan promosi pelancungan. Suruh Todt ini saja yang buat semua itu.

3. Nak tanya DS Dr Ng Yen Yen, Si Todt ini rakyat Malaysia ke?. Setahu aku Si Todt ini rakyat Perancis. Logik aku, kalau nak promosi dan cerita hal negeri Kelantan, kena lah tanya orang Kelantan. Kalau suruh orang Johor cerita pasal Kelantan, apa yang orang Johor tahu. Kekadang aku pelik, macam dah tak ada rakyat Malaysia yang boleh memainkan peranan tersebut. Asyik asyik 'Mat Salleh'...Nyampah betul aku....

Cukup lah tiga perkara tu. Malas nak tulis panjang panjang. Sekian


Photobucket

01 May 2009

Selamat Hari Pekerja 2009 - MAY DAY... MAYDAY.....

http://i235.photobucket.com/albums/ee310/thevraj/mayday.jpg

Hari ini Hari Pekerja, oleh itu aku mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua rakyat Malaysia. Semoga segala penat lelah dan usaha murni yang dilakukan itu akan memberi munafaat kepada semua. Dalam sibuk menjalankan tugas sebagai pekerja, jangan lupa juga untuk memikirkan tentang nasib serta masa depan generasi akan datang.

Maka dengan itu, politik perlulah diberi perhatian, kerana politik lah yang akan mencorak dan memberi gambaran bagaimana kepimpinan akan datang. Jika baik coraknya, maka cerahlah masa depan mereka. Namun jika sebaliknya, maka akan punah ranah lah masa depan mereka.

Mungkin ada yang berkata begini " bosan lah, asyik asyik cerita politik", "balik balik cerita politik, aku bukan dapat apa pun". Aku cuma boleh kata begini, kalau orang yang cakap macam itu tinggal di Selangor, aku nak bagi tahu dengan dia bahawa rebat penggunaan air sebanyak RM 11.04 itu adalah disebab kan politik. Kalau bukan sebab politik, jangan harap nak merasa. Itu satu contoh paling jelas dan nyata, tak perlu belit-belit. Kalau tak faham jugak......tak tahu lah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita melakukan perubahan...........


Photobucket

14 November 2008

SELAMAT BERCUTI - Emak bapak jangan pening

Jumaat 14 Nov. - Hari ini hari terakhir persekolahan 2008. Hari yang memeningkan kepala emak dan bapak datang lagi. Cuti sekolah kali ni kemana nak bawa bebudak. Yang dah tentu tersengih ialah tauke hotel, chalet dan rumah tumpangan. Sewa bilik mesti mau naik sebab CUTI SEKOLAH !!. Cuti sekolah hujung tahun ni panjang, sebulan setengah. Masa untuk menghabiskan duit jugak panjang, cuma jangan lupa dan tak sedar diri sebab nanti bila nak bukak sekolah 2009, nak pakai duit lagi. Masa ni yang sengih ialah tauke kedai pakaian dan alat kelengkapan sekolah. Bebudak ni bukan nya reti base kalau kita kata tak de, yang dia tau mesti nak ada. Ingat tu...

Kos tak pernah turun. Yang sibuk dok kata turun tu pun adalah benda yang di naik kan sekali gus gila-gila tapi turun nya ciput dan macam kura-kura. Yang bercakap tu pun semua nya dia dapat FREE, itu pasal dia boleh cakap tak beban kan rakyat. Kalau tak beban, kita semua yang buat part-time ni tentu tak buat.
Sampai ada yang maut sebab nak cari duit lebih dengan cara halal. Untuk yang duit memang tak luak-luak, sila lah bercuti puas-puas, tak de siapa nak larang tapi kepada yang duit pun dah tinggal serdak aje, jimat-jimat lah sikit.

Akhir kata, berhati nati semasa memandu di jalan dan lebuhraya.



myLot User Profile

08 September 2008

Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, Kulim, Kedah

On the way to Taman Rekreasi (The Tree Top Walk), depan tu kereta Angah



Kali ini lupakan pasal politik kejap, makin lama makin haru biru....

17 Ogos 2008 sehari selepas kenduri kahwin Adik Lia, aku dan ipar duai pergi berkelah di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim. Tempat ini di cadangkan oleh Abang Ali (bapa Adik Lia). Sebelum ini aku tak pernah dengar pun nama Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim ini. Tempat nya dekat Kulim. Kalau tak tahu memang tak jumpa tempat ni. Papan tanda jalan pun mengelirukan, tak banyak yang tulis Taman Rekreasi., Papan tanda jalan banyak nya di tulis "The Tree Top Walk". Di harap pihak-pihak berkenaan berbuat sesuatu supaya orang ramai yang nak ke sana tidak keliru.



Semasa aku dan kaum kerabat sampai di kawasan rekreasi, kawasan itu sedang dibaik pulih dan dibangunkan semula. Jalan dari jalan besar ke puncak Taman masih belum siap lagi dan macam jalan hutan kayu balak aje. Taman dan air terjun nya memang cantik. Oleh kerana di Taman ni tak banyak tempat berteduh (pondok) dan keadaan pun hujan renyai-renyai, kita orang pun pindah kebawah sikit. Dapat tempat yang best la jugak iaitu Kawasan Persendirian yang ada kebun buah buahan. Ada pokok Pulasan & pokok Cempedak. Kena bayar sebab Private Property, tapi tak mahal RM2.00 aje. Yang paling best sekali, beli buah Pulasan dan ambil sendiri di pokok. Tauke tempat tu kata lebih kurang halal.

Papantanda yang dah uzur dan tak berbumbung

Taman rekreasi ini dulu pun rasa nya dah popular berpandukan pada signboard kat taman tu ada tertulis "Cabaran Antarabangsa Arus Deras Kedah 99" & "One of the best creeks river in the world". Yang membuat aku sedih ialah signboard tu dah buruk sangat nampak nya. Diharap pihak berkenaan boleh lah buat yang baru dan biarlah ia nya berbumbung. Kalau tak, nanti aku contact Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan....baru dia orang tau..he...he..

Bagi aku, rugi lah rasa nya kalau tempat perkelahan yang cantik ini tidak diurus dengan baik.

Sekian


24 June 2008

Cerita Sebuah rumah?..Banglo? atau Villa?


Hari ni nak cerita pasal sebuah rumah ditepi pantai. Kami sekeluarga bergambar di halaman sebuah rumah kayu bercirikan rumah lama (gambar atas). Tidak ada apa yang pelik nya tentang rumah ini. Ia nya diperbuat dari Kayu dan rekabentuk nya sama seperti rumah kampung dulu dulu, kecuali yang pelik nya ia nya tidak dibina diatas tanah...Kalau bukan kat tanah, kat mana pulak ?...Jawab nya rumah ini dibina diatas bumbung sebuah Banglo? atau Villa?. Tak percaya ke?....boleh tanya dengan Omar Abas. Lokasi rumah ni, jalan nak masuk kampung dia, Kampung Sungai Sekawang. 16 KM dari Port Dickson, lebih kurang 500 meter dari Simpang Jalan Pasir Panjang ke Kampung Sungai Sekawang, berhampiran Eagle Ranch Resort.


Menurut cerita nya rumah dan Villa? ini dipunyai oleh seorang melayu berugama Islam. Tak banyak yang diketahui tentang pemilik Villa? ini. Bagi aku pemilik nya memang seorang yang amat kaya. Rumah kayu atas bumbung Villa? ini dibeli dengan tanah sekali. Memang cantik binaan Villa? & rumah kayu tersebut. Masa gambar gambar ini diambil, keseluruhan rumah dan kawasan nya belum siap sepenuhnya.Sekarang mungkin dah siap agak nya. Nanti kalau ada masa dan peluang aku akan cuba dapatkan gambar gambar terbaru Villa? ini. ....Ada duit semua boleh jadi....



Dari satu sudut Villa, terdapat perkataan Allah dan Muhammad


Aku,isteri & anak bongsu bergambar di hadapan Villa? & rumah kayu tersebut


Gambar Villa diambil dari pantai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...