Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Skandal. Show all posts
Showing posts with label Skandal. Show all posts

13 August 2010

Empangan Bakun: Projek yang membaham wang rakyat untuk kroni


Empangan Bakun

Akhir akhir ini projek empangan bakun di war-warkan oleh media pro kerajaan apabila siap nanti akan memberikan masa depan yang cerah kepada rakyat Sarawak. OK !, cerah pun cerah lah tetapi bagaimana dengan penyelewengan yang berlaku yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dan dilesapkan.

Orang yang paling mendapat untung atas angin pada pendapat aku ialah Tan Sri Ting Peck Khing, Pengerusi Ekran Berhad. Ekran Berhad ada lah peneraju utama
syarikat usahasama yang menjalankan projek Bakun. Ekran Berhad ada lah sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman dalam pembinaan empangan dan projek ini diserahkan tanpa tender. Tan Sri Ting Pek Khing, diketahui ramai mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Setelah segala balak dan kayu kayan ditebang untuk projek empangan tersebut, akhir nya Ekran menyerahkan nya semula kepada kerajaan. Tak kan kayu kayan yang ditebang itu dibuang begitu sahaja. Senang sungguh 'mereka' dan 'kawan kawan mereka' buat duit.


Baru baru ini DS Anwar Ibrahim berkata, kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 bilion, diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). (
baca sini)

Sekian



Tan Sri Ting Peck Khing, Pengerusi Ekran Berhad.

Dibawah ada lah Artikel lama dan laporan polis mengenai Empangan Bakun

Adakah anda masih ingat akan kisah Empangan Bakun? Jika ada yang telah terlupa, saya ingin memberikan anda peluang untuk mengimbau kisah tersebut. Empangan Bakun adalah sebuah empangan berskala besar yang bertujuan untuk menjanakan tenaga elektrik menggunakan teknologi elektrik hidro.

Pada tahun 70′an, telah terdapat sebuah empangan bersaiz besar iaitu Empangan Temenggor di Perak yang dibina dimana bermanfaat menjanakan sehingga 384 MW tenaga elektrik. Empangan Temenggor dibina dengan cara mengepung air sungai yang menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air sehingga membentuk Tasik Temenggor (Tasik Banding). Teknik yang digunakan ini amatlah tidak mesra alam dimana kemusnahan hutan secara kekal telah berlaku.

Kemudian pada awal tahun 1990 pula Tenaga Nasional Berhad membina satu lagi empangan yang tidak mengganggu alam sekitar dimana aliran air sungai disekat dan dipindahkan kedalam satu sistem terowong bawah tanah yang canggih (stesen penjana hidro terletak di dalam tanah) yang dikenali sebagai Empangan Sg Piah di Sungai Siput Perak. Empangan ini bina dengan oleh Ret Ser Engineering Agency (Ret Ser) serta Kerjaya Balfour Beatty Cementation (KBBC) International dengan kawalselia sebuah syarikat dari Kanada (Shawinigan-Lavalin). Empangan ini berjaya menjanakan tenaga elektrik sehingga 54 MW pada Sg Piah Lower Power Station dan 14.6 MW pada Sg Piah Upper Power Station.

Projek Empangan Sg Piah sememangnya berjaya dan menjadi satu model kepada sebuah lagi empangan iaitu Empangan Pergau di Kuala Yong, Kelantan. Namun pembinaan Empangan Pergau tercalar dengan satu insiden peringkat antarabangsa yang mana melibatkan Kerajaan Britain dan Malaysia. Empangan Pergau yang menjanakan kuasa sehingga 600 MW telah menjadi satu insiden yang memalukan kerajaan Margaret Thatcher kerana nilai bantuan sebanyak 234 Juta Pound untuk projek tersebut adalah datangnya dari perbuatan “tumbuk rusuk” (rasuah) dalam pembelian jet pejuang Hawk yang bernilai 1.3 Bilion Pound pada bulan March 1988. Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain telah menetapkan bahawa tindakan menyalurkan 234 Juta Pound tersebut (oleh Setiausaha Luar Britain Douglas Hurd) adalah salah dari segi undang-undang British.

Teknik pembinaan yang sama juga digunakan sebahagiannya untuk membina sebuah lagi empangan di Sarawak iaitu Empangan Bakun. Rekabentuk empangan tersebut menggabungkan kedua-dua konsep empangan iaitu Empangan Temenggor dan Empangan Pergau. Namun kos yang dicadangkan untuk membinanya amatlah tidak rasional kerana bernilai lebih dari 7 Bilion Dolar yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan ianya akan menjadi empangan yang paling besar di Asia Tenggara (2400 MW janaan elektrik). Konsesi pembinaannya diberikan secara terus kepada Konsortium Ekran Berhad yang juga dianggotai oleh Kerajaan Sawarak, TNB, SESCO, MMC dan beberapa syarikat lain. Ekran Berhad pula kemudiannya dengan keizinan Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat Asea dari Sweden dan Brown Boveri dari Switzerland (yang akhirnya membentuk syarikat ABB) untuk menyelia dan menjalankan kerja kejuruteraan dan agihan tenaga pada bulan Jun 1996.

Pihak ABB pula telah meminta sebuah syarikat iaitu Companhia Brasileira de Projetos e Obras (CBPO) dari Brazil untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam, malah projek ini dijalankan dengan seliaan perundingan dari syarikat Lahmeyer dari Jerman dan Harza dari Amerika Syarikat.

Atas bantahan beberapa pihak termasuklah aktivis alam sekitar dan kegawatan ekonomi 1997, projek Empangan Bakun ini terhenti sehingga menyebabkan pihak ABB telah membuat “write off” sebanyak 100 Juta Dolar atas suku ketiga akaun mereka. Pada Disember 1997, Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu) telah mengeluarkan arahan supaya pemberhentian semua projek mega demi untuk menyelamatkan aliran tunai dan kewangan negara.

Pada penghujung 1999 projek Empangan Bakun ini dimulakan semula dengan segala beban diletakkan dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Malah beberapa siri pembayaran pampasan telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada Bakun Hydroelectric Corp (diketuai oleh Ekran Berhad) sebanyak lebih dari 250 Juta Dolar. Namun kemudiannya projek tersebut terhenti sekali lagi sehingga diambil alih oleh Kumpulan Sime Darby Berhad dengan kerjasama dari Malaysian China Hydro Consortium pada Ogos 2003. Malah sebuah konsortium lain iaitu Gulf International Investment Group (GIIG Capital) juga telah meletakkan deposit sebanyak 500 Juta Dolar untuk mengambil 60 % kepentingan dalam empangan ini.

Kini Empangan Bakun diserahkan pula kepada Synergy Drive Berhad (November 2007)
sebagai usaha (kononnya) untuk mengerakkan projek berskala mega yang beberapa kali terbengkalai ini. Projek ini sejak dari awal lagi tidak pernah menepati keperluan alam sekitar (EIA) dan membahayakan kepentingan kaum Penan di Sarawak.

Dari apa yang dapat kita lihat, kemungkinan Synergy Drive Berhad akan membuat beberapa siri pembayaran pampasan lagi kepada beberapa pihak yang seterusnya menunjukkan bahawa tindakan ini tidak lebih dari satu usaha untuk mengaburi mata rakyat akan satu proses “bail-out” sekali lagi. Malah kini dengan dana yang amat besar adalah dikhuatiri Synergy Drive Berhad akan menjadi seperti Khazanah Nasional atau Danaharta yang memungkinkan akan menyebabkan rakyat (secara umumnya) akan menjadi rugi sekali lagi.

Yang pastinya pihak yang akan untung dalam insiden Empangan Bakun ini tidak lain dan tidak bukan ialah Ekran Berhad dan beberapa kroni yang berkaitan.
Nilai pampasan yang telah mereka terima selama ini sebenarnya tidak wajar diberikan kepada mereka jika dibandingkan dengan kerja yang telah mereka lakukan.

Jika salah percaturan Synergy Drive Berhad akan pastinya terjual kepada pihak lain seperti yang pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini. Temasek Group memang menunggu peluang dengan meletakkan beberapa orang kepercayaan mereka didalam beberapa industri tempatan dan bersedia untuk memindah-milikkan aset dan kepentingan Synergy Drive Berhad pada bila-bila masa. Malah proksi Temasek Group kini dikenalpasti telah berada didalam Synergy Drive Berhad. - http://ketuaperusuh.wordpress.com


Laporan Anwar pada 12.11.1999 di Balai Polis berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun yang melibatkan anak-anak KM Sarawak, anak bekas PM ke 4 dan proksi orang-orang politik tertentu.

TUN HS LEE 30375/99
12.22 tengahari, 12 Nov 1999

Laporan Polis
Mahkamah Persekutuan
K. Lumpur

Saya ingin mengemukakan dokumen surat-surat dari Tan Sri Ting Peck King kepada Tun Daim Zainuddin dan kepada Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad serta nota arahan Dato' Seri Dr Mahathir kepada saya selaku Menteri Kewangan supaya segera meluluskan pembayaran kepada Tan Sri Ting tanpa mematuhi peraturan dan prosedur kewangan atau merujuk terlebih dahulu kepada Syarikat Juruaudit Price Waterhouse yang telah dilantik meneliti permohonan pampasan dari Syarikat Ekran yang menyelenggara pembinaan projek Empangan Bakun di Sarawak.

Permohonan bayaran gantirugi telah dibuat oleh Tan Sri Ting terus kepada Tun Daim meskipun beliau tidak berkaitan dari segi bidang kuasa atau otoriti meluluskannya. Permohonan juga dibuat terus kepada Dato' Seri Dr Mahathir yang sekali lagi membuktikan cara beliau mengendalikan projek-projek mega seperti Perwaja, Putrajaya dan KLCC. Projek Bakun telah beliau luluskan tanpa mematuhi Prosedur Penswastaan atau tender. Beliau melancarkan projek tersebut sebelum kabinet meluluskannya. Sapertimana juga dalam laporan polis saya yang terdahulu bersabit projek Perwaja, beliau menjalin perhubungan langsung dengan Tan Sri Ting dan mengenepikan kementerian dan agensi berkaitan. Kabinet hanya menggerakkan kemudiannya dan meminta saya mengawasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Bahkan dalam kes permohonan pampasan tersebut sapertimana yang tertera dari surat-surat yang disertakan, saya diketepikan samasekali meskipun pada ketika itu saya adalah Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Ketegasan saya serta keengganan meluluskan peruntukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan kewangan dan dasar berhemat menyebabkan saya dicurigai.

Kepentingan terbesar projek Bakun dipegang oleh Syarikat Ekran yang dikuasai oleh sahabat karib Dato' Seri Dr Mahathir dan rakan seperniagaan Tun Daim iaitu Tan Sri Ting Peck King.. Rasip Haron, rakan perniagaan Tun Daim turut memegang ekuiti. Rasip Haron dan Robert Tan Hua Choon, seorang lagi rakan perniagaan Tun Daim menguasai syarikat Jasa Kita. Jasa Kita terlibat dalam skandal Saham STM (Telekom) kerana penyalahgunaan pengagihan saham yang kononnya diperuntukkan oleh Tun Daim ketika menjadi Menteri Kewangan kepada masyarakat India. Tetapi disebaliknya, saham-saham tersebut disalorkan kepada tiga syarikat yang mempunyai hubungan dengan Dato' Samy Vellu. Ini termasuk Syarikat Clearway di mana pemandu Robert Tan, Baharuddin M. Arip adalah pengarah Clearway dan Jasa Kita.

Syarikat Robert Tan lainnya, Spanco kemudiannya dengan secara terburu-buru mendapat kelulusan penswastaan kenderaan Kerajaan, oleh unit Penswastaan Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan syarikat dipertikai sebagai lemah dan mengenakan kos yang mahal, bahkan saya telah meminta beberapa peruntukan perjanjian diteliti semula. Oleh kerana Tun Daim umumnya mempunyai kepentingan, segala teguran dan bantahan diketepikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir.

Projek Bakun memerlukan dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak. Maka syarikat Ekran telah mendapatkan penyertaan dua orang putera Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri iaitu Mahmud Abu Bakir dan Sulaiman Abdul Rahman sebagai pemegang ekuiti dalam Ekran dan Pacific Chemicals. Maka Ekran dengan mudah memperolehi konsesi ribuan hektar balak disekitar kawasan Empangan, meskipun masyarakat asli tempatan dan pertubuhan alam sekitar membantah keras. Selain itu, anak Dato' Seri Ling Liong Sik turut dilantik dalam pengurusan projek dengan ganjaran lumayan.

Denga restu dan kelulusan Dato' Seri Dr Mahathir, keputusan dan projek serta kontrak diluluskan tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah Syarikat Bakun atau Kementerian Kewangan. Diketika itu, tatkala viabiliti projek dicurigai, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya HICOM Holdings, KWSP dan TNB turut memegang ekuiti. Syarikat-syarikat tersebut bersama SESPO Sarawak terus-menerus membantah kerana Tan Sri Ting mengambil keputusan bersendirian "dengan persetujuan Perdana Menteri" " tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu. Kontrak dianugerahkan dengan sewenang-wenang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ekran. Umpanya, Pacific Chemicals memperolehi kontrak pembalakan kawasan Bakun seluas hampir 20 000 hektar. FCW Holdings dijanjikan kontrak 4 billion ringgit pembinaan kabel submarine dasar laut yang turut melibatkn kepentingan syarikat anak Dato' Seri Dr Mahathir.

Dan akhirnya setelah nyata projek tesebut akan gagal dan buntu serta akan mengulangi pengalaman kerugian Perwaja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, saya menggunakan alasan krisis ekonomi yang melanda ketika itu untuk membatalkan projek tesebut. Lagi pun terlalu banyak keputusan didapati tidak telus dan menimbulkan masalah dengan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti. Tindakan terhadap Ekran gagal diambil kerana perlindungan yang diberikan oleh Perdana Mentei dan Tun Daim. Pembatalan projek bukan sahaja menimbulkan kemarahan mereka berdua tetapi juga keluarga dan syarikat kroni yang berkepentingan.

Permohonan pampasan sebanyak 2.2 billion ringgit adalah keterlaluan sepertimana yang terpapar dalam surat Tan Sri Ting kepada Yun Daim bertarikh 11 Julai 98 (Eksibit Satu). Surat beliau kepada Dato' Seri Dr Mahathir menyebut mengenai pembayaran awal sebanyak 120 juta ringgit. Perdana Menteri dalam notanya bertarikh 12 Ogos '98 mengarahkan saya membayar tanpa merujuk kepada peraturan dan prosedur kewangan (Eksibit Dua).

Saya sedar bahawa beberapa laporan polis terdahulu beserta dokumen dan surat terutama yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim tidak disiasat dan diambil tindakan. Seolah-olah pemimpin-pemimpin tersebut adalah kebal dari siasatan dan tindakan. Disebaliknya, pemimpin-pemimpin parti alternatif terdedah kepada tindakan dan tekanan berlebihan. Saya menggesa agar pihak polis berkhidmat secara profesional. Sekali lagi saya mengemukakan dokumen dan surat yang menunjukkan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim. Kami masih menunggu siasatan dan tindakan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah.

Disertakan Eksibit Satu dan Eksibit Dua.

Terima kasih.

Wassalammualaikum WarahmatuLlah.

(tandatangan : Anwar Ibrahim)


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

21 June 2010

Pengerusi Sime Darby perlu letak jawatan

Tun Musa bin Hitam...
Tun Musa bin Hitam.. ...
. ........... . . .. Wee Choo Keong

KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Parlimen hari ini mendesak Pengerusi Sime Darby Berhad Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan dengan serta-merta kerana kerugian besar yang dialami syarikat itu.

Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) berkata, kerugian syarikat itu dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi syarikat tersebut telah menafikannya.

Ini bermakna Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang saham nya malah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia danSuruhanjaya Sekuriti.

"Saya juga hairan bagaimana Musa boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarahnya tidak tahu-menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukankerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Sime Darby hanya mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat - mstar


Aku cuma nak kata:
Sikit pun aku tak heran sebab dari dulu, kini dan selama nya kalau UMNO/BN masuk aje dia punya tangan sama ada sengaja atau tidak sengaja, benda yang mula nya elok akan jadi terlungkup. Aku bukan cakap kosong atau asyik nak cari salah UMNO/BN. Aku akan senaraikan benda benda yang boleh lah di kategori kan sebagai skandal yang melibatkan kerugian berjuta dan berbilion ringgit yang aku ingat secara sepintas lalu.

1. Skandal Maminco - Rugi di antara RM620 – RM660 juta melalui transaksi jualan bijih di London Metal Exchange. Skandal pada tahun 1981 ini berlaku dengan penggunaan wang KWSP.

2. Skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) - Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) rugi sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 1984/85 melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong. Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di Hong Kong. Rugi lagi RM 1.393 bilion pada Mac 1997.

3. Skandal Perwaja - (kerugian terkumpul pada 1989 RM1.6 billion, hutang sehingga Mac 1998 berjumlah RM5.08 bilion. Rugi pada 1997 RM7 bilion). Eric Cia diamanahkan untuk memulihkan Perwaja yang mulanya rugi, tapi akhirnya apa yang berlaku kerugian berlipat kali ganda pula. Paling menarik, isu pembayaran RM76.4 juta kepada NKK Corporation menerusi sebuah syarikat yang tidak wujud, iaitu Frilsham Enterprise Inc. ( Saja nak tanya, hutang bil letrik yang janji nak bayar ansur-ansur dengan TNB dah habis bayar ke belum? atau tak bayar langsung?. Kalau rakyat biasa, tunggak aja 2 bulan, bil merah pun sampai le...)

4. Skandal MAS/Tajuddin/Mahathir/Daim/Bank Negara - Skandal ini menyebab kan saman menyaman antara Tan Sri Tajuddin Ramli dengan Kerajaan Malaysia. Banyak wang rakyat yang terlibat dalam skandal ini. Nak tahu panjang lebar cerita nya baca kat sini

.......dan banyak lagi kalau nak tulis. Itu tak termasuk yang baru dan masih panas macam PKFZ, FELDA dan lain lain.

Mengapa ini terjadi?. Jawab nya cukup mudah. Sebab nya ialah Syarikat yang diaorang jadi pengerusi ke, CEO ke, board member ke atau apa nama jawatan sekali pun, bukan dia yang keluar modal dan bukan dia yang punya pun. Nak terlingkup ke, yang penting aku belasah dulu. Kalau rugi pun bukan kena tindakan apa apa. Paling teruk pun di nasihatkan bersara atau letak jawatan.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

02 May 2010

Dulu Pedra Branca, sekarang 2 telaga minyak, lepas ini apa lagi nak terlepas?



Dr Mahathir mendakwa Abdullah telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak. Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan penasihat hal ehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Abdullah menolak dakwaan Dr Mahathir itu.

Dalam kenyataannya selepas pendedahan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.



Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.

Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.

"Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya. - artikel penuh http://www.harakahdaily.net


Aku cuma nak kata:
Ini lah rupa nya kerja puak puak yang mendakwa hanya mereka sahaja yang pandai memerintah. Satu demi satu tergadai, tetapi masih berlagak pandai. Masih lagi nak kata situasi nya adalah menang-menang.

Dulu Pulau Batu Putih atau nama lain nya Pedra Branca terlepas pun puak ni kata menang menang juga. Dah terlepas telaga minyak, DS Nazri Aziz pulak berkokok " kita akan pertahankan Limbang". Sudah lah tu, cakap saja berdegar degar tapi ekor bergelumang tahi. Pulau Batu Putih dulu pun kata nak pertahan, tapi apa jadi?.. Singapura dapat pulau, kita dapat batu saja. Lepas tu heboh kata kita menang menang.

Kepada rakyat yang prihatin dan faham serba sedikit akan hak nya sebagai warganegara dan pembayar cukai , sudah pasti peristiwa ini amat mendukacitakan yang dilakukan oleh PM ke5 Malaysia.

Jika kerajaan yang ada sekarang sebuah kerajaan yang mempunyai intergriti dan telus, DS Najib sebagai PM perlu mengarahkan agar Tun Abdullah disiasat samada dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja atau oleh SPRM dan jika didapati bersalah, pengurniaan "Tun" kepadanya perlu ditarik balik kerana ia adalah sebagai pengkhianat negara.

Namun begitu kadang kadang aku terfikir bagus juga kalau Sultan Brunei yang dapat hasil minyak usd100 billion (RM320 billion) itu. Lagi pun Sultan Brunei kan dah banyak tolong Malaysia masa krisis ekonomi dunia tempohari. Kalau tidak, yang akan raya sakan dengan wang hasil minyak itu termasuk royalti bukan nya Sarawak tetapi 'UMNO/BN and the geng'. Dengar cerita , antara syarikat yang melepas masuk angin keluar asap ialah Kencana Petroleum kepunyaan anakanda Tun Mahathir, Mokhzani Mahathir. Entah lah....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

25 December 2009

Mungkin kah enjin jet F-5E yang hilang bukan 2 tapi 4?


Ahmad Zahid menunjuk isyarat 'bagus' semasa duduk di cockpit pesawat pejuang F5-E Tiger-(30/11/09)

PETALING JAYA, Dis 25 — Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.

"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.

"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.

"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap. http://www.themalaysianinsider.com

Aku cuma nak kata:

Kalau dakwaan terbaru oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ini terbukti benar maka amat malang lah untuk seluruh rakyat Malaysia kerana telah ditipu hidup hidup oleh pemimpin kerajaan BN terutama nya PM DS Najib. Mustahil DS Najib tak tahu satu habuk pun pasal kehilangan enjin yang amat memalukan ini. Harus diingat bahawa kes ini bukan berlaku di JKR atau jabatan kerajaan lain nya. Kalau di JKR memang aku tak heran sebab gaji diaorang pun bukan banyak tara mana sangat. Lagi pun baru-baru ini telah diisytihar bahawa pendapatan bawah RM3000 adalah dikategori Paras MISKIN Bandar. Makna nya orang berkerja di bandar yang gaji bawah RM3000 adalah orang miskin.

Kes ini berlaku didalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu 1 organisasi yang diharap untuk mempertahankan Negara.
Jangan nanti bila nak perang ATM buat cerita lawak yang pesawat tak boleh terbang sebab baru saja tahu bahawa enjin kena curi. HA..ha...ha.. lawak ...

Aku pun hairan lah di Malaysia ini. Apa kah Ketua Polis Negara, Peguam Negara, SPRM, PAC dan Ketua audit Negara tak buat kerja mereka atau tidak dibenarkan buat kerja mereka. Maka sebab itu lah setelah 2 tahun baru meletup kes tersebut. Yang pelik bila kes melibatkan 2,3 ribu ringgit, sebok bukan main, sudah lah !!......


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


23 December 2009

Tun M & Pak Lah sama saja. Kedua dua perlu disiasat



KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM," katanya.

Menurut Mahfuz juga, jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan," katanya lagi.

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Mahfuz juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun. Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun," ujarnya.

Mahfuz turut menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini katanya membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewengan dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."katanya.- http://www.harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:
Kalau sebagai seorang kawan, dalam konteks isu ini Tun M memang tidak boleh diharapkan. Orang pertikaikan beliau menyeleweng duit, diseret nya dengan Pak Lah sekali. Tak pasal pasal Pak Lah yang dah pencen dengan aman tiba tiba tersentak. Nasib baik jantung Pak Lah kuat lagi, kalau tak, mahu kena 'heart attack' gara gara dengki Tun M terhadap Pak Lah. Sudah lah masa Pak Lah jadi PM dulu Tun M asyik kacau daun tak habis habis. Ini kawan tu dah bersara pun dengki lagi.

Mana tak dengki. Tun M perintah 23 tahun cuma menghabiskan 100 bilion tetapi Pak Lah perintah cuma 5 tahun habiskan lagi banyak iaitu 270 billion. Pokok pangkal nya dua dua perlu disiasat dan mesti diambil tindakan kalau didapati bersalah, tetapi rasa nya jangan harap lah ini semua akan berlaku selagi BN masih memerintah. Maka oleh itu aku berdoa semoga mereka berdua dipanjangkan umur supaya Insyaallah dapat melihat BN menjadi pembangkang satu hari nanti. Amin !!!


Sekian

22 December 2009

Kehilangan 2 enjin F-5E dan peralatan lain manifestasi Kerajaan BN tidak serius


Gambar hiasan semata mata

KUALA LUMPUR, Dis 22 — Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

"Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di sini.

Beliau berkata selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

"Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera," katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan Lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

"Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

"Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan," katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

"Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. — Bernama

Aku cuma nak kata:
Seperti yang dijangka bahawa kehilangan engin pesawat F-5E adalah sebahagian 'tip of an iceberg' terbukti benar dengan pendedahan terbaru ini. Sebelum ini, ingatkan 1 engin saja yang hilang. Sekarang dah jadi 2. Esok mungkin jadi 3. Tulat, tonggeng ???....

1.
Kenyataan basi Menteri Pertahanan ialah Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab. Macam lah perkara itu berlaku semalam, pada hal benda tu berlaku dah 2 tahun. Lembap sungguh kerajaan BN bertindak ye!. Kata hanya BN yang pandai memerintah. Pandai perintah apa benda kalau dah 2 tahun baru nak siasat dan ambil tindakan. Patut nya kenyataan tersebut keluar 2 tahun lepas.

2.
"Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus. Mengapa guna istilah Pengkhianat, penderhaka ?. Mengapa tidak guna istilah penjenayah ?.Sudah pasti untuk menunjukan betapa besar nya kesalahan tersebut. Setahu aku kalau dah pengkhianat dan penderhaka maka kes ini setaraf lah dengan kes curi senjata tentera oleh kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalek, Sauk, Perak sedikit waktu dulu. Apa hukuman yang kumpulan ini terima ? (baca di sini). Dalam konteks ini, kes kehilangan engin pesawat dan peralatan tentera yang lain adalah lebih besar dan serius dari kes Al-Maunah.

3. Ahmad Zahid meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi. Seleweng fakta apa benda nya Datuk Seri oiiii..???. Yang hilang enjin pesawat F-5E TUDM. Ada ke bloggers tulis enjin kapal laut TLDM ?. Satu lagi, kalau kami bloggers buat spekulasi pun adalah spekulasi yang rasional dan bukan hentam keromo semata-mata. Ramai antara bloggers adalah pekerja yang ditempat kerja kami pun ada juga setor, tempat simpan barang dan gudang. Sudah tentu lah prosidur atau proses keluar masuk barang, secara asas nya adalah lebih kurang sama. Ini kan pulak yang melibatkan hal-hal dan barang kepunyaan tentera. Tak kan lah prosidur penghantaran bungkusan melalui
"pos laju" atau "currier" lebih baik dan lebih teliti dari prosidur Angkatan Tentera.

Ada kah menulis begitu menjadi satu kesalahan ?. Habis tu apa saja yang dibuat oleh 'engkorang', 'kitaorang' ni kena diam aje lah, tapi bila 'engkorang' nak duit 'kitaorang', pandai pulak 'engkorang' mintak dengan 'kitaorang' ye!. Tuu....cukai cukai yang 'engkorang' kata tak membebankan tu, apa kebenda nya...


'Engkorang' memang banyak songeh la......... Sekian.


* Nota: dibawah ini adalah komen berkaitan isu diatas yang aku ambil dari pahang daily online dan artikel nya boleh baca di sini

Penulis skrip said...
"Kenapa baru sekarang kecurian enjin pesawat F5E diperbesar sedangkan kehilangan tersebut telah disedari berlaku pada tanggal 26 Jun 2007 dan 1 November 2007 (kedua)....?"

Jawapannya mudah saja kerana 2008 adalah hari pilihanraya umum ke12. Jika berita kecurian itu dihebahkan lebih awal... Mohd. Najib akan jadi kain buruk di Parlimen Pekan.

Seseorang yang ingin berjaya dalam politik, mesti ada banyak duit.. yang disebut politik wang.

Mengapa Tun Dr. Mahathir boleh memerintah Malaysia seperti raja selama 22 tahun...? Jawapannya adalah bukan kerana beliau bijak mentadbir tetapi disebabkan beliau mempunyai banyak duit untuk dilaburkan dalam pasaran "politik wang".

Persoalannya sekarang... siapa terlibat ?

Cerita mudah, menteri pertahanan yang kini adalah perdana menteri bersubahat dalam mencuri harta kerajaan yang ditadbirnya.

Persoalannya: Rakyat malaysia boleh buat apa tindakan diatas kecurian itu....?

Dalam Malayasia sehingga hari ini, adakah diantara menteri kerajaan didakwa apa juga kesalahan dimahkamah dan dihukum kecuali Anuar Ibrahim...?

Ahli UMNO sepatutnya berterima kasih terhadap para pemimpin yang mereka pilih kerana disebabkan kebijaksanaan mereka mencuri, parti UMNO boleh menabong lebih banyk duit sebelum jadi parti pembangkang.

Untuk kepastian, sila siasat dari mana punca pendapatan parti UMNO selain dari duit pendaftaran ahli.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


19 December 2009

RM50 mill F5E engine missing. Is that a tip of an iceberg?



1. An interesting news appeared in the NST today where it was reported that the RMAF is missing a RM50 mill F5E engine. I laugh when I read the news. The first thing I did was sent a few SMS to some friends whom had seen retired from the Air Force. The former Air Force chief replied my SMS with a simple message; “Malaysia Boleh”.

2. Who could imagine that a RM50 mill engine in the Air Force logistic HQ in Sungei Besi can go missing? The news paper quoted the AF Chief, reported that it is a tip of an iceberg. There is a possibility that many things has gone missing. Things that was hardly used. In the case of the F5E engine, the Air Force wanted to test their remaining F5 two-seater in its inventory and they found out that some of them are in good working order. It was when they decided to replace the engine of one of the aircraft that they realized that it was missing.

3. If my memory serves me correctly, a few years ago while I was in TUDM, there were rumors that the someone went into the Sg. Besi camp in the early hours of the morning and drove away with the Air Force chief car. I think they still haven’t found the car till today.

4. On June 25th, 1988, Lt Wahi Anuar Mat Amin which flew the Skyhawk from Kuantan towards Labuan, break his formation and disappeared in the South China Sea. His remain or pieces of the Skyhawk aircraft was never found till today despite the international efforts involving the Indonesian, US and Singapore Armed Forces.

5. It seems the RMAF have the habits of losing their assets regularly. I wonder what else would go missing. My gut feeling says that I don’t think the RMAF actually knows what they have and what they don’t. They better count how many bombs and missiles that they actually have.

6. I suspect that they would not even realize that something is missing until when someone wants to use it. May I suggest that the Air Force chief buy a bunch of padlocks from the hardware shop and fixed it on the remaining Russian made fighter jets and the C130s transport aircraft? We don’t want someone does a David Copperfield magic and the whole C130 would disappear from the tarmac! Ai yo! Yo!, chief, bikin malu la saja.
Source: http://rights2write.wordpress.com

--------------------------------------------------------------------

Enjin Disedari Hilang Apabila Ia Tidak Sampai Ke Destinasi, Kata Zahid
BALIK PULAU, 19 Dis (Bernama) -- Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 apabila enjin yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasi yang dihantar, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kehilangan enjin itu disedari pada tahun 2007 dan beberapa tindakan serta siasatan dilakukan secara dalaman terlebih dahulu, yang turut membabitkan polis.

"Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan TUDM cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini pada Sabtu.

Menurutnya Kementerian Pertahanan sedang meneruskan siasatan berhubung kes itu, dan memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa, TUDM tidak dapat memberikan maklumat secara terperinci mengenainya kerana ia melibatkan aspek perundangan.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.

Zahid berkata sistem yang terdapat di ATM dirombak sepenuhnya sejak kehilangan enjin pesawat itu disedari, dan aspek pemantauan turut ditingkatkan terhadap prosedur, inventori serta kawalan terhadap setiap pergerakan aset.

"Saya juga ingin pastikan bahawa sistem yang ada dalam inventori di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dipantau dan dikemaskan mengikut kehendak semasa," tambahnya. - Bernama

Aku cuma nak kata:
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kalau nak buat kenyataan, tolong lah buat kenyataan yang rasional dan yang punya standard sebagai seorang menteri yang sekolah tinggi dan bukan nya keyataan macam orang sekolah atap. Ada paham.

Mengapa terus menuduh mungkin dilakukan oleh
orang bawahan. Beliau tak tahu ke yang orang bawahan ini walau disektor mana sekali pun hanya lah melaksanakan arahan kerja. Orang suruh buat dia buat. Itu lah rutin kerja orang bawah. Ada lah amat mustahil enjin tersebut boleh hilang tanpa 'lampu hijau' dari orang atasan. Patut nya DS Ahmad Zahid jangan sebut orang atas atau orang bawah. Sebut saja anggota TUDM.

Beliau juga kata sistem yang digunakan TUDM
cukup baik. Kalau cukup baik mengapa perlu dirombak sepenuh nya. Itu menunjukan kan sistem TUDM kurang baik sehingga terpaksa dirombak sepenuh nya dan bukan sebahagian nya.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


16 December 2009

The PKFZ Fiasco: The Business & Political Connections

Schematic diagram ini aku dapat dari laman blog Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang. 'Diagram' ini dibuat oleh beliau sendiri dengan rujukan dari media-media 'on-line'. Aku paparkan di sini untuk dikongsi bersama. Terima Kasih

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


15 December 2009

Ada kah Azalina antara wanita terkaya di 1MALAYSIA?










Dear Editor,

I don't think I want to provide any of my own comments here because the pictures below should be enough to tell a million tales in a million different languages. After all these photos were taken in the driveway of Azalina's own house.

Let it be known that I am not the one who took the pictures I received them via email from people who want me to distribute them as widely as possible so that the whole of Malaysia knows something about this woman that they otherwise mightn't have.

I am aware that the cars in these images are from Azalina's personal collection. Porsche, Mercedes-Benz, SmartCar, Land Rover, (Toyota) Alphard are seen here in these images but I know there are even more cars although I do not know where she has kept them.

I'm told that there are still others stored elsewhere as well. So the question is where on earth did Azalina get the money to buy not just one but so many such cars? I guess you don't have to be an expert to figure out how much they are all worth let alone those we have not seen because they are in storage. Go figure this one out.

Check out the registration numbers of some of the cars here such as WLV-3. When did Azalina become a federal minister? When did she become a minister of tourism? When was WLV-3 registered? Put these together and find out for yourself.

Apparently Azalina has this to say in her defence:

"I did not rob the people of their money! I did not cheat my fellow Malays!"

Well if that's the case, where did she get the money? Is a federal minister this well paid? Does she carry any other day jobs? Can we check our income tax? Has she fully declared all her possessions?

Azalina, we're not idiots. You might think so but that's only your typical BN-type arrogance. Wait till we get our claws on you. Wait till we retain the powers of the courts, the power of the police, the power of the law and the power to dump you and all your cronies in labour camps.

Azalina, we will get you. The people have made the promise.

You are a dead little duck.

TAX PAYER

Sumber: sabahkini.net

Aku cuma nak kata:

Teringat lah aku kepada cerita lama dulu......

Penyelewengan KBS, AMK Kemuka Laporan BPR
Shamsul Iskandar-Angkatanmuda.org
14 September 2007

KUALA LUMPUR, 13 Sept. 2007 – Angkatan Muda KeADILan (AMK) mengemukakan laporan dan aduan rasmi kepada Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Ibu Pejabat BPR Putrajaya, hari ini berkenaan penyelewengan dalam Kementerian Belia dan Sukan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK melihat bahawa ‘permainan tarik tali’ antara Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien mengenai penyelewengan pembelian peralatan dan kelengkapan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah satu bukti rendahnya pembudayaan akauntabiliti di kalangan menteri kabinet. (seterus nya baca disini).

Untuk peringatan kita semua termasuk lah aku. Walau banyak mana pun kereta dan MPV mewah yang kita ada, akhir nya kita akan naik kenderaan seperti terlampir dibawah.

Sekian



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


11 December 2009

Skandal PKFZ: Penahanan dan tangkapan bermula, mari kita lihat siapa yang kena ?




PKFZ: Bekas GM Pelabuhan Klang antara 3 ditahan
Oleh Neville Spykerman

KLANG, Dis 10 — Bekas pengurus besar Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O.C. Phang dan dua yang lain dijangka dikenakan tuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung peranan mereka dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Phang bersama arkitek Bernard Tan Seng Swee dan ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn . Bhd. Steven Abok ditahan dalam operasi bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.- www.themalaysianinsider.com

Mengulas penahanan tersebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi parlimen hari ini menyambut baik langkah tersebut namun menyifatkan penahanan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi, hanya satu permulaan yang kecil ( baca disini).

Aku pun hairan juga. Masa isu PKFZ ini mula mula meletup, terdapat nama nama orang besar yang saban hari berantakan di media sehingga TPM Tan Sri Muhyiddin terpaksa keluar 'warning' (baca disini). Aleh - aleh yang kena tangkap nama nama yang sebelum ini tak popular langsung. Kambing hitam kah mereka ini?.

Bagaimana dengan cerita yang Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ.

Aku berpendapat dalam kes ini pemimpin atau orang besar yang memberi arahan untuk melaksanakan penyelewengan tersebut akan terlepas dan sebalik nya yang akan didakwa adalah orang yang melaksanakan tugas tersebut.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


28 November 2009

Pemindahan RM10 juta ke London oleh MB Negeri Sembilan


Gambar Hiasan - angkat jangan tak angkat

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.
Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu. - malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
1.
Ada sesiapa berani kata pembangkang tabur fitnah dalam isu ini?. Kalau fitnah, diminta Datuk Seri Mohamad Hasan tolong saman kepada pemfitnah. Saman lah dalam RM 100 juta ke !?. Ada berani ?. Nak jawab pun tak berani...

2.
BNM sendiri 'comfirm' Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober. Kalau dah pengurup Wang salah, tak kan lah DS Mohamad Hasan tak salah?. Setahu aku pencuri dan pembeli barang curi, dua dua salah. Oh ye! terlupa pulak. Ini kan Malaysia, dan di Malaysia macam macam boleh jadi. Oleh itu jangan hairan atau terkejut beruk jika DS Mohamad Hasan didapati tidak bersalah. Kecuali..Jeng..Jeng..Jengggg!!!

3.
Kecuali memang isu ini ditimbulkan untuk merentap beliau turun dari kerusi Menteri Besar. Mintak maaf lah ye!.. ini mungkin andaian aku aje. Kalau tak ada keputusan PRK Bagan Pinang, agak agak nya isu ini keluar ke tidak ?. Isu ini berlaku pada 2008 dan tidak terdedah kepada rakyat umum. Kalau andaian ini benar, makna nya DS Mohamad Hasan kena lah bersedia untuk meninggalkan pejabat MB.

4. Oleh kerana isu ini melibatkan BN, maka SPRM mesti menunggu lampu apa yang akan diberi oleh Pengerusi BN. Hijau atau merah?. Kalau lampu hijau, baru lah SPRM boleh masuk, menyiasat, tetapi kalau lampu merah....,tak kan lah SPRM nak cari nahas.


Apa apa pun, kita tunggu dan lihat saja lah. Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


13 November 2009

Fail OSA 2: Dedah Projek Perhutanan Semula Khir Toyo


Gambar hiasan

SHAH ALAM, 13 Nov - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menggunakan peruntukan sekysen 2c untuk mendedahkan 1 lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan Projek Perhutanan Semula oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini merupakan pendedahan kedua Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya 4 projek perhutanan semula di beberapa kawasan hutan simpan di Selangor sekitar 2001 hingga 2007.

Seluas 10,000 hektar kawasan hutan simpan terbabit dalam projek perhutanan semula ini ialah Hutan Simpan Bukit Tarek dan Rantau Panjang (Fasa I) dan Hutan Simpan Sungai Jeloh dan Bukit Belata (Fasa II).

Bagaimanapun, hasil keuntungan program tersebut sebanyak 800 juta ringgit dalam tempoh 20 tahun gagal diperolehi kerajaan negeri.

“Sejumlah lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka dan hutan di Bukit Tarek dan Rantau Panjang, Hutan Simpan Jeloh dan Bukit Belata dan syarikat-syarikat yang telah diberikan hutan ini. Mengikut kenyataan kerajaan sebelum ini dia dah janji nak bagi hutan kepada orang tersebut pada tahun 2001 kenyataannya yang dibuat oleh Khir Bin Toyo dikatakan PKPS dijangka mendapat keuntungan RM800 juta dan berdasarkan hasil kayu balak dan pulangan yang diterima daripada pajakan tanah dan royalti”, jelas Tan Sri Khalid semasa mendedahkan dokumen projek perhutanan semula di Selangor.

Beliau berkata demikian menambah projek perhutanan ini berlaku sejak 10 tahun lalu dikepalai mantan Menteri Besar, Datuk Khir Toyo.

Katanya lagi, 4 projek perhutanan terbabit melibatkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan memajakkan tanah konsesinya kepada beberapa syarikat selama 25 hingga 50 tahun.

Tan Sri Khalid berkata, projek Khir Toyo ini juga turut mengusahakan taman herba untuk tujuan pharmaceutical manakala projek perhutanan semula pula diusahakan dengan tanaman bernilai komersil iaitu pokok getah dan teakwood.

“Dia nak gantikan hutan ni dengan pokok getah dan setengahnya pula tak pernah tahu tanam pokok getah kerana mereka tidak berkemampuan untuk menanam getah, jadi benih getah tu umpamanya daripada this study, kalau Guthrie buat benih getah, harga 2 ringgit, tapi dia dapat benih getah harga 25 ringgit”, katanya lagi.

Dalam fasa I, didapati semua penjanjian antara syarikat pemajak dan PKPS adalah berat sebelah apabila tanggungjawab diletakkan ke atas PKPS manakala margin keuntungan pula rendah.

Antara 7 syarikat yang terbabit dalam Fasa I ialah Shrader Forest Management Sdn Bhd, Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn Bhd, Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd, Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd, Syarikat Eco Murni Sdn Bhd, Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd.

Bagi Fasa II pula, sebanyak 4 syarikat terbabit iaitu Meigrand Sdn Bhd, Sim Swee Hin Sdn Bhd, Aliran Angsana Sdn Bhd dan Kinta Istimewa Sdn Bhd. - www.selangorkini.com.my

Aku cuma nak kata:
Banyak rupa nya projek projek Datuk Seri Khir ni dulu yang tidak diketahui oleh kita semua. Yang di beritahu dan dicanang ialah projek projek yang berjaya saja. Yang gagal dan ada penyelewengan semua nya disorok kan dibawah akta OSA.

Tak hairan lah yang bertambah kaya raya dengan cara mudah hanya lah segelintir geng-geng dia sahaja. Apa yang menarik dalam pendedahan ke-2 ini ialah tanah-tanah di Selangor ini bukan sahaja diberikan kepada orang Selangor tetapi orang Melaka pun dapat
(baca disini).


sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


11 November 2009

Fail OSA 1: Dedah Syarikat Milik Pemimpin Umno Tipu 3,436 Pembeli rumah


1 fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.

Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.

"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.

Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selangor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.

Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.

Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.

Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.

"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.

"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau.- www.tvselangor.com/news

Aku cuma nak kata:
Itu pasal lah UMNO/BN sama ada dengan cara halus atau kasar akan cuba untuk menumbangkan negeri negeri yang diperintah oleh PR. Perak mereka dah dapat balik dah. Sekarang yang paling teruk diserang ialah Selangor. Bagi UMNO/BN, lagi lama PR dapat bertahan, lagi banyak pendedahan tentang salahguna kuasa, penyelewengan serta salah laku mereka semasa berkuasa dahulu diketahui rakyat.

Aku rasa langkah Menteri Besar Selangor mendedahkan penyelewengan ini akan membuatkan semakin ramai rakyat akan buka mata. Cuma disamping itu PR perlu memastikan bahawa wakil rakyat mereka tidak melakukan perkara yang sama. Pastikan segala urusan adalah telus sebab SPRM yang bias UMNO/BN akan sentiasa memantau dan mencari kesalahan wakil PR biar pun jumlah duit atau nilai yang terlibat hanya dua tiga ribu ringgit.
Kalau wakil rakyat PR pun rasuah, menipu dan menyeleweng, rakyat termasuk aku akan menganggap bahawa sama sahaja UMNO/BN dan PR. Terpaksa lah aku cari siapa yang banyak buat jahat dan siapa yang sikit buat jahat dan aku pilih siapa yang paling sikit buat jahat.

Lagi satu nak bagi peringat, kalau ada banyak peluru, jangan lah tembak sampai habis. Takut nanti masa PRU 13 dah tak ada peluru nak tembak UMNO/BN. Rasa nya Tan Sri Khalid Ibrahim lagi arif sejak jadi MB Selangor atau memang peluru tak banyak tapi yang banyak bom C4.


Sekian.....dedah jangan tak dedah.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


31 October 2009

Projek Landasan Berkembar Elektrik: Peningkatan kos RM1.43 bilion Ketua Hakim Negara terlibat

*Oleh Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang

Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, bakal disiasat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu depan. Apa yang mengejutkan, salah seorang watak utama dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi.
Pengerusi PAC, Azmi Khalid (gambar kanan) memaklumkan kepada media pada 29 Oktober, bahawa Ketua Pengarah Audit Negara telah memberi penjelasan ringkas mengenai laporan audit tersebut. PAC akan bermesyuarat pada minggu depan, dan menyiasat kes mengikut keutamaan.

Menurut Azmi Khalid, kes terbesar ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos sebanyak RM1.43 bilion. Sebagaimana yang diketahui, PAC bakal memanggil kementerian (Pengangkutan) dan semua kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut untuk disoal siasat.

Sekali imbas, peningkatan kos projek kerajaan adalah sesuatu yang lumrah menurut Laporan Ketua Audit Negara. Fokus sememangnya ditumpukan kepada penyelewengan dan angka peningkatan kos/kerugian. Tetapi, apa yang lebih penting, siapa yang terlibat dalam projek tersebut?

Dalam skandal sedemikian, tidak kurang ahli politik dan pegawai awam kanan yang terlibat, dengan menggunakan status diri yang istimewa, dan kelebihan hubungan berkepentingan untuk memanipulasi maklumat dan sumber, lantas mengaut keuntungan diri tanpa disedari rakyat. Mereka yang seharusnya "memimpin melalui teladan" ini, sebaliknya menyabit kesalahan walaupun bertauliah, lebih menjejaskan negara berbanding dengan kerugian dari segi kewangan.
Antara watak utama dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi (gambar kiri) yang memegang tampuk kuasa kehakiman. Zaki Azmi dikaitkan dalam projek ini kerana salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek ini ialah Emrail Sdn Bhd. Zaki Azmi ialah pemegang saham terbesar dengan 58% dalam syarikat ini, malah menyandang jawatan Pengerusi, ketika projek ini dalam proses pembinaan.

Projek bernilai RM4.3 bilion

Menurut perkiraan asal Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, nilai projek ini berjumlah RM4.34 bilion, terbahagi kepada Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem, dipertanggungjawabkan kepada dua kontraktor yang berlainan.

Antaranya, DRB-Hicom Berhad memperolehi Pakej Infrastruktur. Mengikut rancangan asal, projek ini bermula pada Julai 2000, dan perlu berakhir pada Jun 2003. Selain itu, Pakej Sistem diberikan kepada Mitsui-MTS, tempoh yang diberikan ialah antara Januari 2001 hingga Oktober 2004.

Di bawah Pakej Infrastruktur yang dikendalikan DRB-Hicom Berhad, terdapat empat sub-kontraktor. Antaranya, Emrail Sdn Bhd mendapat kontrak projek Lay Track. Maklumat menunjukkan bahawa Emrail Sdn Bhd telah mendapat kontrak yang jumlahnya bernilai RM700 juta (nilai pada tahun 2007) dalam projek Landasan Berkembar Elektrik ini.
Tiga sub-kontraktor yang lain ialah Perspec Prime (M) Sdn Bhd (kejuruteraan awam), UEM Bhd (pembinaan jambatan) dan IJM Bhd (pembinaan bangunan).

Namun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, kelewatan projek disiapkan, peralatan dibeli melebihi keperluan, perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan lain-lain masalah, telah mengakibatkan projek ini berakhir dengan menelan RM5.77 bilion, dengan peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion.

Menurut kontrak asal, projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 35 bulan, iaitu antara Julai 2000 hingga Jun 2003. Kemudiannya, untuk menyelaraskan had tempoh antara DRB-Hicom Berhad dengan Mitsui-MTS, DRB-Hicom Berhad telah mendapat lebihan 177 hari, iaitu dari 16 Jun hingga 10 Disember 2003.

Emrail paling lewat siapkan projek

Namun demikian, Laporan Ketua Audit Negara 2009 menunjukkan Pakej Infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada DRB-Hicom Berhad hanya menyiapkan 76.8% daripada projek tersebut, pada hari terakhir had tempoh, iaitu 10 Disember 2003. Laporan syarikat perunding yang dilantik Kementerian Pengangkutan, KS-Opus menunjukkan masalah penangguhan dalam projek Pakej Infrastruktur semakin serius antara November 2002 hingga Oktober 2003.
Antaranya, Emrail Sdn Bhd hanya menyiapkan 56.9% daripada projeknya pada 10 Disember 2003, merupakan syarikat yang paling serius dalam masalah lewat siap. Tiga kontraktor yang lain masing-masing mencatat antara 71.4% hingga 76.7% daripada projek. Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pengangkutan telah menamatkan kontrak DRB-Hicom Berhad pada 5 Ogos 2005, setelah diluluskan Kementerian Kewangan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, penyelewengan di atas bukan sahaja mengakibatkan kelewatan projek ini disiapkan, malah kemudahan infrastruktur gagal digunakan sepenuhnya kerana tidak dapat diselaraskan. Dari segi kos, sehingga 10 Disember 2008, kerajaan perlu membayar RM5.77 bilion untuk projek ini, RM1.43 bilion lebih tinggi dari kos asal.

Lebih penting, kerajaan perlu menanggung kos bernilai RM1.14 bilion, kerana menurut perjanjian antara kerajaan dengan DRB-Hicom Berhad, pampasan maksima yang boleh dituntut oleh kerajaan daripada kontraktor ialah RM 257.99 juta.
- www.merdekareview.com

Aku cuma nak kata:
Minta maaf la ye !!....Kalau begini lah rupa dan peranan yang dimainkan oleh seorang yang berjawatan sebagai Ketua Hakim Negara, apa lah yang boleh kita sebagai rakyat biasa harapkan dalam mendapat keadilan jika kita diadili oleh Ketua Hakim ini.

Bagi aku, kalau benar lah seperti apa yang dilapor, Ketua hakim negara memang tak layak duduk di kerusi tersebut. Kalau beliau ada maruah, beliau patut berundur atau dalam bahasa kasar nya ' boleh blahhhhh!!!'........

Kesian rakyat Malaysia macam aku ni.....

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...