Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Duit/Cheque. Show all posts
Showing posts with label Duit/Cheque. Show all posts

26 September 2010

Berhati hati sindiket penipuan cyber: Maybank2u.com Account Update‏

Berhati hati jika anda mendapat e-mail seperti dibawah ini. Aku baru dapat tadi. Lama dah sindiket ini berehat dan kini dia kembali semula. Kepada yang mudah lupa, tolong beringat ingat sebelum kena. Nanti tak pasal pasal duit dalam bank yang berjuta juta hilang sekelip mata.


Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas

Artikel berkaitan: hati-hati dengan email 'maybank'

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

18 August 2010

Kerajaan Negeri P.Pinang bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan awam nya.



Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng diatas keprihatinan membayar bonus RM400 kepada kakitangan awam kerajaan negeri sempena menyambut hariraya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi.

Walau pun tak sebanyak mana tetapi cukup bererti dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagaimana pula dengan kerajaan di lain lain negeri terutama nya negeri negeri yang dikuasai oleh BN ?. Aku tanya sebab mereka ini, sikit sikit tak main la....kurang kurang pun RM1000, baru lah mereka nak bagi bonus. Kalau tak, baik tak payah bagi.

Teringat macam mana DS Shahrizat Jalil pelekeh pemberian RM100 (lump sum) kepada warga emas (baca sini). Nak dengar juga apa kata beliau tentang pemberian bonus ini, nak pelekeh juga ke....

Sekian



Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.- malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

10 February 2010

Cek (Cheque) ke-9 dari Nuffnang



Syukur Alhamdulillah !!, Cek ke-9 dari Nuffnang sudah sampai. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar kepada aku adalah sebanyak RM 528.07.

Thanks to Nuffnang......

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/

27 January 2010

Wang Ehsan RM20 juta. Sampai kah ia kepada majoriti rakyat Kelantan?



Kelantan dapat RM20 juta wang ehsan Mac ini
Jan 27, 10 10:32am

Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan.

"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di Kota Baharu, malam semalam.

Lebih 5,000 rakyat menghadiri forum dengan anggota panel Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali manakala Pengarah Universiti Teknologi MARA cawangan Kelantan Datuk Profesor Dr Hussin@Mohamad Ab Rahman sebagai pengerusi forum.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata tuntutan kerajaan Kelantan sebanyak RM11 bilion dalam bentuk royalti adalah sangat melampau sedangkan pengeluaran minyak tidak setinggi itu.

"Ingin kita jelaskan pengeluaran minyak di Blok PM302 pula seperti yang dituntut adalah hasil bersama dengan kerajaan Thailand melalui perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia Thailand pada 1979.

"Hasil yang diperoleh dan dikongsi bersama hanyalah sebanyak RM800 juta dan ini perlu dijelaskan (bahawa) hasilnya tidak boleh diberikan kepada Kelantan kerana ia merupakan kawasan pertindihan tuntutan dua negara," katanya.


Mustapa mencabar kerajaan Kelantan untuk membawa kes tuntutan itu ke mahkamah jika mereka merasakan tindakan mereka itu betul. "Tapi kerajaan negeri takut untuk berbuat demikian kerana mengetahui keadaan sebenar yang tidak mungkin berpihak kepada mereka," katanya.


'Khuatir kerajaan Kelantan salah guna wang'


Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya RM20 juta itu untuk ditadbir sendiri oleh kerajaan Kelantan kerana khuatir wang ehsan itu akan disalah guna bagi tujuan lain.

Katanya wang itu akan dimanfaatkan dengan telus bagi membantu rakyat Kelantan meningkatkan tahap pendidikan, membasmi kemiskinan dan keperluan lain yang difikir perlu oleh satu jawatankuasa khas.

"Kita kecewa (Menteri Besar Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) menolak pelawaan kita untuk menyertai jawatankuasa ini dan ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Mustapa berkata Umno perlu memperjelaskan secara terperinci isu itu agar rakyat mengetahui dengan jelas akan isu yang hanya dicipta bagi mengalih perhatian terhadap isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan isu Bazar Tok Guru.

"Isu ini untuk politik semata-mata dan kita tahu (ia) akan digunakan sebagai senjata untuk pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir
pantai negeri itu. - Bernama


Aku cuma nak kata:
DS Mustapa Mohamed kata kerajaan pusat khuatir wang ehsan itu akan disalah guna oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi tujuan lain. Mengapa DS Mustapa cakap begini ?. Maaf cakap lah.....,biasa nya orang yang dah biasa buat kerja itu saja yang tahu segala gala nya dan dia ingat orang lain pun akan buat macam dia lah jugak.


Ye lah tu !!!. Kerajaan Kelantan yang diterajui oleh PR (PAS) ni pantang dapat duit. Bila dapat aje duit, kira nak salah guna saja kerja nya. Bagaimana dengan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh BN. Baik dan berhemah sangat ke dalam berbelanja?. atau songlap lagi kuat?.


Mengapa buat andaian kepada benda yang belum lagi terbukti, sedang kan yang memang telah sah didepan mata, DS Mustapa buat tak nampak saja. Bagi saja lah duit itu kepada Kerajaan Negeri. Kalau mereka salah guna duit itu, lapor saja kepada SPRM. Aku pasti SPRM macam lipas kudung akan datang menyiasat. Betul kan?.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


05 January 2010

Cek (Cheque) ke-8 dari Nuffnang



Syukur Alhamdulillah !!, Cek ke-8 dari Nuffnang dah sampai hari ini. Jumlah nya RM 65.10. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar kepada aku adalah sebanyak RM 476.04.

Kepada yang belum joint. Joint cepat. Berblog dan tanpa perlu bayar apa-apa, anda pulak dibayar. Ada 1 lagi kalau nak cuba. Simpan serta share gambar dan anda dibayar. Ini pun free. Bagi aku, bab bayar tu soal ke 2. Yang penting gambar boleh simpan di Internet dan kita boleh buka dan 'share' dimana mana sahaja asalkan ada sambungan internet. Siapa minat boleh lah klik http://www.shareapic.net untuk menjadi 'members'. Selamat mencuba !!!!!

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


08 December 2009

Cek (Cheque) ke-7 dari Nuffnang



Syukur Alhamdulillah !!, Cek ke-7 dari Nuffnang dah sampai hari ini. Jumlah nya RM 72.24. Walaupun sedikit, tetapi itu lah jumlah terbanyak yang pernah aku dapat. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar kepada aku adalah sebanyak RM 410.94.

Kepada sesiapa yang nak cari duit untuk bayar bill streamyx atau broadband boleh cuba klik http://www.nuffnang.com.my/. Buat masa ini nampak OK, akan datang tak tahu la...., tapi kan, apa salah nya mencuba sebab kita tak keluar 1 sen pun.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


09 October 2009

Cek (Cheque) ke-6 dari Nuffnang


Alhamdulillah !Ini cek ke-6 berjumlah RM55.06. Ciput aja. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar RM 338.70.

Ada satu lagi program, baca e-mail dan anda dibayar dalam matawang Dollar Singapura. Aku tak nak kempen lebih lebih sebab belum dapat apa-apa. Ada orang kata dapat sikit sangat. Aku rasa lebih baik dari tak ada langsung. Kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut, klik link seperti dibawah.

Baca e-mail dan anda dibayar. Penyertaan adalah percuma !
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

18 August 2009

Pembayaran Imbuhan Pengarah Syarikat senaraian awam tinggi walau ekonomi meleset

KUALA LUMPUR - Syarikat senaraian awam masih membayar imbuhan yang tinggi kepada pengarahnya pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya meskipun berdepan dengan keadaan ekonomi yang sukar.

Majalah Malaysian Business dalam kaji selidik tahunannya mengenai 'Pembayaran Imbuhan Tertinggi Pengarah' yang dikeluarkan di sini semalam mendedahkan 50 syarikat utama di negara ini membuat pembayaran kepada pengarah sebanyak RM553 juta pada tahun 2008.

Katanya, pembayaran untuk 10 syarikat teratas sahaja hampir RM300 juta.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada jumlah berkenaan datangnya daripada pembayaran imbuhan oleh Genting Bhd. yang menjadi syarikat teratas dalam senarai berkenaan.

Syarikat itu membayar antara RM77.65 juta hingga RM77.7 juta untuk seorang pengarah.

Eksekutif tertinggi dalam senarai itu ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.

Tempat kedua syarikat yang membayar imbuhan tertinggi kepada pengarahnya ialah IOI Corporation Bhd. dengan catatan sebanyak RM45.16 juta.

SP Setia pula menduduki tempat keempat dengan membuat penambahan imbuhan kepada Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Liew Kee Sin sebanyak RM10.26 juta.

Pengerusi dan Pengasas Public Bank Bhd., Tan Sri Teh Hong Piow kembali dalam senarai pengarah yang menerima bayaran tinggi dengan menerima pakej imbuhan sebanyak RM6.96 juta manakala Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan, Tan Sri Tay Ah Lek pula menerima imbuhan sebanyak RM5.15 juta.

Bumiputra-Commerce Holdings Bhd. pula mengurangkan pembayaran kepada pengarahnya daripada RM17.37 juta pada tahun 2007 kepada RM10.54 juta tahun lalu.

Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Utamanya, Datuk Seri Nazir Razak turun kepada RM5.13 juta daripada RM9.35 juta tahun sebelumnya.- Kosmo.com.my

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Aku cuma nak kata:
Kalau macam Genting Bhd., Public Bank Bhd., SP Setia dan seumpama nya, lantak lah banyak mana Syarikat mereka nak bayar imbuhan sebab syarikat itu diasaskan dan dipunyai oleh mereka sendiri.

Yang jadi kemusykilan kepada yang mahu berfikir ialah bagaimana Syarikat yang dulu nya diasas atau ditubuhkan dengan dana awam seperti Bank Bumiputra, kemudian di telan oleh ular lidi menjadi Bank Bumiputra-Commerce dan sekarang CIMB.

Sekian.

Photobucket

03 August 2009

Cek (Cheque) ke-5 dari Nuffnang



Syukur, Alhamdulillah !! Balik dari kerja buka peti surat, ada cek dari Nuffnang. Ini cek ke-5. Meningkat sikit dari cek cek sebelum ini ia itu RM61.41. Jumlah keseluruhan yang telah Nuffnang bayar RM 283.64

Photobucket

05 June 2009

Cek (Cheque) ke-4 dari Nuffnang

Jangan marah kengkawan. Orang sibuk cerita pasal Muktamar PAS, aku pulak menyelit cerita pasal dapat Cek. Syukur Alhamdulillah, hari ini dapat lagi Cek dari Nuffnang sebanyak RM55.08.



Note:
Selain Nuffnang, terdapat pesaing lain. Elakkan dari memaparkan iklan Nuffnang dan pesaing nya bersama-sama. Ini kerana anda akan kehilangan pendapatan dan keistimewaan sebagai ahli Nuffnang. Dibawah ini antara pesaing nya.
1. Advertlets.com
2. Adgitize.com

Bagi aku rasa nya tak payah lah letak iklan yang belum tentu dapat hasil. Aku dengar Advertlets & Adgitze ini gimik aje lebih. Aku pernah cuba dan memang tak berbaloi. Dibawah ini juga aku serta kan e-mail jawapan dari Nuffnang apabila aku tanya berkenaan status keahlian aku:

Subject: Re: Membership status change
Date:
16 Apr 2009 09:00 AM
Posted by: Hor Shalyn (Staff)

Hello Ahmad Tarmizi,

Your status remain non-exclusive because there is ad from our competitor in your blog: adgitize.com. Once you have removed it, your status will automatically be updated within 2 to 4 days. Hope my explanation helps you.


Have a great day!

From,

Shalyn

Nuffnang Sdn. Bhd.

http://www.nuffnang.com

03 June 2009

Pemain UPB-MyTeam tidak dapat gaji



Ada sesiapa ingat pasukan yang bernama MyTeam. OK lah, kepada yang lupa, tak ingat dan tak tahu pasukan MyTeam ini ditubuhkan melalui rancangan realiti TV3 'MyTeam' yang bertujuan mencari bakat bakat baru dalam arena bolasepak tanahair. Idea konsep MyTeam ini dicetuskan oleh Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) dan DJ Radio Jason Lo.

Aku ada juga menonton slot rancangan 'MyTeam' tersebut. Bagi aku tak ada salah nya kalau memang bertujuan mencari bakat baru. Cuma aku mula jadi meluat menonton rancangan itu apabila TV3 melebih lebih sangat dalam memaparkan realiti sebenar pasukan tersebut. Wawancara dengan keluarga pemain yang terpilih, banyak yang lebih sudu dari kuah. Lain lah kalau dapat terpilih main dengan Manchester United ke, boleh lah kalau nak melompat ke langit.


UPB-MyTeam
(United Plantations Berhad-MyTeam Football Club) pula adalah gabungan Perak UPB Football Club dengan MyTeam. Presiden/Pengerusi Kelab ini bagi tahun 2007/08 ialah Khairy Jamaluddin, Naib Presiden/Timb. Pengerusi/Pengurus Jason Lo dan Jurulatih Bojan Hodak.

Apabila terdapat nama Khairy Jamaluddin, maka sedikit sebanyak atau mahu tidak mahu kita terpaksa membawa cerita ini kepada kaitan politik.


Aku berpendapat program MyTeam itu sendiri pun direka untuk menaik kan saham politik Khairy Jamaluddin, tetapi tidak kesampaian kerana pasukan MyTeam tidak sehebat digembar gemburkan. Lawan pun asyik kalah saja....maka Khairy tidak dapat menggunakan MyTeam sebagai batu loncatan politik nya. MyTeam kemudian bergabung menjadi UPB-MyTeam dan terus bertahan walaupun pencapaian yang kurang baik. Khairy mungkin bernasib baik kerana masa itu bapa mertua beliau 'Pak Lah' masih Perdana Menteri Malaysia.

Sama ada mahu atau tidak, sama ada dipaksa atau dengan rela maka banyak lah syarikat menaja kelab/pasukan ini.
Sebab itu lah agak nya ada pemain mengatakan bahawa"Gaji Disember, Januari dan Februari kami terima penuh. Bulan Mac, kami hanya terima separuh gaji. Separuh lagi diterima pada awal Mei lalu. Bila Pak Lah turun dari kerusi Perdana Menteri ?....dan bila turun saja maka ada syarikat yang tarik diri dari menaja kelab ini termasuk lah Air Asia.

Oleh itu tidak mustahil kelab/pasukan ini tidak akan dapat bertahan dimasa hadapan dan akhir nya berkubur apa tah lagi sekarang ini Khairy semakin disisih. Namun begitu aku 'tabik' atas strategi dan usaha beliau itu. Sekian........

-----------------------------------------------------------------------------------------------

UPB-MyTeam tak bayar gaji


APALAH malang nasib skuad UPB-MyTeam. Mereka sudah bersungguh-sungguh menunjukkan sikap profesional setiap kali berada di atas padang tetapi kelab yang diwakili pula tidak menunjukkan ciri-ciri profesional khususnya dalam menjaga kebajikan.

Kosmo! difahamkan, para pemain UPB-MyTeam kini menderita akibat tidak dibayar gaji selama dua bulan.

Tidak lagi mampu menahan derita, tiga pemain UPB-MyTeam terpaksa mendedahkan masalah dialami mereka itu kepada Kosmo! semalam.

"Pada mulanya kami ambil sikap bersabar, tunggu dan lihat. Tapi akhirnya kami tak boleh tahan lagi, terpaksa dedahkan juga kepada media supaya umum mengetahui nasib kami ini," kata salah seorang pemain UPB-MyTeam.

Menurut pemain yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang dikenakan tindakan disiplin daripada kelab terbabit, bayaran gaji untuk tiga bulan pertama musim ini diterima tepat masanya sehinggalah pada bulan Mac lalu.

"Gaji Disember, Januari dan Februari kami terima penuh. Bulan Mac, kami hanya terima separuh gaji. Separuh lagi diterima pada awal Mei lalu.

"Ini bermakna sehingga ke hari ini, kami masih belum menerima apa-apa gaji untuk bulan April dan Mei. Dua bulan gaji tertunggak dan akan menjadi tiga bulan jika ia terus tidak dibayar sehingga hujung Jun ini," jelasnya.

Seorang lagi pemain UPB-MyTeam berkata, mereka telah bersikap profesional dengan bermain bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan dari penghujung Mac sehingga penghujung Mei lalu.

"Sepanjang tempoh dua bulan tidak dibayar gaji ini, kami telah beraksi sembilan perlawanan dan menang empat kali, seri dua kali dan tewas tiga kali.

"Kalau kami tak profesional, dah lama kami sengaja biarkan pasukan tewas kesemua perlawanan itu. Bonus kemenangan pun kami tak dapat," katanya yang turut enggan didedahkan identitinya.

UPB-MyTeam kini berada di tangga ke-9 daripada 14 pasukan dalam saingan Liga Super.

Selepas 17 perlawanan, skuad berstatus kelab itu mengumpul 23 mata hasil tujuh menang, dua seri dan sembilan tewas.

Musim ini, kelab yang dibimbing Bojan Hodak dengan dibantu Khan Hung Meng serta Rashid Hassan itu hanya mendaftarkan 18 pemain; jumlah paling rendah di kalangan pasukan yang beraksi dalam Liga Super. Difahamkan, tindakan itu dibuat sebagai satu langkah penjimatan.

Seorang lagi pemain mendakwa, penarikan diri beberapa penaja utama seperti AirAsia menyebabkan UPB-MyTeam tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti musim-musim sebelumnya.

"Pemain semakin merana. Hendak datang berlatih pun tiada duit. Kami juga manusia biasa, perlukan wang setiap bulan," jelas pemain tersebut. - www.kosmo.com.my

Photobucket

02 June 2009

Berhati hati dengan duit palsu RM50 dan RM100


KUALA LUMPUR - Periksa sebelum terima not RM50 dan RM100 daripada pelanggan dan buat laporan segera jika ia wang palsu.

Itu nasihat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) kepada mereka yang menerima wang palsu.

Ketua Eksekutif NCC yang juga Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, orang ramai perlu peka dan ada inisiatif memeriksa dengan teliti sebelum menerima sebarang mata wang bagi mengelakkan daripada tertipu.

"Peniaga yang memiliki premis perniagaan juga harus memasang kamera litar tertutup untuk mengesan jika berlaku penipuan oleh sindiket," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar ini mengenai seorang pengurus sebuah kedai buku di Alor Setar yang kerugian RM250 selepas menerima dua keping wang kertas palsu RM100 dan sekeping RM50, Sabtu lalu.- http://www.kosmo.com.my

Photobucket

21 May 2009

Van Keselamatan dirompak, RM8.24j lesap dalam 5 minit

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan van kebal syarikat keselamatan sekali lagi dipersoalkan apabila lapan karung berisi RM8.24 juta ($3.4 juta) yang baru diambil daripada beberapa ATM dan deposit lesap dalam masa lima minit apabila dirompak di Cheras, malam Isnin lalu.


Dalam kejadian pada 7.10 malam itu, tiga lelaki - dua bersenjatakan pistol - melarikan wang itu selepas menyerbu sebuah van keselamatan yang berhenti di pekarangan kompleks beli-belah Leisure Mall.


Perompak bertopeng itu bagaimanapun tidak sempat melarikan empat lagi karung yang dipercayai mengandungi kira-kira RM2 juta daripada kenderaan berkenaan.


Kes itu dipercayai rompakan terbesar membabitkan van keselamatan setakat ini.


Berikutan kejadian itu, empat pengawal keselamatan van itu ditahan polis bagi siasatan lanjut.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menegaskan, polis memandang serius kes itu dan akan menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk kemungkinan wujud kelemahan dalam prosedur penghantaran dan pengambilan wang tunai serta kawalan terhadap van keselamatan.


'Jika siasatan mendapati ada kelemahan dalam prosedur memindah wang menggunakan van keselamatan, kita perlu memperbaikinya dan polis sedia beri cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mengemas kini garis panduan berkaitan,' katanya.


Timbalannya, Penolong Pesuruhjaya Khairi Ahrasa, pula berkata ketika kejadian itu dua pengawal melakukan proses kemas kini ATM dan deposit di pusat beli-belah itu, manakala dua lagi menunggu dalam kenderaan berkenaan.


'Tiga perompak itu menyerbu masuk van itu dan mengacukan pistol ke arah dua pengawal keselamatan dalam kenderaan berkenaan sebelum diarah keluar.


'Perompak terbabit cuba melarikan van itu tetapi kenderaan itu terhenti dan terkunci apabila sistem keselamatan aktif secara automatik selepas bergerak kira-kira 200 meter,' katanya sambil mempersoalkan bagaimana perompak terbabit boleh melepaskan diri sedangkan pintu van itu terkunci sebaik sistem keselamatannya diaktifkan.


Difahamkan, perompak terbabit melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang sedang menunggu. -- BHM.

Photobucket

30 April 2009

Cukai Pendapatan: Kalau boleh memang tak nak bayar !



Mengapa tidak ikhlas bayar cukai pendapatan?
Oleh Ahmad Lutfi Othman

30 April 09, Khamis adalah hari terakhir menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2008 dan kemudiannya membayar sejumlah wang selepas pengiraan tertentu kepada negara. Melalui media, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri memberi penerangan secukupnya, termasuk iklan TV, tentang keperluan setiap warganegara yang layak membayar cukai pendapatan untuk berbuat demikian tepat pada masanya.

Denda tidak serah borang


Saya sendiri pernah didenda ekoran tidak prihatin untuk mengisi borang taksiran kerana merasakan belum layak membayar cukai. Sehubungan itu, banyak juga wang yang terpaksa dilunasi, walaupun dibenarkan secara berjadual, hanya kerana kecuaian menyerahkan borang taksiran.

Walaupun diuar-uarkan wang pembayar cukai merupakan antara hasil terbesar pendapatan negara, dan akan dibelanjakan untuk pembangunan bagi kesejahteraan semua, namun realitinya, hasil titik peluh rakyat itu gagal diuruskan dengan berhemat dan beramanah.

Bayangkan, bagaimana sakit hatinya pembayar cukai - yang sebahagiannya terpaksa mengikat perut untuk menjelaskan tepat pada masanya - apabila melihat atau mengetahui dana awam dibazirkan untuk tujuan-tujuan tidak berfaedah, malah lebih teruk lagi seolah-olah diagihkan sesama kroni bagaikan sekumpulan penyamun membahagikan wang rompakan.

Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan apa jua istilah yang semaksud dengannya seperti tidak dapat disekat lagi walaupun BPR sudah bertukar menjadi SPRM, perdana menteri beralih tangan sambil menjanjikan usaha memerangi salahguna kuasa akan dipergiatkan sampai ke lubang cacing.

Mungkin sebab itu, bertambah ramai masyarakat kelas menengah, yang tentunya terdiri daripada pembayar cukai, tidak dapat lagi menyembunyikan rasa amarah terhadap pemerintah apabila wang poket mereka bagai dirompak di tengah jalan pada siang hari. Jalan mudah bertindak, seperti pernah dinasihati Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, adalah dengan menggunakan peti undi semasa hari pilihan raya.

Dana awam dirompak


Sepanjang 20 tahun menjadi wartawan, saya melihat sendiri dana awam disalahgunakan secara sewenang-wenangnya, dengan jumlah yang cukup besar. Melalui prosedur yang sah, wang pembayar cukai yang dicurahkan kepada projek-projek pembangunan 'dihanguskan' tanpa segan silu.

Nilai projek, misalnya membekal dan memasang paip air di Selangor, yang sepatutnya tidak melebihi RM40 juta, dengan mudah ditingkatkan kosnya menghampiri RM100 juta. Kos jalan merentasi sawah di Tanjong Karang - yang tidak diketahui mengapa ia perlu dibina, dan diberikan kepada kontraktor yang disenarai-hitamkan - bernilai lebih RM93 juta sedangkan taksiran sebenar sepatutnya tidak melebihi RM50 juta pun.

Begitu juga dengan projek mengecat dan mengindahkan sebuah sekolah, yang subkontraktornya hanya diperuntukan RM120,000 tetapi nilai sebenar melebihi RM200,000. Saya tidak bercakap tentang sebuah sekolah tetapi ia melibatkan ratusan sekolah di seluruh negara. Projek membina sebuah istana, kos awalnya melebihi RM1,100 juta tetapi selepas didedahkan oleh Harakah, boleh pula diturunkan kepada sekitar RM600 juta.

Laporan Ketua Audit


Kita juga belum lupa Laporan Ketua Audit Negara 2006, antara lain mendedahkan bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Belum lagi diambil kira kos membina enam kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, ketika Dato' Seri Najib Menteri Pertahanan yang pada awalnya bernilai RM5.35 bilion, ditambah kepada RM6.75 bilion tanpa sebarang justifikasi. Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan RM943.46 juta kepada kontraktor disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kontraktor yang dipilih juga didapati tidak layak!

Rasanya tidak perlu kita dibebankan dengan lebih banyak fakta. Ia sudah cukup untuk membuktikan wang pembayar cukai tidak diuruskan dengan cermat, sebaliknya dieksploit untuk memperkayakan diri dan suku-sakat. Hatta wang yang diguna untuk kemudahan awam seperti sekolah, hospital, jalan raya juga dibazirkan dengan cara yang langsung tidak bertanggungjawab. Justeru, bila tiba waktu membayar cukai, ia terpaksa dilunasi dengan begitu berat hati.

Perlunya media bebas


Oleh itu, saya sentiasa menekankan agar media kita bebas untuk melaporkan segala kepincangan kerajaan terutama dalam menguruskan dana awam. Agensi pencegah rasuah mestidiperkasa dan bergerak independen tanpa kongkongan pemerintah, khususnya Perdana Menteri. Undang-undang antikorupsi harus mampu mencegah amalan rasuah yang kini semakin sofistikated. Penubuhan Ombudsman yang menyiasat pengaduan awam harus disegerakan.

Ketua Audit Negara pula mesti dilengkapkan dengan kemudahan yang mencukupi dan sumber kewangan bebas agar ia tidak menjadi seperti "pencuri memilih anjing penjaga". Jawatan itu mesti disandang oleh tokoh berintegriti tinggi dan bertanggungjawab dengan Parlimen. Selain itu, pendedahan harus disusuli tindakan perlu termasuk membawa ke muka pengadilan. Barulah nanti rakyat ikhlas membayar cukai ...


Sumber: http://www.detikdaily.net

Photobucket

09 April 2009

Cek ke-3 dari Nuffnang

Syukur, Alhamdulillah !! Balik kerja bukak peti surat, ada cek dari Nuffnang. Tak lah banyak cuma RM56.24 saja. Sikit-sikit lama lama jadi busut. he...he......




Photobucket

10 March 2009

Cek kedua dari Nuffnang

.Alhamdulillah !!
Cek kedua dari Nuffnang dah sampai. Tak banyak jugak, cuma RM 54.40.
Jadi lah tu, daripada takde langsung.....



Nota:
1. Cuba teka berapa pendapatan Raja Petra Kamaruddin, apabila secara umum nya blog beliau mendapat 1 juta 'hit' sehari.

2. Selain Nuffnang, terdapat pesaing lain. Antara yang popular ialah Advertlets.com. Elakkan dari memaparkan iklan Nuffnang dan Advertlets bersama-sama. Ini kerana anda akan kehilangan pendapatan dan keistimewaan sebagai ahli Nuffnang.

Photobucket

10 January 2009

Cek pertama dari Nuffnang


Alhamdulillah !!!
Hari ini terima cek pertama dari Nuffnang. Tak lah banyak mana pun RM56.51, tapi cukuplah buat tambahan bayar bil Streamyx. TQ Nuffnang.



Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...