15 November 2012
Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 H
15 September 2012
Hari Malaysia, Anuar Ibrahim & Cuti Umum
Apa itu Hari Malaysia ?
- Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Sumber: wikipedia.org
Bila kah Hari Malaysia diisytihar sebagai cuti umum ?
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (19 Oktober 2009) mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan. Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Sumber: www.bnbbc.com.my
Mengapa sekarang baru nak beri cuti umum ?
- Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah. Itu pun sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Hanya mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Mengapa?. Sebab yang paling kuat dan kukuh ialah seperti artikel dibawah kerana sebelum dari itu tidak pernah terdetik pun kerajaan untuk memberi cuti umum malah Sabah dan Sarawak seolah olah dianak tirikan.
16 september dinobat hari malaysia selepas anwar ibrahim merancang membentuk kerajaan baru. Walaupun tidak menjadi kenyataan, namun rakyat sudah mula menerima kenyataan bahawa kerajaan baru benar-benar mampu diwujudkan.
Kalau kita perhatikan cara DSAI ingin membentuk kerajaan dengan langkah yang penuh bijak dan berhemah dgn mengambil kira peruntukan di dalam perlembagaan negara. Tapi ianya tidak terjadi kepada kerajaan pimpinan Najib seperti bagaimana mereka " mengambil " Perak dengan penuh dramatik dan cukup jijik dan memalukan, selepas 53 tahun negara merdeka keadaan pemerintah masih seperti zaman batu.
Negara ada perlembagaan, negara ada tiang serinya " Rukun Negara " tapi kepada pemerintah apa yang di inginkan mesti di lakukan, walaupun ianya melanggar " Rukun Negara " tersebut. prinsip " Kedaulatan Undang-undang " langsung tidak diguna pakai oleh pimpinan BN.
Sudah pasti 16 september bukan sekadar " lahirnya " Malaysia tapi tarikh tersebut juga adalah perancangan PR dengan kesan PRU12 untuk menumbangkan kerajaan BN dan PR mengambil alih Putra Jaya. Sudah pasti rakyat akan mengenang tarikh tersebut sebagai tarikh keramat, dan salah satu tarikh yang akan tertulis dalam lipatan sejarah Negara Malaysia.
Rakyat akan mengenali 16 September sebagai Hari Anwar Ibrahim yang berjaya membebaskan pemikiran rakyat Malysia dari jajahan BN...
Sumber: gajahmenta.blogspot.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
31 August 2010
53 tahun MERDEKA ke ?
Dalam perjalanan kesana, terdapat kesesakan disimpang menghala ke i-city. Aku pasti sambutan merdeka mesti disini. Kesesakan disebabkan bukan sahaja oleh kereta dan mat mat motor tetapi juga oleh budak budak yang menunggang basikal.
Kebetulan aku terserempak dengan 20-30 orang bebudak yang aku lihat rata rata nya berumur antara 7 hingga 12 tahun. Menunggang basikal dalam keadaan bahaya tanpa lampu. Sebahagian nya menyelitkan bendera besar jalur gemilang dibelakang basikal masing masing. Patriotik sungguh budak budak ni ye!. Emak bapak diaorang mesti bangga.
Akhir nya aku lepak di tingkat 1 Restoran Mo'men pekena burger ayam sebab Restoran Hakim penuh. Tepat pukul 12.00 malam, berdentum dentam lah percikan bunga api dari i-city. Memang cantik.
Dalam pada itu aku tertanya tanya untuk apa menyambut merdeka malam ini, esok dan hari hari seterus nya:
1. Merdeka kah kalau bersepah kondom yang telah digunakan kerana anak anak gadis dan anak anak muda yang mahu kan kemerdekaan terutama nya anak anak melayu ?
2. Merdeka kah kalau majoriti rakyat akan kembali pening kepala memikirkan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang dan ditambah pulak dengan persediaan hari raya yang sudah menjadi wajib ?.
3. Merdeka kah kalau kehidupan dicengkam rasa tidak selamat?.
- Ada anak, takut kena rogol,culik,dibunuh.
- Ada duit,kereta dan harta takut kena curi, samun dan rompak
- Ada rumah takut nak tinggalkan, takut dimasuki pencuri, penyamun dan perompak
- Ada rumah nak tidur pun tak lena takut penyamun dan perompak
Akhir kata, buat pejuang pejuang kemerdekaan tulin, yang nama nya cuba dipinggir dan dipadam, yang bukan nya bersetongkol dengan penjajah yang memberi kemerdekaan ini, yang gugur di medan perang, yang berkorban segalanya untuk kemerdekaan ini, tidak kira di mana jua pusara kalian… aku mengucapkan sekalung terima kasih dan aku sedekah kan Al-Fatihah untuk kalian. Amin.
Sekian
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
31 May 2010
World No Tobacco Day 2010
| |
The tobacco industry targets women to replace the up to half of current users of tobacco who will die eventually of a tobacco-related disease. The World Health Organization urges governments, civil society and the general public to protect women and girls from tobacco marketing and smoke.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
29 May 2010
Tan Sri P. Ramlee dalam kenangan: 37 tahun pemergian nya - Al Fatihah
P.Ramlee masih terus 'hidup' kerana watak-watak yang dicipta nya. Pelbagai watak yang memang wujud di sekeliling kita dari zaman beliau hingga lah sekarang dan akan datang. Watak watak yang di gambarkan oleh Allahyarham amat berkesan. Ketawa hingga tak kering gusi dengan 'Bujang Lapok'. Marah, geram, sedih dan pilu dengan 'antara dua darjat' dan 'Ibu mertua ku'. Itu lah dia P.Ramlee yang bijak memainkan emosi.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosa dosa beliau. Amin
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=amizie
31 March 2010
Sambutan Hari Pahlawan: Selepas 23 tahun, akhir nya kerajaan akur Majlis Fatwa
Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.
"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.
"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Zahid berkata perkara itu turut dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah beliau meminta permbinaan dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar itu disegerakan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata pihaknya akan menimbang cadangan bagi menjadikan dataran itu sebagai tempat perhimpunan yang menepati kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan dan pada masa yang sama dapat memberi gambaran kepada masyarakat tentang pengorbanan dan jasa pahlawan-pahlawan negara.
Dalam pada itu, menerusi portal rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan, http://e-fatwa.intranetportal.my, telah diwartakan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan 'Last Post', bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.- http://bernama.com.my
----------------------------------------------------------------------------------------------
Fatwa Berkaitan Tugu Negara
Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan
Tarikh Keputusan : 21 Sep, 1995
Tarikh Mula Muzakarah : 21 Sep, 1995
Tarikh Akhir Muzakarah : 21 Sep, 1995
Oleh : Muzakarah Kali Ke-39
Keputusan
Fatwa-fatwa lain yang berkaitan.
- Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
- Hari Kenangan Rakan Seperjuangan Di Tugu Negara
- FATWA TENTANG UPACARA HARI PAHLAWAN
- Amalan Meletakkan Baju Pengantin Di Atas Bumbung Bagi Mengelakkan Hari Hujan
- Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad
- ADAT ISTIADAT NEGERI SELANGOR
- HUKUM ISTIBDAL TANAH WAKAF TENGKU KAYA PAHLAWAN
- Hukum meletakkan perkataan Allah dipuncak bumbung Masjid
- Kedudukan Meletakkan Mayat Ketika Sembahyang ( Solat Jenazah )
- Bacaan doa di tugu peringatan
Alhamdulillah !, setelah 23 tahun fatwa dikeluarkan akhir nya kerajaan akur. Diharap apa yang kerajaan umumkan ini ada lah ikhlas dan tidak mempunyai apa apa motif yang tersembunyi.
Asas nya ada untuk kita merasa curiga kerana sebelum ini pun PAS sebagai pendesak paling kuat supaya amalan kalungan bunga di tugu peringatan dihapuskan. Mungkin suara PAS masa tu tak berapa kuat maka kerajaan tak berapa nak dengar. Sekarang senario nya telah berbeza. Suara PAS sudah semakin kuat. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa ikut dan buat.
Kesimpulan nya, jika kita sebagai seorang Islam sudah tentu gembira dengan perkembangan ini. Sekian......dan dibawah ini aku paparkan keyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat untuk direnung dan dikongsi bersama.
KENYATAAN MEDIA
TUGU: AKHIRNYA UMNO HENTI AMALAN SYIRIK DAN AKUR
TEGURAN PAS, MAJLIS FATWA
Pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam membuktikan dakwaan PAS selama ini bahawa perbuatan itu adalah dosa besar Umno kepada Allah swt adalah benar. Beliau yang juga Naib Presiden Umno, mengumumkan semalam bahawa Upacara memperingati Hari Pahlawan tidak akan dilakukan di Tugu Negara lagi mulai tahun ini dan akan dipindahkan di Putrajaya dalam bentuk majlis yang berbeza.
PAS tegas menolak amalan meletakan bunga dan bertafakur di Tugu Negara setiap 1 Julai sempena Hari Pahlawan, dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 juga telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini. Ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.
Rakyat, khususnya kaum Melayu selalu bertanya. Apa beza PAS dan Umno? dua-dua parti yang dipimpin Melayu dan Islam, kenapa tidak boleh bersatu?
PAS berharap, isu Tugu Negara ini membuka mata rakyat bahawa PAS dan Umno memang jelas berbeza. Walaupun Umno mengaku Islam tetapi mereka jelas menolak syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah swt.
Isu ini juga jelas membuktikan bahawa Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan. PAS yakin, Umno akhirnya mengambil keputusan ini setelah tertekan bila mana PAS serius membawa isu ini hinggalah ke pentas Politik.
Walaupun Umno mempunyai Biro Agama dan Menteri Agama, tetapi mereka mengambil masa 23 tahun untuk memahami Fatwa Majlis Kebangsaan. Hakikatnya perkara ini tidak perlu dibawa ke Majlis Fatwa jika Umno benar-benar memahami Islam dan berjuang atas nama Islam. Walaupun Umno bangga mengatakan mereka berjaya membawa syiar Islam dengan wujudnya Tabung Haji, Pusat Zakat, Masjid-masjid besar dan sebagainya, tetapi 23 tahun mereka menafikan Fatwa syirik yang dikeluarkan Majlis Fatwa.
Allah sendiri memperingatkan dalam Al-Quran, bahawa semua dosa besar akan diampunkan kecuali Syirik. Dan jelaslah bahawa saranan Majlis Fatwa ini serius dan Umno-BN telah menyesatkan rakyat dengan melakukan upacara syirik ini sejak tahun 1963 iaitu tarikh ia dibina dengan kos RM 1.3 juta ketika itu.
PAS menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara. Oleh itu PAS mahu majlis kesyukuran dan tahlil serta memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga pahlawan yang telah gugur menjadi program rasmi sempena Hari Pahlawan. Bukannya bertafakur dan membazir duit untuk meletakan bunga ditugu yang tidak bernyawa itu.
PAS juga berharap agar Umno menghapuskan semua amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan termasuk amalan menepung tawar dan menabur beras kuning seperti yang dilakukan oleh Datuk Ismail Sabri dalam Majlis pelancaran Van Umno Bahagian Wangsa Maju minggu lepas.
PAS yakin rakyat semakin cerdik dan melihat siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam dan siapa sebenarnya yang mengkhianati Islam.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
25 March 2010
Hari Polis ke 203 (1807-2010)
Selamat menyambut Hari Polis yang ke 203 (1807-2010) kepada seluruh anggota dan organisasi Polis Diraja Malaysia.
Aku dan kita sebagai rakyat Malaysia tidak dapat menolak bahawa peranan PDRM amat penting, walaupun kita tahu dalam PDRM ada polis jahat dan ada polis baik sama ada ianya berpangkat atau tiada pangkat. Semoga PDRM akan dapat memperbaiki perkhidmatan dengan penuh Intergriti, Jujur, dan Amanah. Tidak lupa juga semoga PDRM akan sentiasa mendukung undang-undang tanpa memilih bulu demi memastikan keamanan negara terjamin.
Dikesempatan ini, dalam masa yang sama aku mengakui masih ramai anggota PDRM yang baik dan jujur dalam perkidmatan nya. Oleh itu aku mengucapkan selamat hari polis kepada mereka khususnya dan kepada sahabat-sahabat dan kenalan aku am nya.
Kepada anggota PDRM yang jahat, cukup lah dan bertaubat lah. Anda tidak berhak untuk mendapat ucapan dari aku. Hormat lah pada logo Polis yang anda pakai sebab di logo Polis itu ada kalimah Allah dan Muhammad.
Kesimpulan nya, Polis ini ada masa kita suka dia dan ada masa kita menyampah dengan dia. Apa tidak nya. Kita marah dengan Polis trafik bila Polis trafik saman kita dan kita juga rasa seronok dan berterima kasih pada Polis trafik bila anggota nya bertugas di lampu isyarat untuk melancarkan perjalanan kita ketika waktu puncak tak kira panas atau hujan.
Nota: untuk hiburan semata-mata
26 February 2010
Selamat menyambut Maulud Nabi @ Maulidur Rasul
Sendiri mau ingat !!!!...............
Sekian
02 January 2010
Bull kills man in Colombia New Year's Eve bullfight
Amateur video aired by Colombia''s news network RCN showed when Perdomo was lifted into the air by the 500 kilo bull.Fellow bullfighters and spectators honoured Perdomo on Friday (January 01) in the very ring he was killed. "Here we are bidding our final farewell on this first of January, which we are going to start off bad burying a bullfighter who left us," bullfighting fan Luis Cuadrado said. The bull''s horns entered Perdomo''s body through his abdomen and perforated his liver.
Aku cuma nak kata:
Takde penyakit cari penyakit. Akhir nya nyawa melayang. Saksikan klip video nya dibawah.
http://www.emailcashpro.com
31 August 2009
Selamat Hari Kemerdekaan ke 52 yang semakin suram dan kelam
Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 sama seperti yang sebelum sebelum ini, semakin tawar hambar dan suram. Sama ada nak terima atau tidak, kenyataan nya memang begitu.
Mengibarkan bendera Malaysia yang dipanggil Jalur Gemilang sudah pasti dikaitkan dengan sambutan kemerdekaan. Kalau dulu, seingat aku ramai juga yang mengibarkan nya dikenderaan masing masing, tapi sekarang ?. 2, 3 hari sebelum 31 Ogos aku ke K.Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan. Dalam perjalanan, aku dapati cuma kurang dari 5 buah kereta yang ada bendera. Itu pun kereta yang dipandu oleh anak anak muda yang kereta nya nampak macam nak masuk grand prix. Bendera pun mereka letak dan tampal pada bonet kereta.
Berbalik kepada kibaran bendera. Mengapa rakyat termasuk aku tidak mahu kibarkan bendera ?. Kadang kadang dapat percuma pun orang tak nak pasang bendera jugak. Ada kah mereka dan aku tidak patriotik ?. OK, aku beri sebab mengapa aku tidak mahu kibar bendera. Orang lain terpulang lah dengan alasan masing masing.
1. Pertama sekali yang paling aku tak boleh terima ialah bila sebut kemerdekaan, ia nya digembar gemburkan oleh media bahawa hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan, sedangkan sejarah sebenar nya tidak begitu.
Kemana hilang nya jasa jasa pertubuhan/persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1939, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin. Begitu juga nama nama seperti Ibrahim Hj Yaakub, pengasas KMM, Dr Burhanuddin al Helmy dan ramai lagi. Makna nya sebelum pun Umno bernyawa pada 11 mei 1946, telah ada usaha-usaha dan ikhtiar dari anak-anak bangsa untuk memerdekakan negara dari kuasa dan cengkaman penjajah. Mengapakah pemerintah menyembunyikan fakta ini tiap kali negara memperingati ulangtahun kemerdekaan negara?. Itu pasal aku tak mahu kibar....
2. Sebagai tanda protes aku kepada kerajaan yang langsung cakap tidak serupa bikin. Slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan hanya lah slogan kosong. Ini pun dah dengar bahawa minyak petrol akan naik. Hadiah sempena Hari Kemerdekaan agak nya.
Harta negara dibuat macam harta mereka sendiri. Duit rakyat dibuat macam duit mereka sendiri. Tidak cukup dengan itu, rasuah mereka buat macam minum air sejuk aja. aku tak boleh terima. Itu pasal aku tak mahu kibar....
Nota: Umno sesungguhnya bukanlah pemilik tunggal perjuangan menuntut kemerdekaan dan hakikat ini perlu dibongkar untuk pengetahuan rakyat jelata khususnya jenerasi kini.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
09 August 2009
Hari Ini dalam Sejarah 9 Ogos 1965: Pemisahan Singapura dari Malaysia
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
21 June 2009
Selamat menyambut Hari Bapa (Happy Father's Day)
Dulu dulu masa aku kecik kecik tak ada pun Hari ini dan itu. Sekarang masa aku dah nak masuk warga Emas ini macam macam hari yang timbul. Tak lama lagi agak nya mau 356 hari penuh dengan sambutan hari ini dan itu. Maka tiap tiap hari lah kita sambut hari begitu begini.
Sekian...
29 May 2009
Tan Sri P. Ramlee: 29 Mei 2009 genap 36 tahun pemergian nya - Al Fatihah
Pada pendapat aku, sehingga kini masih belum ada lagi yang dapat menyamai beliau, apa tah lagi untuk mengganti kan beliau. Bagi aku, semua filem filem karya beliau, bukan setakat membuat filem tetapi sarat dengan 'message' yang tersurat dan tersirat. Samada tema nya drama berat, Patriotik, komedi dan masyarakat, semua nya ada diselitkan dengan elemen elemen nasihat, tauladan dan sempadan.
Lagu lagu ciptaan dan gubahan beliau pula mempunyai berbagai tema. Cinta, patriotik, tauladan, nasihat, nostalgia dan macam macam lagi. Bukan lah maksud aku lagu lagu sekarang tak bagus. Bagus, tapi lagu P.Ramlee lagi bagus. Lagu P.Ramlee yang bagi aku berhantu ia lah 'Dendang Perantau' dan 'Itu lah sayang'. Dendang Perantau akan membuatkan aku menjadi sebak, teringat masa lalu dan sedih. Mungkin lagu tu ada kaitan dengan Hari Raya kot. Itu lah sayang pula, aku amat terpesona dengan gesekan biola yang mengasyikkan dan juga senikata serta melodi nya membuatkan aku sentiasa sayang pada ehem.....ehem.... BINI aku la......
Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa P.Ramlee itu adalah insan genius dalam bidang seni dan budaya yang dikurniakan Allah kepada Malaysia.
Yang aku pelik mengapa aku tak jemu tengok filem filem P.Ramlee terutama nya filem komedi walau pun dah beratus kali ditayangkan di TV. Orang lain aku tak tahu la... Sekian.
Itulah Sayang lagu nyanyian P. Ramlee & Normadiah. Dipetik dari filem Anak ku Sazali (1956) arahan Phani Majukumar
Dibawah ini aku siarkan rencana daripada Utusan online untuk kita kongsi bersama :
P.Ramlee tiada di mata, tidak dilupa
Oleh SY MUSSADDAD MAHDI
Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan, oleh itu buatlah bersungguh- sungguh dengan penuh kejujuran,” itu antara bait kata-kata yang pernah keluar daripada mulut Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tidak mengenali P. Ramlee? Walaupun sudah meninggalkan kita, karya-karya yang dihasilkannya sering disiarkan di radio mahupun di kaca televisyen.
Saban hari muzik mahupun filem yang pernah dihasilkan ditonton tanpa jemu. Walaupun pelbagai karya baru cuba bersaing dengannya, peminat masih lagi mendambakan karya-karyanya seolah-olah tiada pengganti.
Jumaat ini 29 Mei, genap 36 tahun pemergian P. Ramlee. Dalam tempoh itu juga pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kalangan insan seni untuk sama-sama menghargai jasa P. Ramlee kepada bidang seni.
Dilahirkan dengan nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. P. Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima.
Sikapnya yang kurang berminat dalam pelajaran dan lebih kepada bidang seni telah membuka jalan untuk mengambil peluang dalam apa jua pesta yang ada.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Bermula pada tahun 1948, lagu Azizah telah melonjakkan nama P. Ramlee kerana bakatnya menyanyikan lagu tersebut telah dilihat oleh oleh pengarah filem B.S. Rajhans.
Bertolak dari situ, P. Ramlee mengorak langkah dalam bidang seni dan memulakan kerjayanya secara serius. Berlakon, berlawak dan menyanyi serta turut sama berpeluang bekerja di belakang tabir.
Walaupun pada permulaan kerjayanya hanya ditawarkan sebagai pelakon pembantu, namun akhirnya P. Ramlee diberi peranan sebagai hero dalam filem Bakti bersama aktres Kasma Booty.
Pada waktu itu P. Ramlee juga telah menyumbangkan bakti dalam filem Penghidupan, Sejoli, Antara Senyum Dan Tangis, Ibu, Hujan Panas, Salah Siapa, Panggilan Pulau, Merana, Abu Hassan Pencuri, Hang Tuah dan banyak lagi.
Kecemerlangan P. Ramlee dalam bidang lakonan terus diuji pada tahun 1955 dengan menjadi pengarah filem Penarik Beca seterusnya diangkat sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu setahun selepas itu.
Kejayaan tersebut juga telah menjadi azimat kepada P. Ramlee untuk mengarahkan filem kedua, Semerah Padi yang ditunjangi oleh Nordin Ahmad, Saadiah, A. Rahim dan Normadiah.
Bakat yang dimiliki olehnya tidak sekadar pada filem bercorak drama, malah buat pertama kalinya P. Ramlee mengarahkan filem komedi Bujang Lapok pada 1957, menyusul Pendekar Bujang Lapok, 1959 seterusnya terpilih sebagai Filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur.
*Menguasai bidang muzik
Kecemerlangan dalam bidang lakonan tidak sedikitpun mematikan minat dalam bidang muzik. P. Ramlee yang dikurniakan bakat bermain alat muzik juga boleh mencipta dan menggubah lagu dengan baik. Sehingga kini banyak lagu-lagu sama ada yang dicipta atau dinyanyikannya masih lagi diputarkan sehingga kini.
Studio Jalan Ampas di Singapura menjadi saksi bahawa P. Ramlee telah pun mencipta beratus- ratus buah lagu semenjak berpeluang menjadi penyanyi latar kepada S. Romai Noor pada tahun 1948 sehinggalah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1967.
Selain mengarahkan filem, P. Ramlee juga turut sama menggubah lagu seterusnya dimuatkan sebagai lagu latar atau lagu tema. P. Ramlee menganggap muzik adalah nadi kepada sesebuah filem. Tanpa muzik, filem tidak berjiwa.
Secara kebetulan, kebanyakan lagu-lagu yang dicipta oleh P. Ramlee ini pasti bergandingan dengan penulis lirik S. Sudarmaji. Gabungan antara mereka berdua sangat berhasil dan Sudarmaji memahami jiwa P. Ramlee.
Lagu-lagu seperti Maafkan Kami, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Tolong Kami, Pukul Tiga Pagi dan sebagainya sentiasa mendapat tempat di hati peminat dari dahulu lagi. Kebiasaannya setiap bait lirik yang terkandung dalam sesebuah lagu adalah terjemahan sisi kehidupan yang dilalui sama ia benar-benar terjadi mahupun apa yang berlaku dalam sesebuah filem yang sedang dihasilkan.
*Pergi buat selamanya
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Tuhan kepada setiap hambanya. Tidak ada yang kekal di dunia ini selama-lamanya. Perjalanan yang diselusuri oleh P. Ramlee yang menutup usia pada 29 Mei 1973.
Ramai yang masih tidak percaya dengan berita mengenai pemergian P. Ramlee pada subuh itu. Berita mengenai pemergian Seniman Agung itu disiarkan melalui radio. Teman-teman rapat di Jalan Boon Teck, Singapura juga mula gelisah dan sedih dengan berita yang mereka terima. Tapi hakikat itu terpaksa diterima oleh setiap peminatnya.
Pada tarikh itu juga ribuan peminat mengiringi jenazah insan istimewa itu untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Baru.
Sehingga kini pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan setiap kali hari ulang tahun memperingati pemergian seniman tersebut. Walaupun sudah tiada, nama P. Ramlee terus kekal subur dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Bagi seniman Datuk Aziz Sattar, nama P. Ramlee tidak pernah luput dalam ingatannya setiap masa dan ketika. Setiap kenangan indah bersama sahabat baiknya itu akan muncul dalam fikiran dan hatinya bertambah sayu setiap kali tiba tarikh 29 Mei.
“Saya sentiasa mengingati beliau. Bagi saya P. Ramlee tiada galang gantinya. Setiap karya yang dihasilkan terus kekal sehingga kini.
“Saya selalu teringat pesan beliau kepada saya: Ajis, kalau gua mati hari ini, nama gua tetap akan hidup 1000 tahun lagi. Itulah ungkapan yang saya ingat sampai sekarang,” kata Aziz Sattar ketika dihubungi baru-baru ini.
Tambahnya lagi, Aziz berbangga apabila pihak kerajaan mengiktiraf jasa yang telah dicurahkan oleh seniman tersebut dengan pelbagai anugerah dan gelaran yang diterima oleh P. Ramlee.
Bagi pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, P. Ramlee merupakan insan seni yang paling disanjungi dan dihormati sehingga kini.
“29 Mei 1973 hanyalah tarikh yang memisahkan kita dan dia. Tapi bagi saya dia masih lagi ‘hidup’ dengan karya-karya yang kita tonton seharian.
“Saya tak rasa orang Malaysia akan terus melupakan jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee dalam membangunkan industri seni kita sejak dahulu lagi.
“Walaupun secara zahirnya saya tidak pernah berkenalan dan berjumpa dengannya, segala kenangan yang ditinggalkan menerusi lagu dan filem masih terpahat dalam ingatan saya sehingga kini,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.
Lain pula bagi Ashraf Muslim. Selaku pelakon baru dia sangat menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee selama ini dalam apa juga medium.
Ashraf juga menganggap P. Ramlee sebagai legenda sepanjang zaman dan sehingga kini dia masih lagi melihat lakonan-lakonan seniman tersebut sebagai rujukan dan landasan untuknya.
“Tidak semua pelakon mempunyai x factor seperti seninam tersebut. Itulah keistimewaan beliau dan sehingga kini penonton tidak pernah jemu melihatnya.
“Jasa dan pengorbanan beliau kepada seluruh industri hiburan tidak pernah padam sehingga bila-bila,” kata Ashraf. - www.utusan.com.my
16 May 2009
Selamat Hari Guru 2009 : satu renungan silam
Sempena hari guru yang disambut hari ini, aku mengucapkan Selamat menyambut hari guru kepada semua guru guru termasuk lah kepada guru guru yang telah bersara. Bagi aku, jasa seorang guru tidak dapat dibalas dengan wang ringgit yang dipanggil gaji.
Kebetulan dah cerita pasal guru atau biasa dipanggil 'cikgu' aku ingin melontar pandangan aku beza guru dulu dan guru sekarang. Pandangan ini bukan untuk mencari siapa lebih baik?.
Pendapat aku, kuasa cikgu dulu lebih 'power' dan meluas sebab kuasa itu kebanyakan nya diberi sendiri oleh Ibubapa. Aku berkata begitu melalui pengalaman aku dan arwah ayah aku bertemu cikgu cikgu aku. Asal cikgu saja, arwah ayah akan kata " cikgu, anak saya ni kalau nakal rotan lah, asal jangan patah dengan rengkat...sudahhhh...". Bila kena rotan dengan cikgu disiplin atau cikgu kelas, aku tak berani nak mengadu pada ayah sebab kalau mengadu, ayah akan tambah lagi dengan 'getah paip'. Sebab itu aku berani mengatakan cikgu dulu mengajar dan mendidik bukan kerana gaji semata mata tetapi kerana mereka disanjung dan dipandang mulia oleh ibu dan bapa kita masa itu. Zaman yang aku cerita ini adalah sekitar 70an dan 80an dan aku pun dah nak masuk umur 50 bulan oktober 2009.
Sekarang aku cerita guru dizaman 90an hingga sekarang. Bagi aku tidak ada beza sangat cikgu dulu dengan cikgu sekarang. Yang berbeza adalah keadaan masyarakat di zaman mana cikgu itu mengajar. Cikgu sekarang tidak bernasib baik kerana tidak dipandang mulia oleh ibubapa pelajar sekarang dan terlalu dikawal oleh undang undang dan akta yang membantut minat cikgu untuk mengajar. Maka terjadi lah, guru hanya mengajar kepada murid yang menunjukkan minat belajar dan baik budak nya. Sebab murid yang mahu belajar adalah terdiri dari budak baik dan yang nakal memang selalu malas belajar, macam aku dulu...heh...heh..
Zaman sekarang, cikgu salah sikit saja, ibubapa akan datang serang cikgu di sekolah. Tidak cukup dengan itu ada cikgu yang disaman. Media massa pun tak guna satu sen pun untuk mengangkat martabat guru. Mereka cuma pandai memanipulasi cerita sampaikan kes cubit pelajar pun disensasikan. Aku dulu kena cubit dan getu tu biasa saja.
Senang saja untuk mengatasi masaalah disiplin pelajar yang semakin kronik. Buat balik macam cikgu zaman kita dulu dan perbaiki mana yang kurang. Baru baru ini pun aku dengar ada ura ura kerajaan untuk membenarkan kembali hukuman rotan. Buat cepat dan jangan banyak alasan....
Sekian dan sekali lagi selamat hari guru...cikgu!
10 May 2009
Selamat Menyambut Hari Ibu : Al-Fatihah untuk Ibu ku.

Secara jujur, aku tidak berapa setuju jika hari-hari sambutan seperti ini mengikut sepenuh nya konsep yang dibawa oleh negara barat. Di negara barat, institusi keluarga mereka telah hancur dan punah ranah. Mereka lebih percayakan haiwan peliharaan mereka dari keluarga mereka sendiri. Mereka tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan dan perhatian kepada ibu dan bapa mereka. Oleh itu maka mereka terpaksa mencari satu hari dalam setahun bagi mengenang/bertemu/berbuat baik kepada Ibu-ibu dan bapa-bapa mereka. Maka dinamakan Hari Ibu, Hari Bapa dan macam-macam hari lagi dan mereka mahu kita mengikut konsep itu.
Jangan silap!, aku bukan anti sambutan hari ini dan itu. Aku selalu nasihatkan anak-anak aku seperti apa yang aku tuliskan diatas. Selagi sambutan itu tidak menyalahi akidah Islam, sambut lah, cuma konsep nya yang perlu kita bagi tau pada mereka supaya mereka faham. Apa kah kita mahu apabila tiba sambutan Hari Ibu, anak-anak kita membelikan berbagai hadiah dan memberi Kad ucapan gergasi menyatakan sayang nya mereka pada ibu, tetapi selepas itu mereka tidak langsung memperdulikan sehingga lah sambutan Hari Ibu tahun hadapan pula baru lah mereka muncul.
Kesimpulan nya, IBU bukan untuk di kenang dengan ada nya sambutan untuk mereka. IBU wajib dihormati, disayangi, dipatuhi (selagi ianya tidak menyalahi Agama) setiap hari selagi hayat dikandung badan
Sekian
08 March 2009
Barangkali ramai yang sudah terlupa akan tarikh 8 Mac ini.
Aku ambil tulisan dibawah ini dari forum tranungkite. Ditulis oleh seseorang yang menggunakan nickname mamak untuk dikongsi bersama. Bagi aku pada malam keputusan PRU 12 adalah masa-masa yang paling menggembirakan, mencemaskan, mengejutkan dan macam macam perasaan lagi. SMS dan panggilan telefon berjujai masuk bertanya kan keputusan terkini dari rakan dan kawan yang tak ada internet dan kalau ada pun banyak yang tersangkut - sangkut. Yang best nya perkembangan keputusan terkini dapat diikuti dan di kemaskini setiap saat. Ada satu laman Web (dah lupa nama-dah tua la..) memaparkan keputusan terkini untuk 20 kerusi yang diketegori kan sebagai PANAS dan bila dapat tahu Samy Vellu kalah di Sg.Siput, aku terkejut berok. Sekian.
8 Mac adalah satu tarikh yang telah mengubah lanskap politik negara ini.
8 Mac memberi peluang Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) memerintah Perak, Kedah, P. Pinang, Selangor dan Kelantan termasuk Wilayah Persekutuan KL)
8 Mac menyebabkan BN/UMNO jatuh terduduk dan terkejut beruk.
8 Mac menyebabkan SPR, polis, agensi kerajaan lain pun pening kepala kerana tak dapat memenangkan BN.
8 Mac menyebabkan orang yang paling lama berkuasa duduk di atas telah jatuh tergolek seperti SamyVellu.
8 Mac melihat orang yang menang tidak menyangka boleh menang, dan yang kalah tidak sangka kalah.
8 Mac melihat orang gila yang berkuasa telah menjadi semakin gila dan ada yang betul-betul menjadi gila !
8 Mac menjadi saksi kebangkitan rakyat ibarat tsunami menyapu habis segala apa yang dilanda.
8 Mac melihat kaum India dan Cina telah memberi sokongan padu kepada PR
8 Mac juga melihat masih ramai lagi orang Melayu yang tak masihsedar-sedar menyokong UMNO/BN akibat kegelapan hidayah
8 Mac dilihat oleh rakyat sebagai rahmat dan ni'mat dari Allah; sedang bagi UMNO/BN sebagai bala dan malapetaka dari Allah.
dan ada banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan tarikh keramat 8 MAC ini, kita fikirlah sendiri
Namun, bagi kami di DUN Changkat Jong, tanggal 8 Mac juga amat amat bermakna sekali. Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana kemenangan ini. Hanya terkeluar dari mulut ialah ucapan syukur. Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar !
Hanya sedikit gambar yang dapat menggambar suasana menerima kemenangan manis ini.
27 February 2009
Photo's of the day: 27 Feb. 09 - Dominican Republic Independence Day

15 February 2009
Nama Zambry tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke Dewan Santapan
KUALA KANGSAR , 14 Feb.:- Nama Zambry Abdul Kadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar rampasan kuasa tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke Dewan Santapan Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak dan yang keluar dari dewan sesudah habis santapan Diraja pada malam ini.
Walaupun kedudukan YAB Menteri Perak yang sah, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin tidak ditempat yang sepatutnya saya beranggapan kemungkinan nama Zambry yang ke hulu dan ke hilir menamakan dia sebagai Menteri Besar mengambil tempat tersebut. Rupanya dia tidak mendapat pengiktirafan di majlis santapan pada malam ini.
DS. Nizar diletakkan bersama dengan orang kenamaan di meja kawasan tengah Balai Santapan dan ADUN Pakatan Rakyat diletakkan di meja bahagian belakang berdekatan dengan pentas nyanyian.
Tempat yang sama di meja yang berlainan ditempatkan Ahli Yang Berhormat ADUN BN.
Mereka yang dinamakan sebagai Exco kudeta ditempatkan di meja lebih ke hadapan berdekatan dengan meja Santapan Diraja.
Majlis Santapan Sempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Perak telah dihadiri oleh DYMM Sultan Perak dan seluruh ahli kerabatnya, DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan Brunai dan Permaisuri, Raja-Raja seluruh negara serta wakilnya, Yang Dipertua negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri, Menteri-Menteri Besar dan orang kenamaan yang lain.
Jamaluddin, Osman dan Hee tidak hadir Santapan Diraja
Kemanakah mereka bertiga hilang sehingga sekarang menjadi tanda tanya banyak pihak setakat ini.
Sumber: drs khalil idham lim (Cina Islam)
Nizar turut hadir Majlis Santapan Diraja Perak
KUALA KANGSAR, 14 Feb (Bernama) - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam ini berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini.

Majlis santapan sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang jatuh pada 3 Februari lepas turut dihadiri Sultan negeri-negeri kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan, serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Dipertua negeri-negeri.
Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar manakala Raja Perlis pula diwakili Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin.
Terengganu pula diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, barisan Exco kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sumber: Bernama
01 February 2009
Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ketiga-tiga wilayah persekutuan ini telah menggunapakai bendera baru Wilayah Persekutuan yang telah dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006. Ia digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
- Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
- Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
- Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
- Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
- Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.
Rujukan : wikipedia Wilayah Persekutuan













