Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label mahkamah/undang-undang. Show all posts
Showing posts with label mahkamah/undang-undang. Show all posts

29 August 2012

Bersalah rogol gadis bawah umur, Juruelektrik dibebas terlepas Hukuman Penjara & sebatan

Hukuman yang dikenakan ke atas juruelektrik berusia 22 tahun, Chuah Guan Jiu (gambar), Selasa, adalah sama seperti yang dikenakan terhadap bekas pemain boling skuad kebangsaan Noor Afizal Azizan yang melakukan kesalahan sama dua tahun lalu

GEORGE TOWN: Seorang lagi telah dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik atas atas kesalahan merogol. Kali ini ialah seorang juruelektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz mengarahkan Chuah Guan Jiu, 22, dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik. Beliau berkata mahkamah mengambil kira faktor Chuah yang masih muda dan kesalahan pertama.
"Kami juga megambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual adalah persetujuan bersama dan dia juga seorang murid tercicir," katanya. Sitarun Nisa berkata pertimbangan lain ialah masa depan Chuah. Chuah, yang memakai kemeja dan seluar jeans biru, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila hukuman itu dibacakan.

Pada 20 Julai, mahkamah mendapati dia bersalah merogol gadis berusia 12 tahun dan 10 bulan, di flat kediamannya di Air Itam antara 7 pukul pagi dan 1.00 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan 2.25 hingga 2.45 keesokan harinya. Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pada Isnin, DPP Lim Cheah Yit berkata Chuah telah memujuk gadis itu supaya ponteng sekolah dan mengikuti dia kembali ke flat atas alasan dia sakit. "Mereka telah bertemu dan tertuduh sepatutnya melindungi gadis itu tetapi sebaliknya telah mengambil kesempatan. Gadis tersebut banyak kali meminta tertuduh menghantarnya ke sekolah tetapi dia memberikan alasan tidak sihat dan membawanya ke rumahnya," kata Lim.

Bagi meringankan hukuman, peguam Yusuf Idris berkata anak guamnya memperoleh RM30 sehari dan tinggal bersama ibu bapa dan adik. "Ini adalah kesalahan pertama. Dia mempunyai pekerjaan tetap sekarang dan pada masa akan datang," katanya. Yusuf berkata anak guamnya telah insaf dan menggesa mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara memandangkan umur Chuah yang masih muda.

Hukuman ini dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas dia mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Aku cuma nak kata: 
"Apa sudah jadi ngan HAKIM-HAKIM di Malaysia ni. Nak tunggu mak, isteri, anak atau cucu mereka kena rogol baru nak jatuh hukum penjara & sebat. Rogol budak bawah umur patut hukuman berat lah lagi. Kalau macam ini lah hukuman melakukan sex & merogol budak perempuan bawah umur, nampak gaya nya akan datang perogol2 akan menjadikan budak2 pulak sebagai target mereka."


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

09 December 2010

Kes Rasuah: Peguam Negara minta Khir Toyo tutup mulut


PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menegur Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh ‘memakan diri sendiri’. Beliau berkata, kenyataan keterlaluan yang dibuat bekas Menteri Besar Selangor berhubung kes itu boleh digunakan sebagai bukti terhadapnya dalam perbicaraan, selain subjudis.

Katanya, pihak pendakwaan hanya memerlukan dua atau tiga minggu bagi membuktikan kes terhadapnya dan meminta Dr Mohamad Khir yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin lalu berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, bersabar sehingga mahkamah membuat keputusan.

Abdul Gani berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mohamad Khir yang menyifatkan tuduhan terhadapnya itu sebagai peluang baginya membersihkan nama, selain berterima kasih kepada pendakwa raya kerana memberinya peluang menjelaskan isu berkaitan banglo dan tanah dimilikinya di mahkamah.

Dalam laman blognya, Dr Mohamad Khir turut menyatakan harapan supaya perbicaraan dilakukan secepat mungkin dan tidak ditangguh-tangguhkan bagi menghalang nya daripada bergiat dalam politik.

Kenyataannya itu mendorong pihak tertentu menganggap tuduhan terbabit hanyalah satu sandiwara atau gimik politik yang berkemungkinan menandakan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

“Ini (pendakwaan) bukan sandiwara, pasukan pendakwaan sudah ada bukti mencukupi dan kukuh bagi menyokong kes kita terhadap Dr Mohamad Khir. Takkan saya sendiri mengetuai pendakwaan jika proses ini hanya untuk mengabui mata rakyat kerana ini juga membabitkan etika dan integriti saya.

“Malah, kita tidak mahu mengaibkan tertuduh sebelum mahkamah membuat keputusan. Apa saja tuduhan akan dibacakan di mahkamah. Itu prosedur sepatutnya. Kita tak boleh buat ‘roadshow’ semata-mata untuk memuaskan hati masyarakat umum, sebaliknya kena tengok pada fakta dan realiti.

“Membuat kenyataan mengenai kes ini, baik melalui media atau laman blog, adalah subjudis dan semakin banyak seseorang itu bercakap, semakin tinggi kemungkinan ia menjejaskan kesnya sendiri,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dr Mohamad Khir, dalam laman blognya pada hari sama dia dituduh, mendakwa tuduhan terhadapnya secara tidak langsung membuktikan nilai hartanah miliknya ialah RM3.5 juta dan bukan RM24 juta, seperti didakwa sesetengah pihak dan beliau mematuhi semua prosedur termasuk pembelian tanah dan pembinaan rumah.

Abdul Gani berkata, adalah satu kebiasaan bagi ahli politik bercakap begitu tetapi jangan keterlaluan sampai seolah-olah melakukan perbicaraan melalui media sebelum didengar di mahkamah.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sudah banyak kali mengingatkan mengenai perkara itu tetapi seolah-oleh tidak diendahkan pihak berkenaan.

“Saya sendiri sebenarnya mahukan perbicaraan yang pantas tetapi kita kena patuh kepada undang-undang, kita kena adil dan saksama kepada semua pihak. Sama ada sesuatu kenyataan itu subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah untuk tentukan.

“Pihak pendakwa tidak akan sekali-kali mencabuli undang-undang. Bagi kami, Dr Mohamad Khir adalah seorang tertuduh, sama seperti mana-mana tertuduh lain yang kita hadapkan ke mahkamah.

“Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut,” katanya sambil menegaskan banyak lagi pendedahan akan dilakukan sepanjang perbicaraan itu.

Isnin lalu, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

ADUN Sungai Panjang yang meletakkan jawatannya sebagainya Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah.

Di mahkamah sama, Shamsuddin, 52, turut mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama. Shamsuddin, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Sekurang-kurangnya 16 saksi akan dipanggil, termasuk empat saksi utama, untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu dan mereka kini diberi perlindungan mengikut Akta Perlindungan Saksi, yang diluluskan Dewan Negara pada 6 Mei lalu.
Sumber: http://www.bharian.com.my


Aku cuma nak kata:

Mengenai berita diatas, ada 2 persoalan. 1. Mengapa kenyataan Khir Toyo begitu yakin yang dia tidak akan didapati bersalah?.
2. Mengapa Peguam negara berani suruh Khir Toyo tutup mulut?.

Disini aku melihat seolah olah ada dua kumpulan yang mempertahankan/menyokong kedua dua pihak. Satu kumpulan beri lampu hijau pada Khir Toyo bahawa dia tidak perlu risau apa apa. Sedang kan disatu kumpulan lain beri lampu hijau supaya Peguam Negara mensabitkan kesalahan Khir Toyo.

Andaikata Selangor tidak jatuh ketangan PR dan Khir Toyo masih menteri besar, agak agak nya berani ke peguam negara suruh Khir Toyo tutup mulut?.

Aku juga berpendapat isu Khir Toyo ini bukan setakat isu rasuah dan pendakwaan semata mata. Ada bungkah ais (aisberg) yang lebih besar dibawah sana.

1. UMNO/BN cukup terdesak dan sedang berusaha untuk kelihatan bersih. Fokus adalah negeri Selangor. Walau apa cara sekali pun, Selangor mesti dirampas dari PR kerana jika PR berjaya mempertahankan Selangor untuk penggal ke-2, UMNO/BN tidak akan berjaya lagi untuk merampas nya untuk satu jangkamasa yang panjang. Bukti nya, lihat saja Kelantan. Sebab itu apabila Terengganu berjaya dirampas oleh PAS, UMNO/BN yang masa itu diterajui oleh Dr.M menggunakan berbagai taktik kotor dan merampas nya semula. Antara taktik kotor itu ialah merampas royalti minyak dan kemudian menukar nya kepada wang ehsan.

2. Perebutan kedudukan didalam UMNO Selangor. Semua pihak menyalahkan Khir Toyo apabila Selangor jatuh ke tangan PR. Sekarang semua bercakap pasal PRU 13 yang semakin hampir dan ini lah masa nya untuk memijak kawan dan lawan supaya boleh dipilih sebagai calun. Dalam konteks PRU 13 ini, Khir Toyo dilihat sebagai liabiliti dan harus dikorbankan.

Sekian

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

02 September 2010

Petronas yang kena saman, Kerajaan pula yang mula demam

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dapat merasai ketakutan pemimpin BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu. Ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat peguam negara.

Nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN. Nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di Mahkamah, dan atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya nanti. Kenapa ada nasihat yang 'double standard' dalam agenda pentadbiran Peguam Negara.

Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama. Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan Akta berkenaan dengan cara yang berbeza.

Yang pasti, peraturan perjanjian dan akta itu tidak pernah berubah. Yang berubah adalah Kerajaan yang memerintah. Asalkan PAS memerintah sahaja, wang Royalti bertukar jadi wang ehsan. Itulah yang ada dalam kamus Umno-BN.

Bila Kerajaan BN tumbang di DUN negeri, muncul pula Kerajaan HARAM bernama Jabatan Pembangunan Persekutuan. Mana pula Akta dan peraturan yang mereka guna untuk wujudkan Jabatan ini.

PAS kini yakin yang isu saman royalti ini akan dimenangi oleh Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS. Saman ini juga membuka mata rakyat dan menyampaikan kepada masyarakat dunia bahawa di Malaysia terdapat Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyatnya lantaran dendam dan tidak tahan malu selepas tewas dalam Pilihanraya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Aku cuma nak kata:
DS Mustapa ini pernah dengan angkuh mencabar kerajaan Negeri Kelantan supaya membawa kes tuntutan royalti ke mahkamah jika merasakan tindakan mereka itu betul. Jangan hanya menjaja kesana sini meraih simpati politik. Beliau juga kata kerajaan negeri tidak berani untuk berbuat demikian kerana mengetahui keadaan sebenar yang tidak mungkin berpihak kepada mereka.

Sekarang kerajaan Negeri Kelantan telah pun menyaman Petronas, tahu pulak dia berdaleh begitu begini.


Beliau juga menjelaskan kerajaan Pusat tidak dapat menyerahkan sepenuhnya wang ehsan (RM20 juta) itu untuk ditadbir sendiri oleh kerajaan Kelantan kerana khuatir wang ehsan itu akan disalah guna bagi tujuan lain. Begini lah rupa nya kalau orang yang hati perut nya memang cukup busuk.


OOOOO.....kalau bagi kat puak dia, gerenti tak seleweng ?. Apa punya menteri cakap macam orang tak pergi sekolah.


Satu lagi, semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai 6-14 Julai 2009, Tan Sri Muhyiddin berjanji bahawa Jemaah Menteri telah mengarahkan Petronas memberi penjelasan bagi membolehkan rakyat Kelantan memahami perkara sebenar dan tidak terpengaruh dengan kenyataan pemimpin PAS yang memutar belitkan isu royalti minyak ini (baca sini).

Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang pun, satu kenyataan/penjelasan pun tak keluar dari Petronas berkaitan isu royalti. Tan Sri Muhyiddin menipu ke tidak?.... Jawab la.....Apasal tak jawab?
.......penipu la tuuuu............

Aku pun tak harap sangat kemenangan akan berpihak kepada Kerajaan Kelantan, apa tah lagi segala jentera kerajaan masih dalam dominasi BN. Namun dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan akan menyenakkan lagi perut BN yang sudah sedia busuk itu.


Sekian




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

01 September 2010

Budak Namewee sudah naik tocang...



Wee Meng Chee juga dikenali sebagai Namewee. Budak ini buat hal lagi. Dah banyak kali dia buat hal.

1. 2007-Dia buat klip lagu 'negara kuku' yang mencetus kontroversi kerana dikatakan menghina Azan Subuh sebagai 'morning call' dan adalah lagi yang lain lain. Ramai orang marah. Pemimpin kerajaan beri amaran macam macam. Ada yang mahu kewarganegaraan nya dilucutkan, ditahan dibawah ISA dan sampai ada yang ugut nak bunuh dan bakar rumah dia. Pemimpin pemimpin UMNO terutama nya mahukan tindakan tegas diambil terhadap budak ini. Apa kah kesudahan nya?. Budak itu lepas dan tak kena apa apa pun selepas membuat penjelasan dan memohon maaf. Dia juga mengatakan bahawa dia sudah insaf. Aku cuma nak tanya, kalau budak ini atau keluarga nya dikenal pasti penyokong PR dari DAP atau PKR, adakah dia akan dilepaskan ?. Aku yakin MCA atau Gerakan ada memainkan peranan supaya budak ini tidak dikenakan tindakan.

2. 2009-Kali ini dia buat hal kerana terputus bekalan elektrik di rumah dia. Tidak ada masaalah nya sangat kalau dia nak marah marah pada TNB kerana 'blackout'. Yang salah nya ialah dia memaki hamun dengan kata kata yang kesat antara nya"Lancau TNB", "Cibai TNB" dan entah apa lagi. Mustahil pihak TNB dan pemimpin negara tak tahu kerana klip video nya telah pun ada di youtube sejak oktober 2009. Kalau tahu mengapa tidak ada tindakan diambil bah kan siasatan pun tidak ada. Isu maki hamun TNB ini seolah olah cuba di diamkan. Lepas lagi dan semakin naik tocang lah budak ini. Sekali lagi nak tanya, kalau budak ini atau keluarga dia penyokong PR dari DAP atau PKR, ada kah ia nya akan didiamkan?. Klip video dia maki hamun TNB disini

3. 2010- Kali ini dia mencipta klip video dengan mempersendakan rakyat Malaysia berkaitan demam bola sepak Piala Dunia yang lepas. Klip berkenaan kini boleh diikuti di www.youtube.com. Malas nak ulas. Tengok dan ulas sendiri.

4. 2010-Terbaru, kali ini dia buat klip video pasal dia tak puas hati dengan isu Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor yang dikatakan memarahi pelajar-pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman, baru-baru ini. Itu alasan dia. Apa yang aku nampak disini ialah sikap tidak konsisten pihak pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu sensitif, lebih lebih lagi yang menyentuh isu kaum dan agama menyebabkan orang seperti budak ini mengambil kesempatan karana dia tahu dia akan lepas. Sikap memilih bulu pihak berkuasa dan kerajaan akhir nya memakan diri sendiri. Pemimpin Kerajaan sekali lagi memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil jika terbukti bersalah. Kesekian kali nya aku nak tanya, ada kah budak ini akan lepas lagi?. Klip berkenaan kini boleh diikuti di www.youtube.com.

Kesimpulan nya aku berpendapat bahawa budak 'benawee' ini tidak akan ditangkap. Disamping sebab diatas, ada banyak sebab sebab lain mengapa dia akan dibiarkan bebas. Dia akan membuat seberapa banyak sentimen yang boleh menjadi api dalam sekam.

Isu budak ini juga digunakan untuk memerangkap komponen dalam PR terutama nya PAS dan DAP supaya mereka boleh direnggangkan. Oleh itu diharap PAS dan DAP jangan cepat melatah.

Jika Namewee ditangkap, maka habislah peluru buat UMNO/BN. Sudah lah peluru peluru sebelum ini seperti 'isu doa Lim Guan Eng' dan 'isu bukan Islam masuk masjid/surau' backfire mereka semula. Cuma dalam keadaan sekarang tangkap pun salah, tak tangkap pun salah.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

30 July 2010

Skandal PKFZ: Tangkapan hanya Sandiwara PRU13?


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam bagi menghadapi tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – utusan / hanafi khamis

Apabila Tun Dr. Ling liong Sik didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, aku langsung tidak merasa terkejut. Hanya media pro kerajaan saja yang melebih lebih terkejut nya dengan tangkapan yang juga dianggap seorang yang berprofil tinggi. Tinggi apa benda nya?. Beliau cuma bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden MCA. Kalau masa beliau masih dalam jawatan tersebut, baru lah betul berprofil tinggi.

Dari persepsi aku, mengapa tangkapan ini berlaku ?

1. Sudah pasti untuk membuktikan bahawa kerajaan telus dan tidak memilih bulu. Inilah peluru kepada BN untuk menyerang balas sebarang tuduhan bahawa DS Najib tidak komited untuk memerangi rasuah.

2. Sudah terlalu banyak skandal yang tidak boleh ditutup bau busuk nya. Mau tidak mau tindakan perlu diambil untuk mengurangkan 'damage' dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir.

3. Kerajaan pimpinan DS Najib sebenar nya semakin tidak popular dan dibenci. Kenaikan harga minyak dan gula semakin membuat rakyat benci kerana bukan saja harga naik tapi juga rasa ditipu dengan istilah yang ramai rakyat tidak faham. Oleh itu penangkapan dan dakwaan terhadap 'jerung yang dah tak ada gigi' ini diharap dapat lah sedikit sebanyak mengalih perhatian rakyat.

4. Tun Dr. Ling dituduh menipu Kerajaan Malaysia. Siapa ketua kerajaan masa itu?. Mengapa orang boleh kena tipu?. Sama ada penipu itu orang pandai dan yang kena tipu itu bodoh? atau bersetongkol?. Mungkin ada orang sudah bosan dengan bekas ketua yang masih lagi nak bercakap walaupun sudah tidak jadi ketua. Sendiri fikir lah.

5. Kemelut PKFZ akan hilang dari pantauan dan diperkatakan umum, seperti kes-kes yang lepas, bahawa sebarang perbincangan kes sebelum dan semasa mahkamah bersidang adalah dianggap bersalahan, kerana perbincangan rakyat akan menjejaskan sebarang penghakiman mahkamah. Itu lah nanti alasan yang digunakan.



.....dan agak agak apa kesudahan nya ?

1. Perbicaraan akan berlarutan sehingga lepas PRU13. Kalau BN masih menang, Tun Dr.Ling akan bebas. Alasan boleh bagi macam macam sebab tak ada sesiapa boleh mempertikaikan hakim, nanti akan di tuduh menghina mahkamah. Ada sesiapa masih ingat kepada kes Perwaja yang melibat kan mendiang Eric Chia. Akhir nya Eric Chia lepas dan duit yang hilang tak tahu siapa yang ambil. Begitu juga dengan kes Perlantikan hakim (Video V.K Linggam @ Correct, correct, correct). Bila saksi dipanggil beri keterangan, senang saja jawab "saya lupa".

2. DS Anwar Ibrahim meminta supaya jemaah menteri masa itu juga disiasat. Beliau menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian. Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Buat lah andaian sendiri. Aku tak nak kata apa apa.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

10 July 2010

Saman ekor: Penganiayaan yang diteruskan



Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. (baca disini)

Siapa sebenar nya yang tidak bertanggung jawab dalam isu saman ekor ini ?. Polis atau pengguna jalanraya ?. Jawapan nya Pihak Polis memang tidak bertanggungjawab dalam isu saman ekor ini. Saman ekor terang terang menganiaya pengguna jalan raya. Nampak sangat kerajaan BN melalui Polis menggunakan saman ekor ini untuk mengumpul duit yang banyak kerana pesalah tidak mempunyai pilihan.

OK lah kalau Polis nak memerangkap pesalah jalanraya dengan menyorok celah tiang 'flyover' ke, bawah jejantas ke, sebalik pokok ke, dalam longkang ke, dalam gerai tepi jalan ke. Lantak diaorang lah. Itu kan strategi mereka.

OK jugak kalau Polis nak tunggu dan pasang perangkap dekat dengan kawasan sekolah yang had laju nya 60 KM/J, tetapi jangan lah tunggu masa cuti sekolah hari sabtu atau ahad. Itu memang nak penaya orang tu. Kalau nak tunggu dan pasang perangkap pun pasang lah. Polis kan berkuasa. Tembak lah lazer kamera kepada kenderaan yang lalu lalang. Dah memang itu kerja diaorang kan!

Masaalah yang aku dan orang ramai tak puas hati dan pertikaikan ialah mengapa tidak ditahan pengguna jalanraya yang telah melakukan kesalahan dan berikan terus notis saman macam dulu dulu. Apa masaalah nya untuk tahan pengguna jalanraya?. Selama ini pun berlambak sekatan jalanraya yang kadang kadang dilakukan ditempat yang tidak munasabah yang menyebabkan 'Jem' berkilometer. Mengapa perlu guna strategi saman ekor ?. Apa motif pihak Polis berbuat begitu kalau bukan untuk menganiaya?.



Kerana saman ekor ini, seorang kawan aku sampai terpaksa tukar kereta kerana tak sanggup nak bayar saman ekor yang dia tidak buat dan juga berurusan dengan kerenah pihak Polis yang berkuasa. Bayang kan kalau tiap tiap bulan dapat 2,3 saman ekor. Dia tak puas hati dan nak tengok gambar. Oleh kerana saman ekor dibuat dilebuhraya Karak maka kawan aku ni terpaksa ke Balai Polis Trafik disana sedang kan dia di Kapar, Klang. Nak tengok gambar di Balai Trafik Klang tak boleh tetapi bayar saman boleh pulak. Tak ke itu menyusahkan orang nama nya.

Kawan aku dapat tengok gambar tu dan memang 'sebijik' dengan kereta milik nya sedang kan pada waktu dan tarikh saman ekor itu adalah hari bekerja dan dia menggunakan kereta tersebut di Kapar. Dia mengesyaki ada orang guna plat nombor kereta dia. Alasan apa pun dia bagi pada Polis, saman tetap kena bayar. Oleh kerana tak boleh tahan, kawan aku tu tukar kereta. Itu lah yang tak bagus nya saman ekor yang dipertikaikan.

Saman ekor ini juga akan membuatkan pelumba haram akan bermaharajalela lagi di jalan dan lebuhraya dengan menggunakan plat nombor orang lain yang kereta dan warna nya sama.

Kesimpulan nya, sesiapa yang melakukan kesalahan jalanraya memang perlu dikenakan tindakan tetapi bukan dengan saman ekor. Dulu Polis boleh buat dengan menembak laser dilebuhraya dan menahan mereka yang melakukan kesalahan di Plaza Tol. Kalau begini, aku dan ramai lagi rasa nya boleh terima. Mengapa sekarang tak boleh buat?.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

21 April 2010

Bangunan Umno Kota Bharu: Semua nya kalau boleh mereka nak 'FREE'


Bangunan Umno Kota Bharu yang tersergam indah di Jalan Sultanah Zainab di sini berjaya disiapkan Datuk Zaid Ibrahim ketika menerajui Umno bahagian tersebut pada 2001. Sebelum itu, bangunan berkenaan terbengkalai sejak berpuluh tahun.

KOTA BHARU, 21 April: “Kenapa sekarang baru timbul? Kenapa tidak dulu-dulu? Nampak sangat macam hendak menjatuhkan imej Zaid sebagai seorang yang tidak beramanah, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau dipilih sebagai wakil calon," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno Bahagian Kota Bharu, semalam mengadakan satu perhimpunan menuntut bekas Ketua Bahagian itu, Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan semula bangunan Umno yang didakwa miliknya kepada Umno bahagian itu.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan bangunan terbabit petang semalam dan diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah.

Takiyuddin, dalam reaksinya dari perspektif undang-undang berkata tuntutan dilakukan itu mesti sesuai dengan status tanah termasuk bangunan.

"Apa status tanah dan bangunan itu? Apakah betul ia nama Umno atau sebaliknya,”
soal Takiyuddin semasa dihubungi.

Katanya, Zaid sebagai seorang peguam sudah semestinya lebih maklum aplikasi undang-undang serta kesan disebalik tindakannya.

“Kalau betul tanah dan bangunan itu nama Umno takkan Zaid berani pegang begitu tanpa menyerahkan pada pemilik sebenar,”
katanya yang juga peguam.

Sementara itu beliau yang merasa agak pelik dengan desakan tiba-tiba itu membayangkan betapa lemahnya kredibiliti Umno.

“Ya lah…sebuah bangunan tersergam indah selama ini yang lengkap bertulis dan berlambangkan Umno rupa-rupanya masih kabur, tak tahu kemana hulu atau hilir.

“Seolah-olah pernah berlaku gadaian ke atasnya sebelum ini sampai terpaksa berdemonstrasi bagi menuntut semula haknya,” katanya. - Harakahdaily

Aku cuma nak kata:
UMNO dan majoriti ahli ahli nya memang telah sinonim dengan perkara perkara seperti mendapatkan sesuatu secara percuma@'FREE', untung atas angin atau 'Alibaba' dan banyak lagi. Kalau memang dapat percuma, tidak mengapa lah, aku pun nak juga. Ini benda yang kena bayar pun mereka mati mati nak percuma jugak, hanya kerana mereka adalah 'UMNO'. Penjawat awam pun takut dengan orang UMNO yang ada jawatan besar kuman pun.


Kalau dulu dulu masa mereka menguasai seluruh Malaysia, memang beraja dimata dan bersultan dihati mereka mereka ini. Selepas PRU 12 saja mereka terpaksa 'slow' sikit sebab negeri yang kantung kantung duit nya mereka pegang selama ini telah banyak terlepas ke tangan orang lain. Apa tah lagi apabila ada saja PRK mereka asyik kalah. Sebab itu sekarang ini mereka akan berbuat apa sahaja untuk merampas balik kantung kantung yang telah terlepas.


Dalam konteks PRK Hulu Selangor ini, macam biasa pemimpin UMNO tanpa rasa malu menggunakan sepenuh nya media massa untuk memburuk kan calon PR sedang kan PR hanya bergantung pada penerbitan media massa yang amat terhad, ceramah dan internet (blog). Nak harap TV, jangan mimpi...., kalau keluar pun yang negatif saja lah. Cuma kali ini mereka tidak berupaya menggunakan agensi kerajaan negeri seperti dewan dan lain lain seperti selalu nya semasa mereka memerintah Selangor sebelum ini. Bagus juga kerajaan negeri Selangor buat macam itu supaya rakyat@ pengundi tahu bahawa dewan orang ramai bukan UMNO yang punya, tetapi Ahmad Albab yang punyaaaa....HAA...HA....HAA !!!!...

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


15 April 2010

Transmile tak bayar hutang KWSP RM50 juta, duit pencarum jadi mangsa



PETALING JAYA 14/4/10: Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sedaya upaya menggunakan semua langkah undang-undang untuk mendapatkan semula RM50 juta hutang dari Transmile Group Bhd.

Adalah dipercayai, KWSP adalah pihak utama yang memfailkan petisyen penggulungan syarikat kargo udara itu lewat bulan lalu, menurut The Star.

Tindakan KWSP ini memeranjatkan pemiutang-pemiutang Transmile yang lain, mungkin akan mencetuskan pertarungan sengit di antara lebih 10 institusi kewangan tempatan dan luar negeri bagi menuntut kembali pinjaman mereka dari Transmile.
Pakar-pakar undang-undang berkata, pihak mana dari kalangan pemiutang-pemiutang yang akan diberi keutamaan dalam mengutip hutang tersebut tidak diketahui.

Menurut laporan tahunan 2009 Transmile, hampir kesemua hutang-hutang itu tidak bercagar.



Aset utama Transmile ialah empat pesawat berbadan lebar bernilai RM386 juta. Tetapi Transmile berkata dalam laporan tahunan terbarunya, berdasarkan keadaan pasaran semasa adalah sukar bagi syarikat itu untuk menjual pesawat-pesawat itu.

Tindakan agresif KWSP dibuat kerana tidak ada perubahan dalam kedudukan kewangan Transmile. KWSP juga percaya ia mempunyai kes yang kuat untuk mendapatkan semula hutangnya jika syarikat itu ditutup.

Kedudukan kewangan Transmile semakin merosot, termasuk kedudukan tunai kerana berlaku persaingan sengit dalam pasaran kargo udara.

Transmile juga dibelenggu dengan bayaran hutang termasuk kadar faedah yang lebih tinggi dalam tahun 2009 berbanding setahun sebelum itu.

Menurut laporan tahunan syarikat itu, pemiutang-pemiutang juga menolak usaha untuk menukar hutang kepada ekuiti dalam Transmile sepertimana yang dicadangkan oleh pengurusan baru.

Salah satu sebab ialah mereka mahu melihat pemegang-pemegang saham utama dalam Transmile menyuntik lebih banyak modal ke dalam syarikat itu.

Pemegang saham utama syarikat itu ialah Kumpulan Kuok (yang terus menguasai 18 peratus dari syarikat itu) dan Pos Malaysia Bhd sebanyak 15 peratus. - http://freemalaysiatoday.com

Aku cuma nak kata:
Untuk pengetahuan, Pengurusan Syarikat Transmile ini lah yang sedikit waktu dulu (2007) di dapati menipu dan memanipulasi untuk menaikkan harga saham syarikat itu (baca sini , disini dan disini).

Selain KWSP ada lagi 10 institusi kewangan tempatan dan luar negeri yang bagi hutang pada Transmile dan masih belum dapat balik hutang tersebut. Cuba kalau kita rakyat biasa yang berhutang dan kemudian tak boleh bayar, apa akan jadi?.. Tinggal seluar dalam saja lah penjamin dan peminjam dikerja oleh Bank dan institusi kewangan yang bagi hutang.


Yang 'best' nya pinjam juta juta tapi tak payah cagar apa apa. Kalau kita rakyat biasa nak pinjam, bukan banyak mana pun tetapi cagaran nya macam macam yang dimintak. Mangkuk hayun punya sistem.....


Memang naik darah lah bila dengar cerita cerita macam ini. Aku kena potong gaji untuk KWSP dah 32 tahun, duit aku tak sampai pun RM200 ribu. Itu pun nasib campur dengan potongan majikan. Hutang Transmile RM50 juta ni sama macam dia ambil duit 250 orang pencarum macam aku (betul kot?).

Tengok dari gaya kenyataan KWSP macam susah nak dapat balik hutang tersebut. Silap haribulan hutang tu akan jadi hutang lapuk dan kemudian lupus. Aku tak lah berapa pasti, tetapi di Malaysia ni kan macam macam boleh jadi....Malaysia Boleh!!

Sekian !


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


21 March 2010

Omar Atan di tahan di Laos tanpa pendakwaan


Omar Atan menunjukkan paspotnya yang dibatalkan pada saat akhir dan ditahan ketika hendak menaiki pesawat pulang ke Malaysia dari Laos. - Foto THE STAR Oleh RAYMOND OOI

ALOR SETAR 21/3/10: Omar Atan, seorang peniaga, dipercayai menjadi mangsa penganiayaan apabila merengkuk dalam penjara di Laos hampir 10 bulan tanpa mengetahui sebabnya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata penahanan Omar, 59, di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu adalah meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadapnya.

Menurutnya, Omar dibebaskan sementara, selepas isterinya meninggal dunia tiga hari lalu dan pulang ke tanah air semalam. "Omar sendiri tidak diberitahu mengapa beliau ditahan," kata Muhd Khairun ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini, hari ini.

Katanya, Omar pergi ke Laos atas dasar menolong kawan dengan menjadi jurubahasa, dipercayai untuk urusan pengambilan pekerja asing, kerana dia fasih berbahasa Thailand tetapi ditahan ketika hendak pulang selepas berada di negara itu selama tiga hari.

"Penahanannya itu sangat meragukan kerana dia telah dibenarkan melepasi pintu keluar Laos dan pasportnya juga telah dicop, namun sejurus selepas itu dia ditahan semula oleh badan berkuasa negara itu," katanya.

Muhd Khairun berkata, pembebasan sementara Omar selama 10 hari adalah kebenaran khas daripada Perdana Menteri Laos dan ia pertama kali dalam sejarah tahanan diberi pembebasan seumpama itu.

"Pihak Pemuda Umno akan memberi pembelaan yang terbaik dalam kes ini supaya dapat dibuktikan kepada kerajaan Laos bahawa Omar tidak bersalah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Laos supaya Omar diberi pembebasan sepenuhnya.

Sementara itu, Omar yang baru sampai dari Kuala Lumpur bersama dengan anak-anaknya, bersyukur kerana hasratnya untuk menziarahi kubur arwah isterinya menjadi kenyataan.

"Saya diberitahu tentang kematian isteri tiga hari lalu oleh Wisma Putra dan sangat terkilan kerana tidak sempat berjumpa dan mendengar suaranya sejak ditahan 10 bulan lalu," katanya sambil menitiskan air mata.

Omar berkata, perkara pertama yang akan dibuatnya apabila sampai di Perlis nanti adalah menziarahi pusara isteri kesayangannya.

"Saya harap Wisma Putra dapat membantu supaya pihak yang menyebabkan saya ditahan dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, tempoh 10 hari yang diberikan itu akan digunakan sepenuhnya untuk melepaskan rindu bersama anak-anaknya. - Bernama.com

Aku cuma nak kata:
Pertama sekali aku bersimpati dengan apa yang menimpa Saudara Omar Atan dan mengucap takziah atas kematian isteri beliau. Aku tak mahu nak berspekulasi bahawa beliau salah atau tidak. Kena aniaya atau tidak. Kalau di Malaysia pun bila pihak berkuasa tangkap orang luar, berbagai alasan yang boleh diberi untuk menjustifikasikan penangkapan tersebut.

Mengikut dari apa yang diberitakan dalam media, aku berpendapat bahawa Omar mungkin ditahan dibawah akta yang kalau di Malaysia dipanggil ISA. Oleh itu tak payah lah Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan yang seangkatan dengan nya berpura pura dengan keyataan bahawa penahanan tersebut meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadap Omar. Bukan kah ISA di Malaysia adalah penahanan tanpa didakwa dan dibicara ?.

Apa apa pun aku harap pihak UMNO yang nak menolong saudara Omar ini tolong lah dengan ikhlas dan sebaik mungkin dan jangan hanya untuk mendapatkan 'political milage'. Aku cakap sebab aku ada jumpa 1 entry seperti dibawah. Betul ke tidak.... Wallahualam!!!!

Alhamdulillah, akhirnya Omar Johor (panggilan orang kampung) dibenarkan pulang atas ehsan PM Laos sebagai memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menziarahi pusara isterinya yang telah 3 hari meninggal akibat kompilasi pelbagai penyakit. Al Fatihah buat arwah isetri beliau.

Omar Johor merupakan orang kuat politik UMNO di kampung saya, kepulangan mendapat perhatian dari sahabat handai yg memang mengenali beliau. Tetapi sejak penahanannya tidak ada siapa yg memperdulikan nasibnya sehingga anak sulungnya sendiri membuat rayuan kepada pihak media meminta simpati kerajaan menyelesaikan kemelut yg dihadapi bapanya. Setelah kepulangannya diusahakan oleh kerajaan melalui Pemuda UMNO Malaysia, maka hari ini baru saya nampak batang hidung peminpim2 UMNO di peringkat bahagian pun mencelah-celah kononnya mereka begitu prihatin terhadap nasib yang merundung keluarga malang ini. Inilah politik berkala wawasan Bahagian Padang Besar.

Pun begitu, saya harap Pemuda UMNO Malaysia dapat mengambil tindakan tertentu supaya beliau dibebaskan setelah ditahan hampir 10 bulan tanpa pendakwaan. Apatah lagi beliau masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diberi perhatian.- http://cikguazam.blogspot.com

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


24 February 2010

Tarif Air: Lawan tetap lawan, Kerajaan Selangor Sedia Ke Mahkamah



SHAH ALAM, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan Selangor bersedia berdepan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan syarikat utiliti itu menaikkan tarif air, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Syabas melalui firma guaman Tetuan Cheang dan Ariff menghantar surat bertarikh 12 Feb lepas menuntut Kerajaan Selangor membayar sejumlah RM339 juta sebagai pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Kerajaan negeri menerima nasihat daripada panel peguam berhubung perkara itu dan mendapati Syabas tidak layak membuat tuntutan sedemikian kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Selangor di sini pada Rabu.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menghalang sebarang usaha atau cubaan untuk menaikkan tarif air di Selangor.

"Kerajaan Selangor tetap dengan pendirian bahawa Syabas telah melanggar beberapa perkara penting dalam perjanjian konsesi dan perkara itu diperakui oleh Jabatan Audit Negara. Perlanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula perkhidmatan air di Selangor bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengelakkan kenaikan tarif air.

Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan semula itu, kerajaan negeri membuat tawaran munasabah untuk pengambilalihan itu supaya Syabas mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk dijadikan suntikan modal dan membuat pelaburan.

"Kerajaan negeri berpendapat tiada sebab untuk Syabas menuntut bayaran pampasan jika syarikat utiliti itu menerima tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri. Sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, pemegang konsesi dan Kerajaan Pusat," katanya.

Abdul Khalid berkata setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menaikkan tarif air dan akan terus menyimpan hak sebagai pembekal air mentah. - Bernama

Aku cuma nak kata:
Itu lah masaalah nya kalau bisnes bersifat 'kapitalis'. Bukan nya tak untung tapi kalau dah jenis lintah darat bukan nya dia peduli. Selagi boleh sedut darah majoriti rakyat, syarikat kapitalis ini akan sedut hingga kurus kering. Dalam kepala hotak CEO dan top leader tak ada 'wirid' lain kecuali untung lagi dan lagi lagi untung. Andaikata kalau rugi sampai nak muflis, cari orang politik yang berpengaruh, mintak tolong 'bail out' guna duit yang rakyat simpan di KWSP atau tabung wang pencen atau apa sumber pun. Pusing kot mana pun, duit rakyat yang jadi mangsa.

Kepada Kerajaan Negeri Selangor harap dapat lawan
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Jangan bagi syarikat ini bongkak sangat. Dah lama sangat syarikat ini duduk dibawah ketiak Kerajaan Negeri yang lama (UMNO/BN) dengan menukar baju dari Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) kepada (SYABAS) sedang kan hakikat nya sama....penyedut darah rakyat.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


17 February 2010

Polis beri amaran kepada semua 'PENJAJA' kes liwat Anwar

2 artikel dibawah, satu dari utusan online dan lagi satu dari laman blog syukran.wordpress.com. Utusan menulis bahawa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beri amaran akan mengambil tindakan tegas kepada 'penjaja' kes liwat DS Anwar. Siapa sebenar nya yang mula mula menjaja cerita merapu kes liwat ini. Setelah terperangkap dan skrip mula nampak tak 'real', maka terpaksa suruh Polis ugut. Artikel oleh Herman Samsudeen memang ada benar nya dan sekali gus memberitahu kepada para pembaca bahawa 'penjaja' kes liwat ini terdiri dari kedua dua pihak. Oleh itu kalau nak ambil tindakan, tolong jangan pilih bulu ye...!!!

Apa apa pun kita tonton dulu klip video Saifuddin Nasution yang mendakwa ada bukti bahawa Saiful tidak diliwat. Lepas tonton, fikir sendiri lah.....





Jangan 'jaja' kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang 'menjaja' kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk melalui ceramah- ceramah politik.

Sehubungan itu, pihak yang merancang berbuat demikian dinasihati agar membatalkan hasrat tersebut kerana boleh dianggap subjudis dan menghina mahkamah.

Menurut sumber, polis sedang memantau semua ceramah politik khususnya yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara bagi memastikan arahan itu dipatuhi.

"Bagi polis, jika mahkamah mengeluarkan arahan untuk menangkap mereka terbabit, kita akan tangkap.

"Ini termasuklah individu berkenaan sendiri (Anwar) supaya tidak menyebut kes itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan kes liwat Anwar sebagai modal menarik perhatian orang ramai dalam ceramah tertentu.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, jika dibiarkan, ia akan menjadi trend untuk mana-mana tertuduh menjaja cerita mereka tidak bersalah di tempat awam. - Utusan online

-----------------------------------------------------------------------

Liwat : Mahkamah menghina dirinya sendiri!
Herman Samsudeen

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”. Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.

Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.

Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur. - http://syukran.wordpress.com

09 February 2010

Sambungan Perbicaraan Kes Liwat II DSAI

Terima Kasih kepada http://wrlr.blogspot.com

Lintas Langsung Keputusan Zambry lwn Nizar (Ehsan Berita Harian)

  • TERIMA KASIH BERITA HARIAN ONLINE



  • Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
    http://www.emailcashpro.com


    Live coverage – Perak MB judgment and Anwar trial



    Live updates on:
    1) The Federal Court verdict on who is the rightful chief minister of Perak
    2) The application in the High Court to recuse the Anwar trial judge.

    (Thanks to anilnetto.com)


    Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
    http://www.emailcashpro.com

    04 February 2010

    Live coverage - Anwar's trial continues

    (Thanks to anilnetto.com)

    The Anwar trial continues with testimony by key prosecution witness Saiful Bukhari in camera. Since we won’t know what’s going on inside, we can only figure out what is happening outside court.





    03 February 2010

    Live coverage - Anwar on trial, yet again

    (Thanks to anilnetto.com)

    If “irrelevant” was the buzzword from the first sodomy trial, today’s testimony by key prosecution witness Saiful Bukhari provides a new, if off-colour, catch phrase.


    Anwar is mobbed as he leaves court - Photo by Tian Chua


    19 January 2010

    Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka



    PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan di sini Selasa menolak rayuan Felda.

    Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap kesemua peneroka.

    Hakim Zaki berkata tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan.

    Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.

    Felda mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.

    Amaun berkenaan telah meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000.

    Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

    Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga.

    Di dalam writ saman tersebut, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual.

    Semasa prosiding hari ini kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi perkarangan mahkamah Istana Keadilan di sini.

    Kesemua peneroka diwakili sekumpulan peguam diketuai Yusfarizal Yusof manakala Felda diwakili peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham.-- Bernama

    Aku cuma nak kata:
    Yang tipu orang orang melayu bukan lah bangsa lain. Melayu sendiri yang tipu melayu. Apa yang sebenar nya berlaku?...


    Peneroka-peneroka itu antara lain mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual oleh defendan kedua atau defendan pertama kepada defendan ketiga bagi pihak plaintif.

    Keadaan itu disedari apabila seorang daripada plaintif telah menemui salinan asal ‘Akuan Penerimaan BTS (Berat Timbang Sawit) yang dikeluarkan oleh defendan ketiga yang mengandungi cop penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (Kadar Perahan Gred) 18 peratus.

    Mengikut salinan asal surat akuan itu, ‘penjualan BTS itu di atas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar’. Plaintif dalam writ samannya menegaskan bahawa mereka tidak pernah bersetuju dan tiada pengetahuan langsung tentang persetujuan penjualan di bawah KPG 18 peratus seperti yang didakwa.

    Plaintif juga menegaskan, bahawa mutu KPG di bawah 18 peratus bagi buah-buah sawit yang diusahakan mereka adalah salah, tidak tepat dan bercanggah dengan mutu perahan sawit yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia. – di petik dari Utusan Malaysia

    Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
    http://www.emailcashpro.com


    03 January 2010

    Perkataan 'Allah' dalam Mingguan Herald The Catholic, suatu permulaan ?...

    Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu membenarkan mingguan gereja Katolik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya mengundang berbagai polemik dan rasa kurang senang terutama nya kepada umat Islam. Berbagai bagai pandangan, ulasan dan tindakan dilontarkan. Antara nya :
    1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kata KDN akan mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Mahkamah rayuan? (baca disini)
    2. Ustaz Idris Haji Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat berkata PAS kecewa Mahkamah benarkan perkataan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic. (baca disini)

    Dari sudut agama, pada pendapat aku yang tak pandai agama ini lain sikit. Dengan keputusan Mahkamah tersebut, aku berpendapat pihak gereja Katolik telah berjaya sebagai permulaan dan mukadimah dalam misi mereka yang seterus nya iaitu:

    1. Menyebarkan agama mereka
    Ini hanya lah permulaan. Mereka dapat guna perkataan 'Allah' dalam mingguan gereja (lebih kurang buletin la..). Setelah diberi betis, tak mustahil mereka akan mintak peha. Mungkin mereka akan mintak perkataan 'solat', 'Baitullah' dan berbagai lagi.

    2. Supaya Agama Islam dilihat lebih liberal dan toleran
    Sebelum ini pun Agama Islam cuba di liberalkan oleh umat Islam sendiri. Aminah Wadut contoh nya, telah meliberalkan nya apabila dia menjadi imam solat yang makmum nya terdiri dari lelaki dan wanita. Selain Aminah, siapa punya kerja agak nya??. Di Malaysia, kita ada Sister in Islam yang tak jauh beza nya, cuma tak seberani Aminah Wadut. Ada sesiapa masih ingat bagaimana ada usaha usaha untuk meliberalkan bacaan doa untuk disesuaikan dengan semua agama?.

    3. Supaya generasi umat Islam sekarang dan akan datang semakin keliru dan akhir nya menjauhi agama.
    Siapa kah yang akan mempertahankan Islam kalau bukan jenerasi akan datang. Apa jadi kalau mereka melihat agama Islam itu sama saja dengan agama lain. Lebih lebih lagi agama kristian. Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo tulisan Allah. Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaan nya. Siapa nanti akan keliru?

    Dari sudut politik pula, ada banyak spekulasi.
    1. Sudah pasti semua penerbitan tertakluk kepada kelulusan KDN. Pada 7 Jan. 09, KDN telah meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat perkataan "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja. Bagaimana pula dengan permit penerbitan bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2010?. Permit itu sebenar nya telah pun diluluskan sebelum mahkamah membuat keputusan. Boleh atau tidak KDN menarik balik permit berkenaan?(baca disini)

    2. Sudah tentu lah kerajaan BN terutama nya UMNO mendapat munafaat yang besar dari isu ini.
    Pertama: Kerajaan BN dapat lah bernafas sedikit apabila tumpuan pergi kepada isu ini dan isu seperti kehilangan enjin jet F-5E, dakwaan kematian Teoh Beng Hock adalah dibunuh dan berbagai isu yang menyenak kan BN dapat sekurang kurang nya diredakan.
    Kedua: Kerajaan BN seboleh boleh nya akan menggunakan isu ini untuk menunjukan bahawa parti pembangkang khusus nya PAS tidak komited untuk mempertahan kan Islam. Akan digambarkan juga pimpinan PAS bertelagah sesama sendiri dalam isu ini.
    Ketiga: UMNO akan mengambil kesempatan melalui demontrasi dan media massa untuk menunjukkan bahawa hanya UMNO lah yang boleh diharap untuk membela Islam dan mengajak semua orang melayu kembali semula kepangkuan UMNO kerana PAS sudah tidak boleh diharap.

    Sekian

    11 December 2009

    Skandal PKFZ: Penahanan dan tangkapan bermula, mari kita lihat siapa yang kena ?




    PKFZ: Bekas GM Pelabuhan Klang antara 3 ditahan
    Oleh Neville Spykerman

    KLANG, Dis 10 — Bekas pengurus besar Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O.C. Phang dan dua yang lain dijangka dikenakan tuduhan di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung peranan mereka dalam skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

    Phang bersama arkitek Bernard Tan Seng Swee dan ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn . Bhd. Steven Abok ditahan dalam operasi bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini.- www.themalaysianinsider.com

    Mengulas penahanan tersebut, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di lobi parlimen hari ini menyambut baik langkah tersebut namun menyifatkan penahanan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi, hanya satu permulaan yang kecil ( baca disini).

    Aku pun hairan juga. Masa isu PKFZ ini mula mula meletup, terdapat nama nama orang besar yang saban hari berantakan di media sehingga TPM Tan Sri Muhyiddin terpaksa keluar 'warning' (baca disini). Aleh - aleh yang kena tangkap nama nama yang sebelum ini tak popular langsung. Kambing hitam kah mereka ini?.

    Bagaimana dengan cerita yang Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ.

    Aku berpendapat dalam kes ini pemimpin atau orang besar yang memberi arahan untuk melaksanakan penyelewengan tersebut akan terlepas dan sebalik nya yang akan didakwa adalah orang yang melaksanakan tugas tersebut.

    Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
    http://www.emailcashpro.com


    03 December 2009

    Perak senaraihitam kontraktor jambatan runtuh Kuala Dipang



    IPOH, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan Perak telah menyenaraihitamkan syarikat kontraktor yang terbabit dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan di Kuala Dipang, Kampar, daripada sebarang projek pembangunan di Perak.

    Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis sekiranya perlu bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

    "Kelalaian syarikat terbabit tidak boleh diambil mudah.

    "Ia sangat serius kerana tiga nyawa telah terkorban," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa kementerian itu tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor berkenaan.

    Bagaimanapun, Shaziman menggesa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) membuat laporan polis jika mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap kontraktor terbabit.

    Zambry berkata sehingga Khamis kerajaan negeri belum menerima laporan lengkap berhubung siasatan kejadian itu.

    Pada 26 Okt lepas, tiga murid maut apabila jambatan gantung yang mereka gunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Pusat Kokurikulum PPD berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu runtuh.

    Kejadian pada 10 malam itu berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran PPD itu yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah. -- BERNAMA

    Aku cuma nak kata:
    Betul ke?..., kalau betul bagus lah. Tindakan menyenaraihitamkan syarikat terbabit akan memberi iktibar atau amaran kepada lain lain kontraktor, tetapi cukup kah setakat senaraihitam kan saja ?. Mengapa syarikat atau kontraktor terbabit tidak didenda atau didakwa di mahkamah ?.

    Satu lagi aku nak tanya. Mintak maaf lah kalau pertanyaan ini adalah 'stupid question'.

    1.
    Syarikat yang disenaraihitamkan atau pemilik syarikat yang disenaraihitamkan ?. Yang mana satu?.
    2.
    Apabila Syarikat kontraktor terbabit telah disenaraihitam, boleh tak tuan punya nya tutup syarikat dan buka syarikat baru ?.

    Kalau nak tahu !, benda macam ini lah yang berlaku dalam skandal BMF (kertas putih nya aku pernah baca). BMF bagi pinjam duit kepada beberapa buah syarikat yang mana pengarah@tuan punya nya adalah orang yang sama.


    Kesimpulan nya, kalau setakat senaraihitam syarikat tetapi tidak senaraihitam tuan punya syarikat maka Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya lah membuat tindakan main wayang sahaja. Tuan punya tu mesti gelak pecah perut.


    Sekian


    Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
    http://www.emailcashpro.com


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...