Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Kesatuan/Persatuan. Show all posts
Showing posts with label Kesatuan/Persatuan. Show all posts

28 March 2010

Tun M tepuk air di dulang terpercik muka sendiri



Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
Jimadie Shah Othman-Mac 27, 10

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah


Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali. - http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

1. Wujudnya begitu ramai NGO Melayu kerana mereka dah tak percaya lagi pada UMNO, itu kata Tun M. Bagi pendapat aku pula, wujud nya kumpulan NGO ini ialah kerana ramai antara mereka yang sebelum ini dapat projek/tender dan seumpama nya secara mudah di zaman Tun dan Pak Lah tetapi selepas tsunami politik mereka hilang semua itu.

2. Tun menyalahkan kekalahan BN pada PRU 2008 dan wujud nya kerajaan lemah yang tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu. Tun ini mudah lupa rupa nya. Beliau lah yang menyebabkan orang melayu dilihat lemah. Kalau dah beliau sendiri menelanjangkan raja raja melayu secara tak beradap semasa krisis perlembagaan 1993, bagaimana beliau mahu bangsa asing hormat pada bangsa melayu.

3. Tun M juga minta media Cina dan India supaya melaporkan dengan benar. Mengapa tak tegur media melayu sekali. Awat!!!, media melayu macam Utusan Malaysia dan Berita Harian tu banyak punya betul?.

4. Aku rasa lebih baik lah Tun ikut macam Pak Lah. Selepas bersara, langsung tak ganggu dan tak menyusahkan orang.

Itu aje...Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


27 March 2010

Jangan bermusuh dengan Perkasa jika mahu menang pilihan raya - Ibrahim Ali


Majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Pada masa yang sama Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi."

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Mstar

Aku cuma nak kata:

Belum pun apa apa lagi, presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sudah pun bercakap besar walau pun tidak lah sampai besar kepala.

Aku sendiri pun tak faham, apa kah jika sesuatu parti bermusuh dengan Perkasa makna nya parti tersebut akan kalah pilihanraya. Wah ! hebat nya Perkasa ni ye... Itu baru 2 tahun. Kalau 20 tahun lagi, apamacam?...


OK lah, aku punya pendapat:


1. Datuk Ibrahim Ali sebenar nya terpaksa meyediakan satu platform lain supaya nama dan batang tubuh nya akan terus mendapat perhatian media dan rakyat. Ini kerana beliau sudah tidak diterima oleh mana mana parti politik. PRU13 pun tak lama lagi dan nasib Ibrahim Ali ini tak tahu lagi. Oleh itu lebih baik sedia kan payung sebelum hujan.

2.
Perkasa sebenar nya menyusahkan Perdana Menteri yang saban hari melaungkan konsep 1 Malaysia. Bagi lah alasan apa pun untuk menafikan bahawa Perkasa bukan rasis. Apa? ingat rakyat yang berbilang kaum ini bodoh sangat ke?.

3.
Sikit sikit pasal melayu. Melayu begitu, melayu begini. Sudah sudah lah memomok kan orang melayu dengan hantu jembalang yang konon nya akan menggugat orang melayu. Kalau pun betul melayu terpinggir dan merempat ditanahair sendiri, salah siapa?. Bukan kah salah UMNO yang menjadi tulang belakang BN. Siapa yang bunuh tulisan Jawi?, siapa yang hapus biasiswa?, siapa yang tukar pelajaran sains ke bahasa inggeris? dan siapa yang sekat bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Aku sebenar nya dah nampak lama dah bahawa UMNO memang tak boleh diharap untuk membela orang melayu secara keseluruhan nya. Yang banyak di bela hanya lah melayu UMNO. Sebab itu bila selepas PRU12, apabila mereka terpaksa buat sesuatu untuk menambat semula hati orang melayu dan rakyat umum nya.

4.
Aku tak nafi Tun Mahathir banyak menyumbang untuk kebaikan orang melayu tetapi oleh kerana Tun terlalu lama berkuasa maka keburukan nya juga banyak. Banyak juga dasar-dasar di zaman Tun Mahathir yang merugikan orang melayu. Apabila membaca kembali sejarah, aku lihat dasar-dasar Tun Razak lebih banyak memberi munafaat kepada orang melayu secara keseluruhan. Contoh nya seperti buku hijau termasuk lah Felda dan mendaulatkan bahasa melayu (baca sini).

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


12 March 2010

Perhimpunan aman bantah GST - 'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.

http://media1.malaysiakini.com/243/8ab016b4a9418d6cf3bb16cdb0390979.jpg12 Mac- Satu perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan seperti yang dirancang Isnin ini, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Perhimpunan aman itu akan diadakan selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru Dewan Rakyat bermula, Isnin ini.

Dr Hatta menjangka kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.

"Pukul 10 kita akan bersurai kerana semua ahli parlimen akan membahaskan perkara ini di dalam dewan selepas itu.

"Semuanya sudah bersedia, tunggu untuk berhimpun sahaja," kata Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai.

http://media1.malaysiakini.com/132/ceb99177e6ed2c93ac724ceaece97f0a.jpgSebelum ini, Dr Hatta (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan itu diharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Dr Hatta Ramli juga dilaporkan berkata kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin. Ia berslogankan 'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.

Sebelum ini juga, terdapat juga forum-forum dianjurkan oleh NGO dan parti politik, membantah pelaksanaan cukai tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Hatta berkata tidak ada sebarang perarakan Isnin ini.

Menurutnya, segala persediaan untuk menjayakan perhimpunan itu termasuk persiapan dari sudut keselamatan turut dititikberatkan.

Mengulas lanjut, Dr Hatta yang akan mengetuai perhimpunan tersebut menjelaskan pihaknya tidak memohon permit kerana menyifatkan ia merupakan perhimpunan aman.

Ditanya sama ada pihaknya memaklumkan perkara itu kepada polis, Dr Hatta berkata: "Kita rasa mereka sudah tahu, perkara ini bukan rahsia lagi". - www.malaysiakini.com

------------------------------------------------------------------------------------------------

Cukai dan GST

Oleh: Labu-Labi


Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku bukan ahli perniagaan, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.


Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.


Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?


Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.


Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.


Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebih mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.


Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.


Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.


Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.


Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebih penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?. Sambungan nya di http://perakexpress.com

Aku cuma nak kata:
Polis awal awal lagi dah beri amaran dan ugutan agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dimaksudkan.

Apabila orang ramai akur akan amaran Polis dan tidak keluar berhimpun, nak tahu apa berita yang akan keluar terpampang di media pro BN?. Berita nya mungkin lebih kurang berbunyi " perhimpunan tanpa permit yang didalangi pembangkang tidak mendapat sambutan. Hanya sekitar 50 orang saja yang hadir. Ini membuktikan bahawa pembangkang telah ditolak sepenuh nya. Rakyat Malaysia sudak bijak dan telah kembali menyokong kepimpinan DS Najib bla...bla...bla...".

Polis memberi amaran kepada perhimpunan yang dianjur PR dan sekutu tetapi menjadi seperti lembu kenyang kepada perhimpunan pro UMNO/BN. Pada hal kedua dua nya tak minta permit pun.

Yang pelik nya selepas ada yang ditangkap dan dibelasah dalam perhimpunan PR dan penangkapan itu menjadi kes mahkamah, akhir nya yang ditangkap menang kes dan Polis serta kerajaan diarah bayar ganti rugi. Dr. Hatta sendiri pernah menang, begitu juga dengan Datuk Mustafa Ali. Ini seolah olah menunjukan perhimpunan aman pada dasar nya memang tak salah. Cuma kita berani atau tidak dengan Polis yang terpaksa dan dipaksa menjadi alat UMNO/BN melalui berbagai akta.


Sekian.. Selamat berhimpun.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

http://www.emailcashpro.com

20 February 2010

Pembangunan Kampung Baru : Ada yang dah lama meleleh air liur !!!














Sebahagian pemandangan Kg.Baru ehsan http://www.backpackingmalaysia.com

Entah berapa kali dari dulu hingga sekarang cerita pembangunan Kg.Baru ini tenggelam timbul. Kali terakhir aku dengar isu pembangunan Kg.Baru ialah pada 2008 apabila pembangunan Kg.Baru adalah antara yang dimasukkan kedalam 'Draf KL2020'. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempertikaikan penglibatan langsung Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang dipengerusikan oleh Rahim Tamby Chik dalam Projek Pembangunan Semula Kg. Bharu (baca sini). Bagi aku DPPWP mempunyai asas untuk mempertikaikan peranan GABEM kerana GABEM tidak mempunyai apa apa pun kaitan atau pertalian sejarah dengan Kg. Baru. Mengapa pula tiba-tiba nama GABEM ada dalam pelan tersebut sedang kan pada waktu itu sudah pun ada Lembaga Pentadbiran MAS (‘Malay Agriculture Settlement’) yang memang selama ini menjalankan urus tadbir Kg.Baru ? (baca sini). Pasti ada sesuatu 'hidden agenda'. Selepas itu cerita senyap sampai sekarang. Draf KL2020 itu masih ada lagi ke?, dah diluluskan ke? atau apa jadi?.

Ramai juga yang mungkin tidak tahu bahawa status tanah Kg. Baru masih tertakluk di bawah undang-undang tanah rizab Melayu dan Kg. Baru terikat di bawah Enakmen Tanah Negeri Selangor bukannya milik persekutuan. Aku ingat lagi dulu dulu kalau ada isu Kg.Baru, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz iaitu Ayahanda Sultan Selangor sekarang akan membuat lawatan ke Kg.Baru dan isu Kg.Baru akan senyap kembali (baca sini).

Baru baru ini Kampung Baru kembali menjadi isu apabila DS Najib melakukan lawatan kesana. Lawatan yang mungkin ada sesuatu makna atau strategi yang baru. Siapa tau??. Apa yang aku perasan dalam berita arus perdana tidak ada pun disentuh berkaitan DrafKL2020, GABEM dan MAS. Seolah olah sebelum ini benda ini tidak pernah ujud. Yang banyak nya adalah agenda baru oleh orang baru. Antara nya yang terbaharu seperti dibawah:

Kerajaan tak akan terburu-buru dalam bangunkan Kg Baru
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam melaksanakan pelan pembangunan semula Kampung Baru di sini, dan akan memulakannya hanya selepas mendapat persetujuan daripada penduduk dan pemilik tanah kawasan berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, penjelasan dan perbincangan mengenai projek itu kepada penduduk akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa yang agak lama.

"Proses perbincangan dengan penduduk mungkin mengambil masa tiga, enam bulan atau mungkin setahun, selepas itu barulah boleh teruskan dengan sebarang projek pembangunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ketiga Pertubuhan Khidmat Masyarakat Cacat Penglihatan Kuala Lumpur dan Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, persetujuan untuk melaksanakan pelan pembangunan Kampung Baru itu pastinya tidak akan mencapai 100 peratus, kerana ada pemilik tanah yang tidak dapat dikesan.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, kerajaan juga mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan untuk membangunkan kawasan itu.

Beliau berkata, baginya apa yang penting ialah rakyat khususnya penduduk dan pemilik tanah Kampung Baru perlu berpuas hati dengan apa yang kerajaan sedang lakukan, dan kerajaan ingin mewujudkan suasana menang-menang kepada semua dalam perkara ini. – Bernama

Sebenar nya pada pandangan aku, isu Kg.Baru ini agak unik dan melibatkan banyak pihak. Pihak yang meleleh air liur, pihak yang menjadi proksi, alibaba dan lain lain pihak yang berkepentingan untuk meraih laba dari Kg.Baru terpaksa berhati hati kerana tersilap langkah akan memberi implikasi yang amat besar kepada orang melayu dan kerajaan yang memerintah. Kita dan penduduk Kg.Baru sepatut nya sudah banyak belajar dan mengambil tauladan dengan apa yang terjadi kepada melayu P.Pinang.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


19 January 2010

Mahkamah Persekutuan arah Felda bayar RM11 juta kepada peneroka



PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan di sini Selasa menolak rayuan Felda.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap kesemua peneroka.

Hakim Zaki berkata tidak wujud persoalan undang-undang yang memerlukan mahkamah tertinggi itu membuat keputusan.

Mahkamah turut memerintahkan Felda membayar kos RM30,000.

Felda mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.

Amaun berkenaan telah meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga.

Di dalam writ saman tersebut, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual.

Semasa prosiding hari ini kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi perkarangan mahkamah Istana Keadilan di sini.

Kesemua peneroka diwakili sekumpulan peguam diketuai Yusfarizal Yusof manakala Felda diwakili peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham.-- Bernama

Aku cuma nak kata:
Yang tipu orang orang melayu bukan lah bangsa lain. Melayu sendiri yang tipu melayu. Apa yang sebenar nya berlaku?...


Peneroka-peneroka itu antara lain mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual oleh defendan kedua atau defendan pertama kepada defendan ketiga bagi pihak plaintif.

Keadaan itu disedari apabila seorang daripada plaintif telah menemui salinan asal ‘Akuan Penerimaan BTS (Berat Timbang Sawit) yang dikeluarkan oleh defendan ketiga yang mengandungi cop penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (Kadar Perahan Gred) 18 peratus.

Mengikut salinan asal surat akuan itu, ‘penjualan BTS itu di atas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar’. Plaintif dalam writ samannya menegaskan bahawa mereka tidak pernah bersetuju dan tiada pengetahuan langsung tentang persetujuan penjualan di bawah KPG 18 peratus seperti yang didakwa.

Plaintif juga menegaskan, bahawa mutu KPG di bawah 18 peratus bagi buah-buah sawit yang diusahakan mereka adalah salah, tidak tepat dan bercanggah dengan mutu perahan sawit yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia. – di petik dari Utusan Malaysia

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


15 October 2009

Perhimpunan Agong UMNO 2009 : Rosmah gembira sambutan menakjubkan terhadap Najib


Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri mantan Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali sebak selepas mendengar ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2009, Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini (15/10/09). - Foto Ahmad Irham Mohd Nor.

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau terharu melihat sokongan dan sambutan anggota Umno kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung Umno tahun ini.

Katanya kandungan Ucapan Dasar Presiden oleh Najib perlu dihayati dan nasihat yang disampaikan harus diikuti semua.

"Perhimpunan agung pada kali ini, pada diri saya, memang berlainan berbanding dengan tahun-tahun lepas, oleh kerana suami saya sendiri memberi ucapan sebagai presiden. Sambutan daripada perwakilan dan orang ramai amat menakjubkan dan menggalakkan," katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan ucapan sulung Najib selaku Presiden Umno itu sebagai hebat.

"Ucapan tersebut telah membakar semangat anggota Umno terutama sekali anggota Wanita Umno supaya tidak berputus asa dalam perjuangan parti," katanya. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Mengapa agak nya isteri PM yang begitu kerap muncul di kaca TV dan media ini berkata demikian ?. Aku membuat 2 andaian, mungkin betul mungkin tidak.

1. Datin Seri Rosmah memang 'lurus bendul' dan memang betul terkejut dan terharu dengan sambutan yang amat menakjubkan dari ahli-ahli UMNO terhadap suami beliau.

2. Datin Seri Rosmah sebenar nya tidak terkejut dan tidak terharu langsung atas sambutan hebat itu. Beliau sebenar nya memperli ahli-ahli UMNO. Beliau tahu memang begitu lah yang berlaku kepada pemimpin nombor 1 UMNO yang sebelum ini. Mereka akan diberi sambutan yang cukup meriah dimana mana sahaja. Tidak ada siapa yang berani membangkang dan berkata 'tidak', tetapi setelah tidak menjadi orang nombor 1, siapa pun buat tak peduli aja. Semua akan menjauhkan diri.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan ucapan Najib yang hebat itu membakar semangat, terutama nya wanita UMNO. Rasa nya ramai orang tahu bahawa Shahrizat banyak terhutang budi kepada Najib. Maka tidak hairan lah apa yang dikatakan oleh Shahrizat.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


12 October 2009

Cigarette company's staff protest again retrenchment (VSS)

Some 200 disgruntled employees of British American Tobacco (BAT) staged a noisy protest outside their factory along Jalan Universiti in Petaling Jaya today. They are picketing against the retrenchment of 48 colleagues under a voluntary separation scheme (VSS).- www.malaysiakini.com



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Photobucket

15 September 2009

Perwakilan MIC cerca Tun M dengan 'kalungan selipar' digantung keahlian

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata perwakilan yang mencerca mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu Ahad lepas telah digantung keangotaannya sehingga tindakan lanjut daripada jawatankuasa disiplin parti.

“Saya telah memutuskan untuk menggunakan kuasa yang ada pada saya sebagai Presiden mengikut perlembagaan MIC untuk menggantung keanggotaan perwakilan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan MIC dan mereka bersetuju tindakan itu amat perlu buat masa ini.

Katanya Jawatankuasa Disiplin akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat parti berhubung tindakan yang akan diambil terhadap perwakilan itu.

Samy Vellu berharap dengan keputusan itu, isu berkenaan dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti perwakilan terbabit. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:
1. Pada pandangan aku, perwakilan yang membuat usul 'kalungan selipar' pada gambar Tun Mahathir sebenar nya cuba untuk membodek Presiden MIC, S. Samy Vellu dengan bodek tahap melampau. Mungkin memikirkan bahawa sebelum ini S.Samy Vellu pun bengang dengan Tun dan membidas beliau, lalu perwakilan tersebut nak tumpang sekaki sambil membodek presiden. Cuma nasib perwakilan itu kurang baik, bodek nya tak menjadi dan dia dikenakan tindakan gantung keahlian. Seorang lagi yang bernama Muniandy menyifatkan Samy Vellu sebagai 'pokok ara' dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang. Bodek cara begini lah lebih selamat.

2.
Kes seorang dua yang bertindak kurang waras begini bukan perkara baru. Didalam UMNO sendiri banyak berlaku cercaan dan penghinaan samada kepada ahli UMNO sendiri atau pun kepada orang lain, samada kepada individu atau kepada kumpulan atau kaum lain. Yang beza nya, kalau ia dilakukan oleh pimpinan atau ahli UMNO, ia nya tidak dihebohkan dan cuba ditutup serta tidak diambil tindakan. Contoh paling jelas ialah kes ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dalam isu koyak gambar pemimpin Gerakan dan terbaru isu mengarak kepala lembu dan kekecohan di sesi dailog isu bangunan MBSA. Tindakan hanya lah seperti melepas batuk ditangga.

Sekian

09 September 2009

Rundingan PAS/UMNO: Bukan tutup pintu sahaja, tingkap pun patut tutup sekali.


Rabu September 9, 2009
Perpaduan Ummah: Nik Aziz tak boleh tutup pintu begitu saja 
 
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh menutup pintu rundingan mengenai kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini begitu sahaja.

Katanya, satu pandangan tidak semestinya mencerminkan pendirian keseluruhan parti itu.

Sebaliknya beliau melihat kenyataan Nik Aziz itu bersifat peribadi dan tidak semestinya dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PAS.

"Nik Aziz bukanlah keseluruhan dalam PAS, bukan hanya beliau seorang dalam PAS.

"Ada ramai lagi pemimpin lain dalam PAS yang saya percaya mahu mengadakan rundingan demi kepentingan bersama bukan hanya untuk orang Melayu tapi keseluruhan rakyat di negara ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Malah Ahmad berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian peribadi Nik Aziz itu kerana beliau yakin melalui rundingan dan perbincangan lah banyak penyelesaian dan isu berkaitan umat Islam dan ummah di negara ini akan dapat diselesaikan.

"Saya sebenarnya tidak setuju dengan pendirian beliau itu, bagi saya tak ada salahnya kalau kita nak berbincang, sebab dengan berbincanglah kita dapat capai satu kata sepakat.

"Beliau tidak boleh tutup pintu begitu sahaja," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menegaskan pintu rundingan antara PAS-Umno sudah lama tertutup.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya hanya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan dengan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan PAS Kelantan.

Bagaimanapun menurut Ahmad, isu pemberian royalti minyak tidak harus dibangkitkan dalam soal rundingan seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun RAzak sebelum ini.

"Isu royalti minyak melibatkan banyak pihak dan perlu dikaji dengan mendalam... soal itu pasti akan diberikan perhatian oleh Perdana Menteri," katanya. - mstar online

Aku cuma nak kata:
1. PAS dah pernah tolong UMNO selepas PRU 1969, iaitu setelah UMNO kalah teruk. PAS atas kepentingan Islam dan melayu menyertai BN, tetapi setelah UMNO kuat semula, PAS ditendang keluar dari BN. Sekarang sejarah akan berulang lagi jika PAS tolong UMNO lagi. Bukan kah pengalaman mengajar kita ?. Aku rasa Tuan Guru Nik Aziz lebih pemaaf dari kebanyakan kita semua, tapi Tuan Guru juga lebih tahu siapa UMNO sebenar nya?.

2. Siapa dapat nafikan sewaktu UMNO dipuncak kuasa yang hebat zaman Tun Mahathir, mereka membuli PAS semahu mahu nya. Apa tah lagi waktu itu maklumat tidak dihujung jari seperti sekarang. Apabila UMNO cedera dihujung pemerintahan Tun, UMNO makin agresif. Tarik royalti minyak terengganu, senarai hitam kontraktor yang sokong pembangkang tapi cukai dari diaorang diambil pulak, haram kan pegawai melawat Kelantan dan Terengganu. Sekarang setelah cedera parah, orang yang sama nak hulur tangan bila dah tersepit.... 

3. Nak tanya Ketua Penerangan Umno Malaysia ni, dia faham ke tidak peranan Mursyidul Am PAS itu ?.

Kesimpulan nya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang umat Islam dan orang melayu keseluruhan nya. Semua nya ada didalam perlembagaan dan rukun Negara. Yang risau dan menggelabah hanya lah UMNO sahaja, tetapi cuba untuk mencari dahan berpaut dengan menggunakan Islam dan melayu.

Kalau Ahmad Maslan kata bahawa Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh tutup pintu rundingan begitu sahaja, aku pula minta Tuan Guru, bukan setakat tutup pintu saja, tetapi tingkap pun tutup sekali.


Sekian
Photobucket

07 June 2009

Jadikan 'PAS the only choice' - Vincent (Kelab Penyokong PAS)


Vincent Lee berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55

Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Jun 07, 09 | 12:46:28 pm MYT


SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS (KPP) menegur pihak-pihak yang menggunakan istilah 'perpaduan' yang hanya memberikan pandangan 'negatif' bukan Islam terhadap PAS.

"Perpaduan adalah perkataan yang sering disebut-sebut, tetapi apa itu perpaduan," kata Vincent Lee ketika berucap mewakili KPP sempena Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Antara sebab penubuhan Kelab Penyokong PAS adalah mewujudkan perpaduan antara kaum melalui perjuangan PAS, ini terbukti dalam PRU-12, dengan sokongan padat daripada semua kaum, tanpa kira agama, warna kulit, bahasa dan adat-resam, PAS mencapai kejayaan yang amat besar, yang tidak pernah dicatat dalam 50 tahun yang lepas," katanya.

Kejayaan itu membuktikan bahawa PAS lah satu-satu parti yang mampu menyatu-padukan semua kaum di bumi Malaysia ini, ujar Vincent.

Kejayaan kerajaan PAS di Kelantan dapat melaksanakan dasar-dasar yang benar-benar adil kepada semua, juga menyumbangkan kepada kejayaan yang disebutkan, katanya.

"Saya amat berharap di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, di mana PAS juga memainkan peranan yang penting, untuk menyakinkan rakyat dalam negeri mereka, janganlah sekali-kali melaksanakan sesuatu dasar atau menyuarakan sesuatu dengan penuh bau perkauman," katanya.

"Rundingan sulit antara PAS dan Umno juga membimbangkan para penyokong masyarakat bukan Islam. Mereka dan ahli-ahli Kelab mulai bertanya, adakah PAS mula meninggalkan mereka dan seterusnya menjadikan Umno sebagai kawan setia kepada PAS?" ujarnya

Beliau juga berharap janganlah pihak tertentu dalam PAS melakukan sesuatu yang akan menjejaskan maruah dan imej parti hingga parti kembali kepada zaman gelap-gelita.

Dengan itu, beliau berharap barisan pimpinan dan juga akar umbi parti dan ahli kelab sentiasa dapat mempastikan PAS bergerak di atas landasan dan arah yang betul.

"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan ,dan teruskan usaha- usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," ujarnya./wann - harakahdaily.net

Komen aku:
Kepada orang lama dalam PAS dan bukan PAS pasti nampak dan mengalami betapa PAS selalu dibuli oleh UMNO/BN. Propaganda UMNO/BN supaya orang Cina dan India tidak menyokong PAS, amat menyusahkan PAS kecuali di Kelantan. Kerjasama antara pembangkang tidak dibenarkan berlaku oleh UMNO/BN, sebab kalau pembangkang bekerjasama maka UMNO/BN akan hancur. Kepada orang muda yang tak tahu bahawa dulu kalau pilihan raya PAS, DAP & BN akan bertanding tiga penjuru, maka BN akan ketawa besar kerana pasti menang. Sekarang perkara seperti itu tidak berlaku lagi.

Setelah sekian lama PAS berjuang melawan UMNO/BN, yang mana semua orang tahu bahawa UMNO memang kaki buli, tidak kira kepada lawan mahu pun kawan, tiba tiba timbul kisah rundingan sulit dan kerajaan perpaduan. Setelah PAS berada dalam keadaan paling kuat sejak penubuhan nya. Setelah wujud nya
'Kelab Penyokong PAS' yang dulu nya aku rasa pemimpin PAS sendiri mungkin tak pernah terfikir kelab ini boleh wujud satu hari nanti.

Sebagai 'orang kecil' kita mungkin tidak tahu apa kah strategi 'orang besar'. Mengenai kerajaan perpaduan dan rundingan dengan UMNO, aku ada terdengar dalam berita radio bahawa UMNO sedia berbincang tetapi tidak sampai keperingkat berkerjasama (Kalau tak silap, Khairy Jamaluddin yang cakap). Pada pendapat aku sepatut nya segala nya ini perlu dihentikan. Fullstop.

05 June 2009

Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55 bermula




SHAH ALAM, 5 Jun - Pagi Jumaat yang indah, penghulu segala hari ini menyaksikan ribuan manusia bertali arus menuju ke Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55 yang diadakan julung-julung kalinya di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kehadiran para perwakilan dan pemerhati ke muktamar di Bandar Anggerik ini disambut dengan banner, bunting dan juga bendera parti. Perjalanan lalu lintas terurus dengan bantuan 'tentera merah' Unit Amal yang sedia berkhidmat dengan penuh berdedikasi.

Muktamar juga dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan dan juga pameran yang jumlahnya hampir mencecah 500 unit. Pelbagai variasi barangan dan perkhidmatan disediakan untuk kemudahan para perwakilan dan pemerhati.

Perhatian para perwakilan dan pemerhati juga ditumpukan kepada pentas canggih yang dibina sempena muktamar. Sebuah skrin bersaiz 60 x 20 kaki turut melatari pentas utama yang digunakan untuk memaparkan suasana sekeliling dan juga bahan berkaitan muktamar.

Muktamar kali ke-55 ini turut dipancarkan secara langsung di http://muktamar55.pas.org.my buat tontonan para pemerhati seluruh dunia.

Nota:
Sebentar tadi lebih kurang jam 11.30 pagi, Tuan Guru Hj.Hadi merasmikan Muktamar PAS ke 55. Semasa aku menulis nota ini juga, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan A Samad Said sedang menerima Anugerah Pejuang Bahasa dari Tuan Guru Presiden PAS.- بلوڬ احمد ترمذي

15 May 2009

Isu bukan Islam sertai PAS : "ibarat menarik rambut dlm tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak"



Di bawah adalah kenyataan saudara Hu Pang Chow, Pengerusi Kelab Penyokong Pas (KPP) dari malaysiakini tentang penyertaan bukan Islam dalam PAS

Segerakan bukan Islam sertai PAS
Jimadie Shah Othman | May 14, 09 3:13pm

Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.

Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu.

hu pang chaw"Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya.

"Sebutlah seribu kali pun, tetapi bila ajak kahwin, tidak mahu. Lama-lama tentulah dia (kekasih) lari."

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menangguhkan keahlian bersekutu bukan Islam dengan alasan bimbang "diserang habis-habisan" oleh Umno.

Dalam bentuknya sekarang sejak ditubuhkan pada 2004, tambah Hu, KPP hanya organisasi longgar yang menyebabkan kesetiaan ahli tidak dapat dikekalkan.

Hu bimbang PAS akan kehilangan undi bukan Melayu jika keahlian bersekutu tidak disegerakan, dengan menaiktaraf KPP kepada sebuah dewan – seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat – selepas diterima oleh barisan pemimpin parti itu dalam satu pertemuan di Langkawi, hujung tahun lalu.

"(Usaha naik taraf KPP) sekarang ini agak perlahan. Saya bimbang dalam pilihanraya akan datang timbul masalah.

"Sokongan masyarakat Cina dan India terhadap PAS di tempat ketiga selepas MCA dan MIC.

"Kalau (status) KPP terus tergantung, akan timbul masalah," katanya, sambil menambah beberapa rakannya yang sama-sama mengasaskan KPP lima tahun lalu sudah tidak lagi aktif.

"Saya pun setahun lagi hendak bersara daripada politik. Tidakkan selama-lamanya saya hendak berada dalam politik."

Hu berkata, kelewatan itu berpunca daripada "masalah dalaman" PAS dan sesetengah pemimpin PAS yang "tidak serius" berhubung penyertaan ahli bukan Islam.

Beliau bagaimanapun enggan menghuraikan lanjut mengenai dua perkara itu.

Tambahnya, dengan penyertaan ahli bukan Islam, ada juga ahli akar umbi PAS yang bimbang kedudukan jawatan pemimpin kanan dan kedudukan dua dewannya – kecuali Dewan Ulama – hilang pengaruh.

"Saya pun tak nak orang bukan Islam tiba-tiba hendak bertanding jawatan presiden," katanya, sambil menambah telah membuat cadangan lengkap berhubung penyertaan bukan Islam pada Oktober tahun lalu.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news

.....................................................................................................................................................

Dibawah ini pula artikel berkaitan yang aku kira bagus dari blog rakan blogger, mrkolumpo363

Semakin hari semakin kuat dan meningkat sokongan non muslim di dalam PAS sehinggakan kelab penyokong pas sudah dikatakan hampir tepu. Sebenarnya ini lah yang ditakuti oleh UMNO. Parti yang berasaskan perjuangan kaum sudah tidak relevan. Teori pecah dan perintah yang diserap masuk oleh british sudah lapok dan tidak laku.

Ini dibangkitkan oleh saudara Hu Pang Chow pengerusi Kelab Penyokong PAS. Dan Tuan Guru Nik Aziz ada mengulas bahawa menangguhkan keahlian kerana bimbang diserang oleh UMNO.

Pada hemat saya yang daif, sebenarnya UMNO bukan menyerang kerana mahu mentertawakan PAS tetapi SEBENARNYA MEREKA AMAT TAKUT AKAN TERJADI HAL INI.

Betul...ada sesetengah org PAS yang tak mahu satu hari nanti org non-muslim bertanding untuk pegang jawatan presiden.tetapi sebenarnya bukan itu cara nya

Pada hemat saya, PAS perlu menubuhkan satu sayap seperti sayap pemuda dan muslimah...khas untuk ahli non muslim. Sayap parti untuk non muslim membolehkan mereka menjadi ahli. Walaubagaimanapun kite hadkan keahlian mereka paling tinggi boleh pegang Ketua sayap untuk non-muslim. Sekurang2nya mereka tidak rasa dipinggirkan sedangkan mereka sama2 berjuang,bekerja dan mengundi untuk parti.

Bukan kah ini juga satu cara untuk mendekati dan berdakwah kepada mereka??Jika dibukakan hidayah untuk mereka memeluk Islam maka mereka boleh di serap kepada sayap parti PAS yang lebih kanan.

Apa yang HU cakap ada kebenarannya..seperti sepasang kekasih yang mengungkap kan kata I LOVE YOU seribu kali pun ..bila ajak kahwin tapi ditolak..lama2 mereka boleh lari.

Mungkin ramai di antara mereka yang tidak berparti atau bekas dari pecahan MCA dan MIC. Mereka seperti kita juga. Mungkin mereka tak berapa nak ngam dgn DAP dan PKR..jadi mereka terus mendampingi PAS yang satu2 nye parti yang saya lihat lebih adil,telus dan bersih (hanya pendapat saya). Mungkin mereka tak suka dgn PKR setelah terjadinya isu lompat parti. Mungkin juga mereka tak berapa suka akan DAP dengan pendekatan segelintir DAP yang tidak mahu bertolak ansur tentang hukum Islam cth Karpal Singh. Mereka ini kebiasaannya rapat dgn org melayu dan Islam. Mereka tahu kebaikan dalam Islam. Jadi ini lah masanya untuk kite menyelamatkan mereka.

Saya sayangkan PAS dan saya sayangkan Pakatan Rakyat. Jika sekiranya satu2 cadangan itu boleh mendatangkan keuntungan kepada kita, tidak salah kite menerimanya. Jangan kite lupe mereka yang non-muslim ini lah yang menjadi penggerak kemenangan PAS di Kedah ,PP ,Perak dan Selangor.

Kepada Tuan Guru yang saya hormati, jangan lah takut akan ancaman UMNO. Selama ini Tuan Guru dah menempuh pelbagai ancaman ugutan tawaan kejian dari UMNO tapi lihatlah sekarang..kite berada di ambang kemenangan

Kepada ahli PAS pula..jangan lah risau...jangan pedulikan hasutan UMNO. Mereka sebenarnya takut dan risau dengan penyertaan non muslim di dalam PAS. Kita hanya tubuhkan satu sayap kiri dalam parti dan kedudukan mereka paling tinggi hanya di dalam sayap itu sahaja selagi mereka tidak memeluk Islam. Dalam pada itu bayangkan kite boleh berdakwah dan mereka pula boleh mendekati kita dgn lebih erat seperti dalam sebuah keluarga yang besar.

Itu hanya pandangan peribadi saya yang daif lagi tidak berkepentingan. Masing2 ada pendapat masing2. Terpulang samada setuju atau tidak. Saya alu2kan sebarang komen.

Harap PAS boleh mempertimbangkannya...demi perpaduan dan tertegaknya Daulah Islamiah seperti Makkah dan Madinah di zaman Rasulullah s.a.w

p/s :Di zaman rasulullah dahulu, puak kristian dan yahudi dibenarkan duduk dalam masjid Nabi semasa mereka ingin bertanya tentang konsep ketuhanan dalam Islam.dan tatkala itulah turunnya surah Al-Ikhlas.jadi apa kurangnya perbandingan seperti yang berlaku sekarang.PAS seperti rumah dan kite hanya biarkan mereka yang non-muslim duduk di tempat parking kereta sahaja tanpa menjemput mereka masuk kedalam ruang tamu di rumah kite.

Sumber: http://mrkolumpo363.blogspot.com

Komen Aku:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa PAS menang di banyak tempat dalam pilihanraya sejak akhir akhir ini adalah kerana sokongan bukan Islam yang semakin meningkat kepada PAS. Sama ada sokongan itu kerana bersetuju dengan ideologi yang dibawa PAS atau kerana benci dengan UMNO/BN, tak perlu dipersoalkan sekarang ini.

Dalam konteks demokrasi, yang penting sokongan kerana sokongan meyebabkan sesuatu parti atau calun itu kalah atau menang. Aku amat bersetuju jika penubuhan sayap Non Muslim lebih kepada 'Maslahat' dakwah Islam. Aku sendiri pun mempunyai ramai rakan rakan Non Muslim yang menyokong PAS kerana melihat majoriti pemimpin dan ahli PAS lebih baik dari parti parti lain.

Satu lagi, mereka telah mula dapat melihat bahawa PAS bukan parti perkauman yang berjuang dan memberi habuan untuk kaum kaum tertentu sahaja. PAS adalah sebuah parti politik yang universal. Semua bangsa sama ada Cina, India, Melayu, Benggali dan lain boleh menyertai PAS dan memegang jawatan dalam PAS, cuma satu saja syarat nya iaitu ISLAM.

Setelah mereka melihat ini maka PAS perlu lebih menonjolkan dan mempromosikan 'doktrin' tersebut dengan menampilkan tokoh tokoh selain tokoh melayu dalam PAS seperti Ang Wan Seng (Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia-MACMA).

Di Kelantan, Pas mempunyai Y.B Dato' Hj. Anuar Tan Abdullah. Namun beliau hanya dikenali di negeri Kelantan sahaja sedang kan di peringkat nasional Y.B Anuar tidak menonjol langsung.

Akhir kalam, sudah sampai masa nya PAS perlu lebih serius berkaitan sokongan Non Muslim ini. Walau pun begitu setiap tindakan dan keputusan perlu lah "ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak"

Sekian.... Wallahualam..

01 May 2009

Selamat Hari Pekerja 2009 - MAY DAY... MAYDAY.....

http://i235.photobucket.com/albums/ee310/thevraj/mayday.jpg

Hari ini Hari Pekerja, oleh itu aku mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua rakyat Malaysia. Semoga segala penat lelah dan usaha murni yang dilakukan itu akan memberi munafaat kepada semua. Dalam sibuk menjalankan tugas sebagai pekerja, jangan lupa juga untuk memikirkan tentang nasib serta masa depan generasi akan datang.

Maka dengan itu, politik perlulah diberi perhatian, kerana politik lah yang akan mencorak dan memberi gambaran bagaimana kepimpinan akan datang. Jika baik coraknya, maka cerahlah masa depan mereka. Namun jika sebaliknya, maka akan punah ranah lah masa depan mereka.

Mungkin ada yang berkata begini " bosan lah, asyik asyik cerita politik", "balik balik cerita politik, aku bukan dapat apa pun". Aku cuma boleh kata begini, kalau orang yang cakap macam itu tinggal di Selangor, aku nak bagi tahu dengan dia bahawa rebat penggunaan air sebanyak RM 11.04 itu adalah disebab kan politik. Kalau bukan sebab politik, jangan harap nak merasa. Itu satu contoh paling jelas dan nyata, tak perlu belit-belit. Kalau tak faham jugak......tak tahu lah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita melakukan perubahan...........


Photobucket

22 March 2009

Muhd Taib perlu satukan UMNO supaya selamat, sebelum nak satukan orang Melayu



Kalau orang Melayu hendak selamat, maka proses restorasi untuk satukan orang Melayu untuk kukuhkan diri, harus ada balik, kata calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

"Orang Melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusukan, anak dikendong
mati kelaparan.

"Apa yang diungkapkan oleh Aminudiin Baki akan berlaku lagi. Kalau tak mahu bersatu, anak kita akan kehilangan hak," kata Muhd Taib dalam wawancara dengan Bernama.

Umno, tegas ketua penerangan Umno itu, perlu restorasi untuk mendengar suara, idea orang muda dan mengekalkan perjuangan asal.

"Seperti Restorasi Meiji kira-kira 150 tahun lepas. Dulu Jepun diperintah Shogun dan perang. Ia diambil alih dan dilakukan restorasi kesemua nilai-nilai yang baik, iaitu pendidikan dan ketaatan kepada raja, diterapkan.

"Bila rakyat kata ini apa yang mereka mahu, rakyat akan ikut. Proses restorasi ke arah perjuangan asal mesti dilakukan," tambahnya. Untuk berita penuh sila klik http://www.malaysiakini.com/news/100683


Komen: Seorang lagi pimpinan UMNO minta orang melayu bersatu. Pada dasar nya aku amat bersetuju sebab perumpamaan pun ada sebut 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Itu lah sebenar nya konsep bersatu. Ada banyak sebab aku tak bersetuju langsung dengan apa yang Tan Sri Muhammad Muhd Taib kata kan tentang 'bersatu', antara nya ialah:

1. Mengapa beliau mengambil kaedah secara borong mengatakan orang melayu tidak bersatu, walhal yang berpecah belah itu hanya lah puak-puak yang di gelar Ahli UMNO. Apa kena mengena orang Melayu keseluruhannya dengan perpecahan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO? Orang Melayu UMNO nak bergaduh, nak berparang, nak pecah kepala, atau apa-apa pun lantak lah. Janganlah seret orang Melayu yang bukan ahli UMNO. Anda dan ahli kumpulan anda yang berpecah, jangan libat kan kami.

2. Mengapa perlu bersatu?, sebab ada perpecahan. Sebab apa ada perpecahan ?, sebab ada 2 kumpulan. Bila ada 2 kumpulan, mesti ada kumpulan baik dan kumpulan jahat. Kalau dua dua baik atau dua dua jahat, tentu tidak akan ada perpecahan. Sekarang saya nak tanya Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan jawab dengan iklas dan jujur. Kalau kumpulan yang dimaksud kan itu adalah UMNO dan PAS, aku sebagai orang melayu, yang mana satu aku perlu sertai ?.

3. Untuk bersatu, ahli kumpulan perlu kepada pemimpin. Sebagai pemimpin semesti nya ia lebih baik segala-gala dari orang yang dipimpin. Aku tahu siapa yang patut jadi pemimpin aku sebab aku ada mata, telinga dan akal. Tan Sri Muhammad Muhd Taib tentu faham sebab Tan Sri bukan kah seorang pemimpin?.

Sekian

Photobucket

21 March 2009

Muhyiddin kata UMNO di hujung jalan, aku kata UMNO sedang karam

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti itu kini sudah sampai ke penghujung jalannya dan ia mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu.

Umno, katanya, hanya mempunyai masa empat tahun untuk berubah sebelum diadili semula oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13. Dalam masa yang sangat terbatas itu, tambahnya, semua pihak mesti komited menjayakan usaha memulihkan kembali imej parti termasuk sedia menerima perubahan.

"Ada orang kata Umno sudah sampai ke persimpangan jalan, saya kata Umno dah sampai ke penghujung jalan. Tempoh yang terakhir adalah empat tahun," katanya dalam temubual dengan Bernama.
Muhyiddin, yang akan bertanding kerusi timbalan presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan, mengakui bahawa tugas itu bukan mudah, namun Umno harus bersedia melakukannya walaupun terpaksa berdepan dengan tentangan pihak tertentu.

"Bagi saya, kalau ikut tempoh masa pembaharuan ini, kita kena mula sebaik saja selepas perhimpunan agung. Katakanlah dalam tempoh dalam masa sembilan bulan selepas itu kita telah meletakkan asas-asas, pemimpin parti semua dibawa masuk bincang dalam Umno.

"Inilah pendekatan yang nak diambil oleh Datuk Seri Najib (Razak), dibantu oleh saya dan rakan-rakan lain.

"Merencanakan jadual-jadual... pertama balik ke 'sekolah politik' iaitu kursus (bagi) semua pemimpin Umno, fahami asas perjuangan Umno supaya kita dilihat telah balik ke pangkal jalan, jangan ada lagi nilai-nilai negatif. Ini bukannya mudah," kata Muhyiddin.

Najib dijadual mengambil alih kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama selepas perhimpunan agung yang berakhir 28 Mac ini.

Muhyiddin berkata, nilai negatif yang mesti dibuang daripada dalam diri ahli antaranya sikap mengutamakan diri sendiri agar persepsi mereka mengenai ahli dan parti dapat diperbetulkan.

Katanya, usaha itu boleh dijayakan melalui penganjuran kursus dan program latihan besar-besaran bagi melatih semula semua peringkat dalam pelajaran politik.

"Sebab saya lihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ni, kita agak lari, banyak orang lihat kita ini self-serving (utamakan diri), apa yang ada... mesti Umno dulu, ada kontrak... Umno dulu, kalau ada projek... Umno dulu.

"Sejarah Umno (semasa) Datuk Onn Jaafar dulu tak macam itu. Ada sesuatu dia bagi yang rakyat dulu. Kita ini sebagai pejuang tak apa , kita hidup papa, yang luar mesti hidup selesa.

"Sekarang ini tidak (seperti dulu), kita mesti pentingkan kita dulu, yang ketua bahagian mesti jaga ketua cawangan, mesti jadi ahli dulu, padahal ahli-ahli yang di bawah itu untuk bela nasib orang Melayu di luar," katanya.

Beliau berharap pembaharuan yang dilakukan itu akan dapat dirasai oleh masyarakat Melayu khususnya dalam tahun ketiga dan pada tahun keempat dari pemilihan Umno tahun ini supaya bersedia untuk berhadapan dengan rakyat pada pilihanraya umum depan.

Muhyiddin berkata Umno tidak harus hanya menjadi parti untuk ahli-ahlinya sahaja, sebaliknya juga parti yang memberi khidmat kepada semua orang Melayu serta rakyat Malaysia. Tambahnya, sikap lama yang mengutamakan ahli untuk pemberian bantuan tertentu misalnya mesti diperbetulkan kerana semua kaum mesti dibantu. Untuk berita penuh sila klik http://www.malaysiakini.com/news/100653


Komen: Semakin ramai pimpinan UMNO mengeluarkan kenyataan yang mengakui bahawa UMNO mengalami masaalah yang amat serius. Berbagai bagai perumpamaan atau contoh untuk menggambar kan betapa kritikal nya parti UMNO ini. Pimpinan UMNO menggambarkan nya dalam bentuk yang dilihat tidak begitu ekstrem

Seperti contoh artikel diatas, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambar kan parti itu kini sudah sampai ke penghujung jalannya dan ia mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu.

Aku pulak menggambar kan bahawa UMNO seperti sebuah kapal yang sedang tenggelam perlahan lahan. Kapal UMNO itu tenggelam akibat perbuatan ahli dan pemimpin UMNO sendiri bukan sebab orang lain. Jangan salah kan orang lain. Pemimpin UMNO sendiri yang ajar ahli bawah jadi malas, asyik tadah tangan saja. Tak cukup dengan itu diberi 'tongkat' lagi. Bila tiba saat susah mereka ini tiada kekuatan, lantas untuk memuaskan hati mereka merosak kan kapal sebab nak menyanggah pemimpin mereka tak berani.

Mesti segera berubah, senang sahaja bunyi nya kan!. Pimpinan, ahli UMNO dan rakyat keseluruhan nya sudah tahu apa masaalah UMNO. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ada sebut sebahagian nya iaitu kita ini self-serving (utamakan diri), apa yang ada... mesti Umno dulu, ada kontrak... Umno dulu, kalau ada projek... Umno dulu. Kita mesti pentingkan kita dulu, yang ketua bahagian mesti jaga ketua cawangan, mesti jadi ahli dulu, padahal ahli-ahli yang di bawah itu untuk bela nasib orang Melayu di luar," katanya lagi.

Keadaan seperti ini dilihat oleh orang seperti aku sebagai UMNO bukan untuk orang MELAYU tetapi untuk 'UMNOPUTRA'. Perkara ini sudah lama berlaku, sejak aku kecil lagi. Pemimpin UMNO sedar ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sedar, tapi mengapa mereka tidak ambil kisah ?. Sebab nya senang saja, sebab masa itu mereka kuat. Sekarang UMNO sudah lemah, baru lah mereka tahu langit itu tinggi atau rendah............

Sekian komen aku..........mintak maaf atas pandangan aku ini

08 January 2009

Prof Diraja Ungku Aziz YDP ANGKASA selama 30 tahun letak jawatan

Datuk Yidris Abdullah.....................Prof Diraja Ungku Aziz

Prof Diraja Ungku Aziz telah meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam (7/1/09) setelah menerajui badan itu selama lebih 30 tahun. Beliau mengumumkan nya hari ini dan menegaskan pendirian menolak pencalonan sebagai YDP pada persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.

Angkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira kira RM47 bilion. Untuk pengetahuan umum, Angkasa ditubuhkan adalah dari cetusan Idea Ungku Aziz sendiri.
Bukan itu sahaja, beliau juga adalah pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Asasi Sains dan Kedai Buku Koperatif UM. Aku hairan juga mengapa fakta ini tidak di'highlight'kan dalam media massa.

Aku pasti Ungku Aziz berbuat demikian kerana terasa hati disebabkan kenyataan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi
Datuk Yidris Abdullah yang meminta Ungku Aziz supaya meletak jawatannya sebagai YDP Angkasa berikutan perkembangan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir-akhir ini. Kenyatan itu dibuat semalam iaitu hari yang sama Ungku Aziz meletak jawatan.

Yidris juga dilaporkan berkata bahawa perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota-anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan mengenai pindaan yang dibuat ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun lepas.


Aku berpendapat, ada sesuatu yang tidak kena yang ingin menjadikan Ungku Aziz sebagai 'kambing hitam'. Ambil contoh seperti yang didakwa Yidris, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikatakan dipinda dan dikuatkuasakan tanpa dimaklumkan kepada anggota. Kami ditempat kerja ada Kelab yang dianggotai oleh majoriti pekerja dan berjumlah lebih kurang 350 orang ahli. Untuk meminda undang - undang kecil kelab pun pihak AJK Kelab mesti menunggu mesyuarat agong atau memanggil mesyuarat tergempar @ mesyuarat luarbiasa dan mesti kena cukup korum ia itu 1/2 dari jumlah keahlian. Undang - undang hanya boleh dipinda apabila 2/3 dari ahli-ahli yang hadir memberi persetujuan. Oleh itu dalam konteks ANGKASA, adalah tidak munasabah langsung yang Ungku Aziz boleh secara individu memainkan peranan untuk melulus dan menguatkuasakan akta yang dipinda.


Apa yang menarik ialah pada 23 Oktober serta 18 November lepas, selaku Yang Dipertua (YDP) Angkasa,
Ungku Aziz telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenai dakwaan penyelewengan kewangan dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) dan juga mendakwa konspirasi Hotel Concorde iaitu dakwaan percubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai YDP Angkasa dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci yang diharap dapat membersihkan nama beliau, tetapi siasatan masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

Lagi amat menarik ialah pada persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya
(PICC) Sabtu ini (10/1/09), Datuk Yidris Abdullah akan mencabar Profesor Diraja Ungku Aziz bagi merebut jawatan Yang Dipertua (YDP) Angkasa. Apabila Ungku Aziz letak jawatan maka laluan makin lah mudah kan. Antara yang turut bertanding ialah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Rahim Bakar. Kepada pembaca semua, anda bebas membuat andaian sendiri, tapi bagi aku, kesian Ungku Aziz diperlakukan begitu.

Aset ANGKASA bernilai kira kira RM47 bilion, banyak tuuuuuu...dapat kat aku 1% pun jadi le....


Sekian

Artikel Berkaitan: Saya kecewa, kata Ungku Aziz (agendadaily.com)

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...