Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 September 2009

Rundingan PAS/UMNO: Bukan tutup pintu sahaja, tingkap pun patut tutup sekali.


Rabu September 9, 2009
Perpaduan Ummah: Nik Aziz tak boleh tutup pintu begitu saja 
 
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh menutup pintu rundingan mengenai kepentingan umat Islam dan rakyat di negara ini begitu sahaja.

Katanya, satu pandangan tidak semestinya mencerminkan pendirian keseluruhan parti itu.

Sebaliknya beliau melihat kenyataan Nik Aziz itu bersifat peribadi dan tidak semestinya dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PAS.

"Nik Aziz bukanlah keseluruhan dalam PAS, bukan hanya beliau seorang dalam PAS.

"Ada ramai lagi pemimpin lain dalam PAS yang saya percaya mahu mengadakan rundingan demi kepentingan bersama bukan hanya untuk orang Melayu tapi keseluruhan rakyat di negara ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Malah Ahmad berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian peribadi Nik Aziz itu kerana beliau yakin melalui rundingan dan perbincangan lah banyak penyelesaian dan isu berkaitan umat Islam dan ummah di negara ini akan dapat diselesaikan.

"Saya sebenarnya tidak setuju dengan pendirian beliau itu, bagi saya tak ada salahnya kalau kita nak berbincang, sebab dengan berbincanglah kita dapat capai satu kata sepakat.

"Beliau tidak boleh tutup pintu begitu sahaja," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menegaskan pintu rundingan antara PAS-Umno sudah lama tertutup.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata, pihaknya hanya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan dengan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan PAS Kelantan.

Bagaimanapun menurut Ahmad, isu pemberian royalti minyak tidak harus dibangkitkan dalam soal rundingan seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun RAzak sebelum ini.

"Isu royalti minyak melibatkan banyak pihak dan perlu dikaji dengan mendalam... soal itu pasti akan diberikan perhatian oleh Perdana Menteri," katanya. - mstar online

Aku cuma nak kata:
1. PAS dah pernah tolong UMNO selepas PRU 1969, iaitu setelah UMNO kalah teruk. PAS atas kepentingan Islam dan melayu menyertai BN, tetapi setelah UMNO kuat semula, PAS ditendang keluar dari BN. Sekarang sejarah akan berulang lagi jika PAS tolong UMNO lagi. Bukan kah pengalaman mengajar kita ?. Aku rasa Tuan Guru Nik Aziz lebih pemaaf dari kebanyakan kita semua, tapi Tuan Guru juga lebih tahu siapa UMNO sebenar nya?.

2. Siapa dapat nafikan sewaktu UMNO dipuncak kuasa yang hebat zaman Tun Mahathir, mereka membuli PAS semahu mahu nya. Apa tah lagi waktu itu maklumat tidak dihujung jari seperti sekarang. Apabila UMNO cedera dihujung pemerintahan Tun, UMNO makin agresif. Tarik royalti minyak terengganu, senarai hitam kontraktor yang sokong pembangkang tapi cukai dari diaorang diambil pulak, haram kan pegawai melawat Kelantan dan Terengganu. Sekarang setelah cedera parah, orang yang sama nak hulur tangan bila dah tersepit.... 

3. Nak tanya Ketua Penerangan Umno Malaysia ni, dia faham ke tidak peranan Mursyidul Am PAS itu ?.

Kesimpulan nya, tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang umat Islam dan orang melayu keseluruhan nya. Semua nya ada didalam perlembagaan dan rukun Negara. Yang risau dan menggelabah hanya lah UMNO sahaja, tetapi cuba untuk mencari dahan berpaut dengan menggunakan Islam dan melayu.

Kalau Ahmad Maslan kata bahawa Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh tutup pintu rundingan begitu sahaja, aku pula minta Tuan Guru, bukan setakat tutup pintu saja, tetapi tingkap pun tutup sekali.


Sekian
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...