Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 September 2009

Dailog isu kuil : Syabas MB Selangor dan YB Pakatan Rakyat...anda semua memang berani


Salam, terus terang saya katakan bahawa saya tidak berminat dengan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor pada peringkat awal. Selepas bermulanya isu kepala lembu, saya rasa belas melihat bagaimana Menteri Besar dan Exconya cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut. Mungkin mereka baru dan kerjasama dengan rakyat perlu diperolehi.

Namun semalam apabila melihat video sessi Majlis berdailog dengan penduduk Seksyen 23, saya merasakan ada pihak yang mahu menggagalkan majlis tersebut. Hanya sekelompok kecil yang membantah dan lebih ramai yang memerhati. Kalau di luar SUK pada minggu lepas terdapat mereka yang berkopiah. Mungkin pulang dari Solat Jumaat, tapi perjumpaan kedua kali ini, tidak kelihatan langsung. Yang menonjol nampaknya mereka mereka yang bertocang rambut dan bersongkok tinggi. Siapakah mereka itu?

Timbul pula rasa belas dan ehsan, betapa sabar nya pemimpin pemimpin PR yang bertemu dengan mereka yang tidak tahu hadir ke majlis selain hanya tahu menjerit jerit dari awal sehigga akhir. Lihat gambar yang saya kepilkan bersama.

Alhamdulillah, Menteri Besar Selangor telah membatalkan perjumpaan itu kerana kalau ikut pada keadaan, saya pun tidak rasa ianya akan selesai melainkan ada unsur unsur provokasi yang timbul. Jika nasib tidak baik, mungkin ada yang cedera.

Saya ucapkan terima kaseh kepada TV3, Astro, serta media arus perdana yang lain, yang turut menyiarkan klip insiden tersebut untuk tatapan rakyat Malaysia. Mungkin niat nya mahu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah, tapi sebaliknya kita dapat lihat sikap manusia rambut bertocang dan bersongkok tinggi beraksi.

Insyaallah, dengan insiden tersebut, maka saya rasakan, sokongan kepada PR bertambah. Tahniah dan syabas kepada YB pakatan rakyat di Selangor. Silap benar kalau pendekatan merusuh, provokasi dan merosakkan majlis digunakan untuk menawan hati rakyat. Bukankah Melayu itu berbudaya?

Salam hormat.
Hamzah Buang

- kopitiambangnan

Aku cuma nak kata:
Kalau dilihat tindak tanduk dua, tiga kerat dari sekumpulan kecil yang membuat kecoh, memang mereka sengaja untuk menggagalkan dailog tersebut supaya isu kuil ini berpanjangan. Maka mereka yang terbabit mempunyai alasan untuk menghentam pimpinan PR.

Mereka yang membuat onar ini, agak nya masih menggunakan falsafah atau hukum dahulukala dizaman purba iaitu siapa kuat dia lah yang menang. Itu pasal lah mereka cuba untuk kuat memekik, kuat memaki hamun dan kuat mencarut, mana lah tahu mungkin mereka akan menang. Lagi pun mereka memang dah biasa. Tengok saja bila mesyuarat Umno mesti ada gaduh dan baling baling kerusi. Kadang kadang kayu golf pun di bawa mesyuarat juga.

Akhir kata, aku juga nak mengucapkan syabas kepada MB Selangor dan Ahli Yang Berhormat PR kerana BERANI BERHADAPAN DENGAN RAKYAT. Ini lah baru dinamakan RAKYAT DIDAHULUKAN.  Tidak seperti kebanyakan pemimpin Umno/BN dan kerajaan, hanya berani dihadapan wartawan media sahaja. Percaya lah bahawa insiden sebegini akan membuatkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin bertambah.

Sekian
Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...