Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

11 September 2009

Liabiliti kepada MIC, Samy Vellu didesak supaya berundur

Selamat tinggal semua....2012 ooppps! 2015.

"Protes terhadap Samy Vellu telah menyebabkan masyarakat India berpecah teruk dengan menyertai 10 buah parti dan kumpulan"
*PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM

"Samy Vellu sudah mencapai tahap tepu yang tidak mempercayai orang sendiri untuk menerajui parti"
*DR. SARJIT SINGH GILL Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM

"Samy Vellu perlu berundur kerana jika tidak BN dibimbangi akan kehilangan undi pengundi India.Sebenarnya masyarakat India bukan tidak suka MIC atau BN tetapi kerana menolak Samy Vellu"
*DATUK VYRAN T. RAJ Wakil NGO

"Samy Vellu yang terlalu lama menerajui MIC tidak sepatutnya terus mengekalkan pendekatan autokrasi dalam parti itu"
*PROF. DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK Pensyarah Pengajian Antarabangsa UUM

Diatas adalah antara pandangan dan pendapat beberapa ahli akedemik yang khusus dalam bidang berkaitan sains kemanusiaan terhadap Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu (baca disini). Samy perlu berundur sekarang. Itu lah kesimpulan yang boleh diambil.

Sepatut nya Samy Vellu yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lepas sudah pun berundur secara terhormat sebagai mengambil tanggungjawab atas pencapaian teruk MIC dalam PRU tersebut. tetapi beliau tidak berbuat demikian sebalik nya menyalahkan orang ini dan orang itu. Beliau kemudian nya berjaya mengekalkan kuasa nya tanpa mengambil kira pengajaran yang ditunjukkan rakyat pada PRU 12 itu.

Keadaan itu menyebabkan protes dan ketidakpuasan hati masyarakat India terhadap Samy Vellu semakin hari semakin terserlah dan telah menyebabkan mereka berpecah dengan teruk. Mereka melarikan diri dari MIC dan menyertai parti dan kumpulan seperti Gerakan, Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Makkal Sakti Malaysia dan kelab penyokong Pas serta pertubuhan haram Hindraf.

Beliau sudah pun pegang rekod presiden parti politik paling lama di Malaysia. Apa lagi yang beliau mahukan ?. Berundur lah sementara ramai orang masih hormat kepada anda. Sepanjang berkuasa, beliau bergaduh dengan terlalu ramai orang, samada dalam parti beliau mau pun diluar parti. Beliau saja yang betul. Di hujung usia dan kuasa pun, beliau masih tidak berubah. Pemilihan MIC yang diadakan pada Sabtu ini menyebabkan beliau bergaduh lagi dengan S.Subramaniam dan menambah musuh nya ia itu Tun Mahathir. Bergaduh dengan S.Subramaniam kerana gara gara Samy Vellu secara terbuka menyokong Datuk G.Palanivel yang berada bersama 'Pasukan Presiden 2009' dan bergaduh dengan Tun Mahathir kerana Tun didakwa nya mencampuri urusan pemilihan jawatan tertinggi parti MIC (baca disini)

Mungkin juga Samy Vellu mahu memegang rekod presiden parti politik paling lama di Malaysia dan meninggal dunia semasa menjadi presiden parti.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...