Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg
Showing posts with label Pelajar/sekolah. Show all posts
Showing posts with label Pelajar/sekolah. Show all posts

22 April 2011

Hadkan penjualan nasi lemak disekolah: NASI LEMAK MAKANAN TERBAIK UNTUK BADAN..!


KUALA LUMPUT 21 April - Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

“Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

“Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul,” katanya. - www.selangorkini

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa tiba-tiba heboh pasal nasi lemak punca kanak-kanak gemuk? Menteripun cepat-cepat bagi komen pasal obesiti ini. Adakah mereka gemuk kerana makan nasi lemakkah? Hal sekecil ini betul-betul menggelikan hati!

Apa tidaknya? Hal sekecil ini tiba-tiba mendapat liputan meluas dengan pelbagai pakar dari pelbagai institusi turut terpanggil dengan masalah GEMUK!

NASI LEMAK mengandungi 5 bahan utama yang diperlukan badan! Sains mengakuinya factor ini. Nasi lemak mengandungi;
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Vitamin
4. lemak
5. garam galian

Budak tahun 5 pun dah didedahkan perkara ini. Kenapa VVIP di Malaysia tiba-tiba risau pasal NASI LEMAK sampai ada menteri yang melawat kantin-kantin sekolah.

Yang membuat rakyat Malaysia GEMUK bukan NASI LEMAK! Tetapi makanan moden!

KFC, MARY BROWN, SUGARBUN, McDONALD, FIZZA, AISKRIM, SOSEJ, HOTDOG, ROTI JOHN, dan beratus-ratus jenis lagi…!

Kenapa pula menteri-menteri tidak memantau semua premis makanan moden ini?

Very doubtful!

Semua menteri yang ada pada hari ini tidak gemukpun! Walaupun dari kecil mereka menjamah nasi lemak! Saya 100% yakin tidak seorangpun menteri hari ini ‘Lahir sahaja terus makan KFC dan semua makanan moden di atas!’ Itu belum termasuk makanan hebat-hebat di hotel-hotel!

Tolonglah jangan perbesarkan perkara sekecil ini! Kesian makcik-makcik yang baru sahaja cuba menambah pendapatan secara kecil-kecilan dengan berjual nasi lemak. Rezeki tidak seberapa inipun kita nak sekat! Kita bukan hidup di zaman Firaun!

Please Mssrs….jangan mudah melatah!

oleh Om Tomato

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

02 December 2009

Selangor beri beg sekolah percuma


SHAH ALAM, 2 Disember - Kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan beg sekolah percuma kepada 700 pelajar di setiap Dun di seluruh negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, agihan beg sekolah percuma itu akan dimulakan tiga minggu lagi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing.

“Kita telah bersetuju untuk mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah ‘untuk keseluruhan negeri Selangor, kita akan belanja dekat 650 ribu ringgit untuk semua Adun,56 adun di Dun Negeri Selangor untuk back to school program dan ini akan disampaikan kepada Adun-adun tempatan dalam minggu yang ketiga di negeri Selangor”

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di sini petang tadi.

Jelasnya lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM650,000 bagi program ini yang diyakini dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah.

Beliau berkata pemberian beg sekolah percuma itu adalah bagi meringankan beban pelajar miskin dan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500.-selangorkini.com.my

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


27 October 2009

Apa punca tragedi jambatan gantung runtuh ? A: Cuai, B: Rasuah, C: Semberono, D: Semua betul





Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.

Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.

"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.

Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.

Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.

Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian (foto, bertopi) mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.

Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.

"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:

Sekarang ini kan asyik asyik orang sebut 1, maka 1 lagi koleksi runtuh untuk dijadikan statistik dan keruntuhan kali ini memakan korban. Sebelum ini Bumbung Stadium, bumbung makmal komputer sekolah dan bumbung masjid runtuh. Semua premis yang runtuh itu hanya baru diguna kan dalam tempoh 1 tahun. 1 lagiii!!..... Kali ini jambatan gantung pulak runtuh. Ia nya baru 2 minggu disiapkan. Apa kesimpulan yang boleh diambil ?.

1. Sekolah memang sudah lama menjadi alat nafsu serakah untuk kontraktor kerajaan cari makan dan buat duit. Contoh paling ketara ialah projek makmal sekolah. Masa heboh isu tersebut, macam macam amaran dikeluarkan. Namun apa kesudahan nya ?. Yang dapat projek, duit dapat tapi projek macam haram jadah. Aku memang marah sebab aku pernah diminta menjadi penasihat@consultant untuk masaalah berkaitan software/hardware dalam projek komputer sekolah ditempat aku. Melihat dari apa yang dibekalkan oleh pembekal komputer, memang menyakitkan hati. Pada pendapat aku kes jambatan gantung yang runtuh ini pun sama lah jugak. Buat janji siap saja.

2. Bagaimana dengan reka bentuk jambatan gantung itu?. Ada atau tidak, atau ada kah main pacak saja tiang, bubuh konkrit dan kemudian rentang kabel. OK semua dah siap, sekarang dah boleh guna.

3. Setelah dibina, siapa yang sahkan jambatan itu selamat atau tidak. Jangan jadi macam kes bumbung runtuh di stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu. Bila dah runtuh baru tahu yang stadium itu belum diberi Sijil Siap Kerja yang sepatut nya dikeluarkan oleh JKR. Tak ada sijil Siap Kerja tapi telah digunakan. Ini siapa punya kerja ?.

4. Cuba semak semula berapa kos pembinaan jambatan tersebut. Apa kah ada penyelewengan disitu. Contoh nya kos bernilai RM100,000 tetapi nilai jambatan yang dibuat hanya RM 20,000. Benda ini jadi sebab ramai sangat peminta sedekah terhormat yang tahu nya menadah saja tetapi buat kerja malas. Yang jadi mangsa kontraktor dan pengguna jambatan.

Apabila ada orang mempertikai sesuatu projek yang dibuat, dituduh orang tersebut memfitnah. Bila diberi bukti, ditanya pulak macam mana boleh dapat bukti itu ?. Siapa yang bagi bukti itu, kita akan ambil tindakan. Bukti tidak disiasat, orang yang bagi bukti pulak dicari.

Bila terjadi nya tragedi atau bencana begini, menteri dan pihak terbabit akan keluar kan segala amaran keras itu dan ini. Lepas 1 tahun, orang pun dah lupa, kejadian yang sama akan terus berulang dan berulang. Bagi mangsa yang terlibat, jangan tunggu lama lama....failkan saman tuan tuan.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

25 August 2009

PRK Permatang Pasir: Pemuda Umno paling awal langgar peraturan SPR

http://prkn11penang.pas.org.my/images/stories/berita_terkini/kesatriapemuda.jpg

Ditulis oleh Te@M I.T
TUESDAY, 25 AUGUST 2009


PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Sejak awal pagi hari mengundi lagi, Pemuda Umno-BN hari ini sebagai individu pemula yang melanggar peraturan pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.

"BN-Umno lah yang memulakan bangsal panas dan kaunter semakan pemilih ni,

"Penyokong Umno juga dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno," jelas petugas Pakatan Rakyat, Zakaria Abd Rahman yang berada di UPU Cross Street.

Sepanjang pemantauan, wartawan TE@M IT mendapati terdapat 3 buah bangsal panas Umno di dirikan sekitar Bukit Indera Muda yang berhampiran pusat pembuangan undi di Sek. Keb. Bukit Indera Muda.

Malah tegahan Penegerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf yang melarang memasang logo, lambang dan bendera pada kenderaan... sama ada yang kecil ataupun besar, tidak

Selain dari melanggar peraturan membina bangsal panas mereka juga dilihat telah melanggar beberapa lagi peraturan yang ditetapkan SPR dengan memakai pakaian parti secara berunifom antaranya:

1. T-shirt Merah yang bertuliskan perkataan UMNO
2. T-shirt biru tua yang bertulis Kesatria Pemuda UMNO Malaysia
3. T-shirt Kuning yang bertulis Pemuda UMNO Kepala batas
4. T-shirt Merah jambu yang bertuliskan Puteri UMNO

Keempat-empat jenis pemakaian t-shirt ini membuktikan UMNO dan BN melanggar peraturan yang telah dicipta oleh mereka sendiri.

http://prkn11penang.pas.org.my/images/stories/berita_terkini/bn1.jpg

Apa yang jelas sekarang ini, BN-Umno lah yang mula-mula cuba melanggar keputusan SPR, namun tiada pula tindakan dari pihak berkuasa dikenakan kepada mereka. Ini menunjukkan seolah-olah SPR tidak menggunakan kuasa dengan sewajarnya.

Usaha suruhanjaya itu untuk mengawal perbuatan berkempen sebaik sahaja tempoh berkempen rasmi berakhir 12 tengah malam tadi dilihat gagal diuruskan sebaiknya.

Bukti-bukti ini akan didedahkan dari masa ke semasa untuk paparan umum.- http://prkn11penang.pas.org.my
Photobucket

19 July 2009

PPSMI satu kesilapan - Profesor Diraja Ungku Aziz


Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini.

Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.

MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?

UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara.

Selepas ceramah saya di Bankers Club di Bukit Bintang, saya keluar dari bangunan itu kita boleh dengar pelbagai bahasa yang diucapkan termasuklah bahasa Hokkien, Mandarin dan sebagainya termasuklah bahasa Melayu. Tapi kalau kita perhatikan di kawasan Bukit Bintang, mereka yang bercakap dalam bahasa Melayu ini tidak ramai, belum lagi di Jalan Petaling.


Mereka ini menggunakan bahasa Mandarin tetapi dalam banyak dialek dan kalau cakap Melayu pun dalam bentuk rojak dan bercampur-campur. Jadi bagi saya perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan negara?


Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.


Namun Alhamdulillah, toleransi orang Melayu sangat tinggi jika tidak ada banyak masalah. Kalau ada masalah terutama membabitkan politik orang akan menuding kepada pihak tertentu seperti MCA dan PKR. Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.


Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.


Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.


Setelah kita memberi masa enam tahun PPSMI berjalan, kepada Pak Ungku apa kelemahan ketara dasar ini?

UNGKU AZIZ: Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.

Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.


Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.


Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.


Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.


Apa pula masalah yang perlu ditangani segera selepas pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Dari segi kelengkapan tidak banyak masalah. Ini kerana banyak buku telah diterbit dan diterjemah ke bahasa Melayu. Ini termasuklah kamus-kamus seperti kamus biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains.

Kita ambil contoh kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, penguasaan kosa kata mereka tidak banyak. Tetapi mereka akan belajar lebih banyak dan mampu menulis ayat setelah bersekolah untuk beberapa tahun. Selepas itu mereka ini sudah berkeupayaan untuk bercakap dan selepas masuk sekolah menengah mereka sudah boleh bercakap tentang perkara- perkara yang abstrak. Ini kerana mereka telah belajar perkara-perkara ini secara beransur-ansur dan keupayaan mereka semakin berkembang setelah belajar. Pelajar ini perlu didedahkan dari awal penggunaan bahasa Melayu tidak kira mereka ini orang Cina, Melayu atau kaum lain.


Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.


Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.


Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?

UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang mendalam tapi ini tidak bermakna kita berundur ke belakang. Keputusan itu menunjukkan ada keseimbangan iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi saya PPSMI banyak merugikan anak-anak Melayu terutama yang tinggal di desa.


Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?

UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.
Pelaksanaan bahasa Melayu ini tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda. Apa pandangan Pak Ungku?

UNGKU AZIZ: Kita kena faham tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu. Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini. Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew. Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya? Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.

Kalau begitu apa perlunya sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?

UNGKU AZIZ: Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Kerana itu untuk mengajar dan mencampuri bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Bagaimana pula sikap sesetengah pihak yang terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan? Adakah kemungkinan PPSMI dikembalikan?

UNGKU AZIZ: Saya sangat berharap tidak akan berlaku dolak dalih bagi memungkinkan pelaksanaan PPSMI dikembalikan. Maksudnya setelah keputusan ini diambil kerajaan tidak akan berundur ke belakang. Saya faham kerajaan mungkin menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak supaya PPSMI ini dilaksanakan semula termasuklah dari orang Melayu sendiri. Saya tidak kata kita menolak penggunaan bahasa Inggeris sebab bahasa itu perlu untuk menjadikan negara ini maju. Tetapi saya mahu bahasa Melayu terus unggul di negara sendiri. Kita tidak perlu pinggirkan bahasa Melayu sebaliknya kedua-dua bahasa ini sama-sama naik.

Namun cabaran ini pastinya sangat hebat kerana ada di kalangan kaum lain dan juga sesetengah orang Melayu sendiri yang hanya mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau kita lihat contoh seperti mereka di Jamaica dan negara-negara di kepulauan Caribbean, mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Adakah kita mahu jadi seperti itu? Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu. Namun pada masa yang sama demi kemajuan negara kita mesti mampu berbahasa Inggeris
- Utusan

Komen aku:
Pak Ungku Aziz adalah seorang yang amat vokal dalam isu isu melibatkan bahasa melayu. Pada zaman Dr. Mahathir berkuasa, pendirian Pak Ungku selalu nya tidak sehaluan, tetapi apa kan daya, beliau terpaksa senyap apabila Dr. Mahathir berkata. sebab kata kata Dr. Mahathir tidak ada siapa yang berani menyanggah.

Sekarang Pak Ungku pun dah tak banyak bersuara, mungkin sudah ramai yang bising dan memberi tekanan kepada kerajaan termasuk lah parti parti politik pembangkang dan pejuang bahasa. Namun begitu aku mengucapkan syabas kepada Pak Ungku Aziz atas pendirian nya terhadap PPSMI. Pendirian yang sama dengan majoriti rakyat Malaysia yang lain termasuk aku.


Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu menguncupkan bahasa nya, kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita - A.Samad Said

Sekian

15 July 2009

Swine flu panic rises after death of six-year-old girl

By Daniel Martin
on 14th July 2009

Chloe Buckley

Chloe Buckley: She was not given Tamiflu after her doctor apparently misdiagnosed her illness as tonsillitis
Public fears have increased after yesterday's announcement that a healthy child and a GP with no known underlying problems have died from the virus.

The deaths of Chloe Buckley, six, and Dr Michael Day mean three people with no previous health problems have now died of the illness out of a total of 17 deaths across Britain.

Chloe's parents described her as their 'fun-loving baby girl' today as they spoke of their distress for the first time.

Health Secretary Andy Burnham said it was a 'tragedy' today but insisted people must not worry too much.

'There have been lots of children already having the condition but making a very quick and full recovery. We do have to keep it in perspective,' he said.

Britain was at the 'front of the queue' for the swine flu vaccine and the first should arrive here next month, the minister added.

'We could not be in a better position. So as soon as stocks are made, the very first vaccines will come to this country. We expect to get the first next month.'

Enough vaccine for the whole population has been ordered and half of all doses are expected to arrive by the end of the year.

A list has been drawn up of people who will get the first injections, including health workers and patients with conditions like diabetes and asthma.

Scientists fear a unique strain of the virus has already developed in London due to the sheer number of infections.

This could mutate into an even more virulent version which could prove more dangerous and faster-spreading.

However, experts are currently adamant swine flu is no more contagious than the normal seasonal flu and will prove mild for most who catch it.

chris spencer director of education for hillingdon borough council speaks to the media
Chris Spencer, director of education for Hillingdon Borough Council, speaks to reporters outside St Catherine's Catholic School which Chloe attended

'The vast majority of people will recover quickly by taking paracetamol or ibuprofen, and drinking plenty of fluids,' said Dr Laurence Buckman, chairman of the BMA's GP committee.

'We must remember that every year there are deaths from complications of seasonal flu; this is unfortunately inevitable with any strain of influenza.'

But the reassurances are falling on increasingly deaf ears as the death toll continues to rise.

A NHS Direct source told London's Evening Standard: 'Every day for the last week, more than half of all calls to NHS Direct have been in relation to swine flu and that is a huge increase from the start.

'It is to do with the deaths. When you read something about someone dying, people have more pressing questions. But the number of referrals to GPs have stayed pretty much the same so it shows people are simply more worried rather than ill.'

People are now being urged to use 'other channels' to release some of the pressure on the service, a spokesman added.

Schoolgirl Chloe died within 48 hours of complaining of a sore throat and just a day before her seventh birthday.

She was not given the anti-viral drug Tamiflu but her parents today insisted she had been treated appropriately.

Michael and Jacinta Buckley said in a statement: 'We are obviously very distressed at the loss of our fun-loving baby girl. Nothing can replace her in our lives.'

They added: 'We are satisfied that the medical care Chloe received at all times was appropriate.


It was also announced yesterday that Dr Day, a 64-year-old GP who had been treating swine flu victims, died after contracting the virus.

Both the little girl and the doctor are believed to have been perfectly healthy before succumbing to swine flu.


Dr Michael Day
Dr Michael Day died at the Luton & Dunstable Hospital on Saturday


Further tests are being carried out today to pinpoint an exact cause of death for Chloe and Dr Day.

The six-year-old, from West Drayton, West London, became ill on Wednesday and died on Thursday night.

Dr Day, a GP from Dunstable, Bedfordshire, died on Saturday in the Luton and Dunstable Hospital. He is also understood to have been healthy.

'Doctors have always accepted that there are risks associated with their job,' Dr Buckman said. 'Obviously these are smaller than they used to be with the advent of modern medicine, but they can never be eliminated altogether.

'It is understandable that people will be worried when they hear that a GP has died but we urge them to follow the recommended advice and contact their family doctor, rather than physically going to the surgery if they have symptoms.

'While these individual deaths are tragedies for the families concerned, it is very important that members of the public do not panic.'

Last Friday, the NHS announced the first case of a healthy person to have died of swine flu. All other deaths involved patients with underlying health problems.

The man, from Essex, who has not been named, fought for nine days before losing his battle against the virus.

'Six-year-old Chloe was perfectly healthy'

08 July 2009

PPSMI gagal: Kerajaan akan hapuskan menjelang 2012


Perhimpunan aman 8 Mac lalu. Klik foto untuk paparan lebih jelas dan cuba cari di mana Sasterawan Negara A.Samad Said

Kerajaan Umno-BN selepas 6 tahun akhirnya mengakui bahawa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) gagal mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan, sebaliknya ia menjejaskan pembelajaran murid-murid.

Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin mengumumkan program ini akan dihapuskan bermula 2012 dan matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa kebangsaan.

Manakala di sekolah-sekolah jenis kebangsaan ia akan diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

PPSMI dilaksanakan pada 2003 dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Cendekiawan dan para pendidik tempatan memberi amaran program ini akan menjejaskan pembelajaran murid-murid, namun bantahan rakyat dijawab dengan ledakan gas pemedih mata dan semburan meriam air dalam satu perhimpunan aman 8 Mac lalu. - www.tvantara.com

* Untuk Nostalgia, sila lihat foto-foto perhimpunan aman 8 Mac lalu disini dan disini

Komen aku:
Pengumuman kerajaan untuk menghapuskan PPSMI menjelang 2012 adalah merupakan satu kemenangan yang besar kepada perjuangan rakyat dalam usaha memansuhkan sistem tersebut. Kalau rakyat yang disokong oleh tokoh tokoh bahasa tidak turun ke jalan raya berdemo untuk memberi tekanan, jangan mimpi kerajaan akan mansuhkan sistem ini. Dalam hal ini aku teringat pada kata kata Khairy Jamaluddin yang menggelarkan mereka yang menyertai demonstrasi jalanan sebagai 'BERUK'. Kerajaan rupa nya takut juga pada 'BERUK'.

Bagi aku, lebih jauh dari itu pengumuman ini juga merupakan satu tamparan atau tempelak kepada Tun Mahathir kerana beliau lah yang beria ia mahukan sistem tersebut dilaksanakan. Aku sendiri pun tak nampak apa beza nya selepas 6 tahun sistem itu dilaksanakan. Rakan rakan dari golongan cikgu pun mengeluh kerana kekurangan sumber dan latihan.

Diharap kan supaya lain kali kerajaan lebih berhati hati apabila membuat sebarang dasar yang lebih lebih lagi melibat kan golongan kanak kanak yang akan menjadi pemimpin dan penggerak kepada negara di masa hadapan. Macam aku dan lebih lebih lagi yang seusia Tun Mahathir, hidup pun dah tak lama. Oleh itu kalau dah tak boleh buat benda yang baik, maka jangan buat benda yang jahat.

Sekian.


Photobucket

16 May 2009

Selamat Hari Guru 2009 : satu renungan silam

http://www.moe.gov.my/hariguru/images/logohariguruq.jpg
Logo Hari Guru 2009

Sempena hari guru yang disambut hari ini, aku mengucapkan Selamat menyambut hari guru kepada semua guru guru termasuk lah kepada guru guru yang telah bersara. Bagi aku, jasa seorang guru tidak dapat dibalas dengan wang ringgit yang dipanggil gaji.

Kebetulan dah cerita pasal guru atau biasa dipanggil 'cikgu' aku ingin melontar pandangan aku beza guru dulu dan guru sekarang. Pandangan ini bukan untuk mencari siapa lebih baik?.

Pendapat aku, kuasa cikgu dulu lebih 'power' dan meluas sebab kuasa itu kebanyakan nya diberi sendiri oleh Ibubapa. Aku berkata begitu melalui pengalaman aku dan arwah ayah aku bertemu cikgu cikgu aku. Asal cikgu saja, arwah ayah akan kata " cikgu, anak saya ni kalau nakal rotan lah, asal jangan patah dengan rengkat...sudahhhh...". Bila kena rotan dengan cikgu disiplin atau cikgu kelas, aku tak berani nak mengadu pada ayah sebab kalau mengadu, ayah akan tambah lagi dengan 'getah paip'. Sebab itu aku berani mengatakan cikgu dulu mengajar dan mendidik bukan kerana gaji semata mata tetapi kerana mereka disanjung dan dipandang mulia oleh ibu dan bapa kita masa itu. Zaman yang aku cerita ini adalah sekitar 70an dan 80an dan aku pun dah nak masuk umur 50 bulan oktober 2009.

Sekarang aku cerita guru dizaman 90an hingga sekarang. Bagi aku tidak ada beza sangat cikgu dulu dengan cikgu sekarang. Yang berbeza adalah keadaan masyarakat di zaman mana cikgu itu mengajar. Cikgu sekarang tidak bernasib baik kerana tidak dipandang mulia oleh ibubapa pelajar sekarang dan terlalu dikawal oleh undang undang dan akta yang membantut minat cikgu untuk mengajar. Maka terjadi lah, guru hanya mengajar kepada murid yang menunjukkan minat belajar dan baik budak nya. Sebab murid yang mahu belajar adalah terdiri dari budak baik dan yang nakal memang selalu malas belajar, macam aku dulu...heh...heh..

Zaman sekarang, cikgu salah sikit saja, ibubapa akan datang serang cikgu di sekolah. Tidak cukup dengan itu ada cikgu yang disaman. Media massa pun tak guna satu sen pun untuk mengangkat martabat guru. Mereka cuma pandai memanipulasi cerita sampaikan kes cubit pelajar pun disensasikan. Aku dulu kena cubit dan getu tu biasa saja.

Senang saja untuk mengatasi masaalah disiplin pelajar yang semakin kronik. Buat balik macam cikgu zaman kita dulu dan perbaiki mana yang kurang. Baru baru ini pun aku dengar ada ura ura kerajaan untuk membenarkan kembali hukuman rotan. Buat cepat dan jangan banyak alasan....

Sekian dan sekali lagi selamat hari guru...cikgu!

Sahabat aku dan juga cikgu anak-anak aku Cikgu Budin (kiri) dan Cikgu Karim (kanan)



21 March 2009

Maksud penjelasan - Pelajar Terbaik SPM 2008

Oleh ummuabbas

"Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan". – Petikan berita Utusan (http://www.utusan.com.my/utusan/info.)

Maksud sebenarnya ia lah Madihah beritahu wartawan bahawa dia mendapat bantuan YAKIN yang disalurkan melalui sekolah. Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan pelajaran melalui YAKIN (Yayasan Kelantan Darul Naim) kepada anak-anak Kelantan yang memerlukan.

(Boleh lawati http://yakin.kelantan.gov.my/ )


Artikel berkaitan:
1. SPM-Pelajar sekolah agama kekal kecemerlangan (ahmadtarmizi.blogspot.com/2009/03/spm)
2. Lagi penjelasan Nik Nur Madihah (keranacinta.wordpress.com/2009/03/21)

Photobucket

16 March 2009

Mengapa tiada pelajar terbaik SPM 2008 diumumkan ?, atau aku tertinggal bas ?

Rupanya SPM 2008 Tiada Pelajar Terbaik Malaysia – Tanda PPSMI Perlu Dimansuhkan
Oleh Muramatsu
UK – Penuntut PhD (Fizik)


Putus asa setelah gagal google nama pelajar terbaik SPM 2008 Malaysia. Yang ada cuma petikan berikut dari berita harian online;
.... Nik Nur Madihah, 18, turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini, apabila ... yang boleh dicapai di sini http://tazkiratunnafsi.blogspot.com

Utusan Malaysia online juga gagal ditemui walau sepatah ayat yang menyebut Nik Nur Madihah sebagai pelajar terbaik SPM Malaysia 2008. Yang ada ialah dilapor begini
........Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.......Ia boleh dicapai di sini http://utusan.com.my/utusan/info.asp

Oleh kerana kedua-dua media kertas utama yang dikilik di bawah ketiak saki baki ahli UMNO, maka mereka tidak tahu bahawa adik Nik Nur Madihah itu adalah sebenarnya pelajar terbaik Malaysia.

Mereka tidak tahu begitu kerana mereka tidak baca blog. Hanya blog saja yang melaporkan bahawa adik Nik Nur Madihah itu pelajar terbaik SPM 2008 Malaysia.

Utusan Malaysia dan Berita Harian rupanya lebih berminat untuk melaporkan hal ini....Nur Madihah puasa sebab miskin, Inilah rumah kami....maka orang UMNO yang kilik utusan bawah ketiak tadi akan berfikir inilah orang dari negeri kelantan yang diperintah oleh PAS....miskin.

Tidak keterlaluan jugalah mereka ini semua adalah pak pandir. Tidak mahu sanggup menerima kedurjanaan diri demi untuk terus mempertahankan kedurjanaan demi kedurjanaan lain demi mempertahankan UMNO.

Kepada Sultan-sultan, Raja-raja dan Agung, tengok dan fikirlah dengan otak dan bukanya dengan kepala lutut untuk melihat bagaimana kes yang begini pun dipropagandakan oleh UMNO. Oleh yang demikian ia boleh dijadikana asas untuk memansuhkan PPSMI.

Kalau boleh disebut, UMNO melalui saluran lidah bercabang lagi pembelit tidak sanggup menerima hakikat bagi menyebut Nik Nur Madihah sebagai pelajar terbaik SPM 2008. Artikel asal sila klik www.tranungkite.net

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel di atas aku rasa menarik untuk dikongsi bersama rakan @ pelawat yang singgah di blog aku ini.
Nik Nur Madihah sudah terbukti pelajar terbaik. Tidak ada pesaing yang boleh membuat keputusan 'terbaik' itu di pertikai kan seperti satu @ dua tahun lepas. Mengapa susah sangat nak umum kan dan mengiktiraf adik ini ?. Mengapa kedaifan keluarga beliau yang ditonjolkan. OOOO....pasal adik ini dan keluarga beliau dari Kelantan dan Kelantan pulak di perintah oleh PAS dan PAS pulak seteru no.1 UMNO. Silap haribulan Keluarga adik ini ahli dan penyokong PAS, lagi tipis lah harapan untuk diumumkan sebagai pelajar terbaik.
Aku bersikap prejudis?. Tidak. Aku masih ingin berbaik sangka bahawa pihak yang berkaitan dapat mengiktiraf adik Nur Madihah secara rasmi. Mungkin 'mereka' secara tidak langsung telah mengiktiraf apabila berbagai tawaran belajar dan sumbangan telah diberi kepada Adik Nur dan keluarga nya, tetapi bagi aku mesti ada beza antara 'rasmi' dengan 'tak rasmi'.
Kepada adik Nur dan yang seagama dan sebangsa, aku hanya nak kata, biar lah walau pun kita miskin, tetapi kita redha dengan kemiskinan itu dan disamping itu terus berusaha daripada menjadi kaya, sedangkan Allah tidak redha dengan kekayaan kita itu.

Selamat maju jaya untuk adik
Nur Madihah........

12 March 2009

SPM - Pelajar sekolah aliran agama kekalkan kecemerlangan

Anak nelayan dapat 20A dalam SPM
oleh Rohana Mohd Dahari
KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.
Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. - Utusan Online

Pertama sekali aku ingin mengucap TAHNIAH kepada Adik Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal kerana mendapat keputusan yng amat cemerlang ia itu 20A. Secara umum, nampak nya jika diperhatikan saban tahun, sekolah aliran Agama berjaya mempertahan kan pencapaian terbaik mereka. Di bawah ini aku imbas kembali mereka yang berjaya sepintas lalu.

1. Pelajar cemerlang SPM 2006
Siti Fatimah Mukhtar, bekas pelajar Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi (P), Kota Baru, Kelantan yang mencatat 18 A.

2.
Pelajar cemerlang SPM 2007
Azali Azlan yang memperoleh 20 1A dan satu 2A berkata beliau mengamalkan sikap belajar dengan sabar di samping membina kekuatan dalaman dengan bertawakkal kepada Allah bagi menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah itu terpilih menerima anugerah Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

3. Pelajar cemerlang SPM 2008
Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Persoalan nya di sini, ada kah kejayaan mereka-mereka ini hanya satu kebetulan ?. Apa kah sistem pembelajaran aliran Agama lebih baik ?
. Fikir-fikir kan lah...........

Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...