Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 March 2009

Isu Perhimpunan membantah PPSMI - Pengerusi GMP sanggah Menteri Pelajaran



Kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 7 Mac lepas jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan tersebut.

Kenyataan itu disanggah sama sekali oleh Pengerusi GMP, Dato' Dr. Hassan Ahmad. Dalam sidang media yang diadakan jam 12 tengah hari tadi di Rumah PENA. Beliau mengungkapkan lebih kurang begini " saya ada akal, saya ada ilmu maaf cakap, saya makhluk tuhan sama macam kamu semua. Saya bukan MONYET, saya bukan BEROK dan kami bukan didalangi oleh mana-mana parti politik. Kami cuma mahu kerajaan kembali kan sistem pembelajaran math & sains kepada sistem sebelum ini. Kalau mereka semua ingin menyokong kami, apa kami boleh buat?". Begitu lah lebih kurang inti pati keyataan beliau. Beliau juga memberitahu para wartawan bahawa GMP akan berjumpa dengan Pak Lah dalam masa seminggu ini.

Yang aku boleh pasti dan sahkan ialah "Saya bukan MONYET, saya bukan BEROK". Ayat ini memang beliau ungkapkan. Sama ada beliau sedar atau tidak, bahawa beliau sebenar nya telah menyindir Khairi Jamaluddin. Semasa perhimpunan BERSIH pada 2007 dulu, Khairi menyifatkan bahawa mereka yang menyertai demonstrasi dijalanan adalah BERUK dan MONYET.

Berbalik kepada kenyataan Datuk Seri Hishammuddin, kadang-kadang aku terfikir mengapa lah beliau boleh membuat kenyataan begitu. Kenyataan yang menunjukan seolah-olah beliau mempunyai pemikiran yang cetek dan minda kelas ketiga. Apa kah apabila ada pemimpin dan ahli pembangkang maka ia nya dianggap mendalangi perhimpunan tersebut. Aku tidak bersama dalam perhimpunan tersebut, begitu juga Datuk Seri Hishammuddin. Namun begitu dari pengamatan dan pemerhatian aku dari foto-foto yang berlambak di internet, aku tak terjumpa pun foto yang secara jelas membukti kan bahawa pembangkang yang mendalangi perhimpunan tersebut. Kalau ada 1 atau 2, itu adalah mungkin kes individu.

Majoriti peserta perhimpunan memakai T-shirt putih bertemakan anti PPSMI dan selebih nya pakai baju biasa. Kain pemidang/banner pun tidak ada yang berbau politik walau pun dari parti politik. Bendera parti politik pembangkang pun rasa nya tak ada. Mengapa aku berani kata begitu ?. Sebab nya ialah tidak ada pun satu foto atau video klip dipaparkan dalam media seperti TV dan surat khabar arus perdana untuk menyokong dakwaan dan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin. Kalau ada banyak foto atau video klip yang menunjuk kan peranan total pembangkang dalam pehimpunan itu, sudah pasti ia nya akan di ulang tayang bagi memburuk kan pembangkang.

Ok....aku nak bagi satu contoh supaya Datuk Seri Hishammuddin dan kepada sesiapa yang tak dapat nak beza kan yang mana politik dan yang mana bukan politik. Contoh nya...

Pak Lah ada lah Presiden UMNO. Pak Lah juga ada lah Perdana Menteri Malaysia. Jika Pak Lah datang ke tempat aku untuk rasmi mesyuarat UMNO, majikan aku tak boleh suruh atau paksa aku untuk pergi menyambut nya, tambah pula aku bukan ahli dan penyokong UMNO. Jika Pak Lah datang ke tempat aku untuk rasmi program kerajaan atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia maka majikan aku boleh suruh atau paksa aku untuk menyambut nya. Tak kan benda begini pun tak boleh nak beza ??.....

Sekian

Artikel berkaitan:

1. 100% Kata GMP Tidak Diperalatkan
-http://greenboc.blogspot.com

Photobucket

1 comment:

cutekontot said...

tu le kita tak boleh buat kesimpulan kalau tak tengok dengan mata sendiri. aku ni lebih suka turun padang kalau bab-bab camtu. walaupun bendera tak da tapi baju yang dipakai antara peserta-peserta perhimpunan pun dah cukup membuktikan perhimpunan itu disertai parti pembangkang (tak mau guna didalangi, kasar takut terasa). memang GMP menafikan didalangi(bhs penulis) parti pembangkang, tapi yang jelasnya, parti tu telah mengambil kesempatan di atas rasa tidak puas hati pejuang-pejuang bahasa. orang kata sambil menyelam minum air, 2 in 1. dalam politik ni ape-ape pun boleh berlakukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...