Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 March 2009

KDN gantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan.

Banyak pihak hari ini menyelar tindakan kerajaan yang menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan.

Tindakan itu dilihat sebagai satu usaha terdesak UMNO-BN yang sekarang sudah kehabisan modal untuk menjawab segala kepincangan parti kerajaan terhadap pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini.

Suara Keadilan menerima surat daripada KDN tengah hari tadi manakala Harakah pukul 4.55 petang menerusi faks.

Harakah yang menerima surat tunjuk sebab 26 Februari lalu dikatakan melanggar tiga perkara iaitu menyiarkan kandungan isu-isu semasa, menjual secara umum kepada bukan ahli dan tidak menyerahkan salinan setiap edisi tepat pada masa yang ditetapkan.

Harakah diterbitkan dua kali seminggu manakala Suara Keadilan pula setiap minggu.

Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan penggantungan tersebut.

"Memang benar kami (KDN) telah menggantung lesen kedua-dua akhbar itu (Harakah dan Suara Keadilan) berkuat kuasa hari ini.

"Kami bukan ingin menyekat kebebasan akhbar di negara ini tapi mereka (Harakah dan Suara Keadilan) masih lagi menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan," kata beliau.

Kedua-dua akhbar berkenaan dikenakan tindakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata surat penggantungan itu telah diterima di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

"Kita terima surat penggantungan dari KDN hari ini. Namun tiada sebarang sebab dikemukakan," katanya.

Tegasnya, tindakan tersebut jelas bermotifkan politik.

"Ini satu serangan kepada kami (PKR), nampak sangat mereka (Barisan Nasional) menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menyekat kebebasan akhbar di negara ini.

"Mengapa tindakan menggantung Suara Keadilan dilakukan menjelang pemilihan Umno dan tiga pilihan raya kecil yang akan berlangsung 7 April ini?Kenapa tidak dari tahun lalu lagi?," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau yang juga ADUN kawasan Batu berkata, BN takut maklumat tentang kelemahan serta kerapuhan dalam parti itu dipaparkan oleh media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah.

"Mereka takut mengenai kelemahan pemimpin dipaparkan akan menunjukkan kerapuhan BN. Jadi mereka ambil jalan mudah dengan menyekat pengedaran akhbar parti pembangkang supaya makluma ini tidak sampai kepada orang ramai," katanya.

Seorang pensyarah di sebuah universti tempatan hari ini menganggap tindakan KDN tersebut akan hanya menimbulkan kemarahan rakyat yang selama ini hanya mempunyai beberapa akhbar alternatif untuk mendapatkan berita disamping akhbar-akhbar arus perdana.

"Langkah kerajaan menggantung permit akhbar kepunyaan pembangkang jelas menunjukkan percubaan untuk menjadikan rakyat negaranya bodoh, tidak kritikal dan seterusnya mewujudkan golongan rakyat yang berminda beku dan ini adalah penghakisan terhadap nilai-nilai demokrasi yang menjamin penyebaran maklumat serta perbincangan sehat," jelasnya.

Rakyat umumnya melihat tindakan kerajaan yang menggantung permit harakah dan Suara Keadilan sebagai langkah kerajaan UMNO-BN menghalang parti berkenaan menyampaikan maklumat kepada penduduk dan rakyat negara ini terutama menjelang kempen pilihanraya di tiga tempat 7 April ini.

"Namun, tindakan Syed Hamid pasti gagal. Rakyat akan lebih bersimpati dan akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat," kata seorang ketua cawangan PKR di sini hari ini.

"Syed Hamid akan bertanding di dalam pemilihan UMNO untuk jawatan naib presiden. Beliau ketandusan isu. Beliau mengharapkan tindakannya ini akan mendapat sokongan ahli UMNO dan beliau mengharapkan tindakannya menggantung Harakah dan Suara Keadilan mampu memberikan undi sokongan kepadanya di dalam pemilihan UMNO nanti," tambahnya.

"Tindakan beliau juga sebenarnya memperlihatkan kerajaan terlalu takut dengan isu-isu yang banyak tidak dapat dijawab oleh mereka. Akhirnya mereka menuduh akhbar tersebut menghasut dan menggunakan kuasa untuk pancung akhbar itu supaya hujjah pembangkang tidak dapat disampaikan kepada rakyat," katanya lagi.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com/2009


Komen: Kalau nak cerita pasal berita fitnah, berita tidak benar dan menghasut, mengapa fokus dan tumpuan hanya di tujukan kepada penyokong, ahli dan media Pakatan Rakyat. Aku cuma nak bagi 2 contoh sahaja. Banyak-banyak pun mengarut aje. Laporan Polis yang dibuat oleh Pakatan Rakyat pun dah berlori-lori agak nya. Boleh jual sebagai 'surat kabar lamaaaa'

1. Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dalam satu kenyataan sedikit masa lalu menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini. Ada kah ini bukan keyataan yang berbau perkauman dan hasutan. Tidak ada pun tindakan undang-undang diambil keatas nya. Aku selalu dengar kata-kata bahawa tidak ada sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mengatasi undang-undang......muhong aje.

2. Utusan Malaysia, oleh kerana ingin mendahului pesaing-pesaing nya menyampaikan berita terkini lagi sensasi dalam keputusan peperiksaan SPM 2006 telah membuat berita berbentuk spekulasi tentang pelajar cemerlang, sedang kan keputusan belum pun diumumkan lagi. Adik Nadiah Amirah Jamil diwar-war kan sebagai pelajar terbaik dengan 19 A1. Berbagai acara dirancang untuk meraikan kejayaan itu, walhal keputusan belum pun diumumkan. Kalau ia pun keputusan dah bocor, sabar lah. Ini tidak, gah tak tentu pasal, tup..tup..bila keputusan keluar, Utusan menyiarkan 18A dan 1B ia itu 14 A1, 4 A2 dan 1 B3 dan lebih memalukan lagi iaitu ada seorang lagi dari Kelantan yang dapat keputusan lebih baik dari adik Nadiah ia itu Adik Siti Fatimah Mukhtar. Adik Siti Fatimah mendapat 17 A1 dan 1 A2.

Isu ini kemudian menjadi hangat dimana Menteri Pelajaran Malaysia melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang telah menyiarkan berita bahawa adik Nadiah akan dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM 2006 (Buletin Utama TV3, 12 MAc 2007)

Perdana Menteri Malaysia pula mengarahkan agar akhbar yang menyiarkan berita itu agar meminta maaf di atas kesalahan menyiarkan berita kejayaan tersebut (Bernama.Com, 12 Mac 2007)

Aku tak pasti adakah Utusan pernah mintak maaf dalam hal ini.

Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...