07 March 2009

PAS dan PKR turut serta maka ia bertukar menjadi perhimpunan haram? Tetapi jika UMNO turut serta ia menjadi halal?

http://i566.photobucket.com/albums/ss102/adios81city/bahasa_protes_dua_new.jpg

W
alau apa pun alasan yang diberikan oleh Polis untuk mewajarkan mereka menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, ia tidak dapat diterima sebagai tindakan yang waras kecuali hanya menjelaskan lagi kebenaran bahawa polis yang ada pada hari ini adalah polis yang berpihak kepada kerajaan UMNO-BN.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyatakan, kumpulan itu yang pada awalnya diketuai oleh Pengerusi Gapena Datuk Hassan Ahamd, Datuk A Samad Said dan Dr. Shaharil Md Zain, bersetuju untuk tidak mengadakan perhimpunan atau demonstrasi semasa perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohd Sabtu Osman.

“Mereka bersetuju menghantar wakil ke Istana selepas solat Zohor tetapi bila parti PAS dan PKR telibat, ia bertukar menjadi satu perhimpunan haram."



“Kami tiada pilihan kecuali menembak gas pemedih mata untuk menyurai mereka yang tak mendengar arahan polis,” tambahnya.

Kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan telah ditentang oleh beberapa orang pemimpin PAS dan PKR yang turut hadir di dalam perhimpunan petang ini.

"Apakah kerana PAS dan PKR turut serta maka ia bertukar menjadi perhimpunan haram? Tetapi jika UMNO turut serta ia automatik menjadi halal?" tanya seorang pemimpin PKR.


"Jelas sangat melalui kenyataannya, Musa Hassan ini pengampu kepada UMNO-BN. Beliau bukan Polis untuk seluruh rakyat Malaysia. Beliau awal-awal sudah ada persepsi negatif terhadap Pakatan Rakyat," tambahnya.

Seorang pemimpin PAS menyatakan bahawa tindakan polis yang menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan peserta adalah mengikut arahan pihak atasan mereka yang takut dan malu kepada menteri UMNO-BN.

"Sebenarnya tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya sana-sini yang menyebakan berlakunya kesesakan lalulintas, bukan disebabkan oleh peserta-peserta perhimpunan," tambahnya mengulas kenyataan Musa yang menyatakan perhimpunan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Pihak peserta perhimpunan mendesak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir supaya membawa hal ini ke Parlimen untuk mengusulkan satu bantahan keras terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berkenaan yang jelas bersifat berat sebelah dan prejudis.


"Semua hal yang karut dari polis ini mesti dihentikan segera. Beliau tak ada kelayakan untuk memegang jawatan sepenting itu di dalam negara kita. Seorang Ketua Polis Negara mesti seorang yang waras fikiran dan bukan bertindak mengikut kepentingan parti pemerintah semata-mata," jelas seorang pensyarah dari fakulti Bahasa dari sebuah universiti tempatan.


"Amat memalukan bila polis Malaysia bertindak macam binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu. Maaf ler saya kata mereka macam binatang sebab mereka anggap rakyat ni macam bintang yang mereka boleh lakukan sesuka hati mereka," jelas seorang peserta.


Sumber: greenboc.blogspot.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...