Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 March 2009

Bakal PM patut saman akhbar Perancis 'Liberation' dan Arnaub Dabus

Sebuah akhbar Perancis mendakwa TPM DS Najib Tun Razak pernah bertemu mangsa pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama-sama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Wartawan Liberation, Arnaub Dabus melaporkan hari ini, Najib didakwa pernah bergambar bersama-sama, (yang didakwa sebagai pasangan kekasih) bertentangan dengan apa yang dinafikan sebelum ini.

Najib menafikan pernah mengenali atau bertemu Altantuya yang mati dibunuh. Beliau juga bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua anggota polis UTK, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.


Dubus melaporkan bahawa pada saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam dan kemudian diletupkan

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak, lapor Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok. Beliau juga berhasrat mendedahkan kaitan pembunuhan wanita itu dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan Malaysia, melalui bukunya akan datang


Sumber rujukan:
1. terjemahan dari akhbar perancis (edyesdotcom.blogspot.com)
2. The Altantuya Shaaribuu's case (Malaysia Today)
3. Najib pernah jumpa Altantuya (anuarhashim.com)

Komen:

Berkaitan tulisan akhbar Liberation, aku teringat bahawa sepupu Altantuya iaitu Amy pun mendakwa pernah melihat gambar mereka berdua. Dakwaan Amy itu dibuat di mahkamah dan yang pelik bin ajaib nya ialah mahkamah tidak minta gambar itu untuk bukti sama ada Amy berbohong atau tidak.

Nampak gaya nya satu demi satu jari menunding ke arah Datuk Seri Najib dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Kasihan, semakin hampir beliau akan mengambil alih kuasa, samada sebagai Presiden UMNO atau Perdana Menteri, semakin banyak pula pekong dan nanah yang selama ini cuba disorokkan mula mengeluarkan bau. Makin lama bau itu semakin kuat dan mula meloyakan kepada sesiapa yang tercium. Di samping itu jerat dan perangkap yang dipasang oleh pihak yang tidak berkenan dengan DS Najib mula bingkas satu persatu. Isu di Perak juga menjadi tulang ikan yang sedang tersekat di kerongkong beliau.

Dakwaan terbaru yang dibuat wartawan Arnaub Dabus dari akhbar Liberation, Perancis ada lah satu dakwaan dan keyataan yang amat berat. Ia nya bukan setakat melibat kan DS Najib, tetapi melibat kan maruah negara secara keseluruhan nya.

Sebagai seorang yang akan menjadi Perdana Menteri, beliau mesti membersihkan nama dan kredibiliti beliau dan cara nya bukan lah setakat mendiamkan diri atau bersumpah atau senyapkan orang yang bercakap dengan ISA dan lain-lain lagi. Aku sendiri tidak lah begitu tahu cara bagaimana harus DS Najib buat, tetapi paling tidak pun mungkin boleh buat saman fitnah terhadap mereka yang menuduh DS Najib. Buat macam Saiful Azlan saman Pahang daily. Nama DS Najib akan bersih, duit pun dapat dan sudah tentu DS Najib akan naik menjadi Perdana Menteri dengan bergaya. Itu hanya pendapat tak pandai aku.....

p/s: tunggu berita dalam TV kalau-kalau ada berita 'berkaitan', habuk pun tak de.

Sekian

Di bawah ini adalah salah satu komen menarik yang aku jumpa di Pahangdaily online :
peminat tuya said...

nk tanya skit.....klau najib jd PM Malaysia berani ke dia lawat perancis atau mongolia?...kat surat khabar perancis cerita najib ,baginda & tuya bkn main hangat lg sbb syarikat perancis DCNS juga terlibat...syrkt AMARIS yg jual 2 biji Scorpene & satu Agos submarine telah d beli oleh DNCS pd thn 2007.
utk pengetahuan umum FSB(ex-KGB) pun brminat gak ngan kes tuya ni
berminat? carry on at http://sjsandteam.wordpress.com/

najib & baginda famous now kat europe...hehe...

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...