26 November 2012

Islam diantara dua darjat dan cakap tak serupa bikin


Sultan Pahang dukacita dengan kenyataan Nurul Izzah
KUANTAN 15 Nov. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.

Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.

Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November.

Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.

"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah... ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya. - BERNAMA - http://www.utusan.com.my/utusan/DalamNegeri
-------------------------------------------------------------------------------------
Aku cuma nak kata: 
Sementara itu dibawah ini adalah video majlis harijadi Sultan Pahang dan Putera nya yang gilang gemilang. Putera Sultan Pahang bernama Putera Falaq berusia 18 tahun dan Sultan pahang pula berusia 81 tahun ketika majlis itu disambut tahun lepas 2011. Itu sebab guna 18 dan 81. Hebat. Moga sihat selalu dan panjang umur. Daulat tuanku.
  
 Sambutan Hari Lahir Ketua Agama Pahang
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

15 November 2012

Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 H


Asalamualaikum dan Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1434 Hijrah kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat. Mari lah kita berhijrah dan berubah kepada kebaikan. Jangan dipersia2kan baki umur yang semakin tinggal sedikit. Insyaallah!.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

05 November 2012

Siapa punya syarikat AES?

Pembangkang dakwa AES dikuasai kroni Umno
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menurut pemimpin pembangkang diberikan kepada kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang. Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor. Jelas Chang lagi, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, antara tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.

“Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat. “Sementara itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ekoran pendedahan yang dikemukakannya itu,  Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta mendapat tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media berasingan turut mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), sedangkan pelaksanaannya sudah pun dilakukan sejak bulan lalu. “Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? “Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
.....................................................................................................


Aku cuma nak kata:
Kalau ye pun nak didik rakyat ke, nak saman ke, yang bagi syarikat swasta buat tu apa pasal?. Nampak sangat nak bagi makan kat kroni. Polis dan JPJ tak boleh buat sendiri ke?.Kalau tak cukup anggota, tambah lah. Mengapa pulak bagi orang lain buat?. Di situ sudah nampak ada yang tidak kena dan yang mesti kena ialah rakyat. Macam lah rakyat ni semua dungu.

* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...