Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

05 November 2012

Siapa punya syarikat AES?

Pembangkang dakwa AES dikuasai kroni Umno
Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Tender pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menurut pemimpin pembangkang diberikan kepada kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang. Chang mendakwa, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor. Jelas Chang lagi, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atkah Abdullah, antara tokoh pemimpin Umno yang disegani di Johor.

“Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat. “Sementara itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ekoran pendedahan yang dikemukakannya itu,  Chang mencabar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap Sdn Bhd. Beta Tegap merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta mendapat tender pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media berasingan turut mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), sedangkan pelaksanaannya sudah pun dilakukan sejak bulan lalu. “Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? “Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa
.....................................................................................................


Aku cuma nak kata:
Kalau ye pun nak didik rakyat ke, nak saman ke, yang bagi syarikat swasta buat tu apa pasal?. Nampak sangat nak bagi makan kat kroni. Polis dan JPJ tak boleh buat sendiri ke?.Kalau tak cukup anggota, tambah lah. Mengapa pulak bagi orang lain buat?. Di situ sudah nampak ada yang tidak kena dan yang mesti kena ialah rakyat. Macam lah rakyat ni semua dungu.

* Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...