30 July 2010

Skandal PKFZ: Tangkapan hanya Sandiwara PRU13?


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam bagi menghadapi tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – utusan / hanafi khamis

Apabila Tun Dr. Ling liong Sik didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, aku langsung tidak merasa terkejut. Hanya media pro kerajaan saja yang melebih lebih terkejut nya dengan tangkapan yang juga dianggap seorang yang berprofil tinggi. Tinggi apa benda nya?. Beliau cuma bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden MCA. Kalau masa beliau masih dalam jawatan tersebut, baru lah betul berprofil tinggi.

Dari persepsi aku, mengapa tangkapan ini berlaku ?

1. Sudah pasti untuk membuktikan bahawa kerajaan telus dan tidak memilih bulu. Inilah peluru kepada BN untuk menyerang balas sebarang tuduhan bahawa DS Najib tidak komited untuk memerangi rasuah.

2. Sudah terlalu banyak skandal yang tidak boleh ditutup bau busuk nya. Mau tidak mau tindakan perlu diambil untuk mengurangkan 'damage' dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir.

3. Kerajaan pimpinan DS Najib sebenar nya semakin tidak popular dan dibenci. Kenaikan harga minyak dan gula semakin membuat rakyat benci kerana bukan saja harga naik tapi juga rasa ditipu dengan istilah yang ramai rakyat tidak faham. Oleh itu penangkapan dan dakwaan terhadap 'jerung yang dah tak ada gigi' ini diharap dapat lah sedikit sebanyak mengalih perhatian rakyat.

4. Tun Dr. Ling dituduh menipu Kerajaan Malaysia. Siapa ketua kerajaan masa itu?. Mengapa orang boleh kena tipu?. Sama ada penipu itu orang pandai dan yang kena tipu itu bodoh? atau bersetongkol?. Mungkin ada orang sudah bosan dengan bekas ketua yang masih lagi nak bercakap walaupun sudah tidak jadi ketua. Sendiri fikir lah.

5. Kemelut PKFZ akan hilang dari pantauan dan diperkatakan umum, seperti kes-kes yang lepas, bahawa sebarang perbincangan kes sebelum dan semasa mahkamah bersidang adalah dianggap bersalahan, kerana perbincangan rakyat akan menjejaskan sebarang penghakiman mahkamah. Itu lah nanti alasan yang digunakan.



.....dan agak agak apa kesudahan nya ?

1. Perbicaraan akan berlarutan sehingga lepas PRU13. Kalau BN masih menang, Tun Dr.Ling akan bebas. Alasan boleh bagi macam macam sebab tak ada sesiapa boleh mempertikaikan hakim, nanti akan di tuduh menghina mahkamah. Ada sesiapa masih ingat kepada kes Perwaja yang melibat kan mendiang Eric Chia. Akhir nya Eric Chia lepas dan duit yang hilang tak tahu siapa yang ambil. Begitu juga dengan kes Perlantikan hakim (Video V.K Linggam @ Correct, correct, correct). Bila saksi dipanggil beri keterangan, senang saja jawab "saya lupa".

2. DS Anwar Ibrahim meminta supaya jemaah menteri masa itu juga disiasat. Beliau menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian. Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Buat lah andaian sendiri. Aku tak nak kata apa apa.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

28 July 2010

Tun M: Tony Blair dibayar RM1 juta untuk berucap di Malaysia


Tun M memberikan ucap utama dalam seminar penulis blog dan media sosial Asian di Berjaya Times Hotel, Kuala Lumpur-gambar ehsan minaq jinggo

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kehairannya terhadap akhbar negara ini yang didakwa menggelapkan isu penting, antaranya berhubung isu antarabangsa.

Katanya, ia termasuklah tindakan kerajaan Britain mengheret bekas perdana menterinya Tony Blair ke inkuiri kerana didakwa terlibat dalam sejarah perang di Iraq suatu masa dahulu.

"Ia bukan lagi perang antara tentera dengan tentera, tetapi bagaimana tentera membunuh orang awam...

"Tetapi tidak ada sepatah perkataan pun tentang perkara ini dalam media tempatan kita.

"Tidak ada laporan langsung tentang pembohongan Blair," kata Dr Mahathir.

Sebaliknya, dakwa Dr Mahathir, Blair malah dibayar sebanyak sebanyak RM1 juta untuk memberikan ucapan di negara ini semata-mata untuk "menceritakan pembohongannya".

Pada 24 April lalu, lebih 200 anggota pelbagai NGO serta rakyat Iraq di negara ini berhimpun membantah kedatangan Blair bagi berceramah di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, anjuran sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura, Success Resources Company. - malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
Tun M dah lupa agak nya. Dulu semasa beliau ditampuk kuasa, banyak juga benda yang beliau kongkong. Berani ke akhbar yang pro kerajaan mengambil risiko untuk berhadapan dengan berbagai bagai akta yang bila bila masa saja boleh dimanipulasi oleh kerajaan untuk memberi hukuman kepada mana mana penerbitan yang tak selari dengan kerajaan.

Bila sudah tidak berkuasa, baru lah beliau perasan bahawa media dan akhbar yang ada kat Malaysia ini tak prihatin dengan isu isu penting. Apatah lagi kalau isu tersebut, tempias nya kena pada kerajaan sendiri. Tidak banyak cerita yang berat berat untuk rakyat berfikir. Ye lah...kalau aku jadi editor pun, nak buat apa cari penyakit. Lebih baik cerita pasal artis kawin cerai, rogol, propaganda, kemalangan jalanraya, cerita tahyul dan cerita merapu.

Lagi pun Tony Blair dengan Tun M pun bukan kah banyak persamaan nya. Kalau Tony Blair berbohong, Tun M pun rasa nya boleh tahan juga....masa dulu lah kan...

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

26 July 2010

Batang Ai Sarawak: Satu catatan pengalaman III (Longhouse Resort)



Hari isnin, lepas minum jam 10.00 pagi kami pergi ke empangan untuk melihat keindahan dari tasik dan bagaimana 'routine maintenance' di lakukan dalam pemeriksaan empangan. Selepas pemeriksaan empangan, atas ehsan Pengurus Stesen En. Azhari Mohtar kami bersama beliau menaiki bot pergi ke Hilton Batang Ai Longhouse Resort. Kebetulan pula enjin bot baru saja di servis/rombakrawat dan belum di 'test' lagi. Ini lah masa nya untuk 'test'.


Dari kiri En. Gundah, En. Azahari & Aku didepan pintu gerbang resort

Perjalanan dari pengkalan di empangan ke resort tersebut memakan masa lebih kurang 10-15 minit. Aku rasa pemandu bot bawa memang laju.

Resort yang terletak di sebuah pulau ditasik tersebut memang cantik, aman dan damai. Kepada pasangan pengantin baru, tempat ini amat sesuai untuk berbulan madu, cuma yang tak tahan nya mungkin perbelanjaan nya lah.

Yang ramai menginap disini adalah 'Mat Salleh'. Tempat diaorang mana ada hutan macam ditempat kita. Hutan diaorang, kalau ada pun hidup segan mati tak mahu.

Masuk saja ke lobi resort, aku ternampak lukisan lukisan yang tergantung di dinding adalah lukisan sahabat aku seorang pelukis terkenal Kasim Abas. Lukisan nya menggunakan 'water colour' dan bertema kan Sarawak.



En.Yusof meminta kepada salah seorang penyelia resort untuk melihat lihat lokasi bilik penginapan. Dia kata, kalau OK dia nak bawa isteri & family dia. Penyelia itu bawa lah kami meninjau bilik penginapan yang ada. Yang murah, macam biasa lah dan yang suite mahal pulak 2 tingkat. Semua nya berkonsepkan Longhouse (rumah panjang).






Suite 2 tingkat. Di dinding lukisan Kasim Abas


kawasan kolam renang


Nasi goreng dalam mangkuk, sedap tapi seksa nak makan

Lepas meninjau bilik kami makan tengahari, nasi goreng dan laksa sarawak. En.Yusof belanja. Yang aku tak faham mengapa nasi goreng diaorang letak dalam bekas berbentuk mangkuk. Mangkuk ayun betul, potong stim. Punya lah susah nak makan. Agak nya nak style sangat kot. Aku komplen, tapi pelayan nya senyum aja. Entah faham, entah tidak apa yang aku cakap. Lepas makan dan sembang kosong, kami semua balik ke pengkalan. Malam nanti ada barbecue sebab besok kami akan balik.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

25 July 2010

Batang Ai Sarawak: Satu catatan pengalaman II (Lubok Antu)

Semalam hari sabtu aku dan yusof pergi ke Bandar Sri Aman yang jarak nya lebih kurang 80 km. Bandar nya besar lah juga. Kami jumpa kedai mamak (disini dipanggil tamby tapi kalau oder tetap mee mamak bukan mee tamby). Kami pekena roti canai dengan teh tarik. Dah seminggu aku tak kena teh tarik. Oleh kerana bandar nya tak berapa besar, kami bertemu/berselisih dengan ramai staff power station. Yang berkeluarga membawa anak dan isteri dan yang bujang akan berkumpulan dan memang mereka akan ke Sri Aman seminggu sekali sebab itu lah bandar terdekat.


Pasar Lubok Antu



Oleh kerana pagi ahad ini tak ada banyak benda yang aku nak 'shoot', Mano (Kesumariano bin Hussaini) dan geng dia ajak kami pergi 'ngirup' di Lubok Antu. Sampai disana lebih kurang jam 10.00 pagi.

Tidak seperti hari hari biasa, hari ahad ada pasar pagi dan ramai orang disini. Oleh kerana dekat dengan sempadan, orang dari seberang pun ada berniaga dan beli barang disini. Berbagai barang keperluan dan makanan dijual. Makanan eksotik seperti landak, ular sawa dan musang pun ada tetapi untuk mendapatkan nya kena lah datang pagi pagi, sebab kalau lambat tinggal sangkar saja lah.

Kami semua 'ngirup' di 'food court' yang bercampur baur gerai orang Islam dan bukan Islam. Aku mintak teh tarik tapi diaorang tak reti nak buat. Yang ada, teh + susu dan kacau sendiri.


Aku dan Mano


Mano tengah tawar menawar harga

Lepas minum, yang lain lain buat hal masing masing. Mano bawa aku dan Yusof jalan jalan sekeliling pekan kecil tersebut untuk cari cenderahati untuk dibawa pulang. Lagi pun kalau ada orang tempatan boleh dapat murah sikit. Kalau beli di Kuching, harga nya mahal. Akhir nya rabak lah juga 2,3 ratus.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/

21 July 2010

Batang Ai Sarawak: Satu catatan pengalaman I







Sudah 4 hari berada di Sarawak ia itu di Batang Ai. Sahabat aku Yusof Noh ajak aku menemankan dia ke sana untuk satu lawatan bisnes/training ke Batang Ai Dam (empangan) dan Batang Ai Hydroelektric Power Station. Oleh kerana aku pun tak pernah jejak kaki ke Sarawak dan tiket kapal terbang semua ditanggung beres, maka aku pun tak mahu lepas kan peluang ini. Bertolak dari KLIA 18/7/2010 jam 10.30 pagi dan sampai di Kuching jam 12.30 thg.

Tugas aku selain melancung adalah sebagai pemandu dan jurugambar video. Aku ikut sahabat aku ini untuk melihat dan mengambil gambar/video bagi tujuan latihan (on job training) bagi staff baru Sarawak Energy. Kebetulan, salah satu unit di Batang Ai Hydroelectric Power Station akan dihenti tugas bagi tujuan 'Annual Inspection'.




Pemandangan tasik yang cantik diatas bukit berhampiran empangan Btg.Ai


gerai makan yang semua nya 'non halal' diatas bukit berhampiran empangan Btg.Ai

Kami menginap di 'rest house' SESCO Township berhampiran Power Station (2 KM). Makanan halal memang susah disini. Hanya terdapat di Pekan Lubok Antu yang jauh nya lebih kurang 20km. Di Lubok Antu lah terdapat satu satu nya perkampungan Melayu/iban Islam dan ada masjid untuk Solat Jumaat. Masjid nya pun kecil saja, besar surau. Kata staff yang berugama islam, kalau solat jumaat, kadang kadang tak cukup korum 40 orang. Paling ramai jamaah ialah semasa pilihanraya kecil Batang Ai tahun lepas. Majoriti disini adalah penganut kristian, sebab itu gereja amat banyak disini.

Setelah bergaul dengan staff Batang Ai Power Station selama 4 hari ini aku berpendapat bahawa dari segi kerja, mereka semua telah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia yang dicanang oleh DS Najib. Kerja mereka secara berpasukan amat mengkagumkan. Staff nya ada berbagai kaum yang antara nya Iban, Bidayuh, India, China dan Melayu. Yang best nya bila mereka berkomunikasi guna bahasa malaysia dialek Sarawak. Oleh itu mereka tak heran sangat dengan 1 Malaysia.

Kehidupan malam disini memang tiada langsung. Balik kerja semua nya duduk rumah. Line handphone pula hanya Celcom yang agak meluas. Internet broadband pun lembab. Nak update blog pun punya lah lambat.

Insyaallah ada masa aku nak pergi ke Hilton Batang Ai Longhouse resort hari ahad. Aku balik semenanjung hari selasa, ada masa aku tulis lagi.....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

16 July 2010

Amaran: Jangan guna 'Barang Naik' atau singkatan nya BN

Semalam, satu taklimat kepada media diadakan oleh penasihat media perdana menteri. Tujuan nya ialah untuk jangan bagi rakyat marah sangat dengan tidak meletak kan tajuk 'barang naik' sebalik nya letak yang lunak sikit seperti “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Kalau boleh biar rakyat tak faham dengan istilah yang diguna, lagi bagus !.

Kalau nak sorok pun takat mana engkorang boleh sorok. Yang nak menanggung nya bukan bapak menteri dan Sang Al-gojo yang mengampu.

Aku pun tak kisah sangat naik nya harga barang sebab aku rasa macam mampu menghadapi nya. Yang aku kisah kan ialah anak anak aku, kawan kawan dan saudara mara yang miskin, tukang sapu kat tempat aku yang gaji RM550, budak budak remaja pekerja kontrak yang pergi kerja pun berbaju T berlambang dacing atau bertulis PEMUDA bla..bla.... Macam mana mereka nak bergelut meneruskan kehidupan, sedang kan sebelum harga barang naik pun, bila tengah bulan jumpa tauke mintak 'advance'. Bagaimana pula dengan penganggur yang aku pun tak tahu berapa statistik nya ?.

Tidak mustahil kah dengan kenaikan harga terbaru, jenayah rompak, samun dan ragut akan meningkat ?. Kalau mereka rompak atau samun bank ke, kedai emas ke, tak apa lah jugak sebab bank dan kedai emas ada insuran. Ini nanti yang kena samun/rompak rumah orang kaya dan biasa nya yang banyak kaya ialah orang UMNO. Pencuri kecil kecilan pulak akan curi kasut, basikal (basikal anak aku baru saja hilang, tetapi tidak kena mengena dengan kenaikan harga barang). Pendek kata pantang lepa aja barang, habis kena kebas.


Bersiap lah menghadapi implikasi 'barang naik' yang cuba disorok kan.....


Sekian



Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan 'barang naik' itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”.

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu. Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.- http://www.malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

15 July 2010

Lu tolong gua, gua tolong lu. 5 dalam 1 gua kasi suma naik



Apabila ada kenaikan harga, kenyataan bodoh yang menyakitkan hati bapak menteri ialah tidak membebankan. Kali ini DS Najib pula berkata penjimatan perbelanjaan kerajaan akibat dari kenaikan harga itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat. Faedah apa?. Bagi lah tau?. Hampir semua benda kena bayar, lagi cakap pasal faedah?. Faedah nya hanya untuk pemimpin pemimpim kerajaan BN dan sekutu nya.

Kalau tanya aku pasal apa kerajaan BN yang muka tak malu menggunakan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, ini antara jawapan aku:

1. Pilihanraya makin hampir. Duit tak ada. Kalau dulu duit ada disemua negeri kecuali Kelantan, tetapi sekarang duit di 4 buah negeri dah bukan mereka perintah dan duit nya pun tak boleh lah nak buat sesuka hati. Makna nya sumber pendapatan makin kurang.

2. Lesen judi sukan yang sudah lulus dan kemudian ditarik balik menyebabkan kerajaan BN tak dapat pendapatan dalam bentuk cukai dan sumbangan ikhlas tauke judi.

3. Apa yang dikatakan oleh DS Idris Jala bahawa Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi adalah benar. Sebab itu kerajaan BN kena bertindak sekarang untuk mengurangkan subsidi. Mengurangkan subsidi bermakna menaikkan harga produk. Kerajaan main istilah supaya rakyat tak terasa sangat sebab kalau sebut kenaikan harga barang, orang BN pun marah !.

Sekian


5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

* Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
* Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
* Diesel - RM1.75 seliter.
* Gula - RM1.70 sekilogram
* Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

14 July 2010

2 pegawai tentera british dan Gurkha di bunuh oleh tentera Afghanistan yang belot


Tentera Afghanistan semasa latihan

Tentera asing yang maut di Afghanistan semakin hari semakin meningkat. Baru baru ini 6 orang tentera Amerika terbunuh dalam serang hendap pejuang Taliban (baca sini).

Semalam seorang Komander Tentera British dibunuh di sebuah pangkalan tentera
di wilayah Helmand. Ia dibunuh semasa sedang tidur di tempat tidurnya oleh seorang tentera Afghanistan yang dipercayai belot.

Pembunuh itu kemudian nya membunuh 2 lagi tentera Britsh - termasuk seorang pegawai kedua dan askar Gurkha dengan menggunakan bom tangan roket (rocket-propelled grenade).

Ketua Ketua tentera bersekutu mengesyaki bahawa pembunuh mungkin telah ditempatkan dalam Tentera Nasional Afghanistan oleh pejuang Taliban.

Kementerian Pertahanan berkata ini adalah serangan yang di percayai dirancang. Pembunuhan itu memberi tamparan hebat kepada rancangan menyerahkan tanggungjawab Tentera bersekutu secara berperingkat kepada tentera Afghanistan pada tahun 2015.

Berita penuh & asal - http://www.dailymail.co.uk

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

12 July 2010

Pejuang Melayu kecoh di Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani


Mesyuarat UMNO tidak dapat tidak pasti akan ada berlaku kekecohan. Lebih lebih lagi kalau melibatkan ada nya pertandingan jawatan. Mungkin dah memang 'trade mark' parti parti komponen BN, kalau mesyuarat mesti ada yang kecoh dan baling kerusi terutama nya MIC, UMNO dan MCA.

Seperti yang lepas lepas, berlaku lagi kekecohan dalam mesyuarat UMNO. Kali ini berlaku di Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani yang diadakan di Sg.Petani Inn, Sg.Petani, Kedah pada 11 Julai 2010.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Ketua Bahagian Umno Sungai Petani, Ali Yahya, mahu menyampaikan ucapannya apabila sekumpulan perwakilan yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinannya bertindak menyerbu ke arah pentas.

Mereka langsung tidak memperdulikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang dijemput bagi merasmikan mesyuarat itu bersama Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd Raof Jusoh serta dua Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abd Azeez Abd Rahim dan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang berada di pentas.

Kekecohan terbabit ditenangkan Abd Azeez dan Abd Aziz yang meminta semua perwakilan terbabit bertenang.

Lihat lah klip video dibawah betapa tidak berdisiplin dan kurang ajar nya sikap segelintir ahli ahli UMNO (aku tak kata semua). Bagaimana kalau insiden ini berlaku dalam mesyuarat PAS, PKR atau DAP ?. Mahu hampir setiap hari akan menjadi tajuk utama Buletin Utama TV3 dan media arus perdana. SEKIAN

Artikel berkaitan: Mesyuarat Umno Sg Petani kecoh - http://www.bernama.com.my





Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

10 July 2010

Saman ekor: Penganiayaan yang diteruskan



Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. (baca disini)

Siapa sebenar nya yang tidak bertanggung jawab dalam isu saman ekor ini ?. Polis atau pengguna jalanraya ?. Jawapan nya Pihak Polis memang tidak bertanggungjawab dalam isu saman ekor ini. Saman ekor terang terang menganiaya pengguna jalan raya. Nampak sangat kerajaan BN melalui Polis menggunakan saman ekor ini untuk mengumpul duit yang banyak kerana pesalah tidak mempunyai pilihan.

OK lah kalau Polis nak memerangkap pesalah jalanraya dengan menyorok celah tiang 'flyover' ke, bawah jejantas ke, sebalik pokok ke, dalam longkang ke, dalam gerai tepi jalan ke. Lantak diaorang lah. Itu kan strategi mereka.

OK jugak kalau Polis nak tunggu dan pasang perangkap dekat dengan kawasan sekolah yang had laju nya 60 KM/J, tetapi jangan lah tunggu masa cuti sekolah hari sabtu atau ahad. Itu memang nak penaya orang tu. Kalau nak tunggu dan pasang perangkap pun pasang lah. Polis kan berkuasa. Tembak lah lazer kamera kepada kenderaan yang lalu lalang. Dah memang itu kerja diaorang kan!

Masaalah yang aku dan orang ramai tak puas hati dan pertikaikan ialah mengapa tidak ditahan pengguna jalanraya yang telah melakukan kesalahan dan berikan terus notis saman macam dulu dulu. Apa masaalah nya untuk tahan pengguna jalanraya?. Selama ini pun berlambak sekatan jalanraya yang kadang kadang dilakukan ditempat yang tidak munasabah yang menyebabkan 'Jem' berkilometer. Mengapa perlu guna strategi saman ekor ?. Apa motif pihak Polis berbuat begitu kalau bukan untuk menganiaya?.



Kerana saman ekor ini, seorang kawan aku sampai terpaksa tukar kereta kerana tak sanggup nak bayar saman ekor yang dia tidak buat dan juga berurusan dengan kerenah pihak Polis yang berkuasa. Bayang kan kalau tiap tiap bulan dapat 2,3 saman ekor. Dia tak puas hati dan nak tengok gambar. Oleh kerana saman ekor dibuat dilebuhraya Karak maka kawan aku ni terpaksa ke Balai Polis Trafik disana sedang kan dia di Kapar, Klang. Nak tengok gambar di Balai Trafik Klang tak boleh tetapi bayar saman boleh pulak. Tak ke itu menyusahkan orang nama nya.

Kawan aku dapat tengok gambar tu dan memang 'sebijik' dengan kereta milik nya sedang kan pada waktu dan tarikh saman ekor itu adalah hari bekerja dan dia menggunakan kereta tersebut di Kapar. Dia mengesyaki ada orang guna plat nombor kereta dia. Alasan apa pun dia bagi pada Polis, saman tetap kena bayar. Oleh kerana tak boleh tahan, kawan aku tu tukar kereta. Itu lah yang tak bagus nya saman ekor yang dipertikaikan.

Saman ekor ini juga akan membuatkan pelumba haram akan bermaharajalela lagi di jalan dan lebuhraya dengan menggunakan plat nombor orang lain yang kereta dan warna nya sama.

Kesimpulan nya, sesiapa yang melakukan kesalahan jalanraya memang perlu dikenakan tindakan tetapi bukan dengan saman ekor. Dulu Polis boleh buat dengan menembak laser dilebuhraya dan menahan mereka yang melakukan kesalahan di Plaza Tol. Kalau begini, aku dan ramai lagi rasa nya boleh terima. Mengapa sekarang tak boleh buat?.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

09 July 2010

Program Isra' Mi'raj: Ann Wang Seng di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar


Wah...Ann siap promosi lagi !!

Sempena menyambut Isra' Mi'raj, malam tadi selepas solat Maghrib bertempat di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar telah diadakan program ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang terkenal iaitu saudara Ann Wan Seng. Beliau memeluk Islam 13 tahun yang lalu (1996) seorang aktivis masyarakat. Antara jawatan kehormat beliau ialah Setiausaha Agung MACMA (Muslim Chinese Association Of Malaysia) dan setiausaha PERKIM.

Antara yang disentuh dalam ceramah tersebut ialah isu sebat Kartika Sari Dewi. Beliau bagitau semasa beliau berceramah di Kuantan, hakim yang menjatuhkan hukuman memberitahu dia bahawa ada 5 lagi yang kena hukuman yang sama (kalau tak silap). Yang lain merayu tetapi Kartika tidak mahu merayu kerana dia rasa benar benar insaf, dan lagi terlalu banyak pihak yang campur tangan. Isu lain disentuh selain Isra' Mi'raj termasuk lah kajian beliau berkaitan Black Metal dan murtad.


Sebahagian AJK Majlis menjamu selera. Aku bukan AJK, cuma duduk sembang saja. Dari kiri: Yunus, Tajaruddin, aku dan Sahur (MC)

Habis ceramah, solat Isyak berjamaah dan lepas itu semua yang hadir menjamu selera nasi beriani gam putrajaya. Saudara Ann tidak makan kerana sibuk melayan peminat dan pelanggan yang membeli buku buku yang ditandatangani oleh beliau sendiri. Antara buku yang aku beli ialah Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho dan murtad jangan pandang sebelah mata.


Beliau menandatangani sendiri buku buku yang kami beli

Hampir jam 11.00 malam baru lah Saudara Ann Wang Seng dapat menjamu selera. Beliau makan seorang manakala kami hanya menemankan sambil bersembang kosong. Aku tanya samaada beliau ada nama Islam atau tidak?. Beliau kata tidak ada nama Islam cuma ditambah bin Abdullah tetapi mengekalkan nama di kad pengenalan. Isteri beliau pula orang Permatang Pauh yang juga menjadi pembantu dalam menerbitkan buku buku tulisan beliau.


Dari kiri: Tajaruddin, Omar Abas, Yunus, aku dan abg. Hassan Imam. Ann (membelakang kamera) makan sorang sorang. Yang ramai ramai tu teman kan beliau saja. Beliau lambat makan sebab layan peminat beli dan tandatangan buku.


Ann Wang Seng bersama rakan sekelas yang dah 25 tahun tak jumpa, Rahman Jaafar

Sembang punya sembang, masuk cerita teman sekelas beliau iaitu Rahman Jaafar yang dah 25 tahun tak jumpa. Macam jejak kasih pulak dah. Aku 'call' Rahman dan kebetulan dia ada dirumah. 20 minit kemudian dia sampai dan makin panjang lah cerita cerita lama yang keluar. Kami semua bersurai hampir jam 1.00 pagi

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

04 July 2010

Kenang jasa Polis baik dan jangan lindungi Polis jahat

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Masyarakat dan generasi muda terutama pemimpin parti politik yang sering menuding jari dan mengkritik pihak berkuasa terutamanya polis, diingatkan agar mengenang kembali jasa-jasa pejuang tanah air yang banyak berkorban untuk negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keamanan yang dikecapi hari ini bukan datang secara bergolek sebaliknya hasil pengorbanan pejuang negara yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi mendapatkan kemerdekaan.

"Ini disambung dengan usaha berterusan pihak berkuasa termasuk polis dalam memastikan kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi akan terus berkekalan namun terdapat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicemuh dan dikritik masyarakat malah 'digigit' oleh wakil rakyat.

"Sikap sebegini hanya akan menghakis jati diri dan negara...jika serangan terhadap pihak polis berleluasa, bagaimana kita mahu menyuntik semangat kenegaraan kepada generasi baru," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Mengenang Jasa Pejuang Negara anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) di sini.

Beliau berkata pihak polis sering menjadi mangsa kritikan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang bermotifkan peribadi dan politik sempit, yang mana menuntut ketahanan dan kesabaran warga institusi itu.

Dalam pada itu, beliau berkata peredaran zaman serta perkembangan ilmu dan teknologi masa kini dapat memberi ancaman keselamatan lebih teruk berbanding ketika darurat.

Katanya, ancaman tanpa disedari seperti melalui dunia siber dapat menggugat keselamatan negara jika integriti pasukan polis sering diperkecilkan dan sekiranya tidak ditangani sejak awal.

"Cabaran yang dihadapi kini lebih getir, payah dan mencabar. Ia menuntut transformasi yang selari dengan teknologi dan peredaran zaman termasuk akta-akta sedia ada yang mungkin agak lapuk untuk diaplikasikan pada masa ini," katanya.

Beliau turut menyeru agar bekas polis kekal akrab dan terus bersama dengan kerajaan dalam menghadapi cabaran dari segi ekonomi ataupun politik semasa.

Beliau berkata segala cabaran dan realiti baru, nilai patriotisme, sikap sayang menyayang dan elemen kasih kepada negara mesti dimaknai dengan suasana dan realiti semasa. - Bernama

Aku cuma nak kata:



Aku yakin yang dikritik oleh masyarakat bukan lah institusi Polis secara keseluruhan. Ramai Polis jujur dan amanah dan ramai juga Polis jahat ibarat harapkan pagar tapi pagar makan padi. Masaalah nya ialah apabila Polis jahat ini melibatkan Pegawai kanan Polis. Jangan cerita lah pegawai Polis bawahan. Tambah parah lagi apabila pegawai jahat ini dibela dan dilindungi.

Tahu kah DS Hishammuddin Tun Hussein apa persepsi orang ramai apabila ternampak polis ?. Jangan lah asyik beretorik dengan kenangan lama. Aku yakin majoriti rakyat punya otak dan punya akal untuk menilai peranan serta jasa Polis. Harus diingat bahawa peranan polis adalah untuk ketenteraman dan keamanan rakyat dan negara keseluruhan nya dan bukan nya untuk ketenteraman dan keamanan pemimpin BN.


Nak tanya DS Hishammuddin Tun Hussein, Polis yang jahat pun kita nak kenang jugak ke jasa jahat dia......


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

01 July 2010

Hitler in the past and Israel Today

Hitler.................................Israel today



















Check Points not to allow people basic freedom of movement
















Arrests & Harassments
















Destroying Homes & Livelihoods






Gift (with love)IFTS from the children of peace-loving & civilized countries




























THE CLASSIC PROPAGANDA MACHINE - YOU WILL FIND THE PICTURE IN BLACK & WHITE IN ALL AMERICAN AND SOME OTHER WESTERN COUNTRIES HISTORY BOOKS, ENCYCLOPAEDIAS, LIBRARIES, MUSEUMS… THAT DEPICTS A YOUNG JEWISH BOY WITH HIS HANDS UP WHILE NAZI TROOPS POINT THEIR GUNS AT HIM AND HIS FAMILY IN ORDER TO EXPEL THEM FROM THEIR HOMES… (IT'S SUPPOSED TO MAKE YOU SYMPATHIZE WITH THE VICTIMS & TO SUPPORT THEIR CAUSE FOR JUSTICE & A HOMELAND)

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...