Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 July 2010

Program Isra' Mi'raj: Ann Wang Seng di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar


Wah...Ann siap promosi lagi !!

Sempena menyambut Isra' Mi'raj, malam tadi selepas solat Maghrib bertempat di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar telah diadakan program ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang terkenal iaitu saudara Ann Wan Seng. Beliau memeluk Islam 13 tahun yang lalu (1996) seorang aktivis masyarakat. Antara jawatan kehormat beliau ialah Setiausaha Agung MACMA (Muslim Chinese Association Of Malaysia) dan setiausaha PERKIM.

Antara yang disentuh dalam ceramah tersebut ialah isu sebat Kartika Sari Dewi. Beliau bagitau semasa beliau berceramah di Kuantan, hakim yang menjatuhkan hukuman memberitahu dia bahawa ada 5 lagi yang kena hukuman yang sama (kalau tak silap). Yang lain merayu tetapi Kartika tidak mahu merayu kerana dia rasa benar benar insaf, dan lagi terlalu banyak pihak yang campur tangan. Isu lain disentuh selain Isra' Mi'raj termasuk lah kajian beliau berkaitan Black Metal dan murtad.


Sebahagian AJK Majlis menjamu selera. Aku bukan AJK, cuma duduk sembang saja. Dari kiri: Yunus, Tajaruddin, aku dan Sahur (MC)

Habis ceramah, solat Isyak berjamaah dan lepas itu semua yang hadir menjamu selera nasi beriani gam putrajaya. Saudara Ann tidak makan kerana sibuk melayan peminat dan pelanggan yang membeli buku buku yang ditandatangani oleh beliau sendiri. Antara buku yang aku beli ialah Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho dan murtad jangan pandang sebelah mata.


Beliau menandatangani sendiri buku buku yang kami beli

Hampir jam 11.00 malam baru lah Saudara Ann Wang Seng dapat menjamu selera. Beliau makan seorang manakala kami hanya menemankan sambil bersembang kosong. Aku tanya samaada beliau ada nama Islam atau tidak?. Beliau kata tidak ada nama Islam cuma ditambah bin Abdullah tetapi mengekalkan nama di kad pengenalan. Isteri beliau pula orang Permatang Pauh yang juga menjadi pembantu dalam menerbitkan buku buku tulisan beliau.


Dari kiri: Tajaruddin, Omar Abas, Yunus, aku dan abg. Hassan Imam. Ann (membelakang kamera) makan sorang sorang. Yang ramai ramai tu teman kan beliau saja. Beliau lambat makan sebab layan peminat beli dan tandatangan buku.


Ann Wang Seng bersama rakan sekelas yang dah 25 tahun tak jumpa, Rahman Jaafar

Sembang punya sembang, masuk cerita teman sekelas beliau iaitu Rahman Jaafar yang dah 25 tahun tak jumpa. Macam jejak kasih pulak dah. Aku 'call' Rahman dan kebetulan dia ada dirumah. 20 minit kemudian dia sampai dan makin panjang lah cerita cerita lama yang keluar. Kami semua bersurai hampir jam 1.00 pagi

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...