30 April 2009

Cukai Pendapatan: Kalau boleh memang tak nak bayar !



Mengapa tidak ikhlas bayar cukai pendapatan?
Oleh Ahmad Lutfi Othman

30 April 09, Khamis adalah hari terakhir menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2008 dan kemudiannya membayar sejumlah wang selepas pengiraan tertentu kepada negara. Melalui media, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri memberi penerangan secukupnya, termasuk iklan TV, tentang keperluan setiap warganegara yang layak membayar cukai pendapatan untuk berbuat demikian tepat pada masanya.

Denda tidak serah borang


Saya sendiri pernah didenda ekoran tidak prihatin untuk mengisi borang taksiran kerana merasakan belum layak membayar cukai. Sehubungan itu, banyak juga wang yang terpaksa dilunasi, walaupun dibenarkan secara berjadual, hanya kerana kecuaian menyerahkan borang taksiran.

Walaupun diuar-uarkan wang pembayar cukai merupakan antara hasil terbesar pendapatan negara, dan akan dibelanjakan untuk pembangunan bagi kesejahteraan semua, namun realitinya, hasil titik peluh rakyat itu gagal diuruskan dengan berhemat dan beramanah.

Bayangkan, bagaimana sakit hatinya pembayar cukai - yang sebahagiannya terpaksa mengikat perut untuk menjelaskan tepat pada masanya - apabila melihat atau mengetahui dana awam dibazirkan untuk tujuan-tujuan tidak berfaedah, malah lebih teruk lagi seolah-olah diagihkan sesama kroni bagaikan sekumpulan penyamun membahagikan wang rompakan.

Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk dan apa jua istilah yang semaksud dengannya seperti tidak dapat disekat lagi walaupun BPR sudah bertukar menjadi SPRM, perdana menteri beralih tangan sambil menjanjikan usaha memerangi salahguna kuasa akan dipergiatkan sampai ke lubang cacing.

Mungkin sebab itu, bertambah ramai masyarakat kelas menengah, yang tentunya terdiri daripada pembayar cukai, tidak dapat lagi menyembunyikan rasa amarah terhadap pemerintah apabila wang poket mereka bagai dirompak di tengah jalan pada siang hari. Jalan mudah bertindak, seperti pernah dinasihati Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri, adalah dengan menggunakan peti undi semasa hari pilihan raya.

Dana awam dirompak


Sepanjang 20 tahun menjadi wartawan, saya melihat sendiri dana awam disalahgunakan secara sewenang-wenangnya, dengan jumlah yang cukup besar. Melalui prosedur yang sah, wang pembayar cukai yang dicurahkan kepada projek-projek pembangunan 'dihanguskan' tanpa segan silu.

Nilai projek, misalnya membekal dan memasang paip air di Selangor, yang sepatutnya tidak melebihi RM40 juta, dengan mudah ditingkatkan kosnya menghampiri RM100 juta. Kos jalan merentasi sawah di Tanjong Karang - yang tidak diketahui mengapa ia perlu dibina, dan diberikan kepada kontraktor yang disenarai-hitamkan - bernilai lebih RM93 juta sedangkan taksiran sebenar sepatutnya tidak melebihi RM50 juta pun.

Begitu juga dengan projek mengecat dan mengindahkan sebuah sekolah, yang subkontraktornya hanya diperuntukan RM120,000 tetapi nilai sebenar melebihi RM200,000. Saya tidak bercakap tentang sebuah sekolah tetapi ia melibatkan ratusan sekolah di seluruh negara. Projek membina sebuah istana, kos awalnya melebihi RM1,100 juta tetapi selepas didedahkan oleh Harakah, boleh pula diturunkan kepada sekitar RM600 juta.

Laporan Ketua Audit


Kita juga belum lupa Laporan Ketua Audit Negara 2006, antara lain mendedahkan bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Belum lagi diambil kira kos membina enam kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, ketika Dato' Seri Najib Menteri Pertahanan yang pada awalnya bernilai RM5.35 bilion, ditambah kepada RM6.75 bilion tanpa sebarang justifikasi. Audit tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan RM943.46 juta kepada kontraktor disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan. Kontraktor yang dipilih juga didapati tidak layak!

Rasanya tidak perlu kita dibebankan dengan lebih banyak fakta. Ia sudah cukup untuk membuktikan wang pembayar cukai tidak diuruskan dengan cermat, sebaliknya dieksploit untuk memperkayakan diri dan suku-sakat. Hatta wang yang diguna untuk kemudahan awam seperti sekolah, hospital, jalan raya juga dibazirkan dengan cara yang langsung tidak bertanggungjawab. Justeru, bila tiba waktu membayar cukai, ia terpaksa dilunasi dengan begitu berat hati.

Perlunya media bebas


Oleh itu, saya sentiasa menekankan agar media kita bebas untuk melaporkan segala kepincangan kerajaan terutama dalam menguruskan dana awam. Agensi pencegah rasuah mestidiperkasa dan bergerak independen tanpa kongkongan pemerintah, khususnya Perdana Menteri. Undang-undang antikorupsi harus mampu mencegah amalan rasuah yang kini semakin sofistikated. Penubuhan Ombudsman yang menyiasat pengaduan awam harus disegerakan.

Ketua Audit Negara pula mesti dilengkapkan dengan kemudahan yang mencukupi dan sumber kewangan bebas agar ia tidak menjadi seperti "pencuri memilih anjing penjaga". Jawatan itu mesti disandang oleh tokoh berintegriti tinggi dan bertanggungjawab dengan Parlimen. Selain itu, pendedahan harus disusuli tindakan perlu termasuk membawa ke muka pengadilan. Barulah nanti rakyat ikhlas membayar cukai ...


Sumber: http://www.detikdaily.net

Photobucket

29 April 2009

Kenyataan Husam Musa berhubung pencalonannya untuk Timbalan Presiden PAS


Sehingga hari ini saya rasa sebelum saya mengumumkan secara rasmi sama ada saya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau tidak. Saya perlu membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara terlebih dahulu.


Faktor pertama ialah, saya harus meneliti harapan daripada PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden.Sejauh mana mereka mengharap supaya saya bertanding. Saya harus menghubungi PAS kawasan-kawasan yang telah memberikan pencalonan mereka untuk mengetahui sebab-sebab mengapa mereka merasakan saya perlu bertanding. Dan jika sebab itu valid, Insya Allah barulah saya buat keputusan secara muktamad.


Faktor kedua ialah, saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya. Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, insya Allah.


Ketiga, faktor yang saya harus pertimbangkan adalah, adakah dengan penyertaan saya itu saya boleh mengukuhkan pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, dan bagaimana cara saya boleh berperanan untuk tujuan tersebut. Jawatan Timbalan Presiden PAS ditandingi sejak tahun 2005 dan sekali lagi pada tahun 2007. PAS tidak berpecah walaupun ada yang menang dan ada yang tewas.


Saya percaya bahawa tradisi dan nilai mulia dalam PAS masih kekal dan PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno dalam soal pemilihan ini. Cuma ada pihak-pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah ada perebutan kuasa yang sengit dalam PAS.


Suka saya nasihatkan pimpinan dan ahli-ahli PAS supaya menjaga etika sepanjang pemilihan ini supaya tidak memenuhi agenda media memperlihatkan PAS ini sama dengan Umno. PAS sebenarnya tidak sama dengan Umno, tetapi kadang-kadang cara kita bertindak boleh jadi silap dan memenuhi agenda media arus perdana yang dikuasai Umno-BN.


Kesilapan kita menyebabkan media gembira memetik maklumat dalaman yang boleh melaga-lagakan antara sesama pemimpin, sedangkan agenda media jelas, mahu menyamakan antara PAS dengan Umno.


Bagi saya jika terdapat perkara, yang ahli-ahli ataupun mana-mana pihak dalam PAS rasa menyalahi disiplin PAS, mereka perlu memaklumkan kepada parti dan saya berharap pimpinan-pimpinan tertinggi parti tidak berdiam diri mereka mesti memperlihatkan satu tahap displin yang tinggi supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan yang boleh merosakkan imej PAS yang telah dibina selama ini termasuk termasuk perpaduan sesama ahli.


Pada pendapat saya, Pilihan Raya Umum ke 13 adalah satu pilihan raya yang kritikal kepada semua parti-parti politik utama dalam negara kita. Ianya adalah penentuan samada PAS boleh menjadi teraju utama menggantikan Umno dalam politik negara.


Ini bermakna pertandingan yang lebih kritikal adalah di antara PAS dengan Umno. Jika PAS berjaya mendapatkan kemenangan diatas kerusi-kerusi yang sekarang ini dipunyai oleh Umno, maka PAS boleh keluar sebagai the main anchor party pada masa akan datang.


Jadi tiga faktor inilah yang harus saya pertimbangkan dan rundingkan dengan PAS kawasan-kawasan, ahli-ahli, sebelum saya memberikan kata muktamad saya untuk bertanding.


Pada tahap ini, saya merasakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Walaupun terdapat beberapa nama lain yang dicalonkan ke jawatan Timbalan Presiden, saya fikir tiada masalah untuk mengadakan muqabalah rakan-rakan yang dicalonkan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada mana-mana calon yang lebih mustahak di kedepankan.


Jika PAS boleh membuat muqabalah dengan Umno, maka saya merasakan tiada sebab untuk tidak boleh berunding dengan calon-calon jawatan tertinggi dalam PAS.


Bagaimanapun setakat pemahaman saya, PAS sendiri tidak pernah secara rasmi mempunyai pendirian terhadap perkongsian kuasa dengan parti pemerintah yang sedia ada.


Oleh kerana tidak ada apa-apa ikatan rasmi maka saya fikir, jalan yang lebih munasabah bagi PAS ialah untuk memperkuatkan parti, mendapatkan sokongan di kawasan-kawasan yang sekarang ini dikuasai oleh Umno.


Bagaimanapun, iika sekiranya arah tuju PAS dapat diperjelaskan dan tidak ada keraguan tentang hubungan hubungan sulit PAS dan Umno, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang-pemegang jawatan yang sedia ada.


Tetapi pada pendapat saya dari trend yang berlaku sekarang ialah wujudnya keraguan terhadap arah tuju PAS, dan masa kita singkat, saya yakin Pilihan Raya Umum ini akan dipanggil lebih cepat dan mungkin dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan daripada sekarang.


Jika PAS teragak-agak untuk menentukan arah tujunya, maka PAS akan kehilangan peluang persiapan yang secukupnya.


Jelas Muktamar Tahunan PAS yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak sudah membuat ketetapan untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Kemudian dalam pilihan raya-pilihan raya kecil pun ada kenyataan dan usaha bersama untuk berdiri atas platform Pakatan Rakyat, itu adalah yang telah dimuktamadkan dan kita kena harus bergerak di atas format yang telah dimuktamadkan bagi memenuhi agenda tersebut.


HAJI HUSAM MUSA

NAIB PRESIDEN PAS

29 April 2009

Kota Bharu, Kelantan

Kenyataan di atas disesuaikan dari sessi soal jawab dengan pihak media massa di Kilang Nur Abadi Garments, Zon Perindustrian Pengkalan Chepa pada 29 April 2009.


Sumber: http://www.husammusa.com

Photobucket

28 April 2009

Harga Ayam Daging Seluruh Negara Naik 40 - 60 sen

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen dan 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) hari ini.

Harga ladang ayam hidup kini naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram kepada RM3.80 sekilogram manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.

Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilogram daripada RM6.30 sekilo.

Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal yang mempunyai sijil 'Veterinary Health Mark' pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.

Pengerusi Unit Ayam Daging FLFAM Kwei Yew Tong berkata faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan ayam.

"Jika cuaca panas, pembiakan ayam serta penghasilan telur ayam juga akan terjejas tetapi jika cuaca hujan, ia mampu mengalakkan pembiakan ayam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber: BERNAMA



Photobucket

27 April 2009

Selsema Babi : Selepas ini Demam Babi?


http://lmnop.blogs.com/lauren/images/pig_kiss.jpg

Sebelum ini selsema burung dan sekarang selsema babi (Swine Flu) pula. Serius atau tidak, wabak ini telah pun meragut nyawa. Ia dikata kan berpunca dari negara Mexico dan dari 80 kematian, 20 disahkan adalah disebab kan selsema babi. Wabak ini menyerang dengan cepat. Ia lah sebab mereka - mereka ini makan babi macam kita makan ayam, maka cepat lah merebak nya apabila berlaku sesuatu wabak penyakit.

Prof. Robin Weiss, pakar dalam kuman virus Institut Kajian Kanser, London menyatakan : Babi mempunyai banyak kuman virus. Babi mempunyai kuman RETTROVIRUS yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak boleh dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh DNA babi itu sendiri. RETTROVIRUS adalah keluarga yang sama dengan HIV

Dalam konteks ini, aku berpendapat di Malaysia ini iaitu di Selangor yang ingin membuat projek ternakan babi besar besaran perlu mengkaji semula projek tersebut. Manakala di Negeri Sembilan, percepatkan pemulihan semula ladang ladang ternakan babi yang sedia ada atau kalau boleh hapuskan terus. Kalau untuk keperluan orang yang nak makan, rasa nya tak ramai. Kerajaan boleh import saja.

Tolong ingat sikit ye !!!, disamping untuk menjaga kepentingan orang yang makan babi, tolong jaga juga kepentingan orang yang tak makan babi. Tidak kah kita mahu mengambil iktibar dengan apa yang pernah terjadi ?. Lupa kah pada VIRUS NIPAH yang pernah menyerang babi-babi di Bukit Pelanduk ?.

Dulu di Malaysia Babi kena VIRUS NIPAH, sekarang berpunca di Mexico kena SELSEMA BABI dan akan datang mungkin ada 'DEMAM BABI' tapi akan berlaku dimana ye?

Firman Allah swt :”Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor” -[Surah al-Baqarah : 145]

Sekian.

Artikel Berkaitan:
1. Selsema babi & hukum Allah - http://ustjai.wordpress.com

Swine flu : The U.S. declared a public health emergency


Federal Police officers wear surgical masks to prevent from being infected by the swine flu virus, at the Command Centre in Mexico City on April 25, 2009. An outbreak of deadly swine flu in Mexico and the United States has raised the specter of a new virus against which much of humanity would have little or no immunity. The outbreak of the new multi-strain swine flu virus transmitted from human to human that has killed up to 60 people in Mexico is a "serious situation" with a "pandemic potential", the head of the World Health Organization said Saturday.


WASHINGTON 26 April 2009 -- The U.S. declared a public health emergency Sunday to deal with the emerging new swine flu, much like the government does to prepare for approaching hurricanes.

Officials reported 20 U.S. cases of swine flu in five states so far, with the latest in Ohio and New York. Unlike in Mexico where the same strain appears to be killing dozens of people, cases in the United States have been mild — and U.S. health authorities cannot yet explain why.

"As we continue to look for cases, we are going to see a broader spectrum of disease," predicted Dr. Richard Besser, acting chief of the federal Centers for Disease Control and Prevention. "We're going to see more severe disease in this country."

At a White House news conference, Besser and Homeland Security Secretary Janet Napolitano sought to assure Americans that health officials are taking all appropriate steps to minimize the impact of the outbreak.

Top among those is declaring the public health emergency. As part of that, Napolitano said roughly 12 million doses of the drug Tamiflu will be moved from a federal stockpile to places where states can quickly get their share if they decide they need it. Priority will be given to the five states with known cases so far: California, Texas, New York, Ohio and Kansas.

Napolitano called the emergency declaration standard operating procedure — one was declared recently for the presidential inauguration and for Midwest flooding. She urged people to think of it as a "declaration of emergency preparedness."

"Really that's what we're doing right now. We're preparing in an environment where we really don't know ultimately what the size of seriousness of this outbreak is going to be."

Swine flu case confirmed in Ohio

The Ohio Department of Health says a 9-year-old boy who recently traveled to Mexico on vacation with his family has a confirmed case of swine flu.

Health department spokesman Robert Jennings said Sunday the boy is recovering at his home in Elyria, in northern Ohio's Lorain County. The child's name was not released.

Jennings says the Centers for Disease Control confirmed the case, but officials do not know if the child has the same deadly strain of swine flu that has killed up to 81 people in Mexico.

Jennings says the boy displayed typical symptoms of the flu, including a sore throat and body aches. Jennings says the child returned from Mexico within the past two weeks.

Jennings says the boy's relatives are being tested for the disease, but they currently do not have any symptoms.


Source: http://www.zanesvilletimesrecorder.com


Photobucket

26 April 2009

Klip Video Pendengaran Awam terbuka berhubung BALKIS oleh SELCAT - Tonton dan nilai sendiri

Di bawah ini adalah wawancara Sunday Star (Shahanaaz Habib) dengan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo pada Ahad 19 April 2009

Former Selangor Mentri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo has come under a lot fire recently for purportedly misusing the state agencies’ funds for costly trips, family holidays and personal gain - something he vehemently denies.

Pakatan Rakyat which wrested the state in the March 8 2008 general election has set up a Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat) to probe the financial dealings of Balkis (the former Selangor Elected Representatives Wives Welfare Association headed by Dr Khir’s wife), to see if there was any wrongdoing or element of criminal breach of trust in the charity organisation.

Last month, the bosses of Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) and PKNS and others testified at the Selcat hearing and some of their disclosures were shocking - that RM1.7mil was paid for DisneyWorld and DisneyLand “technical” trips, RM200,000 for a Jogjakarta trip and that they paid the air tickets for Dr Khir’s maid to go on the trips and that they got instructions from the (then) Mentri Besar to sponsor Balkis events.

Denying any wrongdoing, Dr Khir who chose not to attend the Selcat inquiry, gives his side of the story. He also says that he will never forgive Pakatan Rakyat until he dies for smearing his reputation. Click to continue


Dibawah ini adalah rakaman video mengenai SELCAT berhubung BALKIS (23 Mac - 1 April 2009)

Rakaman Video ini diambil dari TVSelangor.com. Amat menarik untuk ditonton kerana baru lah kita tahu bagaimana mereka mereka yang berkaitan membelanjakan wang rakyat macam wang mereka sendiri.

Antara yang boleh disimpulkan ialah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) pada zaman Khir Toyo bertindak sebagai "juruwang" Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (BALKIS) untuk menganjurkan majlis makan malam, minum petang, melancong ke luar Negara dan serta mengadakan kegiatan sukan.

RAKAMAN- SELCAT berhubung BALKIS 25 Mac 09.




RAKAMAN- SELCAT berhubung BALKIS 30 Mac 09




RAKAMAN- SELCAT berhubung BALKIS 1 April 09
(Hari Terakhir - Bahagian 1)





RAKAMAN- SELCAT berhubung BALKIS 1 April 09
(Hari Terakhir - Bahagian 2)





RAKAMAN- SELCAT berhubung BALKIS 1 April 09
(Hari Terakhir - Bahagian 3)





25 April 2009

Kelab Penyokong PAS: Kami melihat PAS sebagai “yang paling berprinsip dan ikhlas”



http://2.bp.blogspot.com/_choyAtq4uVg/R2RJOcrG-FI/AAAAAAAAAGM/lbHfXXPn_wA/s400/gse_multipart7919%5B1%5D.jpg

B. Balendran seorang tipikal Hindu yang merayakan Deepavali dan tidak memakan daging lembu. Tetapi semasa waktu lapangnya, dia menghadiri majlis himpunan politik oleh PAS dan merekrut ahli-ahli baru untuk Kelab Penyokong PAS.

Dan dia secara aktif telah berkempen untuk Parti Islam SeMalaysia, sebuah parti yang dikatakan konservatif, sewaktu pilihanraya umum tahun lalu.

Jurutera berusia 25 tahun ini juga telah membawa dua orang adiknya dan beberapa rakan-rakannya yang lain untuk menyertai parti yang disifatkan sebagai parti yang terbaik untuk memerintah Malaysia.

Pandangan Balendran: “Jika PAS mengambil-alih Malaysia, saya amat gembira kerana tidak akan ada lagi rasuah dan Malaysia akan berada di dalam situasi yang baik.”

Kelab Penyokong PAS untuk bukan-Islam telah ditubuhkan pada 2004 dengan sekitar 100 orang ahli, kata pengasasnya, Hu Pang Chow.

Pada tahun lalu keahliannya menjadi 10,000, tetapi terus melonjak ke 50,000 semenjak pembangkang memperolehi kemenangan besar di dalam pilihanraya umum tahun lalu dan PAS menyertai Pakatan Rakyat, tambahnya.

Tidak seperti ahli-ahli biasa, mereka yang menyertai Kelab Penyokong ini menjadi ahli bersekutu dan tidak ada hak untuk mengundi di dalam pemilihan parti.

Jadi kenapa kaum bukan-Islam memilih PAS, tidak parti sekular DAP atau parti berbilang-bangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Hu menyatakan mereka yang menyertai kelab ini melihat PAS sbagai “yang paling berprinsip dan ikhlas”. Kupulan paling ramai ialah kaum etnik India.

Ada mereka yang mengelak untuk menyertai PKR, yang pada sesetengah kaum India sebagai tidak berapa kuat membela isu kaum India. Dan ada kaum India merasakan DAP terlalu kecinaan.

Kata N. Balasubramaniam, pengerusi kaum India di dalam kelab berkenaan: “DAP dan PKR mempunyai peraturan mereka sendiri, tetapi samada mereka mengikutinya atau tidak terpulang kepada mereka.”

Beliau menambah ini berbeza dalam PAS, dimana mereka betul-betul ikut ajaran Islam.

PAS sentiasa dimomokkan oleh pemimpin parti Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang akan melaksanakan versi Islam yang menakutkan di dalam Malaysia.

Tetapi Balendran berkata tidak ada apa yang nak dirisaukan tentang matlamat PAS untuk menubuhkan negara Islam atau melaksanakan hukum syariah termasuk hudud yang menyatakan pemotongan tangan (untuk kesalahn mencuri) atau rejam (untuk kesalahn zina) — kerana katanya undang-undang sedemikian dikuatkuasakan hanya untuk kaum Islam.

Penerimaan yang begitu ketara terhadap PAS oleh bukan_Islam terbukti jelas sewaktu pilihanraya umum Mac tahun lalu di mana Kumutha Rahman bertanding untuk parti tersebut. Beliau menggunakan lambang PKR kerana Perlembagaan PAS tidak membenarkan bukan-Islam untuk bertanding di atas tiketnya.

Sekalipun kalah, pencalonannya dilihat sebagai pemecah tradisi kepada kedua-dua parti Islam dan komuniti India.

Dan semasa kempen pilihanraya, kaum bukan Islam danri bangsa India dan Cina dengan secara terbuka mengibarkan bendera PAS dan membantu kepen dari rumah ke rumah.

Untuk kepastian, sebahagian dari keghairahan untuk menyertai parti politik oleh kaum India adalah ekoran dari perhimpunan HINDRAF pada November 2007, yang melihat kezaliman polis menghadiahkan mereka tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Kebanyakan mereka memilih parti pembangkang setelah kecewa dengan MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S. Samy Vellu yang sudah tidak popular di kalangan komuniti India.

Kejayaan selama 18 tahun PAS memerintah Kelantan juga telah meningkatkan kepercayaan di kalangan bukan-Islam terhadap PAS, kata Hu.

Ahli Sains Sosial Kemasyarakatan, Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia memebrrikan kredit terhadap pegangan keagamaan PAS yang menjadikan mereka popular.

“Ia menjadi ugama sebagai teras perjuangan dan persepsi bahawa ia lebih jujur dan mampu memperjuangkan kesaksamaan dan kebajikan rakyat,” katanya.

PAS juga telah mengurangkan retorikanya terhadap negara Islam dengan kemunculan pemimpin muda di kalangan mereka.

“Ia akan menjadi satu alternatif tersendiri pada masa akan datang jika Pakatan Rakyat gagal untuk mengekalkan gabungannya dengan PKR dan DAP,” katanya kepada The Straits Times.

PAS sekarang sedang berusaha untuk meminda perlembagaan bagi mewujudkan satu sayap untuk membolehkan keahlian penuh bagi bukan-Islam di dalam tersebut.

Ia dijangka akan berlaku pada tahun depan, sementara menunggu kelulusan dari ahli jawatankuasa pusay mereka dan kelulusan terhadap pindaan perlembagaan parti di dalam muktamar.

“Pemimpin PAS sekarang menyedari, di dalam masyarakat berbilang kaum, mereka tidak boleh bersendirian. Mereka perlukan sokongan dari kaum bukan Melayu, jika tidak tidak ada jalan untuk mereka mencapai kejayaan,” kata Hu. — Straits Times Singapore/ Terjemahan Bebas : Greenboc

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Sumber Asal: http://www.straitstimes.com

Photobucket

24 April 2009

Najib Returns From first official Visit To Indonesia


Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono (centre R) welcomes Malaysian Prime Minister Najib Razak (centre L) as they meet at the Presidential Palace in Jakarta on April 23, 2009. Razak marked his first overseas visit as the Malaysian prime minister with his two-day official visit to Indonesia.


Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono (R) looks on as Malaysian Prime Minister Najib Razak (L) answers a journalist's question during a joint press conference after their meeting at the Presidential Palace in Jakarta on April 23, 2009.

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak who made his first official visit to Indonesia from Wednesday since becoming prime minister, returned home early Friday.

The aircraft carrying Najib, who was accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, touched down at the Royal Malaysian Air Force base in Subang, near here, at 1.03am.

He was welcomed on arrival by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

During the bilateral meeting between the leaders of the two countries yesterday, several matters were discussed including cooperation in the tourism, oil and gas, and high-technology industries as well as electricity supply from the Bakun dam to Kalimantan.

Najib and his entourage also attended an official dinner function hosted by Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono and his wife Ani Yudhoyono at Istana Merdeka before returning to Kuala Lumpur.

Source: BERNAMA

Photobucket

23 April 2009

Mansuh syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera: Mengapa kerongkong NGO Melayu tidak mengeluarkan suara?


Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (2 dari kanan) dan isteri Ani Yudhoyono (kanan) mengalu alukan PM DS Najib Razak (2 dari kiri) dan isteri Rosmah Mansor (kiri) semasa Lawatan Rasmi ke Indonesia 23 April 2009.- Foto GETTY IMAGES

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, di mana kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

kerajaan juga berkata akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

"Tak ada sebarang syarat ekuiti dan ia akan mencetuskan pelaburan yang makin meningkat dan menjadikan sektor perkhidmatan ini lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan membolehkan kita bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan buruk kepada industri perkhidmatan domestik kerana kerajaan memberi jaminan terus menyokongnya menerusi pembangunan kapasiti dan pembukaan pasaran eksport.

Sokongan itu juga dilakukan menerusi dana berjumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama yang diuruskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi memperkukuhkan industri tempatan dalam menghadapi persekitaran sektor perkhidmatan lebih terbuka.

Najib berkata, menerusi liberalisasi sektor kecil perkhidmatan itu, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding 11 peratus daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion tahun lalu.

Kerajaan juga membenarkan lima firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian usaha membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

Sebelum ini, sewaktu mengumumkan barisan kabinet barunya, Najib juga telah memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang telah dibidas oleh banyak pihak sebagai satu langkah memutar jarum jam ke belakang di dalam usaha untuk mewujudkan dan membantu lebih ramai usahawan bumiputera.

Langkah meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan dilihat sebagai satu cara Najib untuk memperkukuhkan ekonomi negara dengan mengorbankan kepentingan ekuiti masyarakat bumiputera.

Sehingga kini belum kedengaran para pejuang (baca: pencacai) UMNO seperti kenyataan-kenyataan balas pemimpin UMNO yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak istimewa orang Melayu, Ibrahim Ali bersama Perkasanya, Osman Bakar bersama Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan juga Prowaris.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Artikel berkaitan:
1. Najib drops bumi quota for services sector http://www.themalaysianinsider.com

Komen aku:
Perdana Menteri yang baru nampak nya telah mula mengeluarkan kuku nya. Hari ini DS Najib Razak tanpa ada sebarang 'clue' dan mungkin juga tanpa sebarang perbincangan mengumumkan kuota 30 % ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan.

Sebelum ini DS Najib dalam rombakan kabinet nya,
memansuhkan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan sudah jatuh ditimpa tangga, hari ini kuota 30 % ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam pula dimansuhkan.

Persoalannya ialah dimanakah mereka yang selama ini mendabik dada sebagai pejuang-pejuang Melayu (kalau di panggil pencacai, mereka semua akan melenting marah) yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehingga menganjurkan demonstrasi (mungkin tak ada permit dari Polis) yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?


Aku ingin bertanya :


1. Dimanakah sayap-sayap dalam UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?


2. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?


3. Dimanakah Datuk Ibrahim Ali dan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa)?


4.
Dimanakah Pertubuhan Profesional Melayu & Perwaris Bangsa (Perowaris) ?

5. Di mana kah
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) ?


6. Di mana kah Professor (yang marah bila dipanggil professor kangkung) & ahli ekonomi melayu?.


Mengapa tidak ada satu pun ulasan atau komen ?. Mengapa mereka-mereka ini tidak berani menyatakan pendirian masing-masing. Kalau sokong, kata lah sokong dan kalau tidak sokong kata lah tidak sokong. Ini senyap aja apa hal?.


Sekarang terserlah lah wajah sebenar siapa mereka-mereka yang selama ini mengaku memperjuangkan Melayu. Pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan di atas sebenar nya tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera secara keseluruhan nya. Apa yang sebenar nya berlaku ialah pertubuhan-pertubuhan ini hanya digunakan sebagai platform bagi memperjuangkan segelintir individu Melayu sahaja. Ambil contoh
GABEM dalam isu tanah di Kampung Baru, K.Lumpur, dan akhir sekali....
.....Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

ASB & ASN not comply with SC Islamic Unit Trust

Artikel dibawah ini aku dapat semasa membuat carian di internet berkaitan Keselamatan pekerjaan (Occupational Safety & Health). Aku rasa maklumat ini patut untuk dikongsi bersama. Terima Kasih kepada http://hazriishak.blogspot.com



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Semua rasanyer terkejut dengan pengumuman pihak Suruhanjaya Sekuriti tentang tidak mengiktiraf ASB dan ASN sebagai dana yang patuh pada peraturan Dana Unit Amanah Islam.

Oleh itu bank-bank islam tidak dibenarkan memberi pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN seperti membuat pinjaman. Majlis Fatwa patutlah mernarik balik fatwa hukum harus dan hendaklah ditukar kepada tidak halal.

Bagi mereka yang ingin menukar atau beralih kepad Unit Amanah yang patuh syariah, di Public Mutual memberikan beberapa opsyen untuk melabur. Antara dana yang yang sesuai:

Dana Ekuiti
Public Ittikal Fund (moderate)
Public Islamic Equity Fund (aggresive)
Public Islamic Optimal Growth Fund (moderate)
Public Islamic Opportunities Fund (aggresive)
Public Islamic Select Treasures Fund (aggresive)
Public Islamic Dividend Fund (moderate)

Dana Seimbang (Balanced)
Public Islamic Balanced Fund

Dana Sukuk (Bond)
Public Islamic Bond Fund

Dana Pasaran Wang(Money Market)
Public Islamic Money Market Fund

Sumber: http://hazriishak.blogspot.com

22 April 2009

Penanti: Nanti dulu, kita lihat apa kata survey.....

BUKIT MERTAJAM, 22 April - Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

"Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.

Minggu lepas, Mohammad Fairus melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti itu dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran. Beliau sebelum itu meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang ekoran dakwaan terlibat dalam rasuah.

Abdul Jalil berkata bahawa selama ini, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti.

Apa yang jelas, katanya, ialah jelas PKR telah melakukan kesilapan besar dengan meletakkan calon yang yang tidak berkualiti pada pilihan raya umum lepas.

"Walaupun telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I, Muhammad Fairus tidak memberikan sumbangan kepada kawasan itu," katanya.

Abdul Jalil berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu.

"Wang yang digunakan untuk mengendalikan pilihan raya adalah wang rakyat dan pembayar cukai. Gunakan wang itu untuk membantu rakyat bukan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Sumber: BERNAMA

Komen Aku:
1. UMNO buang tebiat. Selama ini sejak dulu tak pernah pernah buat 'survey' apabila mahu bertanding pilihanraya, aleh aleh kali ini UMNO buat 'survey' tanya pengundi samaada nak bertanding atau tidak. Biasa nya jika seseorang yang buat benda pelik yang tak pernah dibuat sebelum ini menunjukan umur orang itu tak panjang dah. Entah lah....

2.
Wakil PKR letak jawatan. Ada lah lebih baik berundur secara terhormat daripada disentap turun, sekurang kurang nya pun ada juga saki baki maruah yang tinggal. Tidak seperti wakil dari UMNO/BN. Sudah sah didapati bersalah pun, tak juga turun malah kadang kadang dapat naik lagi tinggi lagi dari kedudukan asal. Tak percaya ke?..Tanya lah Dr. Chua Soi Lek, beliau ada jawapan nya.

3.
Kalau PKR / PR mensia-sia kan harapan pengundi di Penanti, bagaimana pula dengan UMNO/BN yang telah sekian lama mensia-sia kan harapan pengundi bukan saja di Penanti tapi seluruh Malaysia.

4.
"Wang yang digunakan untuk mengendalikan pilihan raya adalah wang rakyat dan pembayar cukai. Gunakan wang itu untuk membantu rakyat bukan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya". Setelah UMNO/BN semakin ditolak oleh rakyat, baru lah sekarang nak tunjuk bahawa mereka lah yang amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat. Apa yang boleh aku katakan ialah Sori dah terlambat....

Photobucket

21 April 2009

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri melakukan lawatan rasmi 5 hari ke Chile


Chile's President Michelle Bachelet, right, Malaysia's King Sultan Mizan Zainal Abidin and his wife Queen Nur Zahirah, right, stand during an official welcome ceremony at La Moneda presidential palace in Santiago, Monday, April 20, 2009.- AP Photo



Chile's President Michelle Bachelet (L), Malaysia's King Sultan Mizan Zainal Abidin (C) and Queen Nur Zahirah (Rear) walk as they receive honors at the La Moneda Presidential Palace in Santiago. Photo Reuters



Chile's President Michelle Bachelet, left, Malaysia's King Sultan Mizan Zainal Abidin, center, and his wife Queen Nur Zahirah wave from a balcony of La Moneda presidential palace during an official welcome ceremony in Santiago.- AP Photo


SANTIAGO (Chile), 21 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengadakan pertemuan dengan Presiden Chile Michelle Bachelet di sini pada Isnin, hari kedua lawatan rasmi Seri Paduka berdua ke Chile.

Seri Paduka sebelum itu diberikan sambutan rasmi oleh Bachelet pada satu upacara di Constitution Square (Medan Perlembagaan).

Pasangan diraja itu kemudian berangkat ke Istana Presiden, melalui hadapan barisan pengawal kehormatan Presiden.

Tuanku Mizan dikurniakan anugerah kebesaran Order of Merit of Chile, dan baginda membalas dengan menganugerahkan Darjah Mahkota Seri Negara (DMN) kepada Bachelet.

Selepas itu, Bachelet dan seri paduka berdua berangkat ke Patio de las Camelas untuk majlis santapan tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri sedang melakukan lawatan rasmi lima hari Chile, bertujuan memperkukuh hubungan dua hal antara kedua-dua negara.

Dalam titah ucapan pada majlis santapan, Tuanku Mizan menegaskan walaupun Malaysia dan Chile dipisahkan oleh Lautan Pasifik yang luas, jarak geografi, perbezaan bahasa, budaya dan latarbelakang sejarah, ini tidak menghalang hubungan lebih akrab antara kedua-dua negara.

Tuanku Mizan bertitah sejak penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara kira-kira sedekad lalu, Malaysia dan Chile telah mengadakan banyak perkongsian dan kerjasama yang membawa kemajuan dan kemakmuran, sementara di peringkat antarabangsa kedua-dua negara telah bekerjasama rapat mengusahakan perdamaian, keadilan dan kestabilan.

"Beta sukacita mendapati negara kita sedang merundingkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mendorong hubungan ekonomi antara Malaysia dan Chile. Chile akan menjadi negara Amerika Latin pertama yang mempunyai FTA dengan Malaysia," tegas Tuanku Mizan.

Yang di-Pertuan Agong bertitah menerusi dasar 'senangkan jiran anda', Malaysia bersedia untuk memperkongsikan pengalaman pembangunannya dengan negara-negara membangun lain menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), dan sejak 1997, 67 rakyat Chile telah mengikuti program ini.

Bachelet dalam ucapan balas berkata hubungan dua rantau berkenaan bermula seawal pelayaran pertama mengelilingi dunia seorang pelaut dari Malaysia, Panglima Awang, juga dikenali sebagai 'Henry of Mallaca' ketika belayar bersama Hernando Magallanes, menjejakkan kaki di pantai Chile dan Kepulauan Melayu.

Presiden wanita itu menambah, Chile akan sentiasa menghargai sokongan besar Malaysia ketika ia menyertai APEC, semasa Sidang Kemuncak Bogor pada 1994.

Beliau berkata Chile dan Malaysia mempunyai pandangan serupa dalam banyak isu serantau dan global, dan ini penting dalam mendepani krisis ekonomi global kini, dengan mengingatkan bahawa tarikan untuk melaksanakan dasar perlindungan akan hanya lebih memburukkan keadaan dan melambatkan pemulihan ekonomi.

Pada sebelah petang, Tuanku Mizan mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Keadilan Agung Chile, Urbano Marin.

Kemudian, Yang di-Pertuan Agong mengunjungi Presiden Senat, Jovino Novoa, dan Presiden Chamber of Deputies, Rodrigo Alvarez.

Sementara itu, Tuanku Nur Zahirah dalam program berasingan, melawat Orkestra Belia Yayasan Chile.

Sumber: BERNAMA


Photobucket

20 April 2009

Cadangan penalti ke atas ADUN & MP letak jawatan tanpa alasan munasabah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan penalti RM50,000 bagi anggota dewan undangan negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah.

Bagaimanapun, jika peletakan jawatan itu atas alasan bagi mendapat mandat baru daripada pengundi bagi ADUN terbabit untuk menyertai parti gabungan, penalti itu perlu dikurangkan separuh, kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Katanya pergerakan itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa peruntukan sedia ada dalam Artikel 48 (6) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan di dalam perlembagaan negeri bagi menolak kelayakan seseorang wakil rakyat untuk tempoh lima tahun tidak digunapakai ke atas mereka yang ingin mendapatkan mandat baru dari pengundi untuk menyertai mana-mana parti gabungan.

"Cadangan pindaan ke atas undang-undang pilihan raya sedia ada telah dikemukakan kepada SPR Jumaat lepas," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam cadangan itu, beliau berkata Gerakan juga menegaskan bahawa peruntukan yang ada bagi sesetengah keadaan tidak komprehensif kerana ia tidak menghukum wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Ia juga tidak menjamin bahawa parti yang diwakili wakil rakyat itu akan dipertanggungjawabkan atas peletakan jawatan itu dan (pindaan) ini akan menjadikan parti itu lebih berhati-hati semasa memilih calon pada masa depan," katanya.

Sumber: BERNAMA

Komen aku:

Aku sokong 100 %, cuma jangan pulak bila giliran komponen BN di masa akan datang ramai yang letak jawatan maka peraturan itu ditarik balik kerana memakan diri sendiri. Kerajaan BN memang terkenal tidak konsisten dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang. Hari ini kuatkuasa, dua tiga hari kemudian tarik balik. Kita lah yang jadi macam orang bodoh dibuat nya. Mahu contoh !, tak de hal..., lihat saja kes kuatkuasa pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang, apa jadi ?..

Nasib baik lah isu letak jawatan dan kosong kan kerusi ini terjadi di Penanti. Pemegang jawatan itu Mohammad Fairus Khairuddin yang sedang disiasat SPRM atas isu rasuah, mahu atau tidak terpaksa melepaskan jawatan demi menjaga maruah PKR, cuma alasan nya untuk melanjutkan pelajaran adalah untuk menjaga air muka beliau saja.


Bagaimana kalau jawatan di Bukit Lanjan pun dikosong kan oleh Elizabeth Wong. Alasan beliau munasabah ke tidak, atau nak salahkan DS Khir Toyo kerana beliau lah yang sibuk suruh orang letak jawatan.

Sekian.

Photobucket

19 April 2009

PRK Penanti: BN patut bertanding kata Tun M

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0420/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg
DR. Mahathir Mohamad dikerumuni pelatih PLKN sambil ditemani Shahirudin Moin selepas menyampaikan ucaptama Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Raub, Pahang,


RAUB, 19 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti atau sebaliknya, lapor Bernama.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti Khamis lalu.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

Jambatan bengkok

"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihanraya," katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan."

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.

Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

Sumber: http://www.bernama.com

Komen Aku: Terasa yang jadi Perdana Menteri Malaysia sekarang ini ialah Tun Mahathir. DS Najib pada pandangan aku yang tak pandai ini hanya lah sebagai Proksi. Apa yang dikatakan sebagai ulasan Tun M akan menjadi satu arahan kepada DS Najib. Isu jambatan bengkok telah keluar semula dan sudah pasti akan dicanai oleh media arus perdana untuk mewajarkan ia nya dibina setelah dibatal/tangguh oleh Pak Lah.

Dalam isu PRK Penanti, aku bersetuju dengan Tun Mahathir bahawa BN perlu bertanding. DS Najib sebagai pengerusi BN perlu berdepan dengan masaalah dan bukan nya lari dari masaalah. Ada kah jika BN tidak bertanding masaalah akan selesai ?. Sokongan rakyat akan meningkat kembali kepada BN kerana BN prihatin akan pembaziran kos pilihanraya dan sebab itu BN tidak mahu bertanding. Rasa aku tidak.


Dalam konteks PRK Penanti, DS Najib sebenar nya ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Beliau cukup serba salah. Jikalau PRK Bukit Gantang tempohari dimenangi oleh BN, keadaan dan gaya cakap DS Najib mesti berbeza. Pertama sekali mesti lah DS Nizar akan dilayak sehingga lunyai dan sebagai PM baru pasti DS Najib akan mendabik dada menyatakan bahawa kepimpinan nya diterima rakyat, tetapi malang nya keputusan tidak begitu. Setelah 5 PRK, keputusan nya 4 PR dan 1 BN. Berani kah DS Najib ambil risiko ?


Di PRK Bukit Gantang tempohari Pengarah Pilihan Raya BN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aku cadang kan kali ini kalau BN bertanding nanti di PRK Penanti, Pengarah Pilihan Raya BN bagi pada Tun Mahathir atau kalau tidak pun biar DS Najib sendiri. Ada beraniiiiii.........


Sekian


Photobucket

18 April 2009

40,000 hadiri “Sambutan Kepulangan Perdana Menteri”DS Najib ke Pahang

KUANTAN, 18 April — Kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pahang hari ini disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu dalam majlis sambutan yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) di sini hari ini.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pesawat rasmi di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di sini pada kira-kira 9 pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, pemimpin Kabinet kelahiran Pahang, pemimpin negeri dan ketua-ketua jabatan.

Najib dan isteri kemudiannya dibawa ke MPK1 untuk majlis rasmi “Sambutan Kepulangan Perdana Menteri” dengan diiringi 56 buah motosikal berkuasa besar sebagai simbolik kepada umur anak kelahiran Kuala Lipis itu.

Ketibaan Perdana Menteri di padang MPK 1 pada 9.20 pagi disambut kira-kira 40,000 orang.

Majlis dimulakan dengan persembahan bertema “Satu Malaysia” yang terdiri daripada gabungan gerak seni pertahanan diri, gerak tari pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli dan keharmonian muzik yang mendukung citra membentuk kesatuan rakyat Malaysia yang mantap dan bersatu. Persembahan itu membabitkan 620 peserta berusia antara 10 hingga 45 tahun.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri majlis sambutan kepulangan beliau di Dataran Majlis Daerah Pekan, Pekan dan menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan pada 12 tengah hari.

Ini kepulangan pertama Najib ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas. Najib dijadual pulang ke ibu negara petang ini.

Sumber: BERNAMA


Sebahagian gambar program “ Sambutan Kepulangan Perdana Menteri ” yang aku ambil dari laman forum di http://detikdaily.net

....


....


Photobucket

PRK Penanti: BN mungkin tak bertanding kata PM - Helah atau takut kalah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu.

"Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news

Komen Aku: Kalau dulu, yang tak mahu bertanding pilihan raya adalah pihak pembangkang iaitu PAS & PKR. Mereka tak mahu bertanding atas alasan memboikot piliha raya seperti yang berlaku pada PRK Batu Talam.

Tak terlintas pula, suatu hari nanti BN pulak yang tak mahu bertanding. Alasan yang diberi oleh DS Najib kerana kos dan perbelanjaan yang besar.


Namun begitu, sebab sebenar nya semua orang telah tahu iaitu BN takut akan kalah lagi. Jika kalah lagi, sudah tentu lah DS Najib tidak gembira langsung. Ada lah sesuatu yang memalu kan atas kapasiti beliau Sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri jika terus kalah. Oleh itu lebih baik jangan masuk bertanding.


Walaubagaimana pun pihak Pakatan Rakyat harus berwaspada dan berhati-hati. Mungkin ini satu helah DS Najib yang baru saja menggantikan Pak Lah menjadi Pengerusi BN.


Sekian


Photobucket

17 April 2009

Untuk umat Islam sahaja - Awas! Serunding daging babi


Foto ehsan kosmo.com.my

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com

Komen aku: Kepada umat Islam yang ingin melancong ke Indonesia tu berhati-hatilah. Bukan setakat daging khinzir, tikus sawah pun boleh menjadi hidangan istimewa bagi mengantikan ayam kerana di sana ayam mahal. Katak pun biasa saja bagi mereka. Halal lagi kata mereka. Alasan nya katak haram sebab 2 alam iaitu hidup di air dan darat, tapi katak yang mereka bela tidak pernah masuk dalam air sebab di bela diatas darat, maka sebab itu halal. Senang sungguh mereka punya 'Nas'.

16 April 2009

Russia ends anti-terrorism operations in Chechnya


The Forgotten Muslims


Russia today (16/4/09) agreed to end its counterterrorist operations in Chechnya, in a move that signals the formal end of the Kremlin's war in the republic and enhances the power of Chechnya's president, Ramzan Kadyrov.


Russia's national anti-terrorist committee said military restrictions in force in Chechnya would be abolished from today. Moscow has maintained a strict security regime for a decade in Chechnya, the scene of two wars against separatist rebels.


Russia's prime minister, Vladimir Putin, sent troops into Chechnya in 1999. His aim was to win back the region, which had enjoyed de-facto independence since the first Chechen war in 1994-1996. The security regime included arbitrary arrests, roadblocks, curfews and restrictions on journalists.


This morning Kadyrov, a close ally of Putin, welcomed the decision to end anti-terrorist operations. "We are extremely satisfied. The modern Chechen republic is a peaceful and budding territory. The end of the counterterrorist operation will spur on economic growth in the republic," he told the Russian news agency Interfax.


However, the decision raises troubling questions about the growing autonomy enjoyed by Kadyrov, who inherited the job after his father, Akhmad, then Chechnya's president, was killed in 2004. After winning the second Chechen war in 2000, Putin entrusted the republic to Akhmad Kadyrov, a moderate former separatist.


In return for abandoning their struggle for independence, Akhmad Kadyrov and other ex-separatists were granted sweeping powers and autonomy denied to other Russian republics. Moscow also agreed to turn a blind eye to human rights abuses. The policy appeared to work. Chechnya's shell-ridden capital, Grozny, was transformed.


But some inside the Kremlin have questioned whether Putin's policy of entrusting power to Chechens - known as "Chechenisation" - has gone too far. Kadyrov has been repeatedly accused of murdering his enemies, including the Russian journalist Anna Politkovskaya, a critic who described him as a "coward armed to the teeth". He denies involvement in her death.


In January, a Chechen exile, Umar Israilov, who had accused Kadryov of torturing him was shot dead in a street in Vienna. And last month, Sulim Yamadayev, a former Chechen rebel commander who fell out with Kadyrov, was shot dead in Dubai. Police in the United Arab Emirates accused Kadyrov's cousin and heir apparent, Adam Delimkhanov, of ordering the assassination.


Russian newspapers today suggested that some inside the Russian government now believe Kadyrov has grown far too powerful, but have little idea how to keep control of him. One analyst said Chechnya now enjoys the kind of autonomy that its separatist leaders in the 1990s had failed to achieve, while remaining a part of the Russian Federation.


Picture taken on December 15, 1994 shows Chechen women during an anti-Russia rally in front of the Chechen parliament building in Grozny. Russia on April 16, 2009 ended an anti-terror operation in Chechnya that has been in place for a decade, amid growing stability in the territory torn by two wars since the collapse of Communism.


"It would be difficult to describe Chechnya as peaceful. But Kadyrov has achieved 'stability' in the Russian and Chechen definition of the word," Sergei Markedonov, of Moscow's Institute for Political and Military Studies, wrote in theMoscow Times.


"Nonetheless this stability has come at a very high price. The flip side is that Chechnya's internal political issues are largely resolved without Russia and with minimal adherence to federal laws," he added. "In this sense, a new type of separatism has won out in Chechnya."


Russia's national anti-terrorist committee today said the end of the counterterrorism operation was a chance for Chechnya to return to normal. "This decision aims to create conditions to further normalise the situation in the region, to restore and develop its economic and social infrastructure," it declared.


Source: http://www.guardian.co.uk

Related Articles:

1. Jihad in Chechnya - http://www.jihadwatch.org

2. Chechnya:The Forgotten Muslims - http://www.missionislam.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...