Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 April 2009

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri melakukan lawatan rasmi 5 hari ke Chile


Chile's President Michelle Bachelet, right, Malaysia's King Sultan Mizan Zainal Abidin and his wife Queen Nur Zahirah, right, stand during an official welcome ceremony at La Moneda presidential palace in Santiago, Monday, April 20, 2009.- AP Photo



Chile's President Michelle Bachelet (L), Malaysia's King Sultan Mizan Zainal Abidin (C) and Queen Nur Zahirah (Rear) walk as they receive honors at the La Moneda Presidential Palace in Santiago. Photo Reuters



Chile's President Michelle Bachelet, left, Malaysia's King Sultan Mizan Zainal Abidin, center, and his wife Queen Nur Zahirah wave from a balcony of La Moneda presidential palace during an official welcome ceremony in Santiago.- AP Photo


SANTIAGO (Chile), 21 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengadakan pertemuan dengan Presiden Chile Michelle Bachelet di sini pada Isnin, hari kedua lawatan rasmi Seri Paduka berdua ke Chile.

Seri Paduka sebelum itu diberikan sambutan rasmi oleh Bachelet pada satu upacara di Constitution Square (Medan Perlembagaan).

Pasangan diraja itu kemudian berangkat ke Istana Presiden, melalui hadapan barisan pengawal kehormatan Presiden.

Tuanku Mizan dikurniakan anugerah kebesaran Order of Merit of Chile, dan baginda membalas dengan menganugerahkan Darjah Mahkota Seri Negara (DMN) kepada Bachelet.

Selepas itu, Bachelet dan seri paduka berdua berangkat ke Patio de las Camelas untuk majlis santapan tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri sedang melakukan lawatan rasmi lima hari Chile, bertujuan memperkukuh hubungan dua hal antara kedua-dua negara.

Dalam titah ucapan pada majlis santapan, Tuanku Mizan menegaskan walaupun Malaysia dan Chile dipisahkan oleh Lautan Pasifik yang luas, jarak geografi, perbezaan bahasa, budaya dan latarbelakang sejarah, ini tidak menghalang hubungan lebih akrab antara kedua-dua negara.

Tuanku Mizan bertitah sejak penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara kira-kira sedekad lalu, Malaysia dan Chile telah mengadakan banyak perkongsian dan kerjasama yang membawa kemajuan dan kemakmuran, sementara di peringkat antarabangsa kedua-dua negara telah bekerjasama rapat mengusahakan perdamaian, keadilan dan kestabilan.

"Beta sukacita mendapati negara kita sedang merundingkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mendorong hubungan ekonomi antara Malaysia dan Chile. Chile akan menjadi negara Amerika Latin pertama yang mempunyai FTA dengan Malaysia," tegas Tuanku Mizan.

Yang di-Pertuan Agong bertitah menerusi dasar 'senangkan jiran anda', Malaysia bersedia untuk memperkongsikan pengalaman pembangunannya dengan negara-negara membangun lain menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), dan sejak 1997, 67 rakyat Chile telah mengikuti program ini.

Bachelet dalam ucapan balas berkata hubungan dua rantau berkenaan bermula seawal pelayaran pertama mengelilingi dunia seorang pelaut dari Malaysia, Panglima Awang, juga dikenali sebagai 'Henry of Mallaca' ketika belayar bersama Hernando Magallanes, menjejakkan kaki di pantai Chile dan Kepulauan Melayu.

Presiden wanita itu menambah, Chile akan sentiasa menghargai sokongan besar Malaysia ketika ia menyertai APEC, semasa Sidang Kemuncak Bogor pada 1994.

Beliau berkata Chile dan Malaysia mempunyai pandangan serupa dalam banyak isu serantau dan global, dan ini penting dalam mendepani krisis ekonomi global kini, dengan mengingatkan bahawa tarikan untuk melaksanakan dasar perlindungan akan hanya lebih memburukkan keadaan dan melambatkan pemulihan ekonomi.

Pada sebelah petang, Tuanku Mizan mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Keadilan Agung Chile, Urbano Marin.

Kemudian, Yang di-Pertuan Agong mengunjungi Presiden Senat, Jovino Novoa, dan Presiden Chamber of Deputies, Rodrigo Alvarez.

Sementara itu, Tuanku Nur Zahirah dalam program berasingan, melawat Orkestra Belia Yayasan Chile.

Sumber: BERNAMA


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...