Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

03 April 2009

Langkah awal PM ke 6 - Bebas tahanan ISA & tarik balik larangan penerbitan akhbar politik


DS Najib semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 di hadapan SPBYDA Sultan Mirzan Zainal Abidin di Istana Negara pada 3/4/09 - foto Reuters

Setelah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6, DS Najib Tun Razak didalam perutusan khas nya yang disiar dalam slot berita jam 8.00 malam telah membuat pengumuman yang boleh dikatakan sebagai mengejutkan juga.

Pengumuman itu ialah :
1. Penarikan semula larangan sementara penerbitan 2 buah akhbar parti politik.
2. Pembebasan 13 orang tahanan ISA.

Larangan sementara penerbitan 2 buah akhbar parti politik, pada pendapat aku adalah merujuk kepada Harakah dan Suara Keadilan. Larangan tersebut dibuat sebelum perhimpunan Agong UMNO yang berakhir baru-baru ini. Menteri yang bertanggungjawab meluluskan larangan tersebut ialah DS Syed Hamid Albar. Beliau adalah salah seorang yang bertanding sebagai calun naib presiden dalam perhimpunan tersebut. Kini terserlah lah sikap dan tujuan sebenar DS Syed Hamid apabila DS Najib menarik balik larangan itu. Jelas lah kini bahawa DS Syed Hamid berbuat demikian adalah untuk mendapatkan sokongan undi dari perwakilan UMNO, tetapi malang nya tindakan beliau melarang penerbitan 2 akhbar pembangkang itu tidak langsung menarik perhatian perwakilan dan beliau kalah.

Pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA yang berkuatkuasa serta merta perlu dilihat secara berhati-hati. Antara yang dibebaskan termasuk lah anggota Hindraf. Walau bagaimanapun langkah pembebasan itu adalah sangat dialu-alukan. Apakah ada udang di sebalik batu ?. Apa kah kerana UMNO/BN sedang menghadapi tiga PRK maka sesuatu perlu dibuat untuk memenangi hati pengundi. Hanya Allah yang Maha mengetahui.

Apa apa pun, Tahniah DS Najib..

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...