Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 April 2009

Mansuh syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera: Mengapa kerongkong NGO Melayu tidak mengeluarkan suara?


Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (2 dari kanan) dan isteri Ani Yudhoyono (kanan) mengalu alukan PM DS Najib Razak (2 dari kiri) dan isteri Rosmah Mansor (kiri) semasa Lawatan Rasmi ke Indonesia 23 April 2009.- Foto GETTY IMAGES

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, di mana kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

kerajaan juga berkata akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

"Tak ada sebarang syarat ekuiti dan ia akan mencetuskan pelaburan yang makin meningkat dan menjadikan sektor perkhidmatan ini lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan membolehkan kita bersaing pada peringkat antarabangsa," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan buruk kepada industri perkhidmatan domestik kerana kerajaan memberi jaminan terus menyokongnya menerusi pembangunan kapasiti dan pembukaan pasaran eksport.

Sokongan itu juga dilakukan menerusi dana berjumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama yang diuruskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi memperkukuhkan industri tempatan dalam menghadapi persekitaran sektor perkhidmatan lebih terbuka.

Najib berkata, menerusi liberalisasi sektor kecil perkhidmatan itu, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding 11 peratus daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion tahun lalu.

Kerajaan juga membenarkan lima firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian usaha membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

Sebelum ini, sewaktu mengumumkan barisan kabinet barunya, Najib juga telah memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang telah dibidas oleh banyak pihak sebagai satu langkah memutar jarum jam ke belakang di dalam usaha untuk mewujudkan dan membantu lebih ramai usahawan bumiputera.

Langkah meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan dilihat sebagai satu cara Najib untuk memperkukuhkan ekonomi negara dengan mengorbankan kepentingan ekuiti masyarakat bumiputera.

Sehingga kini belum kedengaran para pejuang (baca: pencacai) UMNO seperti kenyataan-kenyataan balas pemimpin UMNO yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak istimewa orang Melayu, Ibrahim Ali bersama Perkasanya, Osman Bakar bersama Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan juga Prowaris.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Artikel berkaitan:
1. Najib drops bumi quota for services sector http://www.themalaysianinsider.com

Komen aku:
Perdana Menteri yang baru nampak nya telah mula mengeluarkan kuku nya. Hari ini DS Najib Razak tanpa ada sebarang 'clue' dan mungkin juga tanpa sebarang perbincangan mengumumkan kuota 30 % ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan.

Sebelum ini DS Najib dalam rombakan kabinet nya,
memansuhkan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan sudah jatuh ditimpa tangga, hari ini kuota 30 % ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam pula dimansuhkan.

Persoalannya ialah dimanakah mereka yang selama ini mendabik dada sebagai pejuang-pejuang Melayu (kalau di panggil pencacai, mereka semua akan melenting marah) yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehingga menganjurkan demonstrasi (mungkin tak ada permit dari Polis) yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?


Aku ingin bertanya :


1. Dimanakah sayap-sayap dalam UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?


2. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?


3. Dimanakah Datuk Ibrahim Ali dan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa)?


4.
Dimanakah Pertubuhan Profesional Melayu & Perwaris Bangsa (Perowaris) ?

5. Di mana kah
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) ?


6. Di mana kah Professor (yang marah bila dipanggil professor kangkung) & ahli ekonomi melayu?.


Mengapa tidak ada satu pun ulasan atau komen ?. Mengapa mereka-mereka ini tidak berani menyatakan pendirian masing-masing. Kalau sokong, kata lah sokong dan kalau tidak sokong kata lah tidak sokong. Ini senyap aja apa hal?.


Sekarang terserlah lah wajah sebenar siapa mereka-mereka yang selama ini mengaku memperjuangkan Melayu. Pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan di atas sebenar nya tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera secara keseluruhan nya. Apa yang sebenar nya berlaku ialah pertubuhan-pertubuhan ini hanya digunakan sebagai platform bagi memperjuangkan segelintir individu Melayu sahaja. Ambil contoh
GABEM dalam isu tanah di Kampung Baru, K.Lumpur, dan akhir sekali....
.....Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...