Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 April 2009

PRK Penanti: BN patut bertanding kata Tun M

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0420/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg
DR. Mahathir Mohamad dikerumuni pelatih PLKN sambil ditemani Shahirudin Moin selepas menyampaikan ucaptama Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Raub, Pahang,


RAUB, 19 April (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti atau sebaliknya, lapor Bernama.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti Khamis lalu.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

Jambatan bengkok

"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihanraya," katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan."

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.

Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

Sumber: http://www.bernama.com

Komen Aku: Terasa yang jadi Perdana Menteri Malaysia sekarang ini ialah Tun Mahathir. DS Najib pada pandangan aku yang tak pandai ini hanya lah sebagai Proksi. Apa yang dikatakan sebagai ulasan Tun M akan menjadi satu arahan kepada DS Najib. Isu jambatan bengkok telah keluar semula dan sudah pasti akan dicanai oleh media arus perdana untuk mewajarkan ia nya dibina setelah dibatal/tangguh oleh Pak Lah.

Dalam isu PRK Penanti, aku bersetuju dengan Tun Mahathir bahawa BN perlu bertanding. DS Najib sebagai pengerusi BN perlu berdepan dengan masaalah dan bukan nya lari dari masaalah. Ada kah jika BN tidak bertanding masaalah akan selesai ?. Sokongan rakyat akan meningkat kembali kepada BN kerana BN prihatin akan pembaziran kos pilihanraya dan sebab itu BN tidak mahu bertanding. Rasa aku tidak.


Dalam konteks PRK Penanti, DS Najib sebenar nya ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Beliau cukup serba salah. Jikalau PRK Bukit Gantang tempohari dimenangi oleh BN, keadaan dan gaya cakap DS Najib mesti berbeza. Pertama sekali mesti lah DS Nizar akan dilayak sehingga lunyai dan sebagai PM baru pasti DS Najib akan mendabik dada menyatakan bahawa kepimpinan nya diterima rakyat, tetapi malang nya keputusan tidak begitu. Setelah 5 PRK, keputusan nya 4 PR dan 1 BN. Berani kah DS Najib ambil risiko ?


Di PRK Bukit Gantang tempohari Pengarah Pilihan Raya BN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aku cadang kan kali ini kalau BN bertanding nanti di PRK Penanti, Pengarah Pilihan Raya BN bagi pada Tun Mahathir atau kalau tidak pun biar DS Najib sendiri. Ada beraniiiiii.........


Sekian


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...