Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

11 April 2009

Khairy tak cukup masa kalau pegang jawatan kabinet

Seorang orang kuat Khairy Jamaluddin menyifatkan tugas memperkasakan pergerakan Pemuda Umno adalah lebih penting kepada ahli parlimen Rembau itu, daripada memegang jawatan kabinet.

abdul rahman dahlanPenolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, harapan ahli Umno lebih besar kepada Pemuda berbanding Wanita dan Puteri.

Oleh itu, katanya, Khairy memerlukan tumpuan sepenuh masa untuk memperkasakan Pemuda Umno.

"Jika Khairy menjadi menteri atau timbalan menteri, masa untuk memperkasakan pergerakan tersebut terhad.

"Ini kerana seseorang menteri dan timbalan menteri mempunyai tugas harian yang sibuk," katanya.

Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan ketua Pemuda Umno dalam senarai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairy dalam merebut jawatan ketua Pemuda, dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Manakala, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim pula dilantik sebagai timbalan menteri kemajuan luar bandar.

Elak tanggapan negatif

Abdul Rahman berkata, pelantikan Mukhriz dan Razali menunjukkan khairy jamaluddinPemuda tidak hilang semua dalam kabinet Najib.

"Tetapi saya berharap semua pihak kena duduk bersama secara serius untuk membantu memulihkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kuasa melantik menteri adalah hak mutlak perdana menteri.

Katanya, bukan perkara baru jika ketua Pemuda tidak dilantik dalam kabinet.

Menurutnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah tidak dilantik dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata beliau, naib ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai timbalan menteri.

"Saya berharap Pemuda bersikap rasional dan jangan ada anggapan negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan pergerakan itu.

"Barangkali ada suara-suara sumbang apabila Khairy tidak ada dalam kabinet tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang positif," katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com

Komen aku: Apa lagi ayat-ayat yang boleh di jadi kan alasan untuk memujuk hati yang lara, hati yang kecewa, hati yang panas, sakit hati dan apa juga yang berkaitan dengan hati. Orang lain pun pegang jawatan Ketua dan ramai juga yang pegang lebih dari satu portfolio jawatan pun OK saja, ini baru satu jawatan pun dah tak cukup masa konon.

Aku berani potong ayam, jika bapa mertua Khairy iaitu Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri, tidak lah jadi begini nasib Khairy. Silap haribulan mau dapat jawatan menteri penuh. Alasan boleh dicari kalau sudah memang Pak Lah nak bagi, tapi apa kan daya realiti nya tidak begitu. Pak Lah sudah menjadi bekas Perdana Menteri dan telah pun dilupakan.


Abdul Rahman berkata, pelantikan Mukhriz dan Razali menunjukkan Pemuda tidak hilang semua dalam kabinet Najib. Kenyataan yang agak dangkal sebab Khairy ketua dan Mukhriz kalah kepada Khairy. Kalau Mukhriz ketua pemuda memang lah tak ada masaalah. Sebelum ini bukan kah UMNO sendiri yang sibuk berkata mengikut amalan nya kalau Presiden akan jadi PM dan Timb.Presiden akan jadi Timb. PM, tapi bila ketua pemuda tidak 'dapat apa-apa' dan bukan ketua pemuda pula 'dapat apa-apa'. Tidak kah pelik tu...


Kalau kita tidak mengetahui pergolakan yang berlaku dalam UMNO umum nya dan Pak Lah-Mahathir khas nya, maka boleh lah kita semua mengambil sikap bersangka baik berkaitan isu kabinet baru ini. Semua tahu betapa Tun M cukup berbulu dengan bekas budak tingkat 4 ini. Mana mungkin tidak tersenarai nya Khairy dalam kabinet DS Najib tidak ada kena mengena dengan dendam kesumat dan sikap 'berbulu' Tun M sebab Tun M ada lah mentor DS Najib dan musuh kepada Pak Lah pula dan Pak Lah bapa mertua Khairy.

Akhir kata....Sudah sudah la tu Tun M. Dulu kata banyak keputusan Pak Lah dipengaruhi oleh menantu nya Khairy. Sekarang Pak Lah dah turun dan dianti dengan DS Najib. Jangan pulak lepas ini rakyat pula tuduh setiap keputusan DS Najib diarah oleh Tun Mahathir. Aku bukan cakap sembarangan sebab apabila DS Najib umumkan pembebasan tahanan ISA tempohari, Tun Mahathir pun kata DS Najib ikut macam beliau masa baru-baru jadi PM dulu pun beliau bebas kan tahanan ISA.

Sekian.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...