31 July 2009

ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, kembali kerahmatullah

http://3.bp.blogspot.com/_XEGv-B9k1C8/SEwBw9mxyBI/AAAAAAAAAJ4/jXTpn0UG48E/s320/adunpp.jpg

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang diperolehi, lapor YB Drs. Khalil Idham Lim.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri selama 14 tahun itu menjadi ADUN Permatang Pasir selama tiga penggal mulai tahun 1999 sehingga sekarang. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang pauh.

Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.

Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

Berdasarkan pilihanraya kecil Penanti, UMNO BN dijangka tidak akan meletakkan calonnya di Permatang Pasir kerana ia didakwa sebagai satu percaturan politik Pakatan Rakyat dan ia membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit, apa tah lagi di DUN Permatang Pasir ini UMNO BN hanya memperolehi 5,571 undi berbanding PAS PR yang memperolehi 11,004 undi.

Menurut adik lelakinya, Mohd Shukran, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Siti Khariah Ismail dan enam orang anak.

Katanya, beliau mendapat berita mengenai kematian abang sulung daripada 14 adik beradik itu pada kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

"Abang saya itu mengadu penat dan sakit dada dan dibawa oleh anaknya ke IJN untuk pemeriksaan dan rawatan. Beberapa tahun lalu, beliau pernah menjalani pembedahan jantung," katanya.

Menurutnya, isteri Allahyarham tidak menemani suaminya itu di IJN kerana tidak sihat.

Mohd Hamdan, yang berasal dari Kedah, baru sahaja menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk kira-kira tiga minggu lalu sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Allahyarham, menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wan Mohamad Saman, Sungai Korok Alor Setar dan lulus Senior Cambridge pada 1963.

Mohd Hamdan kemudiannya mengikuti pendidikan agama Islam di bawah naungan Majlis Agama Islam Kedah sehingga ke peringkat IV Thanawi pada 1965. Allahyarham juga pernah mengikuti program intensif pentadbiran awam di Intan pada 1970 dan mendapat latihan pentadbiran umum di Kolej Pentadbiran dan Latihan Kastam di Melaka pada 1978.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru bahasa di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah selama dua tahun mulai 1964 dan merupakan bekas pegawai tadbir negeri Kedah antara tahun 1966 dan 1977.

Beliau pernah bertugas sebagai pegawai tadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dari tahun 1977 hingga 1983.

Allahyarham juga aktif dalam pergerakan belia dan pernah menjadi Anggota Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia pada 1973 dan mewakili PAS Pulau Pinang sebagai Anggota Pemadam pada 1989 hingga 1999.

TERKINI!!!!!
Sementara itu, pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham telah dibawa dari IJN ke Permatang Pasir.Turut mengiringi jenazah ialah sanak saudara dan kaum keluarga yang sejak semalam menemani Allahyarham di IJN. Menurut salah seorang anak allahyarham, Dr Hamdan meninggal selepas dimasukkan ke IJN Isnin lalu, namun katanya Allahyarham meninggal dengan amat mudah pagi tadi.

"Tak nampak tanda-tanda beliau tenat semalam, saya sedang buat surat cuti untuk Allahyarham dari menghadiri Dun Pulau Pinang, namun belum sempat siap surat tersebut, pagi ini Allahyarham menghembuskan nafasnya, beliau seorang yang cukup tenang dan bapa yang sangat baik dan penyayang," ujar seorang menantunya kepada Harakahdaily.

Suasana sayu mengiringi perjalanan jenazah sebaik dikeluarkan dari Bilik Mayat IJN.Turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali dan pimpinan PAS yang lain.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KeADILan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dr Wan Azizah menyifatkan, Pakatan Rakyat kehilangan 'permata' yang sangat komited dengan kerja, membantu Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Umum KeADILan itu menghadapi krisis politik tahun 1998.

"Beliau seorang yang mudah memahami, sangat penyayang dan bekerja keras untuk rakyatnya," ujar beliau.

Semuga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang terpuji... Al Fatihah. - http://greenboc.blogspot.com

Photobucket

30 July 2009

Fire destroys replica of 17th-century Dutch flagship, a major tourist attraction




Flames consume a replica of the 17th-century flagship Prins Willem in Den Helder, northern Netherlands, early Thursday, July 30, 2009.(AP Photo/ Peter van Aalst/ Berber van Beek)

The Associated Press
Thursday, July 30, 2009

AMSTERDAM -- Fire consumed a replica of the 17th-century flagship of the Dutch East India Company in the northern Netherlands on Thursday.

The three-mast tall ship, which was built in the 1980s, was moored at Holland Village in Nagasaki, Japan, for many years before it returned to the northern Dutch port of Den Helder in 2003 and became a tourist attraction.

Dutch broadcaster NOS said the fire broke out on the Prins Willem early Thursday, but firefighters could not bring the blaze under control.

The cause of the fire was being investigated, but NOS said it may have been started by an electrical short circuit.

The original ship, built in 1649, was the largest ship of the Dutch trading company. It sank in 1662 off Madagascar.

Photobucket

Kebakaran di Stesen Janakuasa: fakta Berita Harian mengelirukan


7.50 pagi: wargakerja tidak dibenarkan masuk

Alat pemunggal loji stesen jana kuasa terbakar lagi

KLANG: Alat pemunggal sepanjang kira-kira 100 meter yang membawa arang batu ke loji Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Salahudin Abdul Aziz milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, terbakar pagi semalam.

Kebakaran itu dikesan kira-kira jam 6.45 pagi tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian, semua pekerja belum memulakan tugas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kapar Energy Ventures Sdn Bhd, Sohaimi Subahir, berkata operasi stesen itu yang membekalkan elektrik ke seluruh negara tidak terjejas berikutan kebakaran itu.

Sohaimi berkata, pihaknya sedang mengambil langkah sepatutnya bagi mengelak kejadian berulang sementara punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Selangor, Ismail Osman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.08 pagi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian jam 7.34 pagi.

Katanya, seramai 118 anggota dengan lapan jentera dari lapan balai ditugaskan memadam kebakaran itu dan berjaya mengawal sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi.

"Kerja memadam kebakaran agak sukar tetapi kami bertungkus-lumus menjalankan tugas untuk mengelak kejadian lebih teruk seperti letupan," katanya. - berita harian

Komen aku:
Aku berkerja di Stesen Janaelektrik Sultan Salahudin Abdul Aziz ini dah 22 tahun dan berasa amat sedih kerana sepanjang berkhidmat disini, kejadian ini bagi pendapat aku paling buruk.

Dalam pada itu aku amat tidak setuju apabila Berita Harian meletak kan tajuk (headline) yang mengelirukan.
Tajuk nya 'Alat pemunggal loji stesen jana kuasa terbakar lagi'. Mengapa perlu ditambah perkataan lagi ? sedang kan dalam berita nya tak sebut pun ada kebakaran sebelum ini.

Satu lagi fakta yang mengelirukan ialah
Stesen Janaelektrik Sultan Salahudin Abdul Aziz bukan dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepenuh nya. Ia dimiliki oleh Kapar Energy Ventures Sdn Bhd., yang mana 60% ekuiti oleh TNB dan 40% ekuti oleh Malakoff. Dulu memang TNB punya 100%. Jangan marah, aku cuma betulkan fakta.

Kepada Tuan Hj.Suhaimi (CEO KEV), Tuan Hj. Shamsul (ketua Fasa 3) dan seluruh wargakerja Kapar Energy Ventures diharap bersabar dan dapat menerima kejadian ini dengan tenang. Kita telah mencuba sedaya upaya. Aku berada bersama dibilik gerakan kecemasan dan aku dapat melihat betapa sugul nya mereka yang ada disitu.


* Untuk menjaga nama baik Stesen aku tak mahu letak disini photo atau video klip kejadian, cukup hanya satu diatas, lagi pun memang aku tak punya banyak gambar.


Sekian


Photobucket

28 July 2009

Malaysia catat Korban ketiga Selsema babi H1N1

Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lalu.

"Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lalu dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad, beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator). Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai," katanya.

Liow yang kecewa dengan perkembangan itu berkata, semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.

"Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.

"Jadi saya ingin menggesa semua klinik dan hospital untuk sentiasa berwaspada, lebih efektif dan mengambil tindakan serta langkah segera dalam mana-mana kes yang disyaki influenza. Ada banyak kes yang datang dengan simptom pneumonia tetapi mereka perlu menjalani ujian sama ada ia H1N1 atau tidak. Mereka perlu mengambil langkah segera itu," katanya.

Mengenai situasi semasa Liow berkata terdapat 95 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan, semuanya adalah kes tempatan di kalangan warganegara Malaysia, iaitu 68 daripadanya merupakan kejadian dari 19 kluster baru, 22 kes dari 11 kluster sedia ada manakala lima kes lagi adalah kes-kes sporadik atau terpencil. - Malaysiakini

Komen aku:
Nampak gaya penularan wabak ini semakin serius. Sebentar tadi dalam berita TV3 jam 8.00, sudah ada individu yang mempertikaikan cara pihak berkenaan menangani wabak ini. Banyak sekolah dan Institusi ditutup tetapi para pelajar tidak dikuarantin. Ini menyebabkan wabak maut itu terus menular.

Di Britain wabak ini sudah mula menyebabkan panik. Sila baca di sini

Photobucket

Kru filem dibelasah geng penyamun menyamar polis

KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamar sebagai pegawai polis, sekumpulan dua lelaki dan dua wanita turut membelasah seorang kru filem dengan besi pembuka tayar hingga mengakibatkan kecederaan di kepala dan beberapa bahagian lain tubuhnya selain dipijak.

Malah, mangsa yang berseorangan ketika kejadian menjerit meminta tolong berikutan kawasan didiaminya itu mempunyai kawalan keselamatan 24 jam namun laungannya tidak didengari.

Sumber polis berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi di Flora Damansara di sini kelmarin, mangsa yang berusia 23 tahun dalam perjalanan ke keretanya sebelum didatangi sekumpulan penjenayah terbabit yang menaiki kereta Proton Persona.

“Pada awalnya, seorang daripada suspek bertanyakan jalan keluar dari kawasan kediaman berkenaan sebelum tiba-tiba seorang dari mereka yang memakai topi berlogo polis meluru ke arahnya sambil mendakwa mangsa terbabit dalam satu kejadian rogol,” katanya.

Mangsa yang tidak mengenali suspek kemudian menafikan dakwaan itu sebelum kumpulan terbabit terus bertindak ganas dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta mereka kononnya untuk dibawa ke Balai Polis Mutiara Damansara bagi tujuan pengecaman.

Berang dengan tindakan mangsa yang cuba melawan, kumpulan penjenayah terbabit turut mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan pita pelekat selain menutup wajah mangsa dengan bantal.

Ketika dalam kenderaan itu, suspek turut merampas barangan berharga milik mangsa selain menghubungi bapa mangsa agar membayar tebusan RM5,000.

Mangsa ditinggalkan seorang diri dalam keadaan cedera parah di satu kawasan pembinaan.

“Sebaik ditinggalkan, mangsa menyedari dirinya berada di kawasan perumahan masih dalam pembinaan,” katanya.

“Mangsa kemudian dibantu dua orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu dan sebaik menerangkan dirinya baru saja disamun dan dibelasah, mangsa dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong sebelum mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Serdang,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara berhubung insiden berkenaan. - Mymetro

Komen aku:
Tahun lepas aku selalu juga ke Flora Damansara sebab anak saudara tinggal menyewa di tingkat 19 sebelum berpindah ke Putrajaya. Kawasan perumahan ini bersebelahan dengan Sungai Pencala. Bagi aku Kawasan perumahan itu memang tidak selamat, bukan sahaja dari segi samun rompak dan sebagai nya tetapi juga dari segi lokasi perumahan yang mempunyai banyak blok itu betul betul dilereng bukit. Aku yang sekali sekala datang pun bimbang jika berlaku tanah runtuh. Aku pun tak tahu macam mana pembinaan nya boleh di luluskan. Terlalu bahaya, tapi ramai jugak yang tinggal di situ.

Kawasan perumahan itu memang mempunyai kawalan keselamatan 24 jam. Tak silap ada 2 'check point' tapi yang berfungsi cuma 1. Lagi pun kawasan perumahan itu luas. Tempat letak kereta nya yang terletak dibawah tanah pun amat merisaukan dan menakutkan. Ada sebahagian tempat nya gelap. Kalau kita datang kerumah saudara mara cukup susah nak cari parking sebab parking hanya untuk penghuni. Silap parking nanti kereta kena gores.


Kalau aku memang aku tidak akan tinggal disitu, namun apa pilihan yang mereka ada ?


Sekian.

Photobucket

27 July 2009

Afrika belajar daripada Malaysia cara tangani rasuah


Tun Mahathir turut hadir

KAMPALA 27 Julai - Malaysia telah berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang sedang berlangsung di Munyonyo di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman Malaysia itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.

"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesatu yang jijik dan perlu disemai dalam jiwa masyarakat. Ini kita bincang secara terbuka," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Global 2009 di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula semalam hingga esok. - Utusan

Komen aku:
Aku gelak nak pecah perut. Lucu sungguh !!!!

* Laman web rasmi Global 2009

Photobucket

26 July 2009

Program penerangan PINTAS untuk rampas Selangor dari PR

KUALA LUMPUR 26 Julai - Jentera penerangan UMNO Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (Pintas) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Melalui Pintas, semua jentera penerangan di setiap DUN diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

“Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi ’Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock’.

“Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini. - Bernama

Komen aku:

khir toyo and disney land disneyland
Program penerangan untuk menarik kembali sokongan rakyat ?. Nak terang kan apa lagi ?. Banyak yang dah terang dan tak perlu nak bersuluh. OK kalau nak menerangkan jugak, kita cuba dengan pertandingan syarahan yang bertajuk "Khir Toyo dan rumah agam Jutaan Ringgit" atau "Lawatan Khir Toyo ke Disneyland". Intipati isi syarahan boleh dirujuk disini. Ada berani?

Pengarah filem Yasmin Ahmad meninggal dunia



PENGARAH filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.- BERNAMA

------------------------------------------------------------------------------------------------

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Kepada yang masih bernafas termasuk lah aku, ketahui lah bahawa semua kita menanti giliran untuk menghadap NYA. Oleh itu semasa masih ada nafas yang diberi atas ehsan Allah SWT, kita semua harus insaf bahawa hidup ini tidak lah lama mana pun.

Menjadi seorang 'terkenal' tidak menjamin kita selamat di dunia dan akhirat. Yang menjamin kita selamat dunia dan akhirat ialah Takwa dan amal soleh.

Al-Fatihah.

Photobucket

25 July 2009

`tindakan bodoh’: Polis minta Presiden Barack Obama memohon maaf atas kenyataannya

http://a.abcnews.com/images/US/ht_gates_in_cuffs_090721_mn.jpg
In this photo taken by a neighbor Thursday July 16, 2009 Henry Louis Gates Jr. center, the director of Harvard University's W.E.B. DuBois Institute for African and African American Research, is arrested at his home in Cambridge, Mass. Police say they were called to the home of Gates after a woman reported seeing a man try to pry open the front door. - AP

MASSACHUSETTS 25 Julai – Pasukan polis hari ini meminta supaya Presiden Barack Obama memohon maaf atas kenyataannya yang menyifatkan mereka melakukan `tindakan bodoh’ apabila menahan seorang profesor Harvard yang berkulit hitam.

Kesatuan-kesatuan polis di Cambridge, Massachusetts bersatu menyokong Sarjan James Crowley yang telah menahan Henry Louis Gates kerana berkelakuan tidak senonoh selepas memecah masuk rumahnya sendiri.

Presiden Persatuan Pegawai Tinggi Polis Cambridge, Dennis O’Connor berkata, dia mahu supaya Obama memohon maaf kepada lelaki dan wanita di jabatan polis Cambridge.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Polis Rondaan Cambridge, Steve Killian menganggap tindak balas Presiden itu sebagai sesuatu tindakan yang salah.

“Beliau harus memohon maaf kepada semua kakitangan penguatkuasa undang-undang di seluruh negara,” jelasnya.

Gates, Profesor Kajian Afrika dan Afrika-Amerika di Universiti Harvard, ditahan pada 16 Julai lalu oleh polis semasa dia cuba memasuki rumahnya sendiri di Cambridge.

Dia dilaporkan cuba membuka pintu depan rumahnya yang tersekat apabila jiran menelefon polis kerana mengesyaki rompakan sedang berlaku. – AGENSI

------------------------------------------------------------------------------------------------

President Obama takes step back in Henry Louis Gates racial furor
Says he made situation worse, calls Cambridge, Mass., officer

Peter Wallsten of the Washington Bureau contributed to this report. |Washington Bureau
July 25, 2009


WASHINGTON - -- President Barack Obama on Friday backed off his contention that police acted "stupidly" in arresting a black Harvard University professor on disorderly conduct charges at the scholar's home, hoping to tamp down a furor that has diverted attention from his policy agenda. click for full story

Komen aku:
Di Amerika Syarikat, kalau Presiden mereka sendiri buat kesilapan, mereka boleh desak supaya presiden meminta maaf. Di sini Perdana Menteri boleh buat apa sahaja kerana tidak akan ada sesiapa yang berani mengatakan apa apa kecuali pihak yang digelar pembangkang.

Aku tak kata Amerika itu bagus sangat, tapi dalam konteks ini, memang mereka berminda kelas pertama dan terbuka.


Sekian


Photobucket

24 July 2009

Dua peragut maut rempuh teksi ketika larikan beg tangan selepas dikejar mangsa



Dua beradik rempuh teksi ketika larikan beg tangan selepas dikejar wanita mangsa ragut

SHAH ALAM 24/7: Dua beradik maut apabila motosikal mereka merempuh belakang sebuah teksi ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang eksekutif wanita di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.45 petang, dua beradik berusia 25 dan 30 tahun itu memecahkan cermin kiri Mercedes-Benz wanita berkenaan dan melarikan beg tangan mangsa ketika kereta itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Bagaimanapun, Junaili Abdul Hamid, 43, bertindak nekad mengejar peragut terbabit dan ketika cuba melarikan diri, motosikal dua beradik itu merempuh belakang sebuah teksi di persimpangan Jalan Batu Tiga Lama.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata seorang peragut terbabit cedera parah selepas terperosok di bawah teksi dan meninggal dunia setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.


Adik peragut terbabit pula terpelanting dan cuba melarikan diri dalam keadaan terhoyong-hayang serta badan berlumuran darah, tetapi rebah dan meninggal dunia kira-kira 50 meter dari tempat kemalangan.

Ketika ditemui pemberita, Noor Azam berkata, peragut yang meninggal dunia di tempat kejadian itu juga mungkin diserang asma kerana polis menemui alat bantuan pernafasan di tangannya.

Beliau berkata, kereta yang dipandu wanita itu turut melanggar sebuah van menyebabkan bahagian tayar di sebelah kanannya remuk, tetapi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Beg tangan wanita berkenaan ditemui semula di tempat kejadian dan mangsa sudah membuat laporan polis," katanya. Dua beradik itu berasal dari Tali Air 3, Sungai Burung, Sekinchan.

Sementara itu, suami mangsa, Sheikh Feisal Sheikh Mohamed, 43, berkata beliau bergegas ke tempat kejadian dari pejabatnya di Petaling Jaya sebaik dihubungi isterinya.

Beliau berkata, isterinya memandu seorang diri dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 13 di sini dari tempat kerjanya di Sungei Way.

Ahli perniagaan itu bersyukur kerana isterinya terselamat, walaupun keretanya rosak selepas cermin tingkapnya dipecahkan peragut terbabit sebelum terlanggar sebuah van. - Berita harian

Komen aku:
Menjalani kehidupan seharian sekarang ini menjadi semakin tidak selamat. Kita menjadi semakin penat dan letih memikirkan supaya kita tidak cuai, alpa dan lupa untuk memastikan soal keselamatan kita sama ada kita berada di rumah atau di luar rumah. Kita terpaksa berhati hati dan kadang kadang berburuk sangka dahulu apabila dalam situasi berhadapan dengan orang yang tidak kita kenali.

Seperti kes diatas, walaupun pintu kereta berkunci tetapi aku rasa mangsa meletak beg tangan diatas kerusi penumpang sebelah pemandu dan itu ada lah kebiasaan. Kereta mangsa pulak dari jenis kereta mewah jenama Mercedes Benz (nampak macam E Class, tapi kalau S Class lagi lah peragut tu ingat banyak duit kot). Peragut yang berhenti bersebelahan tingkap penumpang di lampu isyarat nampak beg tangan tersebut membuatkan mereka memecahkan cermin dan mengambil nya.

Oleh itu diharap kepada wanita yang memandu jangan lah lagi letak beg tangan atau benda berharga seperti komputer riba (Notebook) diatas kerusi. Letak saja dilantai dan lindung lah dengan sesuatu. Dari pengalaman aku, masih ramai lagi wanita yang cuai, alpa dan mungkin tak kisah soal soal keselamatan ini. Pintu kereta ditutup tapi tidak di kunci (lock) ada lah yang kerap aku perhatikan termasuk lah isteri aku.

Berbuih dah mulut kita bagi tahu.......


Sekian.


Photobucket

23 July 2009

Kes Teoh: Hanya 60 orang ahli BN demo sokong SPRM & Polis

http://media1.malaysiakini.com/198/e83ffb2fda0d3f16d37b9bd678a0e8e9.gif
Gambar pun fokus dekat, tak berani nak fokus dari jauh - Foto Malaysiakini

Malaysiakini melapur kan dengan panjang lebar dan terpeinci demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point oleh Umno dan parti komponen BN (baca disini). Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

http://media1.malaysiakini.com/199/129c941a74f13745c75ddb4ee9790856.jpg
Ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo - Foto Malaysiakini

Terkejut juga bila baca berita tersebut. UMNO/BN dah mula berdemo, ingatkan Pakatan Rakyat saja yang buat begitu. Demo tersebut menyatakan sokongan kepada SPRM dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang. Siapa yang politik kan?. Apa yang diminta oleh pembangkang (PR) dan rakyat ialah tubuhkan Suruhanjaya Diraja supaya siasatan lebih adil dan telus. Itu pun susah nak faham ?.

Lepas terkejut, aku ketawa terbahak bahak, cuma tak pecah perut. Mana tak nya, dari apa yang dilaporkan kira kira 60 (enam puluh orang sahaja - macam tulis Cek pulak). Laaaaa.......... lapuran berjela jela tapi yang datang cuma 60 orang. Malaysiakini siap bagi detail dari bahagian mana yang datang berdemo itu - Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semua nya dari Ampang. Punya banyak cawangan dan komponen parti, tapi jumlah 60 orang dan bila aku kira hitung panjang nya 1 cawangan/komponen disertai hanya 8 orang.

http://media1.malaysiakini.com/199/ab9c84c69b9da4e4ba29e1d8d03baa92.jpg
Ini mungkin dari PPP atau MIC. Dua orang aje? - Foto Malaysiakini

Permit berhimpun ada ?. Abang Polis, diaorang ada permit tak ?. Err...diaorang tak ada permit. Laaaaa.....tak de permit rupa nya. Nampak gaya nya tak ada beza lah UMNO/BN dangan PR. Ingat kan PR saja yang berdemo tak pakai permit, rupa nya diaorang pun 2x5 daaa...

" mereka tidak ubah seperti beruk beruk di jalanan"~ Khairy jamaludin yang kata, bukan aku ye...

22 July 2009

Suruhanjaya Diraja ditubuhkan siasat kes Kematian Teoh Beng Hock

Kabinet sebentar tadi memutuskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.

Pada sidang media itu, Najib berkata satu inkues yang diketuai oleh majistret juga akan diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

"Kabinet putuskan tiga perkara iaitu sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu langkah ini untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.

Najib berkata, Suruhanjaya Diraja dan inkues itu mungkin akan memulakan tugas minggu depan. - http://greenboc.blogspot.com

The soldier son of one of Britain's most senior commanders has lost his leg in a Taliban bomb blast.

Captain Harry Parker, 26, suffered horrific injuries as he caught the full force of a booby-trap bomb while leading a patrol from the 4th Battalion The Rifles.

His father Lieutenant General Sir Nick Parker, who will take over as deputy Nato commander in Afghanistan later this year, has flown home from holiday to be at his son's bedside at Selly Oak Hospital in Birmingham.

Captain Harry Parker
Leading patrol: Captain Harry Parker was severely injured after losing in a leg in a roadside bomb blast in Afghanistan

UK casualties have reached record levels amid fierce fighting in Helmand province.

In one recent week 157 soldiers were admitted to field hospitals - thought to be the highest figure since operations began in 2006.

Captain Parker, who was commissioned less than three years ago, is understood to be in a critical condition after being flown home for emergency treatment after the explosion on Saturday.

There are fears that he will lose his other leg as a result of multiple injuries.

It is thought he stepped on a concealed pressure pad that detonated the bomb hidden under the road surface.

No other soldiers were hurt in the attack near the hotbed town of Nad Ali in central Helmand.

Roadside bombs have killed and maimed scores of British troops in recent months, as Taliban fighters have become increasingly skilled at building and planting them to cause maximum carnage.

In the first five months of this year UK forces recorded 418 attacks - up from 293 in the same period last year.

Lieutenant General Nick Parker
Bedside vigil: Britain's third most senior army officer Lieutenant General Sir Nick Parker is devastated after learning his son Harry was severely injured

General Parker, who was knighted last month, is among the Army's most senior and highly-respected officers.

In his current post of Commander Regional Forces he is in charge of all UK-based units and head of the Territorial Army.

In September he is due to deploy to Afghanistan as Britain's senior commander in the country and deputy commander of Nato coalition forces.

A senior Army source said: 'General Sir Nick, his wife and the whole family are understandably devastated by what has happened to Harry. The general understands the risk more than most but it is still an appalling thing for any parent to go through.'

Medics at the field hospital at Camp Bastion in Helmand revealed yesterday that 157 people were admitted for treatment last week - by far the highest figure to date.

The figure is higher than the total of 116 for the whole of the previous month, reflect the sustained intensity of fighting during the offensive codenamed Operation Panther's Claw.

In the past week, it is understood, the hospital has at times treated more casualties than it was designed to cope with.

Last weekend included its busiest-ever 24-hour period, with the worst casualty toll since the Falklands 27 years ago.

More than 30 wounded soldiers, including 15 seriously hurt, were flown into Camp Bastion from the battlefield and the operating theatre went through more than 100 pints of blood products.

The 33-bed hospital came close to overflowing, but staff were able to move stabilised casualties on to emergency flights to Britain or to Kabul, and not one wounded soldier was turned away.

Latest figures show that more than 50 British soldiers have lost limbs and seven have been blinded in at least one eye while serving in Afghanistan - the vast majority of them victims of Taliban roadside and booby trap bombings.

The number of compensation claims lodged against the Ministry of Defence by British servicemen and women has leapt by 60 per cent since operations in Afghanistan began, from 550 in 2006-7 to 922 in 2008-9.
Over the same period the number of claims being dealt with and settled dropped from 889 to 657, and the amount of money paid out in compensation fell by nine per cent, from £33million to £29.8million. - http://www.dailymail.co.uk

21 July 2009

Kematian Teoh: Tan Sri Khalid sanggah Tan Sri Muhyiddin

http://4.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SdSVFJJ1c9I/AAAAAAAADQ0/lv2eeTC9FfI/s1600/bw_11khalid.jpg

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Pakatan Rakyat Selangor cuba bermain wayang berhubung insiden yang menimpa Teoh.

“Orang mati kita tak main wayang, ini soal kematian seorang pemuda yang disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ia adalah di bawah jagaan pencegah rasuah,” katanya.

"Kita tak campur-adukkan dengan hal-hal lain, yang ini adalah satu tragedi. Seorang anak muda telah mati," tambahnya.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, pagi tadi . Untuk berita penuh sila klik http://www.tvselangor.com

Komen aku:
Ada kah patut seorang TPM membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab begitu. Apa maksud sebenar Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa demikian ?. Kalau benar mereka main wayang seperti didakwa TPM, mengapa pihak kerajaan masih tidak berani menubuhkan Suruhanjaya diraja menyiasat kes kematian mendiang Teoh. Bukan kah jikalau ada nya Suruhanjaya tersebut nanti, kita akan dapat ketahui siapa pengarah nya?, siapa penulis skrip nya, siapa penerbit nya? siapa pelakon pelakon nya?, siapa pelakon lagak ngeri (stunt man) nya?.

Kalau betul betul telus, tubuh saja Suruhanjaya tersebut. Parti parti dalam komponen BN sendiri yang terdiri dari Gerakan, MCA dan MIC juga turut mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja. Jangan nak berdolak dalik. Apa lagi alasan yang mahu di beri ?. Rakyat bukan dungu menerima saja hujah seorang TPM.

Sekian

20 July 2009

Sudah lama orang menuding jari, Ketua Pesuruhjaya SPRM baru perasan?

Tiba-tiba hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sedang yang pertama kali membuat kenyataan mengenai kematian Teoh Beng Hock adalah Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull sendiri yang berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini. Ditanya sewaktu itu bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang (dipercayai tukang cuci bangunan tersebut) tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Oleh kerana Datuk Shukri hanya mengutara dua kemungkinan iaitu "terjatuh atau terjun" maka itulah sebabnya ia menimbulkan kemarahan rakyat kerana ia samasekali tidak dapat diterima oleh rakyat berdasarkan keadaan mayat yang ditemui yang tidak menunjukkan sebarang kecederaan fizikal yang sepatutnya ada jika Teoh terjatuh atau terjun dari tingkat 14 ke tingkat 5.

Ahmad Said berkata lagi kes penyalahgunaan peruntukan negeri yang disiasat SPRM itu hanyalah kes biasa dan bukannya kes besar sehingga boleh menimbulkan kematian.

"Bukan kerja kami hendak siasat sampai buat (kematian) macam itu sekali...kes biasa sahaja," katanya.

Ahmad Said berkata laporan sesetengah media didapati cuba mengeruhkan keadaan dan mewujudkan perselisihan faham dan tanggapan bahawa SPRM punca kematian Teoh.

"Jangan cuba wujudkan perselisian faham dan sensitiviti kaum...saya pun secara peribadi hendak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Jika anda sendiri menyatakan ia kes kecil, mengapa perlu kepada interogasi dan intimidasi para pegawai SPRM terhadap mangsa sehingga ke pagi?-http://greenboc.blogspot.com

Komen aku:
Lembab jugak Ketua Pesuruhjaya SPRM ini. Baru sekarang nak respon, setelah banyak pihak mencurigai alasan SPRM. Sudah lah respon dan kenyataan pun menyakitkan hati. Beliau kata kes yang disiasat melibatkan simati sebagai saksi adalah kes kecil. Kes kecil sibuk nak siasat. Itu kes besar PKFZ yang melibatkan 12 billion, aku ulang RM12 billion apa pasal tak siasat. Mahligai Khir Toyo yang dipertikaikan cara pembelian nya dan report pada SPRM pun telah dibuat, anda sebagai ketua Pesuruhjaya SPRM jadi lembu kenyang pasal apa ?.

Diam lagi bagus.... Sekian

19 July 2009

PPSMI satu kesilapan - Profesor Diraja Ungku Aziz


Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini.

Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.

MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?

UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara.

Selepas ceramah saya di Bankers Club di Bukit Bintang, saya keluar dari bangunan itu kita boleh dengar pelbagai bahasa yang diucapkan termasuklah bahasa Hokkien, Mandarin dan sebagainya termasuklah bahasa Melayu. Tapi kalau kita perhatikan di kawasan Bukit Bintang, mereka yang bercakap dalam bahasa Melayu ini tidak ramai, belum lagi di Jalan Petaling.


Mereka ini menggunakan bahasa Mandarin tetapi dalam banyak dialek dan kalau cakap Melayu pun dalam bentuk rojak dan bercampur-campur. Jadi bagi saya perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan negara?


Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.


Namun Alhamdulillah, toleransi orang Melayu sangat tinggi jika tidak ada banyak masalah. Kalau ada masalah terutama membabitkan politik orang akan menuding kepada pihak tertentu seperti MCA dan PKR. Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.


Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.


Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.


Setelah kita memberi masa enam tahun PPSMI berjalan, kepada Pak Ungku apa kelemahan ketara dasar ini?

UNGKU AZIZ: Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.

Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.


Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.


Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.


Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.


Apa pula masalah yang perlu ditangani segera selepas pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Dari segi kelengkapan tidak banyak masalah. Ini kerana banyak buku telah diterbit dan diterjemah ke bahasa Melayu. Ini termasuklah kamus-kamus seperti kamus biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains.

Kita ambil contoh kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, penguasaan kosa kata mereka tidak banyak. Tetapi mereka akan belajar lebih banyak dan mampu menulis ayat setelah bersekolah untuk beberapa tahun. Selepas itu mereka ini sudah berkeupayaan untuk bercakap dan selepas masuk sekolah menengah mereka sudah boleh bercakap tentang perkara- perkara yang abstrak. Ini kerana mereka telah belajar perkara-perkara ini secara beransur-ansur dan keupayaan mereka semakin berkembang setelah belajar. Pelajar ini perlu didedahkan dari awal penggunaan bahasa Melayu tidak kira mereka ini orang Cina, Melayu atau kaum lain.


Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.


Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.


Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?

UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang mendalam tapi ini tidak bermakna kita berundur ke belakang. Keputusan itu menunjukkan ada keseimbangan iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi saya PPSMI banyak merugikan anak-anak Melayu terutama yang tinggal di desa.


Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?

UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.
Pelaksanaan bahasa Melayu ini tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda. Apa pandangan Pak Ungku?

UNGKU AZIZ: Kita kena faham tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu. Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini. Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew. Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya? Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.

Kalau begitu apa perlunya sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?

UNGKU AZIZ: Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Kerana itu untuk mengajar dan mencampuri bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Bagaimana pula sikap sesetengah pihak yang terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan? Adakah kemungkinan PPSMI dikembalikan?

UNGKU AZIZ: Saya sangat berharap tidak akan berlaku dolak dalih bagi memungkinkan pelaksanaan PPSMI dikembalikan. Maksudnya setelah keputusan ini diambil kerajaan tidak akan berundur ke belakang. Saya faham kerajaan mungkin menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak supaya PPSMI ini dilaksanakan semula termasuklah dari orang Melayu sendiri. Saya tidak kata kita menolak penggunaan bahasa Inggeris sebab bahasa itu perlu untuk menjadikan negara ini maju. Tetapi saya mahu bahasa Melayu terus unggul di negara sendiri. Kita tidak perlu pinggirkan bahasa Melayu sebaliknya kedua-dua bahasa ini sama-sama naik.

Namun cabaran ini pastinya sangat hebat kerana ada di kalangan kaum lain dan juga sesetengah orang Melayu sendiri yang hanya mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau kita lihat contoh seperti mereka di Jamaica dan negara-negara di kepulauan Caribbean, mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Adakah kita mahu jadi seperti itu? Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu. Namun pada masa yang sama demi kemajuan negara kita mesti mampu berbahasa Inggeris
- Utusan

Komen aku:
Pak Ungku Aziz adalah seorang yang amat vokal dalam isu isu melibatkan bahasa melayu. Pada zaman Dr. Mahathir berkuasa, pendirian Pak Ungku selalu nya tidak sehaluan, tetapi apa kan daya, beliau terpaksa senyap apabila Dr. Mahathir berkata. sebab kata kata Dr. Mahathir tidak ada siapa yang berani menyanggah.

Sekarang Pak Ungku pun dah tak banyak bersuara, mungkin sudah ramai yang bising dan memberi tekanan kepada kerajaan termasuk lah parti parti politik pembangkang dan pejuang bahasa. Namun begitu aku mengucapkan syabas kepada Pak Ungku Aziz atas pendirian nya terhadap PPSMI. Pendirian yang sama dengan majoriti rakyat Malaysia yang lain termasuk aku.


Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu menguncupkan bahasa nya, kita ada undi, ajar mereka dengan undi kita - A.Samad Said

Sekian

18 July 2009

Chua Jui Meng sertai PKR

http://media1.malaysiakini.com/198/12ad05efb7e09f9520aac119422fe15c.jpg

Chua Jui Meng umum sertai PKR
Abdul Rahim Sabri | Jul 18, 09 4:06pm

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Turut mengumumkan masuk PKR ialah bekas senator David Yeo, juga dari MCA.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Berita penuh sila klik http://www.malaysiakini.com

Komen aku:
Tahniah kepada PKR kerana berjaya menarik bekas menteri kesihatan yang juga bekas Naib Presiden MCA. Kemasukan Datuk Chua ini tak banyak sikit dapat memberi satu tamparan kepada MCA khusus nya dan BN am nya.

Namun begitu PKR jangan terlalu ghairah bergembira dengan penyertaan atau lompatan ini. PKR harus berhati hati. Rasa nya PKR harus mengambil pengajaran seperti apa yang berlaku di Perak iatu kes lompat ADUN Bota dan juga kes Saiful dalam isu liwat. Aku bukan kata Datuk Chua masuk PKR tak bagus. Itu semua terpulang kepada pendapat masing masing. Kalau mahu mempersoalkan kemasukan Datuk Chua memang ada berpuluh soalan yang boleh ditanya. Mengapa sekarang?, mengapa setelah segala madu disedut dari MCA dan BN maka sepah dibuang. Bah kan ada yang mengatakan bahawa Datuk Chua sebenar nya ada lah langau didalam MCA dan keluar nya beliau memang dialu alukan. Alasan Datuk Chua masuk PKR ?. Ahhh..alasan macam macam boleh bagi.


Satu lagi yang perlu di lihat dan dinilai oleh pimpinan tertinggi PKR ialah terus memberi jawatan kepada bekas bekas 'top gun' parti lawan yang masuk PKR.
Ini berlaku masa kemasukan Datuk Zaid Ibrahim tempohari. Tidak kah pendokong dan penggerak yang bertungkus lumus merasa sedikit kecewa. Cuba fikirkan siapa kah yang mempertahan kan PKR dan bagaimana PKR boleh wujud sehingga hari ini ?.

PKR harus sedar bahawa PKR yang bergabung dengan PAS & DAP dalam Pakatan Rakyat semakin kuat. Apabila semakin kuat, ia semakin mempunyai ramai musuh. Samaada musuh yang nyata dari luar atau musuh dari dalam. Cara untuk merosakan ialah jadi kan mereka bergaduh sesama sendiri.


Sekian.. Berhati hati di jalanraya dan lebuhraya !!!


Photobucket

17 July 2009

Tarif Elektrik akan naik Ogos 2009 ?

http://www.btimes.com.my/articles/khalib1/pix_middle
PUTRAJAYA, 17 Julai - Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

"Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini pada hari Jumaat.


Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.

"Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos). Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya," kata beliau.

Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.

Beliau berkata beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.- BERNAMA

Komen aku:
1. Semalam baru saja dibuat pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam (bas & teksi) termasuk bas sekolah dan kenaikan tersebut akan bermula 1 Ogos 2009.

2. Majlis Ekonomi Negara telah meluluskan kenaikan tarif elektrik. Bermakna tarif elektrik akan naik, cuma yang belum tahu ialah berapa banyak nak naik ?. Jika semua nya beres selepas mesyarat kabinet rabu depan nanti, kenaikan tarif elektrik itu juga akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2009. Berapa haribulan belum tahu?.

3. Ramadhan kembali lagi pada pertengahan bulan Ogos 2009. Umat Islam akan menunai kan ibadah puasa dan kemudian nya menyambut Aidilfitri. Apa releven nya dengan kenaikan-kenaikan tersebut ? sendiri rasa dan sendiri fikir.

4. Dalam keadaan ramai orang kena buang kerja kenaikan demi kenaikan terus berlaku. Ini lah agak nya maksud yang aku pernah tulis dari pemahaman aku tentang 1 Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Maksud nya rakyat didahulukan untuk membayar harga, cukai dan segala macam kenaikan bayaran tetapi dikemudiankan dalam soal soal kebajikan dan kemudahan. Kalau tak percaya cuba baca ayat yang diungkap oleh Menteri Tenaga, "Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).

Ayat 'standard' para menteri apabila ada kenaikan iaitu "kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah". Ayat yang membuat aku sakit hati. Pasal apa aku sakit hati ?. Sebab yang bercakap itu adalah golongan perpendapatan tinggi, macam mana dia boleh kata tidak membebankan golongan berpendapatan rendah. Sedang kan aku yang berpendapatan sederhana ini pun tercungap cungap juga dibuat nya.... Akai ada ka....

Sekian

Kematian Teoh Beng Hock - Apa sebenarnya berlaku di pejabat SPRM, Plaza Masalam



Adnan Ibrahim
Fri | Jul 17, 09 | 7:05:24 pm MYT


Orang ramai yang berurusan di Plaza Masalam, Shah Alam bertanyakan kenapa ada orang ramai berhimpun, kepada salah seorang yang menyertai perhimpunan mendesak siasatan dilakukan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat Teoh Beng Hock.

Orang yang ditanya itu menjawab: "Ada kes kematian semalam di sini. Mereka ini melahirkan tidak puas hati tentang kematian itu."

Jawab balik orang bertanya itu: "Ooo ... yang semalam kes bunuh diri tu ..."

"Macam mana awak tahu itu kes bunuh diri," soal orang sebelah kepada yang ditanya tadi.

Ini antara bualan ringkas di pintu masuk ke bangunan pejabat di Plaza Masalam pagi tadi semasa orang ramai yang dianggarkan lebih 500 orang berkumpul meminta SPRM bertanggungjawab diatas kematian Teoh yang ditemui dibawah pejabat SPRM, tingkat 14.

Tambah orang itu: "Kalau saudara dapat berita awal kes itu bunuh diri, saya pun dapat berita awal yang Teoh ini bunuh diri."

Orang ramai yang tidak mengenali Teoh iaitu Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yoing Hian Wah dan mendapat maklumat awal memang mudah menyangka kebenaran berita tersebut.

Soalnya siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita bahawa Teoh membunuh diri, sedangkan pihak polis mengklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut dan siasatan sedang dijalankan.

Apabila ada pemimpin DAP yang menceritakan tentang keperibadian Teoh maka maklumat awal tersebut ternyata semacam sebuah cerekarama seolah hendak menutup kematian sebenar Teoh.

Ini kerana kematian mengejut beliau itu banyak menimbulkan persoalan dan andaian. Teoh pula tidak meninggalkan sebarang nota dalam masa rehat beliau di pejabat SPRM iaitu sebaik sahaja selesai siasatan pada pukul 3.30 pagi hingga 6 pagi, semalam bagi beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Walaupun kesedaran kematian Teoh pada pukul 1.30 tengahari tetapi sebelum itu kali terakhir lokasi beliau berada di pejabat SPRM maka suruhanjaya tersebut perlu bertanggungjawab.

Pada 7 Julai lalu, saudara yang mahu dikenali Zul seorang pembantu tadbir pihak berkuasa tempatan (PBT) menceritakan beliau didera oleh SPRM di bilik gelap di pejabat SPRM di Johor Bahru dan telah membuat laporan polis.

"Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Perkara ini disahkan Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.

"Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya," katanya.

Ini bermakna SPRM sudah ada kes dera saksi maka amat dibimbangi keghairan yang meruap-ruap menyiasat dakwaan penyelewengan exco kerajaan negeri Selangor akhirnya mengundang padah seperti yang menimpa Teoh.

Kata orang tua-tua kalau bergurau biar berpada, takut nanti bawa malapetaka.

Bagaimanapun rakyat Malaysia yang tertanya-tanya mahu pihak polis menjalankan siasatan dan menahan mereka yang terakhir bersama beliau di pejabat SPRM, tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.

Atau apakah pejabat SPRM juga terdapat 'lembaga' misteri sebagaimana cerita pelajar siswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, ditemui mati di Kolej Pendeta Zaba, dipercayai terjatuh dari tingkat empat.

Diceritakan rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Rosliza, 20-an, berkata sejak mendiami kolej kediaman itu hampir dua tahun lalu, pelbagai cerita mengenai gangguan makhluk halus seperti lembaga hitam tersebar.

Apakah Teoh juga mati kerana 'lembaga misteri'? Siapa lembaga misteri itu? Jin atau manusia?

Apa yang pastinya selagi siasatan tidak dijalankan secara telus selagi itu kematian Teoh jadi tanda tanya dan misteri. - http://harakahdaily.net

16 July 2009

Kerajaan BN naikkan tambang kenderaan awam (bas dan teksi) & bas sekolah

http://2.bp.blogspot.com/_owszBT1xOOM/SLZODHwt26I/AAAAAAAAAcE/imC1C75rvo4/s400/bus.jpg

Baru saja selepas BN kalah tipis di Manek Urai, satu Malaysia hari ini terkejut dengan langkah kerajaan menaikkan harga tambang untuk kenderaan awam iaitu bas dan teksi seluruh negara.

Tambang bas ekspres dibenar dinaikkan 2 sen dari 6.5 sen sekilometer kepada 8.5 sen sekilometer mulai 1 Ogos ini.

Sementara tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dinaikkan antara 25 sen hingga 70 sen menjadikan tambang baru antara RM1 hingga RM3.10 sen.

Kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus.

Tambang bas mini naik 20 sen, bas pengantara 20 sen.

Kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama, manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan.

Banyak pihak membidas langkah kerajaan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, sebentar tadi dan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu rakyat sewaktu "menghadiahkan bonus" sempena sambutan 100 harinya sebagai PM.

"Yang akan menderita hasil kenaikan tambang kenderaan awam ini adalah rata-ratanya penduduk miskin yang mengharapkan pengangkutan awam untuk sebarang perjalanan dan kenaikan harga yang diumumkan hari ini benar-benar mencerut leher mereka," ujar seorang aktivis masyarakat.

"Apa ertinya semua ini, apa ertinya slogan RAKYAT DIUTAMAKAN jika sebenarnya Najib dan Muhyiddin serta kerjaan BN bertindak sewenang-wenang untuk menekan dan menindas rakyat dengan kenaikan tambang pengankutan awam?" tambahnya lagi.

Sementara itu, beberapa ahli politik kesal dengan langkah kerajaan BN yang menipu rakyat kerana ia dilakukan di saat Parlimen sudah tamat persidangan dan Manek Urai sudah tamat pilihanraya.

"Ia adalah perulangan taktik kotor sewaktu menaikkan harga minyak di zaman Abdullah (sekarang Tun) apabila mengumumkan kenaikan harga minyak selepas Dewan Rakyat tamat persidangannya dan bukan sewaktu Parlimen bersidang kerana khuatir akan menerima bantahan wakil rakyat Pakatan Rakyat," tegas seorang tokoh politik PAS di sini.

"Rakyat perlu sedar taktik kotor UMNO BN ini yang sengaja mengumumkan selepas pilihanraya Manek Urai untuk menarik sokongan pengundi kerana mereka tahu jika mengumumkannya sebelum pilihanraya itu sudah pasti rakyat akan menolak mereka dengan kekalahan yang teruk. Oleh itu rakyat perlu sedar hal ini untuk tidak mengundi BN lagi di dalam mana-mana pilihanraya," tegasnya. - http://greenboc.blogspot.com

Komen aku:
Pertama sekali aku dah tak pernah naik bas dan teksi hampir 20 tahun. Oleh itu aku tak tahu menahu pasal tambang bas dan teksi. Bas Sekolah, anak anak aku yang naik dan aku yang tukang bayar. Apa boleh buat, mahu tak mahu bayar saja lah.

Dari cara pihak kerajaan mengumumkan kenaikan tambang untuk kenderaan awam ini, memang ia nya dirancang sebegitu rupa supaya Manik Urai dapat dan naik kan tambang pun dapat, tetapi tidak terjadi begitu. Manik Urai tak dapat dan cuma dapat naik kan tambang.

Begitu lah strategi kerajaan yang sebenar nya selalu membuli dan mengenakan rakyat tetapi berselindung disebalik slogan baru 1 Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Maksud nya rakyat didahulukan untuk membayar harga, cukai dan segala macam bayaran tetapi dikemudiankan dalam soal soal kebajikan dan kemudahan. Jika kerajan beri atau tunaikan kebajikan dan kemudahan untuk rakyat yang tak banyak mana itu (sememang pun tanggung jawab kerajaan), selalu nya akan diungkit ungkit. Kalau tak percaya tanya sama itu Tun Mahathir. Kadang kadang kemudahan yang sepatut nya diberi itu diperjudikan seperti contoh terbaharu di PRK Manik Urai. Janji kalau BN menang buat jambatan dan kalau BN kalah jambatan tak buat. Itu lah dia mentaliti kelas pertama diantara menteri menteri yang kita ada.

Sekian.

Photobucket

15 July 2009

Swine flu panic rises after death of six-year-old girl

By Daniel Martin
on 14th July 2009

Chloe Buckley

Chloe Buckley: She was not given Tamiflu after her doctor apparently misdiagnosed her illness as tonsillitis
Public fears have increased after yesterday's announcement that a healthy child and a GP with no known underlying problems have died from the virus.

The deaths of Chloe Buckley, six, and Dr Michael Day mean three people with no previous health problems have now died of the illness out of a total of 17 deaths across Britain.

Chloe's parents described her as their 'fun-loving baby girl' today as they spoke of their distress for the first time.

Health Secretary Andy Burnham said it was a 'tragedy' today but insisted people must not worry too much.

'There have been lots of children already having the condition but making a very quick and full recovery. We do have to keep it in perspective,' he said.

Britain was at the 'front of the queue' for the swine flu vaccine and the first should arrive here next month, the minister added.

'We could not be in a better position. So as soon as stocks are made, the very first vaccines will come to this country. We expect to get the first next month.'

Enough vaccine for the whole population has been ordered and half of all doses are expected to arrive by the end of the year.

A list has been drawn up of people who will get the first injections, including health workers and patients with conditions like diabetes and asthma.

Scientists fear a unique strain of the virus has already developed in London due to the sheer number of infections.

This could mutate into an even more virulent version which could prove more dangerous and faster-spreading.

However, experts are currently adamant swine flu is no more contagious than the normal seasonal flu and will prove mild for most who catch it.

chris spencer director of education for hillingdon borough council speaks to the media
Chris Spencer, director of education for Hillingdon Borough Council, speaks to reporters outside St Catherine's Catholic School which Chloe attended

'The vast majority of people will recover quickly by taking paracetamol or ibuprofen, and drinking plenty of fluids,' said Dr Laurence Buckman, chairman of the BMA's GP committee.

'We must remember that every year there are deaths from complications of seasonal flu; this is unfortunately inevitable with any strain of influenza.'

But the reassurances are falling on increasingly deaf ears as the death toll continues to rise.

A NHS Direct source told London's Evening Standard: 'Every day for the last week, more than half of all calls to NHS Direct have been in relation to swine flu and that is a huge increase from the start.

'It is to do with the deaths. When you read something about someone dying, people have more pressing questions. But the number of referrals to GPs have stayed pretty much the same so it shows people are simply more worried rather than ill.'

People are now being urged to use 'other channels' to release some of the pressure on the service, a spokesman added.

Schoolgirl Chloe died within 48 hours of complaining of a sore throat and just a day before her seventh birthday.

She was not given the anti-viral drug Tamiflu but her parents today insisted she had been treated appropriately.

Michael and Jacinta Buckley said in a statement: 'We are obviously very distressed at the loss of our fun-loving baby girl. Nothing can replace her in our lives.'

They added: 'We are satisfied that the medical care Chloe received at all times was appropriate.


It was also announced yesterday that Dr Day, a 64-year-old GP who had been treating swine flu victims, died after contracting the virus.

Both the little girl and the doctor are believed to have been perfectly healthy before succumbing to swine flu.


Dr Michael Day
Dr Michael Day died at the Luton & Dunstable Hospital on Saturday


Further tests are being carried out today to pinpoint an exact cause of death for Chloe and Dr Day.

The six-year-old, from West Drayton, West London, became ill on Wednesday and died on Thursday night.

Dr Day, a GP from Dunstable, Bedfordshire, died on Saturday in the Luton and Dunstable Hospital. He is also understood to have been healthy.

'Doctors have always accepted that there are risks associated with their job,' Dr Buckman said. 'Obviously these are smaller than they used to be with the advent of modern medicine, but they can never be eliminated altogether.

'It is understandable that people will be worried when they hear that a GP has died but we urge them to follow the recommended advice and contact their family doctor, rather than physically going to the surgery if they have symptoms.

'While these individual deaths are tragedies for the families concerned, it is very important that members of the public do not panic.'

Last Friday, the NHS announced the first case of a healthy person to have died of swine flu. All other deaths involved patients with underlying health problems.

The man, from Essex, who has not been named, fought for nine days before losing his battle against the virus.

'Six-year-old Chloe was perfectly healthy'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...