Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

08 July 2009

Ajen jual rumah agam @ bunglow: DS Khir Toyo cabar, Adun Sekinchan sambut

SHAH ALAM, 7 Julai - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim Selasa menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Dato' Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Bernama kelmarin.

Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5j uta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu. - harakahdaily

Komen aku:
Wah ! nampak gaya nya permainan yang baru bermula terus hangat apabila bulu tangkis yang dihantar oleh Ng Suee Lim dibalas semula oleh DS Khir Toyo. Cuma nasib DS Khir kurang baik apabila hantaran balas nya menjadi 'bola tanggung'. Sekarang terpulang pada Ng Suee Lim, samada nak 'smash' tang kepala DS Khir atau bagi pukulan drop depan jaring. Biar terkangkang DS Khir apabila cuba nak ambil pukulan 'drop' itu.

Itu lah, lain kali jangan cabar-cabar, berjanji macam macam dan cakap tak tentu pasal. Jangan jadi macam DS S.Samy Vellu yang berjanji tak nak balik ke Kuala Lumpur kalau BN kalah pada PRK Lunas pada tahun 2000. Bila BN kalah balik juga ke K.L. Kalau kata muka tak tahu malu, marah la pulak!. Jangan lah asyik fikir hanya kita yang serba tahu dan orang lain bodoh dan tak buat penyelidikan.

Kalau DS Khir suruh aku yang jual rumah tu memang hidup mati balik, aku tak dapat nak jual sebab aku mana ada 'contacts' dan kawan aku pun bukan jenis yang duit berpikul pikul dan berkoyan koyan. Ng pun dah kata yang beliau sudah ada pembeli yang sanggup bayar lebih dari RM8 juta. Apa macam berani ke DS Khir pulak menyahut cabaran Ng ?. Kalau ikut dari tawaran DS Khir, beliau cuma mahu RM 12 juta sahaja. Selebih nya dijadikan komisen kepada Ng. Kalau macam tu Ng jual pada harga RM13 juta pun dah dapat komisen RM1 juta. Banyakkkk jugakkkk tuuuu.

Entah entah dia orang dua orang berpakat kot.....buat macam gaduh, tapi ada udang sebalik batu. Alah....., orang politik, macam macam boleh. Jadi katak boleh....., jadi sesumpah pun boleh.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...