MANEK URAI, 11 Julai 2009 - Kemunculan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bersolat sunat Dhuha bersama-sama dengan Mursyidul Am di Sungai Peria, Manek Urai, membuktikan tidak ada masalah antara ketiga-tiga pemimpin tertinggi PAS tersebut.
Ketidakhadiran beliau di dalam penamaan calon pada 6 Julai lalu dan beberapa siri ceramah bersama Tuan Guru Nik Abd Aziz, cuba digambar oleh beberapa media bahawa kononnya beliau masih tidak sefahaman dengan Mursyidul Am selepas isu Kerajaan Perpaduan.
Isu tersebut juga dimainkan oleh pihak BN di atas ketidakhadiran beliau sebelum ini. Antaranya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sewaktu turun berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai dua hari telah memfitnah bahawasanya Tuan Guru Nik Aziz terpaksa membawa dan menarik balik larangan Ustaz Nasharuddin ke Manek Urai kerana terdapatnya sebilangan besar penyokong Pas di Manek Urai marah atas tindakan tersebut.
Ketidakhadiran Ustaz Nasharudin ke Manek Urai sebenarnya adalah disebabkan beliau masih dalam proses rawatan kesihatan beliau dan bukannya disebabkan isu tidak sefahaman dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.
Kelmarin, beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil usus di Hospital Serdang, Selangor.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bachok memberitahu akan memulakan kempen membantu calon, Abe Uji hari ini ketika ditemui selepas majlis berakhir.
Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan kemungkinan tidak dapat menyertai berceramah hari ini kerana masih dalam keuzuran. - http://buletinonline.net
Komen Aku:
Ketika ditanya wartawan mengenai ketidak hadiran Nasharuddin pada kempen di Manik Urai dan hari penamaan calun, Tuan Guru sebaliknya pula bertanya: " Mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) tidak datang? Itu biasa sahaja".
Wartawan kemudian jolok Tuan Guru Nik Aziz. Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".
Aku mula fikir bahawa krisis akibat dari 'isu kerajaan perpaduan' masih belum berakhir secara total. Masih ada lagi bara api yang belum padam.
Oleh sebab itu, apabila Ustaz Nasharudin muncul di Manik Urai aku merasa lega dan aku rasa ramai penyokong PR juga begitu. Dalam pada itu aku agak musykil dan beberapa persoalan berputar dalam kepala aku:
2. Ada kah kedua dua Tok Guru ini sebenar nya memang tahu apa status Ustaz Nasharudin, cuma sengaja nak pasang perangkap untuk memerangkap BN apabila BN menggunakan kan isu Ustaz Nasharudin tidak muncul di Manik Urai dalam kempen. Biar BN mainkan isu ini....
..........dan apabila Ustaz Nasharudin muncul, maka aku merasakan bahawa memang 2 Tok guru ini tahu dan sengaja nak kena kan BN. Itu adalah satu strategi yang aku fikir agak berkesan.
Sekian

1. Ada kah semasa wartawan bertanya kepada 2 orang Tok Guru, memang kedua nya tidak mengetahui status Ustaz Nasharudin, tetapi rasa nya tak kan lah pembantu pembantu mereka semua tak buat kerja untuk beri tahu. Mereka semua ada lah pemimpin tertinggi PAS dan tak kan lah pemimpin tertinggi PAS lekeh sangat sampai kan tak tahu langsung atau memang Ustaz Nasharudin tak kecoh kecoh sebab mungkin pembedahan kecil saja dan tak begitu serius.
2. Ada kah kedua dua Tok Guru ini sebenar nya memang tahu apa status Ustaz Nasharudin, cuma sengaja nak pasang perangkap untuk memerangkap BN apabila BN menggunakan kan isu Ustaz Nasharudin tidak muncul di Manik Urai dalam kempen. Biar BN mainkan isu ini....
..........dan apabila Ustaz Nasharudin muncul, maka aku merasakan bahawa memang 2 Tok guru ini tahu dan sengaja nak kena kan BN. Itu adalah satu strategi yang aku fikir agak berkesan.
Sekian
No comments:
Post a Comment