31 August 2008

MERDEKA KE 51


Tak ada apa rasa nya nak tulis pasal merdeka ni. Nak kata merdeka dalam erti kata sebenar nya, rasa nya banyak perkara lagi yang aku rasa kita belum merdeka. Apa yang aku nampak, sambutan nya makin hambar dari tahun ke tahun. Bendera pun rakyat terbanyak pun malas nak kibar. Salah nya Kerajaan Malaysia jugak. Dulu masa ramai orang kibar bendera, kerajaan kata majoriti rakyat menyokong BN, pada hal kibar bendera ni tak ada kena mengena dengan BN. Walau apa pun MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

30 August 2008

Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan-TPM


30/08/2008 Berita TV3 jam 8.00 malam. Mula aje dah cerita pasal rompakan bersenjata. 1 di Bank menyebabkan seorang pengawal keselamatan terbunuh dan 1 lagi di kedai emas USJ. Sendiri pikir lah aman ke tak ??
Yang aku nak cerita bukan pasal rompakan, tapi pasal ucapan Datuk Seri Najib dalam 1 majlis di Pekan, Pahang. Beliau berpantun begini:
tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan
Pantun tu kata beliau mempunyai maana yang amat mendalam dan beliau kaitkan dengan kemerdekaan dan juga tergadai nya tanah air. Nampak macam beliau kenen kat Anwar aje...,cuma beliau tak ulas lebih lanjut bab tergadai ni,tergantung lah cerita nya.

Setahu aku sejak merdeka 1957 sampai lah sekarang tidak lah ada parti lain yang perintah Malaysia ini melainkan Parti PERIKATAN (dulu) dan sekarang dikenali BARISAN NASIONAL.
Mengikut rekod dalam tempoh itu ada 2 tempat yang bukan lagi tergadai tapi terlepas atau hilang hak keatas nya.
  1. Keluar nya Singapura dari Malaysia - Tak kira apa jugak alasan untuk membenarkan tindakan itu, yang pasti Singapura dah terlepas.
  2. Yang terbaru, Pulau Batu Putih
Sudah sudah lah, majoriti rakyat sekarang bukan nya seperti Tok Wan,bapak dan mak aku.....Sekarang zaman maklumat dihujung jari la beb....

29 August 2008

Bajet 08-Pendidikan Percuma, Bajet 09-Bil elektrik percuma, PM temberang lagi..????

Dulu Bajet 2008 PM istiharkan iaitu Pendidikan Percuma. Dia punya gembar gembur nya bukan main lagi, kita ingatkan yelah tak payah bayar, rupa rupa nya yang tak payah bayar tu cuma bernilai RM 4.50 sekolah rendah dan RM 9 sekolah menengah. Sikit atau banyak nilai tu, satu hal la..tapi cara kerajaan punya cakap tu memang menyakitkan hati bila tau apa yang sebenar nya yang di maksudkan Pendidikan percuma
Sekarang Bajet 2009 PM istihar lagi iaitu Elektrik percuma. Nampak macam OK, tapi siapa lah agak agak nya yang akan menggunakan elektrik di bawah RM20. Kalau ada pun rumah tinggal atau rumah bujang la kot...Kalau lah betul Kerajaan iklas nak tolong ringankan beban, bagi lah rebat Rm10 ke...OK lah jugak. Buat macam kerajaan Selangor bagi rebat air.
Andai kata PM buat begini untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan rakyat yang sudah semakin terhakis terhadap UMNO/BN, beliau sebenar nya silap besar dan silap besar ini telah beliau lakukan sejak beliau menang besar pada PRU11.

Aku nak kongsi pengalaman dengan sesiapa yang singgah atau pantau blog aku ini. Aku punya gaji dah maksimum, orang selalu panggil GM (gaji mati). Gaji tak banyak adalah RM2800. Tolak sana sini, bawak balik RM2000. Dulu aku hisap rokok 1 hari 1 1/2 kotak-30 batang. (rokok murah rm6.70 - 1 hari belanja rokok aje RM10) dan dah berhenti sejak 1.1.2008. Perbelanjaan sekeluarga agak berhemah jugak la..,takde lah beli yang bukan bukan. Dulu (4 atau 5 tahun lepas) rasa macam ok aje.,tak de lah rasa tersepit dan terhimpit sangat. Walau pun tak senang tapi tak lah susah....kata orang tua2 'Senang belanja', tapi sekarang...terasa sempit yang amat sangat. Lepas minyak naik lagi gila dibuat nya..Aku rasa ramai yang macam aku kat luar sana. PM aku ni tak pikir ke.....Halloo Bung Anwar cepat la pergi Putrajaya, aku dan ramai lagi dah tak boleh nak tahan dah ni.....

Pendidikan Percuma Detik Bersejarah Dalam Pendidikan Negara (Bajet 2008)
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Pendidikan percuma yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini adalah detik bersejarah dalam pembangunan pendidikan negara bagi memastikan ia diterima secara seimbang bagi semua peringkat masyarakat.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembentangan Bajet 2008 kali ini yang juga tertumpu kepada pendidikan menunjukkan betapa kerajaan amat mementingkan pendidikan sebagai satu alat untuk mendidik anak bangsa.

"Pengumuman Perdana Menteri itu ialah detik bersejarah pembangunan pendidikan negara yang amat dibanggakan. Ia selari dan sehaluan dengan apa yg terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang turut memberi penekanan kepada bidang-bidang tertentu," katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet di Parlimen, hari ini.

Abdullah mengumumkan pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah serta pemberian meluas Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar bermula tahun depan, sekaligus menjadikan sistem pendidikan seratus peratus percuma dalam bajet berkenaan.
Sumber dari
BERNAMA. Untuk berita selanjut nya klik SINI

Elektrik percuma (Bajet 2009)
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun 2009.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini.
" Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan
.

27 August 2008

" Ia adalah kemenangan rakyat ! " - Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tahniah YB. Datuk Seri Anwar atas kemenangan yang cemerlang dalam PRK Permatang Pauh 26/8/08. Selamat melangkah ke parlimen dan seterus nya menawan Putrajaya, Insyaallah !!. Syabas juga kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berhempas pulas melawan berbagai asakan dari segenap penjuru, namun begitu banyak jugak asakan dan isu isu yang ditomahkan oleh BN, akhir nya 'back fire' kepada mereka. Antara nya adalah seperti Photo di bawah ( pendapat peribadi aku saja) :

Tanya hati kecil dan Nilai lah sendiri......(lihat ekspresi muka mereka...seronok, bukan nya nak halang)

Paling penting sekali diucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada para pengundi yang memberi isyarat yang amat jelas kepada Perdana Menteri sertaTimbalannya bahawa rakyat di Permatang Pauh khususnya menolak kepimpinan mereka dan tidak dapat lagi menerima pendekatan kempen yang dilakukan oleh BN seperti dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh ini
Kepada jentera2 BN/UMNO, diucapkan salam takziah dan selamat menuju kehancuran jika anda semua masih menggunakan strategi yang tak pernah berubah sejak 50 tahun.
Terima lah hakikat rakyat sudah jelak dengan kempen politik melampau Barisan Nasional (BN).

Note:-
Untuk melihat atau download lebih banyak lagi gambar Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ini, sila ke http://s535.photobucket.com/albums/ee355/amizie/By Election Permatang Pauh 26-8-08

24 August 2008

Pengakuan dan penjelasan Imam Ramlang Porigi



Satu kejutan kepada semua. Imam Ramlang Porigi dilapurkan berucap di hadapan ribuan rakyat Permatang Pauh yang hadir untuk membuat pengakuan dan penjelasan akan kehadirannya bersama majlis sumpah laknat Saiful. Imam Ramlang juga dilapurkan akan berceramah di beberapa tempat di Permatang Pauh. Dalam kemunculan itu beliau, seorang kakitangan kerajaan, ahli Pemuda Umno dan pengundi di Permatang Pauh menegaskan, sumpah mubahalah dibuat Saiful adalah tidak sah.

Beliau menyatakan bahawa beliau telah diarahkan menghadiri majlis berkenaan. Majlis itu telah diaturkan oleh orang lain yang kebetulan pada ketika itu beliau baru sahaja menikahkan orang.
Apa hikmah disebalik keikhlasan dan keberanian Imam Ramlang ini?


23 August 2008

TPM ulas pasal minyak turun


Tadi dalam berita TV3 jam 8.00 malam, sepintas lalu aku terdengar Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas pasal penurunan harga petrol. Beliau membidas kepada mereka mereka yang mengatakan penurunan petrol 15 sen & diesel 8 sen adalah tidak memadai. Beliau menyatakan mereka semua ini lupa bahawa kerajaan telah memberi rebat sebanyak RM625 yang nilai nya lebih kurang 30-35 sen seliter. Ini lah yang beliau kata kalau tak silap aku. Aku pun hairan macam mana beliau boleh buat perbandingan begitu. Beliau main hentam aje, macam lah kita semua ni tak ada akal untuk berfikir. Rm625 itu di bagi sama rata pada setiap orang yang layak, sedangkan penggunaan petrol antara mereka adalah tak sama. Oleh itu, mana boleh beliau kata RM625 itu bersamaan lebih kurang 30-35 sen seliter.

Dulu, sebelum pilihanraya umum 12, orang ini lah jugak yang mengatakan minyak tak akan naik, tapi tak sampai beberapa bulan BN menang harga minyak pun naik dan kenaikan nya amat tidak masuk akal. Cuba baca seperti dibawah ini:

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. “Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Source click Utusan Malaysia On-Line

21 August 2008

MOUTH & FOOT PAINTING ARTISTS





Klik gambar untuk paparan lebih jelas
.
Hari ini balik dari kerja dapat satu surat berisi kad-kad raya dan kalendar 2009 dari Mouth & Foot Painting Artists Sdn.Bhd. Kalau nak kad-kad tersebut, bayar melalui M.O/P.O/CEK dan kalau tak nak, pulangkan aje, tapi kalau muka tak malu, ambil dan tak payah bayar. Mouth & Foot Painting Artists bukan lah satu pertubuhan amal tetapi adalah syarikat yang dimiliki oleh ahli ahli Persatuan Pelukis-Pelukis Mulut dan Kaki yang cacat teruk. Penubuhan persatuan ini pada 1956 telah memberi peluang kepada semua ahli nya untuk membiayai diri mereka sendiri melalui penjualan lukisan lukisan mereka yang diterbitkan semula dalam bentuk kad, kalendar, kertas bungkus hadiah, poster dan lain-lain lagi. Saja aku nak cerita untuk berkongsi rasa dan pengalaman bagaimana masih ada lagi orang-orang yang boleh bersangka baik dengan kita. Apakah lagi alasan kita sebagai orang yang normal yang tidak cacat untuk tidak berusaha mencari nafkah sendiri??

Daripada lukisan asal yang di lukis menggunakan kaki oleh Agus Yusuf


Daripada lukisan asal yang di lukis menggunakan kaki oleh Ng Ah Kwai


Daripada lukisan asal yang di lukis menggunakan mulut

20 August 2008

Photo of the day: 20 Aug. 08 - Red Bull Air Race

Austrian pilot Hannes Arch flies during the Red Bull Air Race World Series, with the Hungarian Parliament Building in the background, in Budapest, Hungary on August 20, 2008. (REUTERS/Karoly Arvai)

19 August 2008

RAMLANG PORIGI - IMAM MASJID WILAYAH???


RAMLANG PORIGI inilah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar....

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi

"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext: 158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tuan Haji Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137 "

Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843. Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

TEKS INI DIAMBIL DARI SESETENGAH POSTING. JADI PERDEBATAN TENTANG IMAM INI TAK SALAH.JANGAN MAKI HAMUN DAN PIHAK WEBMASTER/BLOGGER BERHAK MEMBUANGNYA.
SALAM

16 August 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK LIA


.





Dari kiri: Bini Acu, Tina, Maya, Hanim & Bini aku
(Mereka adik beradik kecuali bini acu tu adik ipar diaorang)


Tan Sri Nor Mohamed Yaakob bersama pengantin, Abang Ali & Yong

Hari ini 16/8/08 Anak sedara aku Adik Lia melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pujaan hati dia Khairul Nizam. Kebetulan majlis berlangsung bersamaan dengan hari penamaan calun bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Rumah Adik Lia di Teluk Air Tawar tak jauh dari Pmtg.Pauh. Malam tadi aku bertolak dari Kapar jam 8.00 mlm. Jam 2.00 pagi, dekat nak sampai Teluk Air Tawar Butterworth banyak kelihatan kereta kereta yang mengibarkan bendera PKR lalu lalang di kawasan sekitar berhampiran Pmtg. Pauh. Tetamu istimewa yang turut hadir sama meraikan majlis adalah Menteri Kewangan ke2 Tan Sri Nor Mohamed Yaakob. Mungkin Beliau balik dari penamaan calun di Pmtg. Pauh. Kepada Adik Lia Pak Yang sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Insyaallah.....

Note:-
Untuk melihat atau download lebih banyak lagi gambar perkahwinan ini, sila klik
di sini

14 August 2008

Nahas terburuk -- * 20 maut * 8 parah

Oleh ABDUL RAZAK DIN dan ANGELINA SINYANG

http://utusan.com.my/pix/2007/0814/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01_big.jpg

HANCUR... Bas Super Express yang remuk dan bumbungnya tercabut selepas terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS.


TAIPING 13 Ogos – Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini.

Bas membawa 29 penumpang itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth, Pulau Pinang. Nahas ngeri dua kilometer dari Hentian Sebelah Bukit Gantang arah utara dan lima kilometer sebelum Plaza Tol Changkat Jering itu turut membunuh pemandu bas yang kemudiannya dikesan mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap.

Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.

Sehingga malam ini, 19 daripada 20 mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti identiti mereka termasuk pemandu bas, Rohizan Abu Bakar, 38, berasal dari Kulim, Kedah.

Penumpang yang maut ialah H. Abu Bakar dan isterinya, Sri Asiah, 32, dari Medan Timur, Indonesia; Krishnan a/l Thirumalai, 46, dari Kuala Ketil, Kedah; Sundram Prya Sam, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah); Fadliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka); Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka).

Mangsa lain Nazri Noordin, 35, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Pang Tee Min, 58, (Jalan Ong Kim Wee, Melaka); Mohd. Yazid Md. Yusoh, 23, (Jasin, Melaka); Md. Basri (Merlimau, Melaka), Kamis Said, 62, dan isterinya, Zaiton Majid, 56, (Masjid Tanah, Melaka).

Turut terkorban ialah Nursaarul Miza Khairi, 27, (Sungai Petani, Kedah); Siti Sophiya Ismail, 23, (Alor Setar, Kedah); Teoh Kee Song, 34, dan isterinya, Cheng Chun Joo dari Padang Temusu, Kedah serta Zuliyani Buang, 25, dari Tanjong Keling, Melaka.

Mangsa yang meninggal dunia di HT petang ini ialah seorang penumpang, Shahril Afendi, 22, dari Alor Star, Kedah.

Lapan penumpang yang parah ialah pemandu kedua, P. Veeraman, 36, dari Sepang, Selangor, dua warga Vietnam yang bekerja di kilang Eastern Asia Industry Sdn. Bhd. di Pulau Pinang iaitu Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.

Turut parah ialah Mohd. Fauzi Hassan, 27, dari Sabah, Zurina Rashid, 23, (Kuala Kedah, Kedah); Mohd. Zahidi Che Ahmad, 22, (Kelawang, Langkawi); Siew Ken Meng, 21, dari Melaka dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya.

Seorang lagi penumpang, Chatrapati Eyam, 24, iaitu warga Nepal pekerja kilang perabot di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Dalam kemalangan pagi ini, bas yang menuruni bukit itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kiri lebuh raya sebelum terbalik dan terhempas ke atas seketul batu besar lalu terhumban ke parit di tepi jalan. Ini menyebabkan bas itu remuk teruk dengan bumbung dan tempat letak barangnya tercabut.

Insiden itu mengakibatkan penumpang terperosok dan banyak mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan mereka yang jatuh bertindih antara satu sama lain. Kebanyakan mereka dipercayai mati kerana kecederaan parah di kepala dan dada ekoran hentakan kuat ketika bas terhempas ke batu.

Seramai 40 anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir tiga jam mengeluarkan mangsa. Kerja-kerja menyelamat hanya selesai kira-kira pukul 10 pagi.

Jumlah mayat terlalu banyak menyebabkan Unit Forensik HT kekurangan kakitangan menjalankan bedah siasat dan terpaksa meminta bantuan pegawai forensik hospital berhampiran termasuk Ipoh, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak menegaskan, pihaknya akan menyiasat punca kemalangan sama ada disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal bas.

“Tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian tetapi jalan di situ agak menurun, mungkin bas terhumban masuk ke parit semasa menuruni bukit.

“Kenderaan ini mungkin remuk teruk sehingga tercabut bumbung dan tempat simpan barang di atasnya selepas terhentak kuat pada batu besar dalam parit itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, ekoran nahas tersebut, kementerian menubuhkan pasukan penyiasat melibatkan pegawai Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros), JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

“Berdasarkan rekod juga, kita dapati bas terlibat sudah berusia 20 tahun, kali terakhir membuat pemeriksaan Puspakom ialah pada Mei lalu dan patut diperiksa semula pada November ini.

“Kita juga siasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada struktur jalan raya, pengurusan bas dan keadaan bas itu sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HT di sini, hari ini. Bas Super Express itu milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad.

Turut hadir Ketua Trafik Persekutuan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Taib.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/info.asp


Ulasan aku: Bila kemalangan ngeri sebegini berlaku maka akan kecoh lah sekejap pihak-pihak yang berkaitan nak kuatkuasa itu dan ini, siasat itu dan ini. Kenyataan pun keluar lah macam-macam, tidak akan berkompromi lah dan bla...bla..... Akhir nya nanti apa akan jadi ?.. Yang mati tetap menjadi mangsa, tindakan tegas pada yang terlibat belum tentu akan di kenakan, kemalangan ini akan hanya menjadi penambah statistik kemalangan....dan begitu lah seterus nya dan ini lah Malaysia Tanah Air ku...


11 August 2008


Download ebook percuma ini yang memaparkan 10 tips mudah nak buat bisnes di internet. Kalau rajin anda boleh print dan jual semula ebook ini dan ambil keuntungannya untuk diri sendiri asalkan tidak ubah isi kandungan ebook ini, nanti penulis ebook ini marah pulak.

* Klik pada imej sebelah untuk download

09 August 2008

'Fuel Savers'


When you drive your car along the road, you are pushing the air out of the way and as most vehicles are not well streamlined, that takes a good deal of energy. Is there anything that can be done to improve the situation (other than slowing down a bit and driving gently)? Well, while many drivers won't want to 'spoil' the lines of their vehicle, there are a couple of improvements which could be used if you wanted to. The first comprises of a few very simple pieces of metal which can be stuck to the vehicle. These are called 'Fuel Savers':

On offer from this web site where they offer these small aluminum fins which mount on top of the trailing edge of the bodywork of a vehicle. The devices are reckoned to save some 10% to 12% on fuel consumption, they can be home-made, and nine per vehicle is the recommended number.

- Source : http://www.fuelsavers.com.au/

* Sesiapa nak try boleh laa... cost pun tak mahal, boleh buat sendiri...
Selamat Mencuba.

06 August 2008

5 Cara Buat Duit Dengan Blog


Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :

  1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda.

  2. Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.

  3. Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti AdikBijak.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.

  4. Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah seperti iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari.

  5. Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.

Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Teruskan belajar dan explore dunia blog dengan lebih mendalam... All da best and good luck..


Mengenai penulis artikel ini
Ditulis oleh Mohd Nuur Fahmy Massailan (Code7) merupakan seorang warga Bumiputera yang berpengalaman lebih 6 tahun sebagai webmaster dan juga pengasas Softhands Creative Studio yang aktif dalam web development serta online business di Malaysia.



05 August 2008

MINYAK DUNIA TURUN HARGA LAGI....YABEDABEDU!!!! BEDEBUK

" ini bot tara pakai petrol ...tapi pakai diesel..kalo ada ngv manyak bagus maa "

Oil prices drop nearly $4 after storm threat eases

By STEVENSON JACOBS, AP Business Writer Mon Aug 4, 4:39 PM ET

NEW YORK - Oil prices plunged to a three-month low Monday, briefly tumbling below $120 a barrel in another huge sell-off after Tropical Storm Edouard seemed less likely to disrupt oil and natural gas output in the Gulf of Mexico.

Crude's steep drop — prices fell more than $5 at one point during the day — dragged down other commodities from corn to copper and mimicked the big nosedives of the past three weeks, adding to growing beliefs that the oil bubble is at least temporarily deflating.

"What this means is that we're going to see some more relief at the pump. We're probably looking at another 10 cents of downside in retail gas prices," said Tom Kloza, publisher and chief analyst at Oil Price Information Service in Wall, N.J. A gallon of regular gas fell on average about half a penny overnight to $3.881. Berita selanjut nya klik sini


Macam mana lah MAJORITI rakyat termasuk aku ni tak bengang kat kerajaan. Masa nak naikkan harga minyak ari tu tak menyempat nyempat. Petang umum , tengah malam minyak naik. Bila nak turun kan harga pulak lambat macam kura-kura. Kerajaan kita saban hari memperbodohkan rakyat dengan ayat ayat standart seperti "MASIH MURAH JIKA DIBANDINGKAN DGN SINGAPURA...BLA.. BLA... BLA...". Kerajaan Singapura yang selalu dijadikan perbandingan oleh kerajaan Malaysia itu dah turun kan harga minyak di negara mereka sebanyak 5 kali, apasal kali ini tak nak pulak buat bandingan.


PM kata nak turun 1 Sept. 2008. Itu pun entah kan ye entah kan tidak. Apasal pulak aku kata gitu ? tak caya PM cakap ke?.... Aku tak nak jawab lah, sendiri boleh fikir....Entah entah ada udang menyorok balik batu kot..., Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kan tak lama lagi, bila lagi nak memancing ikan ikan...ini lah masa nya kan..kan..kan..


Kesimpulan nya, begini lah rupa nya kalau kerajaan membuat keputusan macam kitaorang yang dok gebang kat kedai kopi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...