31 October 2008

Razak Baginda bebas



Abdul Razak Baginda diiring isterinya, Mazlinda Makhzan dan anak mereka,
Roweena selepas beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat
membunuh Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.


Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat. Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.


Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah.


Ulasan aku: Awal-awal lagi aku sudah menjangkakan bahawa Razak Baginda akan dilepaskan. Mungkin dia disediakan sebagai kambing hitam 'scape goat' untuk sebarang kemungkinan. Mungkin benar dia memang tidak bersalah dalam pembunuhan tersebut.


Dua orang lagi tertuduh terpaksa menghadapi perbicaraan bagi membela diri. Mungkin benar mereka yang membunuh Altantuya. Cuma yang menjadi tandatanya ialah apa kah motif dua orang ini membunuh mangsa. Bagaimana mungkin dua orang ini yang tidak mengenali mangsa, bangun tidur di satu pagi dan terus mencari wanita bernama Altantuya untuk dibunuh dan diletupkan. Apa kah kedua dua tertuduh ini gila ? membunuh tanpa sebab?.


Sebenar nya semua orang yang mengikuti kes ini tahu bahawa ada sesuatu yang tak kena. Aku yang tak berapa pandai ini pun boleh senarai kan 'check list' apa yang patut di teliti dan di fokus kan dalam kes ini.


1. Kebiasaan, anggota Polis menerima arahan dari 'pihak atasan'- cari siapa dia?


2. Bahan letupan C4, ini barang kawalan tau.!!!...macam mana boleh lepas.. ?? Siapa kasi lepas ???


3. Masa prosiding mahkamah tempohari, sepupu Altantuya Burmaa Oyunchimeg (Amy) mendakwa ada gambar Altantuya dengan Si Polan. Mengapa mahkamah tak mintak nak tengok gambar itu?. Kalau gambar itu tak wujud Si Polan boleh saman dan mahkamah pun boleh kenakan 'charge' menghina mahkamah pada sepupu Altantuya. Mengapa ini tidak dibuat??


4. Ada banyak lagi benda pelik - terbaru isu SMS SiPolan dengan Hakim Kanan berkaitan kes Razak Baginda. Mengapa tiada siasatan susulan ??...


Akhir kata, kalau benar lah keadilan yang dicari pihak pembela harus bongkar dan dedah siapakah dalang atau petualang dibelakang tabir kes ini...., kalau tidak Altantuya adalah mangsa yang entah keberapa ???. Kepada yang terlibat dalam membunuh Altantuya, jika anda terlepas maka selamat lah anda di dunia ini.....

Sekian

Altantuya’s father Setev left speechless



The picture says it all: Bewildered and dejected,
Setev Shariibuu looks a broken man after the verdict this morning

Someone asked, “Do you believed that justice still exists in our country?”

Setev shook his head as his interpreter replied, “In my country, there is this law.. Justice!… and he (pointing at Setev) doesn’t want to criticise the judge’s decision because he hopes this decision was taken in line with Malaysian law… because it’s an area where the lawyer and the judge are independent of the Government…”

The interpreter was interrupted by Setev, who took out his passport issued by the Mongolian government, saying he is a citizen of Mongolia, which “protects its citizens”.


A father’s anguish: Setev (centre) cuts a forlorn figure as his interpreter Siizkhuu Sainbileg (Second Secretary, Embassy of Mongolia, Bangkok) (left) and the Mongolian Consul based in KL (right) huddle together with him.


Setev was asked later if he would be taking the matter up with the World Court as a last resort.

“I have nothing to say… at this moment,” he replied through his interpreter.

Source : http://anilnetto.com/accountability/altantuyas-father-stev-speechless/


Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok (1/11/2008)

. .

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Kerajaan sebentar tadi mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel, masing-masing sebanyak 15 sen seliter berkuat kuasa esok (1/11/2008).

Harga petrol RON97 dikurangkan daripada 2.30 seliter kepada 2.15 seliter, RON92 dikurangkan RM2.20 kepada RM2.05 seliter. Manakala diesel pula daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter. Penurunan harga minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di Putrajaya.

Pelarasan terakhir pada 14 Oktober lalu apabila harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.


Pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40, manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.


Pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). - mks._

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.....

Artikel & Link berkaitan:
1. Turun 15 sen- terima kasih.... - http://www.tranungkite.net/v7/
2. Harga minyak akan turun tak lebih 15 sen - http://ahmadtarmizi.blogspot.com/2008/10/harga-minyak
.

30 October 2008

Photo of the day: 30 Oct. 08 - Last day of Tempelhof airport in Berlin

Last call - Red lights of a traffic barricade are seen in front of the main hall of the Tempelhof airport in Berlin on Thursday. At midnight (30/10/2008) the airport will be closed for air traffic after 85 years of service. (AP Photo Markus Schreiber)

myLot User

Kes Nasrudin & Noor Fadilah - Satu iktibar buat semua yang mengaku MUSLIM

Nasrudin tak gentleman - Azeez
Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


IBU Noor Fadilah, Masitah Abdullah menangis sambil mempersoalkan tindakan Nasrudin
(kiri) melarikan anaknya dalam pertemuan di Pejabat Imigresen Mataram kelmarin.

SEPANG - "Saya akan tetap menunggu kepulangan Fadilah ke pangkuan saya semula (Lombok Timur) tetapi saya tidak akan ke sana (Malaysia) lagi."

Demikian keputusan Nasrudin Dahrom, 24, untuk terus menunggu Noor Fadilah Ahmad, 18, yang dibawa pulang ke Malaysia kelmarin setelah 54 hari dilarikan oleh pemuda berkenaan.

Bagaimanapun, pendirian Nasrudin itu disifatkan sebagai bukan lelaki yang budiman.

Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Nasrudin menolak tawarannya untuk ke Malaysia, biarpun sudah diberi jaminan keselamatan kerana mahu Fadilah kembali sendiri ke Indonesia.

"Dia (Nasrudin) berjumpa dengan saya dan saya menyatakan kepada dia, kalau dia betul-betul gentleman datang ke sini (Malaysia) cari keluarga Fadilah dan lakukan dengan cara yang betul,'' jelas Abdul Azeez semalam.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1030/Kosmo/Negara/ne_01.2.jpg
Noor Fadilah

Kisah Noor Fadilah mula mendapat perhatian media apabila bapanya membuat laporan polis pada 24 September lalu atas dakwaan anaknya itu telah dilarikan oleh Nasrudin.


Artikel & link berkaitan :

1. (29/10/2008) Ahmad hampir belasah Nasrudin....- http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib_01.htm

1. (28/10/2008) Noor Fadilah pulang hari ini - http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib_01.htm

2. (27/10/2008) Tak perlu minta restu mereka - http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib_05.htm


Ulasan Aku: Pertama sekali kita perlu bersikap neutral dan tidak bias dalam kes/isu macam ini. Media/surat khabar biasalah, media Malaysia cuba gambarkan yang Nasrudin tu salah, kurang ajar, tak gentleman dan berbagai lagi. Media Indonesia pulak, puas aku search dalam banyak media on-line seperti Kompas.com dan Jakarta post tapi tidak ada langsung cerita, bah kan dalam LombokNews.com, satu artikel pun tak ada pasal kes ini. Aku rasa mereka tak kesah pun kes ini. Kes ini hanya meletup di Malaysia....pendapat aku la...


Kena pukau dan yang seumpama nya ada lah alasan yang biasa kita dengar bukan saja untuk kes seperti ini, malah termasuk kes curi, samun, rompak dan berbagai lagi. Sebagai seorang Islam kadang-kadang aku pelik kenapa alasan pukau (tidak di nafi kan ia nya wujud) selalu digunakan. Kalau kes ini ada lah kes yang jarang berlaku atau hanya melibatkan lelaki warga Lombok saja, mungkin boleh juga kita percaya bab terkena pukau, tapi kalau gadis kita dah 'kena pukau' dengan teruna Afrika, teruna Colombia, teruna Bangladesh, teruna Australia, teruna Pakistan, Cina dan lain-lain bermakna gadis kita lebih sukakan `BALAK' orang lain selain orang Melayu. Kekadang tu bukan pasal mamat tu kaya pun, tapi dah jodoh nak buat macam mana???.


Satu lagi, ramai anak gadis@dara masih dok berpegang dengan pantun melayu yang bagi aku menyesatkan dan membelakangkan agama. Pantun melayu lama ini memang lah sedap bunyi nya untuk minah yang sedang dilamun cinta.


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan


Yang buat lawak pun satu hal, ada ke penduduk Lombok, Indonesia kata tidak ada masalah dengan tindakan kaum lelaki mereka melarikan anak gadis asing khususnya dari Malaysia untuk dikahwini. Dah datang ke Malaysia kenalah ikut adat dan cara Malaysia. Ni suka hati adat tok nenek dia nak angkut anak dara orang balik ke Lombok lepas itu nak kahwin. Adat Melayu di Malaysia kalau dah minat anak dara orang maka perlulah dirisik terlebih dahulu, kemudia bertunang kemudian berkahwin. Ini adat apa ni? Bawa lari anak dara orang dianggap perwira?. Lagi pun rasa nya Islam pun tak suruh buat macam tu !! Nasrudin ini Agama apa ??? Islam ke bukan ???? dan ini lah padah nya kalau menjunjung biar mati anak jangan mati adat.


Atau satu teori lagi, mungkin juga Nasrudin ni dah slow talk dengan ayah Noor Fadilah, tapi ayah nya tak setuju atau apa-apa jugak yang membawa maksud 'kau tak boleh kawin dengan anak aku'. Habis tu apa lagi.........ku pujuk-pujuk, ku bawak lah lari.....


OK itu aje, aku pun takut nak komen lebih-lebih. Bagi aku kes ini memberi iktibar pada aku sebab aku ada empat anak perempuan. Apa yang aku boleh buat ada lah mengawal mereka sebaik mungkin dan selebih nya berdoa kepada Allah.......

Simpang malaikat 44.........................


29 October 2008

JBA N.Sembilan dikorporatkan atau diswastakan ? - Siapa akan jadi mangsa ?

'JBANS: CUEPACS minta NS buat penjelasan'

SEREMBAN 28 Okt. 08 - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung isu Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) sama ada ia akan dikorporatkan atau diswastakan.


Presidennya, Omar Osman berkata, langkah itu penting kerana kakitangan JBANS telah diberitahu bahawa jabatan itu akan diswastakan sedangkan maklumat yang diterima oleh CUEPACS ia akan dikorporatkan.

Beliau berkata, kekeliruan itu bukan sahaja telah menyebabkan kakitangan JBANS keliru malah sebahagian besar mereka kini kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri.

''Apa yang diberitahu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada CUEPACS, JBANS akan dikorporatkan tetapi dalam pertemuan hari ini kakitangan memberitahu, kerajaan negeri akan menswastakan JBANS.

Moral

''Mana satu yang betul. CUEPACS tidak mahu moral kakitangan jatuh disebabkan perkara ini. CUEPACS juga tidak mahu berlaku penganiayaan dalam isu ini. Kakitangan berhak mengetahui status terkini jabatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berdialog dengan kakitangan JBANS berhubung isu penswastaan JBANS di sini hari ini. Pertemuan itu dianjurkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Negeri Sembilan. Omar berkata, beliau sendiri akan menemui Menteri Besar bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut supaya ia dapat meredakan keadaan yang agak tegang ketika ini.

''Dalam isu ini CUEPACS memilih kerjaan negeri mengkorporatkan JBANS dan bukan menswastakannya. Langkah penswastaan akan menimbulkan banyak masalah berbanding pengkorporatan. ''Jika JBANS dikorporatkan ia masih tertakluk kepada pentadbiran kerajaan negeri tetapi sekiranya diswastakan JBANS tiada ikatan langsung dengan kerajaan negeri,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pertemuan hari ini telah membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan semula surat opsyen kakitangan serta pelaksanaan pengkorporatan atau penswastaan JBANS sehingga 31 Disember ini. ''Berdasarkan arahan yang diberi semua kakitangan wajib mengembalikan semula surat opsyen mereka pada 4 November ini.

CUEPACS mahu perkara ini ditangguhkan. Kita mahu keadilan dan kita mahu mengelakkan berlaku kezaliman ke atas kakitangan," ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh penangguhan itu pihak CUEPACS akan berunding dengan kerajaan negeri dalam usaha memastikan kebajikan semua kakitangan terbabit terbela.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp

* Di Selangor Darul Ehsan, Kerajaan negeri telah memberi rebet untuk semua meter persendirian bermula 1 Jun 2008. Masa kerajaan negeri yang dulu, 1 sen pun tak pernah merasa rebet untuk air. Oleh itu kalau nak rebet air, ikut lah jejak langkah majoriti rakyat Selangor....he....he...

28 October 2008

Yvonne Ridley & Muktamar Jamiat Islami 24 - 26hb. Okt. 2008 di Lahore Pakistan (sorotan ringkas)

Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjubah hitam di sebelah kanan

Muktamar Jamiat Islami yang telah berlangsung pada 24 Okt. dan berakhir pada 26 Okt. 2008 di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.


Antara tetamu istimewa dari Malaysia yang memenuhi undangan ke muktamar tersebut ialah Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato Seri Ir. Nizar yang turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan di hadapan lebih kurang 1/2 juta ahli-ahli Jamiat Islami dari seluruh Pakistan.

Dari kiri MB Perak Dato Seri Ir. Nizar, Yvonne Ridley &
Misbahul Munir Masduki ( Setiausaha Politik MB Perak)

Yvonne Ridley semasa berucap pada perhimpunan sayap wanita Jamiat Islami

Turut hadir sebagai tetamu istimewa ialah Wartawan wanita yang pernah ditahan di Penjara Afghanistan oleh Taliban pada tahun 2001. Beliau ialah Yvonne Ridley yang pada masa itu adalah Wartawan Kanan Sunday Express. Beliau kemudian nya memeluk Islam pada 2003. Beliau diberi peluang menyampaikan ucapan, yang mengajak dunia Islam yang diketuai oleh Gerakan Islam supaya bangkit menerajui perubahan dengan menolak hegemoni barat.

Masyarakat Barat telah menggambarkan kononnya wartawan tersebut diberikan layanan buruk sepanjang dalam tahanan, tetapi apabila dibebaskan dari tahanan Taliban, wartawan tersebut telah bercerita yang sebaliknya. Buku beliau yang bertajuk
"In the Hands of Taliban" menceritakan pengalaman tersebut.

Antara tokoh-tokoh lain yang menjadi tetamu Ijtima' tersebut iala Rashid Ghanosi , pemimpin ikhwan Tunisia yg kini dalam buangan di UK, Syeikh Mahmud Siyam , Bekas Imam Masjid Al - Aqsa, Syeikh Hamam Said, Pemimpin Ikhwan Jordan, Syeikh Maulavi Janbaz , Pemimpin Mujahidin Afghanistan dan lain-lain lagi.


Artikel dan link berkaitan:
1. Yvonne Ridley - http://en.wikipedia.org/wiki/Yvonne_Ridley

2. Jamaat-e-Islami Pakistan - http://jamaat.org/indexe.html
3. Foto gallery - http://jamaat.org/ijtima08/index.html
4. Yvonne Ridley explains why she converted to ISLAM - http://www.youtube.com/watch

Mesyuarat Umno Kota Tinggi kecoh

Oct 27, 08 7:49pm

SEORANG perwakilan bingung dengan kekecohan yang berlaku pada
Mesyuarat Perwakilan Bahagian Kota Tinggi, di Dewan Raya Felda
Bukit Maha, semalam (foto: Berita Harian online).

Persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi hari ini tegang seketika apabila beberapa ahli mendesak mesyuarat ditangguhkan kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Timbalan Pengerusi Tetap Sarwani Sain mempengerusikan persidangan.

Pertelingkahan timbul apabila beberapa perwakilan termasuk Naib Ketua bahagian Mohd Zain Ariff mahu Pengerusi Tetap, Mohamadon Abu Bakar yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini, dibenarkan mempengerusikan persidangan itu.

Setiausaha Umno Bahagian Rosleli Jahari, bagaimanapun, menjelaskan surat yang diterimanya dari Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim pada 23 Oktober lalu, menjelaskan kedudukan Mohamadon dan bekas naib ketua Pemuda Umno bahagian A. Malik Daeng Rahman, sebagai tidak layak untuk menghadiri persidangan hari ini.

Menurut laporan Bernama, penjelasan Rosleli dan surat itu yang diedarkan kepada para perwakilan gagal meredakan pertelingkahan antara kedua-dua pihak, sehingga menyebabkan campurtangan Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Syed Hamid Albar.

syed hamid albar 02Syed Hamid berkata semua pihak hendaklah menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno dan menggunakan saluran serta kaedah sedia ada untuk menyuarakan bantahan.


"Jikalau setiap daripada kita mula menjadi peguam dan mentafsirkan peraturan dan undang-undang secara sendiri, kita tidak akan ke mana-mana. Hormatilah keputusan Lembaga Disiplin. Jikalau tidak bersetuju, bawalah ke Ibu Pejabat Umno," katanya.

Mesyuarat diteruskan


Syed Hamid berkata persidangan perwakilan tidak boleh ditangguhkan kecuali wujud suasana huru-hara dan tidak tenteram. Selepas hampir satu jam bertelingkah mengenai kedudukan Mohamadon, Mohd Zain dan perwakilan lain akhirnya bersetuju membenarkan Sarwani meneruskan persidangan. Syed Hamid berkata persidangan itu akhirnya berlangsung dalam suasana tenang.

Mengenai pencalonannya bagi jawatan naib presiden yang melepasi kuota kelayakan semalam, Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan dan akan terus bekerja keras.

Mengenai dua lagi pemimpin Umno Johor iaitu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang turut melepasi kuota pencalonan jawatan Naib Presiden, Syed Hamid berkata pencalonannya tidak patut dilihat daripada aspek kenegerian.

Sumber : http://www.malaysiakini.com

* Itu lah 'trademark' yang telah dicipta oleh UMNO sendiri. Sejak dulu, masa aku bebudak lagi pun sebenar nya mesyuarat mereka penuh dengan kecoh dan gaduh (bukan semua, ada juga yang OK). Beza nya, dulu cerita begini mereka banyak tutup dan selindungkan sebab sumber berita hanya ada 2 @ 3 kerat saja, tapi sekarang dah susah nak tutup sebab sumber berita dah boleh diperolehi di hujung jari saja.
Artikel dan link berkaitan:
1. Mesyuarat pemilihan Umno Kota Tinggi kecoh http://www.bharian.com.my
2.
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin - http://www1.mstar.com.my  
3. Mesyuarat kecoh - http://www.hmetro.com.my

26 October 2008

Happy Deepavali - 27/10/08




Dalam banyak-banyak iklan Petronas untuk menyambut Deepavali, aku rasa iklan yang ini paling menarik dan memberi banyak pengajaran. Aku pun tak ingat iklan ini disiarkan untuk sambutan Deepavali tahun bila? dan aku juga di faham kan oleh rakan berbangsa india, nenek dalam iklan ini telah meninggal dunia.

credit to: http://www.ibil.com.my/images/PetronasLogo.png

To download, please click link: http://www.ziddu.com/downloadfile

Info:

File name : deepavali boys.wmv
File size : 4.47 mb

25 October 2008

Harga minyak akan turun tak lebih 15 sen - Datuk Shahrir Abdul Samad

http://cache.daylife.com/imageserve/07LL7sp3n82uP/340x.jpg http://pic50.picturetrail.com/VOL1629/10954131/19478552/321524977.jpg

JOHOR BAHARU 25 Okt. – Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

- Bernama

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan


Ulasan aku:

Turun mendadak rugi pengusaha-pengusaha minyak.. kalau naik mendadak?? ada fikir pasal rakyat rugi ke ??


Kerajaan Malaysia yang amat prihatin...................
Prihatin pada pengusaha stesen minyak, prihatin pada pemaju perumahan, prihatin pada kontraktor-kontraktor alibaba, perihatin pada artis-artis bollywood, prihatin pada syarikat IPP, prihatin pada Perwaja, prihatin pada rakyat singapura, prihatin pada pembekal helikopter, prihatin pada student yg pointer bawah 2.0.Terus terang saja la yang kerajaan tak dapat
untung banyak kalau minyak turun....

24 October 2008

Minyak dunia USD 64 setong (24/10/2008) - Kerajaan nak tunggu apa lagi ??

http://lh5.ggpht.com/_HC_Qk1_h6nw/R9fysD69wdI/AAAAAAAAApE/Qt2wK1FJOPc/oil1.jpg . . http://www.hedgefundcalculator.com/images/hedgeco-calculator-guy.gif

Geram, menyampah, meluat, menyakitkan hati, tak puas hati dan apa juga istilah yang boleh di terima untuk digambarkan kepada Kerajaan Malaysia dalam isu minyak ini.

Hari ni minyak USD64 setong (24/10/2008). Dah turun 56% dari paras harga tertinggi pada Julai 2008. Banyak turun tu. Bila pulak minyak malaysia nak turun bawah pada RM1.92 ?

Fakta yang rakyat perlu tahu:
1. Masa harga minyak dunia USD100, harga minyak dalam negara ialah RM1.92
2. Bila minyak dunia naik USD135, harga minyak dalam negara melonjak RM2.70, kenaikan sebanyak 78 sen.
3. Bila minyak dunia turun semula USD100, berapa kerajaan turunkan semula harga minyak ?..hanyalah seposen, oh ye lupa nak campur rebate. Campur lah jadi lebih kurang 20 sen.

Hari tu waktu Pak Lah naik kan harga minyak menggila 78 sen...jenis kaki ampu dan minda kelas tiga kata...SYUKUR minyak naik cuma 78 sen , tak sampai pun RM 1.00......

Sekarang bila turun 15 sen , 10 sen , 15 sen...orang jenis ini juga akan kata SYUKUR turun juga minyak. Aku bukan nak mempertikai istilah bersyukur atau tidak bersyukur. Kadang- kadang istilah tersebut digunakan untuk menjadi alasan pihak-pihak yang tidak mahu menjalankan tanggungjawab nya, maka istilah syukur digunakan supaya kita tidak mempertikaikan tanggungjawab itu.

Apa punya mentaliti dan tahap pemikiran macam ini.... patut lah kerajaan yang ada dapat memerintah sehingga ke hari ini sebab rakyat yang berfikiran sedemikian masih ramai lagi agak nya. Bila lah majoriti rakyat Malaysia dapat mencapai tahap MINDA KELAS PERTAMA ?

Apa yang aku cuba katakan ialah kita menuntut hak kita. Minyak adalah hak rakyat yang di uruskan oleh Kerajaan yang memerintah. Kita tak mahu lagi ditipu oleh kerajaan, harga dunia USD 64, apa alasan kerajaan nak letak harga terlampau tinggi melebihi harga pasaran dunia ?, tolong lah jangan memanipulasikan istilah subsidi lagi.....sedar atau tidak, rakyat Malaysia sebenarnya yang telah memberi subsidi kepada kerajaan Malaysia. Ini dapat dilihat ketika harga minyak dunia telah menurun ke paras kurang dari USD 80 setong, kerajaan masih lagi menurunkan harga minyak secara sedikit demi sedikit. Ini menyebabkan rakyat terpaksa membeli minyak daripada kerajaan dengan harga yang sedikit mahal dari harga yang sepatutnya. Apakah ini tidak bermaksud kini RAKYAT YANG MEMBERI SUBSIDI KEPADA KERAJAAN ?. Sekarang harga berlegar sekitar USD60-70, apamacam ?......


Artikel-artikel & Link berkaitan:

1.
Oil drops to $64 despite OPEC output cut (24/10/08) - http://www.msnbc.msn.com

2.
Oil Prices slip below $70 a barrel (16/10/08) - http://www.nytimes.com

3. Petrol RM1.92 dikaji (21/10/08) - http://www.malaysiatoday.com

4. Minyak boleh turun bawah RM1.92 (13/10/08) - http://www.kosmo.com.my

5. Ulasan tentang harga minyak dunia (08/03/08) - http://newsyoumavemissed.blogspot.com

23 October 2008

China milk poisoning incidents- milk powder mixed with "MELAMINE"

China milk poisoning incidents make everyone afraid to look at the daily news report. Everyday, the reports are changing. No one can clearly tell us what to eat and not to eat.

1.What really is poisoned milk?
It is the milk powder mixed with "MELAMINE"


What is Melamine use for?
It is an industrial chemical use in the production of melawares.

It is also used in home decoration. "US resistant board"

Do you understand! Melamine is use in industrial production! It cannot be eaten.

2.Why is Melamine added in milk powder?
The most important nutrient in milk is protein. And Melamine has the same protein that contains "NITROGEN"


Adding Melamine in milk reduces milk content and it is cheaper then milk so it lowers capitalization.
It can give the business man more profit! Below is Melamine. Doesn't it look like milk? It doesn't have any smell, so cannot be detected.

[ATT1048324.jpg]

3.When was it discovered?
Year 2007!! US cats and dogs died suddenly, they found that pet food from China contains Melamine.

Starting 2008, In China , an abnormal increase in infant cases of kidney stones

August 2008 China Sanlu Milk Powder tested with Melamine


Sept. 2008 - New Zealand gov't ask China to check this problem
Sept. 21, 2008 - Lots of food products in Taiwan tested with Melamine

4.What happens when Melamine is digested?
Melamine remains inside the kidney. It forms into stones blocking the tubes. Pain will be eminent and person cannot urinate. Kidney will then swell.


Although surgery can remove the stones, but it will cause irreversible kidney damage. It can lead to loss of kidney function and will require kidney dialysis or lead to death because of uremia.

What is dialysis?
In fact, it should be called "blood washing". It is filtering all of the body's blood into a machine and then go back to the body.

The whole process takes 4 hours and it is necessary to dialysis once for every 3 days for the rest of your life.

Here is a dialysis center

Large dialysis center


A small hole is required in the arm to insert the sub-dialysis catheter.


Why is it more serious in babies?
Because the kidney is very small and they drink a lot of milk powder.

Here is a baby undergoing dialysis.


China currenty has 13,000 infants hospitalized

It does not matter how much a human being took Melamine. The important point is "It cannot be EATEN!"

5.What are the foods to be avoided?
Foods that contain dairy products should be avoided.
Remember: Foods with creamer or milk should be avoided.

6.Which companies are affected?
Hereunder are the companies affected with Melamine.

7.What do we do next?
Avoid the above foods for at least six months.

If you have snack bar, restaurant or coffee shops, Stop selling dairy products for the meantime.
If you have infants at home, change to mother's milk or find other substitutes.

Finally, share this information with friends so they will understand the risk of milk poisoning.

22 October 2008

5 Billion Untuk Pasaran Saham, Tindakan Tidak Bertanggungjawab!

http://www.suaramerdeka.com/harian/0703/01/sm1stock1eps.jpg

Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dan komited di dalam merangka sebarang dasar mahupun program untuk rakyat. Kita malah berulang kali menegaskan pentingnya tidak dibebani dengan kadar inflasi yang tinggi sekaligus mengakibatkan kerencatan ekonomi negara. Tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak petrol serta dengan boros membelanjakan wang untuk menjana projek mega amat mengecewakan.


Di dalam perbahasan belanjawan tempoh hari, saya menegaskan belanjawan 2009 yang dibentangkan sudah tidak bermakna lagi. Unjuran yang dibuat berasaskan angka dan fakta lapok! Malah saya menggesa Menteri Kewangan yang baru agar segera membentangkan belanjawan berdasarkan unjuran yang terkini. Ternyata gesaan ini dipandang sepi walau ianya memanfaatkan negara dan rakyat. Jelas ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan.


Semalam kerajaan sekali lagi bertindak terburu-buru dengan membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Pengumuman Menteri Kewangan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan meminjamkan sejumlah RM 5 Billion kepada Valuecap Sdn Bhd untuk menyokong pasaran saham tempatan menampakkan ketidakcekapan di dalam mengurus ekonomi negara.


Tindakan ini mengesahkan kenyataan kami bahawa asas ekonomi tidak kukuh dan langkah drastik dan berani harus segera diambil. Rasuah, ketirisan harus dibasmi dan ekonomi negara harus dipacu dan dikendalikan oleh orang yang berkebolehan, bukannya oleh segelintir yang dekat dengan pemerintah.


ANWAR IBRAHIM

Sumber : http://anwaribrahimblog.com


* Komen aku: Itu lah yang yang menyakitkan hati aku dan ramai lagi diluar sana juga. Mentang-mentang lah duit dalam KWSP tu banyak melimpah-limpah, Kerajaan ikut sedap dia aje. Lepas tu besok-besok kalau lingkup Valuecap Sdn Bhd tu masing-masing buat muka selamba aje dan cari lah seekor dua kambing hitam untuk jadi kan mangsa.

Aku berani tulis sebab dah selalu sangat kes macam ni terjadi. Ingat tak lagi kes BMF (1983). Kes yang mencatat sejarah dunia pada masa itu yang melibat kan kerugian RM 2500 juta @ 2.5 billion. Siapa yang jadi mangsa ?. Salah seorang nya ialah Jalil Ibrahim, BMF Assistant General Manager, di bunuh di Hong Kong pada 18 July 1983 semasa menyiasat kes tersebut.


JUST FOR INFO TO SHARE......................

The BMF Scandal

It was around the late seventies, too that a unit of Bank Bumiputra Malaysia started making dubious loans to a property group in Hongkong called Carrian headed by one George Tan. When the loans were revealed in the early eighties, by which time Datuk Seri (now Tun) Dr Mahathir Mohamad had succeeded Hussein as prime minister, it raised eyebrows.

Bank Bumiputra was set up in 1965 to specifically provide credit facilities to the bumiputra community to help increase their participation in the Malaysian economy.

What was its wholly-owned Hongkong subsidiary, BMF, doing lending money to a Hongkong property holding company and in amounts that exceeded the bank's capital? For a while, Bank Bumiputra continued to lend more money to Carrian in an attempt to recover the loans but it turned out to be throwing good money after the bad.

Eventually, the more than RM2 billion was never recovered. A Bank Bumiputra internal auditor sent to investigate the deal was found murdered in the then British colony and his body dumped in a banana plantation.

Tan was charged for various fraud offences and found guilty in Hongkong while a director of BMF, Lorraine Osman, was extradited from London to face charges in Hongkong.

But the key question was never answered: What was Bank Bumiputra doing lending money in Hongkong, and who approved such huge amounts to so few customers? Where were the controls?

As large as the BMF scandal was, Bank Bumiputra suffered two further losses and needed to be rescued three times in all, and on each occasion, the losses were some RM2 billion. In 1999, it was absorbed into what is currently known as the CIMB group.


Source: http://malayscandals.blogspot.com


20 October 2008

Who is sitting at The Highest Position of the World ?!


Do you know
who is sitting at The Highest Position of the World ?!


U.S President , George Bush ?

NO

Osama Bin Laden ?

NO

UN General Secretary ?

NO

Habis tu siapa dia ???
I Will Tell You But Please Don't Wonder






* The other way to tell you all about the World's Tallest Skyscraper, he..he..he...sorry...

For more info:
Burj Dubai - The World's Tallest Skyscraper


19 October 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU MOHAMMAD FIRDAUS

Hari ini isteri aku tak payah masak untuk makan tengahari sebab kami sekeluarga pergi memenuhi undangan Majlis Perkahwinan rakan sekerja Mohammad Firdaus dan pasangan beliau Juliana. Majlis diada kan di Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor.

Selamat Pengantin Baru untuk anda berdua semoga berbahagia selagi hayat dikandung badan

18 October 2008

Aktivis Suaram yang ditahan ISA dibebaskan

Rahmah Ghazali | Oct 18, 08 10:26pm

Aktivis Suaram Cheng Lee Whee yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi, telah dibebaskan selepas ditahan selama 19 jam dalam lokap polis. Dia dibebaskan pada jam 6.04 petang tadi dari balai polis Johor Jaya. Cheng diarahkan melaporkan diri di mahkamah pada 1 November depan.

Penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, ketika dihubungi hari ini berkata, polis pergi ke rumah Cheng pada jam 2 petang dan mengambil komputernya dan 'thumb-drive' sebagai bukti.
Sepasukan lapan anggota polis berada di rumah Cheng selama kira-kira setengah jam. Sekumpulan lapan orang penyokong Suaram turut berada polis ke sana, sebagai tanda sokongan pada Cheng.

Nyam berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam Cheng bahawa seorang majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman Cheng selama empat hari lagi.
Peguam tersebut, kata Nyam, berhujah bahawa Cheng telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selama dia ditahan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Cheng berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, sambil menambah bahawa dia akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan.
Cheng percaya, dia ditahan ekoran aduan yang dibuatkan di laman web polis.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Johor Baru, Mokhtar Shariff menegaskan bahawa perintah reman dikeluarkan terhadap Cheng awal pagi ini dan dia mempunyai hak untuk mendapat khidmat peguam untuk membelanya.
Cheng ditahan mengikut Seksyen 28 ISA kerana "menyebarkan laporan palsu" ekoran satu laporan polisnya yang menuduh polis telah menyalah gunakan kuasa dalam operasi perobohan sebuah kampung setinggan di Johor.

Menurut para peguam, Seksyen 28 tidak memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang suspek tanpa bicara. Suspek mesti dibawa ke mahkamah dalam tempoh 24 jam, sama ada untuk diakwa atau ditahan remah bagi membantu siasatan polis.


- Anda semua yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum, sama ada yang pernah ditangkap atau tidak, sama ada yang pernah kena air 'water canon Polis' atau tidak, sama ada yang kena belasah Polis atau tidak, sama ada yang pernah dipenjara atau tidak.....,saya bangga dengan anda semua dan saya bangga menyokong perjuangan ini. Semoga Allah memberi hidayah dan memberkati anda semua.

17 October 2008

Creative Video Clip - Crashes



Like This Video Clip ?
To download, please click link: http://www.ziddu.com/downloadfile
Info :
File Name: crashes.wmv
File size: 1.58 mb

16 October 2008

The Longest & shortest city name in the world

The Guiness Book of Records says Bangkok has the longest place name in the world, with about 190 letters, depending on the transliteration:

Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit


The second longest city name in the world is in New Zealand

-Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaung
ahoronuku
pokaiwhenuakitanatahu (85 letters)

The Mäori name of a hill in New Zealand, it translates "The place where Tamatea, the man with big knees, who slid, climbed, and swallowed mountains, known as land-eater, played on the flute to his loved one."

Third longest place name in Wales

-Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 letters)

A place in Gwynedd, Wales, famed for the length of its railroad tickets. It means "St. Mary's Church in the hollow of the white hazel near to the rapid whirlpool of the church of St. Tysilo near the Red Cave." The official name comprises the first 20 letters; the rest is thought to have been added by a local tailor as a hoax in the 19th century.


VERDICT.Well, what to make of these claims and counter-claims? To this impartial observer, who has visited the multisyllabic places only on the Internet, the result is:
* Third longest place name (bronze medal): WALES.
* Second longest (silver medal): NEW ZEALAND.
* Gold Award winner THAILAND.


The shortest city name in the world is in Norway with one letter (A)


http://www.canoe.ca/Travel/Microgalleries/shortcitynames/2008/08/21/ii.jpg

15 October 2008

IQ Test 2 - I want 2 jars with 10 liters of water

Another Interesting IQ Test.

The file is in Excel format. Please follow the link to download file : http://www.ziddu.com/downloadfile/2400281/water.xls.html
or click image to download

SELAMAT MENCUBA

Credit to my friend, Yusnee Ngadi

IQ Test 1 - Try Cross the river



click image to download file sungai.xls (size 623kb)

- This test was developed and used in Japan for job and university IQ tests
- Mainly used in the IT sector
- This test is solved in around 15mins (in Japan)

Let's see can you get every one on the other side?


The RULES are as follows:
1. Only two people can travel at once
2. Daddy can not stay with the girls without the presence of the mother

3. Mum cant stay with the boys without the presence of the father

4. The arrested red-hair girl in stripy outfit cannot stay with any of the family members without the Police officer

5. Only the Police officer and the parents can drive the boat across the river

* Click on the people you want to transport.

* To use the boat click on the red dots next to the boat.

The file is in Excel format. Please follow the link to download file :
http://www.ziddu.com/download/2397693/sungai.xls.html

Credit to my friend Yusnee Ngadi, got this from him - Thanks

14 October 2008

Update - Minyak petrol turun esok (15/10/08)

Berita TV jam 8.00 malam ini tadi membawa khabar yang gembira, minyak turun lagi dan bukan pada hari jumaat seperti yang dicadangkan oleh Datuk Sharir Abdul Samad. Penurunan itu berkuatkuasa esok-15/10/2008.

Harga petrol RON97 diturun 15 sen kepada RM 2.30.
Harga petrol RON92 diturunkan 10 sen kepada 2.20.
Harga Diesel diturunkan 20 sen kepada RM 2.20.

(Petrol prices will be cut by 15 sen to RM2.30 per litre at midnight tonight, while diesel will be reduced by 20 sen to RM 2.20 per litre)


Fuel prices may go down Friday

http://www.abc.net.au/reslib/200705/r146960_517459.jpg

By RUBEN SARIO

KOTA KINABALU: Fuel prices are likely to be reduced by Friday with an announcement expected following a Cabinet meeting on that day.

Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said Tuesday that the Cabinet would be discussing the fuel price revision in the wake of a steady drop in global crude oil price which is now below the US$83 (RM290) mark.


Shahrir said the cabinet at its Friday meeting would also be deciding on his proposal for a new approach to determine fuel prices, adding that once approved, a high level committee comprising the Prime Minister, the First and Second Finance Minster as well as the Domestic Trade and Consumer Affairs Minister would determine the fuel prices. “This would enable us to be more flexible and responsive to the changing crude oil price and the cabinet will inform of any price revision,” he said.


On the upcoming revised oil prices, Shahrir said the public should not expect a dramatic reduction as it would be prudent for the Government to make changes gradually.


We also have to take into account petrol station operators who would be at the losing end if fuel prices are dramatically reduced, he said in adding that any price revision would take into account the Government’s 30 sen per litre subsidy. He said until now the Government has been trying to be responsive to the tumbling crude oil prices by reducing prices at the fuel pump just before Merdeka Day and Hari Raya, within a three week period.


On his meeting with the ministry’s officials in Sabah, Shahrir said the festive season price control scheme had succeeded in capping prices of 17 controlled items in the state. He said some traders however had failed to use pink price tags for the controlled items and the ministry’s enforcement staff had detected 16 such cases after inspecting more than 18,000 premises.


Shahrir said he was however pleased that prices of certain controlled items in Sabah are lower than the maximum limit. Citing an example, he said the average price of chicken in the state is RM9 per kg though the maximum permissible price is RM9.70.


source : click http://www.thestar.com.my/images/common/logo_tsolv12.gif


http://www.japan-guide.com/g4/2018_01.jpg

- Bila nak turun kan terhegeh-hegeh, sikit-sikit, tapi masa naik kan dulu, dah lah naik nya sekali gus, pastu mengalahkan 'Bullet Train' pulak cepat nya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...