Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my
(kiri) melarikan anaknya dalam pertemuan di Pejabat Imigresen Mataram kelmarin.
SEPANG - "Saya akan tetap menunggu kepulangan Fadilah ke pangkuan saya semula (Lombok Timur) tetapi saya tidak akan ke sana (Malaysia) lagi."
Demikian keputusan Nasrudin Dahrom, 24, untuk terus menunggu Noor Fadilah Ahmad, 18, yang dibawa pulang ke Malaysia kelmarin setelah 54 hari dilarikan oleh pemuda berkenaan.
Bagaimanapun, pendirian Nasrudin itu disifatkan sebagai bukan lelaki yang budiman.
Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat, Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Nasrudin menolak tawarannya untuk ke Malaysia, biarpun sudah diberi jaminan keselamatan kerana mahu Fadilah kembali sendiri ke Indonesia.
"Dia (Nasrudin) berjumpa dengan saya dan saya menyatakan kepada dia, kalau dia betul-betul gentleman datang ke sini (Malaysia) cari keluarga Fadilah dan lakukan dengan cara yang betul,'' jelas Abdul Azeez semalam.
Kisah Noor Fadilah mula mendapat perhatian media apabila bapanya membuat laporan polis pada 24 September lalu atas dakwaan anaknya itu telah dilarikan oleh Nasrudin.
Artikel & link berkaitan :
1. (29/10/2008) Ahmad hampir belasah Nasrudin....- http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib_01.htm
1. (28/10/2008) Noor Fadilah pulang hari ini - http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib_01.htm
2. (27/10/2008) Tak perlu minta restu mereka - http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib_05.htm
Ulasan Aku: Pertama sekali kita perlu bersikap neutral dan tidak bias dalam kes/isu macam ini. Media/surat khabar biasalah, media Malaysia cuba gambarkan yang Nasrudin tu salah, kurang ajar, tak gentleman dan berbagai lagi. Media Indonesia pulak, puas aku search dalam banyak media on-line seperti Kompas.com dan Jakarta post tapi tidak ada langsung cerita, bah kan dalam LombokNews.com, satu artikel pun tak ada pasal kes ini. Aku rasa mereka tak kesah pun kes ini. Kes ini hanya meletup di Malaysia....pendapat aku la...
Kena pukau dan yang seumpama nya ada lah alasan yang biasa kita dengar bukan saja untuk kes seperti ini, malah termasuk kes curi, samun, rompak dan berbagai lagi. Sebagai seorang Islam kadang-kadang aku pelik kenapa alasan pukau (tidak di nafi kan ia nya wujud) selalu digunakan. Kalau kes ini ada lah kes yang jarang berlaku atau hanya melibatkan lelaki warga Lombok saja, mungkin boleh juga kita percaya bab terkena pukau, tapi kalau gadis kita dah 'kena pukau' dengan teruna Afrika, teruna Colombia, teruna Bangladesh, teruna Australia, teruna Pakistan, Cina dan lain-lain bermakna gadis kita lebih sukakan `BALAK' orang lain selain orang Melayu. Kekadang tu bukan pasal mamat tu kaya pun, tapi dah jodoh nak buat macam mana???.
Satu lagi, ramai anak gadis@dara masih dok berpegang dengan pantun melayu yang bagi aku menyesatkan dan membelakangkan agama. Pantun melayu lama ini memang lah sedap bunyi nya untuk minah yang sedang dilamun cinta.
Yang buat lawak pun satu hal, ada ke penduduk Lombok, Indonesia kata tidak ada masalah dengan tindakan kaum lelaki mereka melarikan anak gadis asing khususnya dari Malaysia untuk dikahwini. Dah datang ke Malaysia kenalah ikut adat dan cara Malaysia. Ni suka hati adat tok nenek dia nak angkut anak dara orang balik ke Lombok lepas itu nak kahwin. Adat Melayu di Malaysia kalau dah minat anak dara orang maka perlulah dirisik terlebih dahulu, kemudia bertunang kemudian berkahwin. Ini adat apa ni? Bawa lari anak dara orang dianggap perwira?. Lagi pun rasa nya Islam pun tak suruh buat macam tu !! Nasrudin ini Agama apa ??? Islam ke bukan ???? dan ini lah padah nya kalau menjunjung biar mati anak jangan mati adat.
Atau satu teori lagi, mungkin juga Nasrudin ni dah slow talk dengan ayah Noor Fadilah, tapi ayah nya tak setuju atau apa-apa jugak yang membawa maksud 'kau tak boleh kawin dengan anak aku'. Habis tu apa lagi.........ku pujuk-pujuk, ku bawak lah lari.....
OK itu aje, aku pun takut nak komen lebih-lebih. Bagi aku kes ini memberi iktibar pada aku sebab aku ada empat anak perempuan. Apa yang aku boleh buat ada lah mengawal mereka sebaik mungkin dan selebih nya berdoa kepada Allah.......
Simpang malaikat 44.........................
No comments:
Post a Comment