Aktivis Suaram Cheng Lee Whee yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi, telah dibebaskan selepas ditahan selama 19 jam dalam lokap polis. Dia dibebaskan pada jam 6.04 petang tadi dari balai polis Johor Jaya. Cheng diarahkan melaporkan diri di mahkamah pada 1 November depan.
Penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, ketika dihubungi hari ini berkata, polis pergi ke rumah Cheng pada jam 2 petang dan mengambil komputernya dan 'thumb-drive' sebagai bukti. Sepasukan lapan anggota polis berada di rumah Cheng selama kira-kira setengah jam. Sekumpulan lapan orang penyokong Suaram turut berada polis ke sana, sebagai tanda sokongan pada Cheng.
Nyam berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam Cheng bahawa seorang majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman Cheng selama empat hari lagi. Peguam tersebut, kata Nyam, berhujah bahawa Cheng telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selama dia ditahan.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Cheng berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, sambil menambah bahawa dia akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan. Cheng percaya, dia ditahan ekoran aduan yang dibuatkan di laman web polis.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Johor Baru, Mokhtar Shariff menegaskan bahawa perintah reman dikeluarkan terhadap Cheng awal pagi ini dan dia mempunyai hak untuk mendapat khidmat peguam untuk membelanya. Cheng ditahan mengikut Seksyen 28 ISA kerana "menyebarkan laporan palsu" ekoran satu laporan polisnya yang menuduh polis telah menyalah gunakan kuasa dalam operasi perobohan sebuah kampung setinggan di Johor.
Menurut para peguam, Seksyen 28 tidak memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang suspek tanpa bicara. Suspek mesti dibawa ke mahkamah dalam tempoh 24 jam, sama ada untuk diakwa atau ditahan remah bagi membantu siasatan polis.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/91543
Artikel berkaitan:
1. http://www.malaysiakini.com/news/91498
2. ALIRAN Media Statements :
Artikel berkaitan:
1. http://www.malaysiakini.com/news/91498
2. ALIRAN Media Statements :
- Anda semua yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum, sama ada yang pernah ditangkap atau tidak, sama ada yang pernah kena air 'water canon Polis' atau tidak, sama ada yang kena belasah Polis atau tidak, sama ada yang pernah dipenjara atau tidak.....,saya bangga dengan anda semua dan saya bangga menyokong perjuangan ini. Semoga Allah memberi hidayah dan memberkati anda semua.
No comments:
Post a Comment