Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

28 October 2008

Mesyuarat Umno Kota Tinggi kecoh

Oct 27, 08 7:49pm

SEORANG perwakilan bingung dengan kekecohan yang berlaku pada
Mesyuarat Perwakilan Bahagian Kota Tinggi, di Dewan Raya Felda
Bukit Maha, semalam (foto: Berita Harian online).

Persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi hari ini tegang seketika apabila beberapa ahli mendesak mesyuarat ditangguhkan kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Timbalan Pengerusi Tetap Sarwani Sain mempengerusikan persidangan.

Pertelingkahan timbul apabila beberapa perwakilan termasuk Naib Ketua bahagian Mohd Zain Ariff mahu Pengerusi Tetap, Mohamadon Abu Bakar yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini, dibenarkan mempengerusikan persidangan itu.

Setiausaha Umno Bahagian Rosleli Jahari, bagaimanapun, menjelaskan surat yang diterimanya dari Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim pada 23 Oktober lalu, menjelaskan kedudukan Mohamadon dan bekas naib ketua Pemuda Umno bahagian A. Malik Daeng Rahman, sebagai tidak layak untuk menghadiri persidangan hari ini.

Menurut laporan Bernama, penjelasan Rosleli dan surat itu yang diedarkan kepada para perwakilan gagal meredakan pertelingkahan antara kedua-dua pihak, sehingga menyebabkan campurtangan Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Syed Hamid Albar.

syed hamid albar 02Syed Hamid berkata semua pihak hendaklah menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno dan menggunakan saluran serta kaedah sedia ada untuk menyuarakan bantahan.


"Jikalau setiap daripada kita mula menjadi peguam dan mentafsirkan peraturan dan undang-undang secara sendiri, kita tidak akan ke mana-mana. Hormatilah keputusan Lembaga Disiplin. Jikalau tidak bersetuju, bawalah ke Ibu Pejabat Umno," katanya.

Mesyuarat diteruskan


Syed Hamid berkata persidangan perwakilan tidak boleh ditangguhkan kecuali wujud suasana huru-hara dan tidak tenteram. Selepas hampir satu jam bertelingkah mengenai kedudukan Mohamadon, Mohd Zain dan perwakilan lain akhirnya bersetuju membenarkan Sarwani meneruskan persidangan. Syed Hamid berkata persidangan itu akhirnya berlangsung dalam suasana tenang.

Mengenai pencalonannya bagi jawatan naib presiden yang melepasi kuota kelayakan semalam, Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan dan akan terus bekerja keras.

Mengenai dua lagi pemimpin Umno Johor iaitu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang turut melepasi kuota pencalonan jawatan Naib Presiden, Syed Hamid berkata pencalonannya tidak patut dilihat daripada aspek kenegerian.

Sumber : http://www.malaysiakini.com

* Itu lah 'trademark' yang telah dicipta oleh UMNO sendiri. Sejak dulu, masa aku bebudak lagi pun sebenar nya mesyuarat mereka penuh dengan kecoh dan gaduh (bukan semua, ada juga yang OK). Beza nya, dulu cerita begini mereka banyak tutup dan selindungkan sebab sumber berita hanya ada 2 @ 3 kerat saja, tapi sekarang dah susah nak tutup sebab sumber berita dah boleh diperolehi di hujung jari saja.
Artikel dan link berkaitan:
1. Mesyuarat pemilihan Umno Kota Tinggi kecoh http://www.bharian.com.my
2.
Sidang Kota Tinggi kecoh protes hukuman Lembaga Disiplin - http://www1.mstar.com.my  
3. Mesyuarat kecoh - http://www.hmetro.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...