IPOH: Plaza Tol Ipoh Utara yang baru empat bulan dibuka bagi menggantikan 'plaza maut' di Jelapang, mencatat kes kemalangan pertama semalam apabila sebuah trailer merempuh bas ekspres yang sedang berhenti untuk membayar tol menyebabkan lima penumpang cedera. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, trailer yang membawa muatan jentera berat dari Sungai Petani ke Johor Bahru itu dikatakan hilang kawalan dan melanggar tembok berhampiran pondok tol sebelum merempuh bahagian belakang bas ekspres yang dalam perjalanan ke selatan bersama 29 penumpang. Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Rajab, berkata rempuhan itu menyebabkan lima penumpang bas cedera dan semua mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Sebuah pondok kutipan tol di situ turut rosak, tetapi tiada kakitangan plaza berkenaan dilaporkan cedera. Seorang penumpang bas terbabit, Daud Awang Besar, 75, dari Kelantan, bersyukur kerana kemalangan itu tidak terlalu serius dan tiada kehilangan nyawa. "Pada masa itu, saya baru bangun tidur dan mendengar bunyi dentuman kuat di belakang bas. Beberapa penumpang menjerit ketakutan dan panik. Malah, dua penumpang berhampiran tempat duduk saya patah kaki kerana tersepit," katanya.
Plaza tol berkenaan yang dibuka pertengahan Jun lalu, terletak kira-kira 800 meter ke selatan dari lokasi asalnya di Kilometer 266.3 Lebuh Raya Utara-Selatan. Plaza tol terbabit dialihkan selepas merekod 142 kemalangan sejak 2003.
Sumber : Berita Harian online
Kalau tanya pendapat aku jawapan nya senang aje, tamat kan saja kutipan tol dipondok tol berkenaan, kan senang.
HAPUS KAN TOLLLLL !!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment