Muktamar Jamiat Islami yang telah berlangsung pada 24 Okt. dan berakhir pada 26 Okt. 2008 di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.
Antara tetamu istimewa dari Malaysia yang memenuhi undangan ke muktamar tersebut ialah Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato Seri Ir. Nizar yang turut diberi penghormatan menyampaikan ucapan di hadapan lebih kurang 1/2 juta ahli-ahli Jamiat Islami dari seluruh Pakistan.
Dari kiri MB Perak Dato Seri Ir. Nizar, Yvonne Ridley &
Misbahul Munir Masduki ( Setiausaha Politik MB Perak)
Misbahul Munir Masduki ( Setiausaha Politik MB Perak)
Yvonne Ridley semasa berucap pada perhimpunan sayap wanita Jamiat Islami
Turut hadir sebagai tetamu istimewa ialah Wartawan wanita yang pernah ditahan di Penjara Afghanistan oleh Taliban pada tahun 2001. Beliau ialah Yvonne Ridley yang pada masa itu adalah Wartawan Kanan Sunday Express. Beliau kemudian nya memeluk Islam pada 2003. Beliau diberi peluang menyampaikan ucapan, yang mengajak dunia Islam yang diketuai oleh Gerakan Islam supaya bangkit menerajui perubahan dengan menolak hegemoni barat.
Masyarakat Barat telah menggambarkan kononnya wartawan tersebut diberikan layanan buruk sepanjang dalam tahanan, tetapi apabila dibebaskan dari tahanan Taliban, wartawan tersebut telah bercerita yang sebaliknya. Buku beliau yang bertajuk "In the Hands of Taliban" menceritakan pengalaman tersebut.
Antara tokoh-tokoh lain yang menjadi tetamu Ijtima' tersebut iala Rashid Ghanosi , pemimpin ikhwan Tunisia yg kini dalam buangan di UK, Syeikh Mahmud Siyam , Bekas Imam Masjid Al - Aqsa, Syeikh Hamam Said, Pemimpin Ikhwan Jordan, Syeikh Maulavi Janbaz , Pemimpin Mujahidin Afghanistan dan lain-lain lagi.

Artikel dan link berkaitan:
1. Yvonne Ridley - http://en.wikipedia.org/wiki/Yvonne_Ridley
2. Jamaat-e-Islami Pakistan - http://jamaat.org/indexe.html
3. Foto gallery - http://jamaat.org/ijtima08/index.html
4. Yvonne Ridley explains why she converted to ISLAM - http://www.youtube.com/watch
3. Foto gallery - http://jamaat.org/ijtima08/index.html
4. Yvonne Ridley explains why she converted to ISLAM - http://www.youtube.com/watch
No comments:
Post a Comment