Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

11 October 2008

Shah Rukh Khan dapat 'Datuk' - Apa sudah jadi dengan negara ku ??

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) merupakan antara
penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi
Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, hari ini.

MELAKA 10 Okt. – Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Kadang-kadang malas nak ulas perkara macam ini, tapi kalau tak luahkan, hati semakin terbuku.

Rasa aku, bukan aku aje yang terkejut beruk. Shah Rukh Khan sendiri terkejut chimpanzee kerana menyangka "Datuk" bererti akan mendapat seorang gadis cantik daripada Melaka. Setakat gelaran tu, dia pun tak minat untuk datang ambil pingat kerana tak ada 'commercial value' kepada beliau selain menghabiskan duit tiket penerbangan ke KLIA dan kena cari teksi ke Melaka, agak aku la.....

Seterus nya Shah Rukh Khan semakin terkejut bapak beruk kerana mendapat gelaran datuk kerana ia tak pernah terfikir olehnya, sebab apa ???. Sebab nya ialah, Kerajaan India yang mendapat keuntungan beratus juta dollar/rupee daripada cukai hiburan dan filem Shah Rukh Khan pun tak beri apa-apa anugerah kepadanya. Hee...hee...betul kan ???

Pelakon dan artis seperti Sarimah, Ahmad B, Ibrahim Pendek (arwah), Ogy Ahmad Daud, Fahrin, Linda Onn, Lan Pek-Pek, Rosyam Noor, Erra Fazira, AR Tompel (arwah), Ali Mamak, Amy Search, Jamal Abdillah dan artis yang lain tentu tertanya-tanya kenapa aku tak dapat 'datuk' tetapi Shah Rukh Khan yang tak tahu Melaka kat mana pun, boleh dapat. Hebat Melaka dan hulubalang nya...he...he...

Ada orang yang kata anugerah tu untuk membodek. Orang kata la, bukan aku....Bagi aku ada juga logik nya sebab tak lama lagi kan Datuk Seri Najib nak jadi PM. Artis-artis Bollywood ni kan favorite kepada isteri bakal PM.

Artikel Berkaitan untuk bacaan :

- Anugerah "Datuk" untuk bodek Najib?? http://rusli-islam.blogspot.com

- Penyalahgunaan Pemberian Gelaran Datuk....Semua Pelakon dan Penyanyi popular dunia akan bergelar Datuk? http://peoplearmy.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...