Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 October 2008

Krisis Ekonomi USA tahun 2008 - Analogi mudah lagi ringkas

Encik David berhutang sebanyak RM 1 juta dari Encik Lingam. Encik David dikehendaki membayar semula hutangnya sebanyak RM 1.5 juta dalam 5 tahun. Ini bermakna Encik Lingam mengenakan RM 500,000 riba ke atas Encik David.

Tiba-tiba selepas dua bulan, atas sebab tertentu, Encik Lingam perlukan wang tunai dengan segera, untuk menyegerakan perolehan tunai, Encik Lingam telah menjual hutang Encik David tadi kepada En Chua dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 1.3 juta. Walaupun harganya lebih rendah namun Encik Lingam puas hati kerana ia memperolehinya secara cash atau tunai.


(Inilah yang dimaksudkan jualan hutang secara diskaun, dan ia dianggap riba oleh Ulama antarabangsa kerana wang ditukar dengan wang syaratnya mestilah sama nilai)

Di hujung transaski, Encik Lingam berjaya perolehi wang tunai segera namun sedikit berkurangan dari jumlah yang patut diperolehinya jika dia sanggup menunggu selama 5 tahun.

Dan risiko menunggu bayaran hutang penuh oleh Encik David kini sudah dipindah kepada En Chua, namun En Chua bakal menerima untung riba sebanyak RM 200,000 pula dengan mudah.

Encik David tetap perlu membayar seperti biasa. Berkemungkinan En Chua akan menjualkannya kepada Encik Mutu pula dengan harga RM 1.2 juta.

http://www.zaharuddin.net/images/stories/lehman.jpg

Untuk memahami isu yang sedang dibincang, anda hanya menukarnya seperti berikut:-
Encik David - Peminjam miskin dan tidak cukup syarat
Encik Lingam - Syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation
Encik Chua - Lehman Brothers dan lain-lain.
Encik Mutu - Semua bank yang membeli MBS ini dari Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Maka apabila Encik David gagal membayar hutang, semua pihak akan terancam. Inilah yang berlaku. Inilah namanya discounted debt trading, ini dikenalpasti berlaku dalam kes subprime. Iaitu apabila pihak bank pelaburan membeli MBS (Mortgage-backed Securities) yang mewakili hutang perumahan tadi, mereka telah membayar sejumlah wang yang besar, dan kini mereka bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam-peminjam berisiko tadi. Tiba-tiba peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan bankrupt meningkat, menyebabkan keuntungan yang pihak bank jangkakan tidak kunjung tiba, sebaliknya kerugian pula menjelma.

Note : Artikel ini aku ambil sebahagian nya daripada tulisan yang panjang lebar mengupas isu krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat. Aku harap analogi mudah ini boleh membuat kan kita lebih memahami dan mendapat sedikit maklumat tentang apa yang berlaku. Aku tidak mengatakan bahawa tulisan penulis artikel ini adalah tepat, tapi asas kebenaran nya memang ada. Artikel penuh nya bertajuk
Krisis ekonomi US: Gambaran, ulasan & pandangan Islam oleh Ust. Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman - http://www.zaharuddin.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...