06 October 2008

Zul Hassan di 'Sedekah' Seks, Hanif Basree buat Seks - Serupa tapi tak sama


http://www1.mstar.com.my/archives/2008/10/6/mstar_mutakhir/zul.jpg
Isnin Oktober 6, 2008
Rasuah seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes skandal seks yang melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan.

Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata pada mesyuarat esok pihaknya akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut. "Esok kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sumber: mstar online



[hanif++noritta.jpg]

Shhyyy.......Teringat pulak aku kepada Kes Pembunuhan wanita bernama Norita Shamsudin. Satu kes bunuh tahun 2003 yang paling sensasi/gila/tak masuk akal/meloyakan dan berbagai lagi. Setelah berbelas-belas suspek dan saksi di soalsiasat dan memberi keterangan, maka Hanif Basree yang kena dakwa. Yang menarik perhatian ialah pengakuan Hanif Basree dalam kes ini ialah ia mengaku melakukan hubungan seks tapi tidak mengaku membunuh. Mengapa Jabatan Agama Islam negeri terbabit tidak mengambil sebarang tindakan sedang kan pengakuan berzina dibuat di mahkamah ??.
OOOO.....mungkin walaupun melibatkan perlakuan seks tapi tidak ditakrifkan sebagai 'sedekah', maka tak payah lah diambil tindakan.

Sebenar nya pengakuan sedekah dan jugak pengakuan di mahkamah sama sahaja iaitu kedua dua nya tidak bermoral. Yang beza nya seorang diambil tindakan dan yang seorang lagi tidak.
Tindakan Kerajan Negeri Perak memecat Zul Hasan adalah betul dan tindakan JAIP jugak betul (setakat kuasa yang mereka ada). Tidak lah macam sesetengah Kerajaan negeri lain yang meminta 'tutup sebelah mata' kalau ada skandal macam ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...