31 May 2009

Mansor triumphs in Penanti



By Shanon Shah
shanonshah@thenutgraph.com


BUKIT MERTAJAM, 31 May 2009: As expected, Pakatan Rakyat (PR) has notched yet another by-election victory, when Parti Keadilan Rakyat (PKR)'s Dr Mansor Othman scored a thumping win here in Penanti.


Additionally, Mansor will be made the new Penang deputy chief minister (DCM) 1 next Wednesday.


Mansor polled 6,052 votes to independents Nai Khan Ari Nai Keow's 494 votes, Aminah Abdullah's 392 votes, and Kamarul Ramizu Idris's 56 votes in nine voting districts, giving Mansor a landslide 5,558-vote majority. continue reading....



Penang Chief Minister Lim Guan Eng confirms that PKR's Dr Mansor Othman, who won the Penanti by-election today, will be sworn in as deputy chief minister I on 3 June 2009 - thenutgraph.com


Photobucket

PRK Penanti: ramai Polis & petugas parti dari pengundi



Kemaskini 11.00 am
Sembilan pusat mengundi DUN Penanti dibuka pagi ini tepat jam 8.00 pagi. Daripada sembilan pusat mengundi itu, lapan ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di Dewan Orang Ramai.

Menurut SPR, selepas 2 jam waktu pengundian (10.00 pagi) hanya terdapat kira kira 2,250 daripada 15,384 pengundi telah keluar mengundi yang mana peratusan nya adalah 14.6 %. - utusan/malaysiakini

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/images/stories/2009may11/3105voting01dap01.jpg
PKR’s Dr Mansor, accompanied by Chief Minister Lim Guan Eng and DAP supremo Kit Siang visiting the polling station at SJK(C) Jit Sin, Berapit. – Picture by Choo Choy May

Kemaskini 12.30 am
Menurut SRP, menjelang tengahari seramai 4,593 pengundi telah pun keluar membuang undi. Peratusan keluar mengundi meningkat kepada 29.86% - the malaysian insider

Kemaskini 2.00 pm
Sedikit kekecohan berlaku di SK Mengkuang apabila SPR memerintahkan sebuah pondok panas yang didirikan oleh PKR dirobohkan. Kekecohan berlaku diantara Gobalakrishnan dengan Penolong Pengurus Pilihanraya tetapi akhirnya ditenteramkan oleh kepimpinan PKR yang lain.- PerakExpress.com

Kemaskini 5.00pm
Pusat pusat mengundi ditutup tepat jam 5.00pm. Bernama melaporkan peratusan keluar mengundi hanya mencecah 46.15%. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ngah Senik menyatakan bahawa dari jam 8.00 pg. hingga 5.00 ptg, hanya 7,100 daripada 15,384 yang berdaftar keluar mengundi. - thenutgraph.com

Kemaskini 7.20 pm - Keputusan rasmi
Dr. Mansor menang dalam PRK Penanti dengan majoriti 5,558. Beliau mendapat 6,052 undi. Pencabar beliau yang paling hampir ialah Nai Khan dengan 494 undi, diikuti oleh Aminah dengan 392. Seorang lagi calun bebas, Kamarul hanya mendapat 56 undi. Kesemua calun bebas hilang wang pertaruhan. - malaysiakini


Photobucket

31 May 2009 - World No Tobacco Day


Click photo for full story


On the day of Bryan's death, June 3, wife Bobbie and son Bryan keep a bedside vigil.
The recent photo of father and son is on the bed. [Times photo: V. Jane Windsor]


The theme of World No Tobacco Day 2009 is "Tobacco Health Warnings", with an emphasis on the picture warnings that have been shown to be particularly effective at making people aware of the health risks of tobacco use and convincing them to quit. More and more countries are fighting back against the epidemic of tobacco by requiring that packages of tobacco show the dangers of the product's use, as called for in guidelines to the WHO Framework Convention on Tobacco Control.

Photobucket

Menyanggah laporan Berita Harian : Petugas PKR memakai pakaian & lencana logo parti

Penanti : Petugas PKR memakai pakaian & lencana logo parti
9:29 am
BUKIT MERTAJAM: Walaupun peraturan larangan berkempen pada hari pengundian termasuk memakai lencana yang memaparkan logo parti mula dikuatkuasa pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, namun masih ada pihak enggan mematuhinya.

Tinjauan Berita Harian di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini, mendapati meja semakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenuhi bendera parti itu dan petugas pula memakai pakaian serta lencana dengan logo PKR. - www.bharian.com.my


Dibawah ini adalah artikel yang ditulis semalam untuk jawapan & penjelasan kepada laporan Berita Harian dalam slot 'mutakhir' diatas.

K
urang daripada 24 jam sebelum rakyat Dewan Undangan Negeri N12 Penanti keluar membuang undi Suruhanjaya Pilihan Raya sekali lagi mengeluarkan arahan aneh dan pelik yang dilihat hanya untuk berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat.

Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.


Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.


Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?


Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.


"Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut," tegas beliau pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Yayasan Aman, Penanti.


Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.


Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.


Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.


Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali. - http://greenboc.blogspot.com


Nota: Setahu aku segala pindaan atau peraturan berkaitan pilihanraya perlu digezetkan terlebih dahulu dan selepas itu baru lah sah untuk dikuatkuasakan peraturan tersebut. Pilihanraya umum ke10 (kalau tak silap) telah ada peraturan tak boleh pasang bendera parti dikawasan pengundian. BN selamba saja pasang dan bila pembangkang buat bantahan, rupa rupa nya peraturan itu tidak sah dan tidak terpakai. Hidup hidup pembangkang kena tipu. Peraturan yang SPR keluarkan sekarang ini begitu lah juga agak nya... - بلوڬ احمد ترمذي

Photobucket

30 May 2009

Wajah Cif Inspektor Azilah Hadri tanpa topeng ninja


Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.

Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.

Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.

- www.tvantara.com



29 May 2009

Majlis penutup Puasa Sunat & Mogok Lapar Pakatan Rakyat - 28/5/09


Untuk photo yang lain sila klik http://perakexpress.com

Majlis penutup Puasa Sunat & Mogok Lapar (28/5/09) yang diadakan diperkarangan Pejabat PAS Perak cukup ceria dan mesra. Majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai bangsa yang menyertai Puasa Sunat dan Mogok Lapar. Program yang diadakan selama tiga hari ternyata ada hikmah yang cukup besar walaupun dipertikai oleh UMNO BN dan para ulama-ulama mereka. Mereka yang mengerjakannya dapat menjalin hubungan yang cukup akrab, persahabatan antara PAS, PKR dan DAP semakin erat.

Ahli-ahli DAP dan PKR yang menyertai mogok lapar dapat merasai bagaimana orang Islam sebelum ini berpuasa. Diakui oleh mereka, tiga hari tidak makan hanya minum sahaja rupanya bagus untuk kesihatan badan. Ada dikalangan mereka yang turun sehingga hampir 10 kilo, badan mereka semakin ringan, bila badan ringan, mereka rajin bekerja dan semangat untuk berjuang. Itulah hikmahnya lapar melalui mogok lapar.

Mereka yang berpuasan sunat pula tidaklah perlu diceritakan lagi, kerana hikmahnya semua sudah maklum.

Kecerian dan kemesraan jelas terpancar melalui majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PAS di perkarangan pejabat PAS Perak. Hidangan yang dimasak dengan selera Melayu dikecapi bersama. Tidak terbayang seronoknya mereka makan setelah lapar selama tiga hari, sudu tidak disediakan, mereka seronok dan merasa nikmat pula makan menggunakan tangan dan tidak terasa kekok.

Semua pimpinan PR makan beramai-ramai tanpa ada hidangan khas. Inilah hikmah tersembunyi di sebalik program Puasa Sunat & Mogok Lapar. Semasa Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya dikerjaka, mereka yang bukan Islam tidak terus pulang sebaliknya menunggu untuk memberi penghormatan dan mendengar pula selepas itu ucapan-ucapan dari pimpinan PR.

Polis malam itu begitu baik dan memberi kerjasama, sedikit pun tidak ganggu program tersebut dari mula sehingga akhir, dan ternyata program tersebut tidak menganggu ketenteraman awam. Boleh jadi polis sudah jemu dan bosan mengikut telunjuk BN sahaja.

Majlis bersurai kira-kira pukul 10.00 malam. - misabah.blogspot.com

Tan Sri P. Ramlee: 29 Mei 2009 genap 36 tahun pemergian nya - Al Fatihah

Hari ini, 29 Mei 2009 genap 36 tahun pemergian Tan Sri P. Ramlee, seniman agung negara Malaysia. Al-Fatihah disedekahkan untuk roh Allahyarham semoga Allah mengampuni beliau dan memberi ganjaran atas segala kerja baik beliau semasa hayat nya.

Pada pendapat aku, sehingga kini masih belum ada lagi yang dapat menyamai beliau, apa tah lagi untuk mengganti kan beliau. Bagi aku, semua filem filem karya beliau, bukan setakat membuat filem tetapi sarat dengan 'message' yang tersurat dan tersirat. Samada tema nya drama berat, Patriotik, komedi dan masyarakat, semua nya ada diselitkan dengan elemen elemen nasihat, tauladan dan sempadan.

Lagu lagu ciptaan dan gubahan beliau pula mempunyai berbagai tema. Cinta, patriotik, tauladan, nasihat, nostalgia dan macam macam lagi. Bukan lah maksud aku lagu lagu sekarang tak bagus. Bagus, tapi lagu P.Ramlee lagi bagus. Lagu P.Ramlee yang bagi aku berhantu ia lah 'Dendang Perantau' dan 'Itu lah sayang'. Dendang Perantau akan membuatkan aku menjadi sebak, teringat masa lalu dan sedih. Mungkin lagu tu ada kaitan dengan Hari Raya kot. Itu lah sayang pula, aku amat terpesona dengan gesekan biola yang mengasyikkan dan juga senikata serta melodi nya membuatkan aku sentiasa sayang pada ehem.....ehem.... BINI aku la......

Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa P.Ramlee itu adalah insan genius dalam bidang seni dan budaya yang dikurniakan Allah kepada Malaysia.

Yang aku pelik mengapa aku tak jemu tengok filem filem P.Ramlee terutama nya filem komedi walau pun dah beratus kali ditayangkan di TV. Orang lain aku tak tahu la... Sekian.






Itulah Sayang lagu nyanyian P. Ramlee & Normadiah. Dipetik dari filem Anak ku Sazali (1956) arahan Phani Majukumar

Dibawah ini aku siarkan rencana daripada Utusan online untuk kita kongsi bersama :


P.Ramlee tiada di mata, tidak dilupa
Oleh SY MUSSADDAD MAHDI

Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan, oleh itu buatlah bersungguh- sungguh dengan penuh kejujuran,” itu antara bait kata-kata yang pernah keluar daripada mulut Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tidak mengenali P. Ramlee? Walaupun sudah meninggalkan kita, karya-karya yang dihasilkannya sering disiarkan di radio mahupun di kaca televisyen.

Saban hari muzik mahupun filem yang pernah dihasilkan ditonton tanpa jemu. Walaupun pelbagai karya baru cuba bersaing dengannya, peminat masih lagi mendambakan karya-karyanya seolah-olah tiada pengganti.

Jumaat ini 29 Mei, genap 36 tahun pemergian P. Ramlee. Dalam tempoh itu juga pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kalangan insan seni untuk sama-sama menghargai jasa P. Ramlee kepada bidang seni.

Dilahirkan dengan nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. P. Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima.

Sikapnya yang kurang berminat dalam pelajaran dan lebih kepada bidang seni telah membuka jalan untuk mengambil peluang dalam apa jua pesta yang ada.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Bermula pada tahun 1948, lagu Azizah telah melonjakkan nama P. Ramlee kerana bakatnya menyanyikan lagu tersebut telah dilihat oleh oleh pengarah filem B.S. Rajhans.

Bertolak dari situ, P. Ramlee mengorak langkah dalam bidang seni dan memulakan kerjayanya secara serius. Berlakon, berlawak dan menyanyi serta turut sama berpeluang bekerja di belakang tabir.

Walaupun pada permulaan kerjayanya hanya ditawarkan sebagai pelakon pembantu, namun akhirnya P. Ramlee diberi peranan sebagai hero dalam filem Bakti bersama aktres Kasma Booty.

Pada waktu itu P. Ramlee juga telah menyumbangkan bakti dalam filem Penghidupan, Sejoli, Antara Senyum Dan Tangis, Ibu, Hujan Panas, Salah Siapa, Panggilan Pulau, Merana, Abu Hassan Pencuri, Hang Tuah dan banyak lagi.

Kecemerlangan P. Ramlee dalam bidang lakonan terus diuji pada tahun 1955 dengan menjadi pengarah filem Penarik Beca seterusnya diangkat sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu setahun selepas itu.

Kejayaan tersebut juga telah menjadi azimat kepada P. Ramlee untuk mengarahkan filem kedua, Semerah Padi yang ditunjangi oleh Nordin Ahmad, Saadiah, A. Rahim dan Normadiah.

Bakat yang dimiliki olehnya tidak sekadar pada filem bercorak drama, malah buat pertama kalinya P. Ramlee mengarahkan filem komedi Bujang Lapok pada 1957, menyusul Pendekar Bujang Lapok, 1959 seterusnya terpilih sebagai Filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur.

*Menguasai bidang muzik

Kecemerlangan dalam bidang lakonan tidak sedikitpun mematikan minat dalam bidang muzik. P. Ramlee yang dikurniakan bakat bermain alat muzik juga boleh mencipta dan menggubah lagu dengan baik. Sehingga kini banyak lagu-lagu sama ada yang dicipta atau dinyanyikannya masih lagi diputarkan sehingga kini.

Studio Jalan Ampas di Singapura menjadi saksi bahawa P. Ramlee telah pun mencipta beratus- ratus buah lagu semenjak berpeluang menjadi penyanyi latar kepada S. Romai Noor pada tahun 1948 sehinggalah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1967.

Selain mengarahkan filem, P. Ramlee juga turut sama menggubah lagu seterusnya dimuatkan sebagai lagu latar atau lagu tema. P. Ramlee menganggap muzik adalah nadi kepada sesebuah filem. Tanpa muzik, filem tidak berjiwa.

Secara kebetulan, kebanyakan lagu-lagu yang dicipta oleh P. Ramlee ini pasti bergandingan dengan penulis lirik S. Sudarmaji. Gabungan antara mereka berdua sangat berhasil dan Sudarmaji memahami jiwa P. Ramlee.

Lagu-lagu seperti Maafkan Kami, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Tolong Kami, Pukul Tiga Pagi dan sebagainya sentiasa mendapat tempat di hati peminat dari dahulu lagi. Kebiasaannya setiap bait lirik yang terkandung dalam sesebuah lagu adalah terjemahan sisi kehidupan yang dilalui sama ia benar-benar terjadi mahupun apa yang berlaku dalam sesebuah filem yang sedang dihasilkan.

*Pergi buat selamanya

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Tuhan kepada setiap hambanya. Tidak ada yang kekal di dunia ini selama-lamanya. Perjalanan yang diselusuri oleh P. Ramlee yang menutup usia pada 29 Mei 1973.

Ramai yang masih tidak percaya dengan berita mengenai pemergian P. Ramlee pada subuh itu. Berita mengenai pemergian Seniman Agung itu disiarkan melalui radio. Teman-teman rapat di Jalan Boon Teck, Singapura juga mula gelisah dan sedih dengan berita yang mereka terima. Tapi hakikat itu terpaksa diterima oleh setiap peminatnya.

Pada tarikh itu juga ribuan peminat mengiringi jenazah insan istimewa itu untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Baru.

Sehingga kini pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan setiap kali hari ulang tahun memperingati pemergian seniman tersebut. Walaupun sudah tiada, nama P. Ramlee terus kekal subur dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Bagi seniman Datuk Aziz Sattar, nama P. Ramlee tidak pernah luput dalam ingatannya setiap masa dan ketika. Setiap kenangan indah bersama sahabat baiknya itu akan muncul dalam fikiran dan hatinya bertambah sayu setiap kali tiba tarikh 29 Mei.

“Saya sentiasa mengingati beliau. Bagi saya P. Ramlee tiada galang gantinya. Setiap karya yang dihasilkan terus kekal sehingga kini.

“Saya selalu teringat pesan beliau kepada saya: Ajis, kalau gua mati hari ini, nama gua tetap akan hidup 1000 tahun lagi. Itulah ungkapan yang saya ingat sampai sekarang,” kata Aziz Sattar ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya lagi, Aziz berbangga apabila pihak kerajaan mengiktiraf jasa yang telah dicurahkan oleh seniman tersebut dengan pelbagai anugerah dan gelaran yang diterima oleh P. Ramlee.

Bagi pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, P. Ramlee merupakan insan seni yang paling disanjungi dan dihormati sehingga kini.

“29 Mei 1973 hanyalah tarikh yang memisahkan kita dan dia. Tapi bagi saya dia masih lagi ‘hidup’ dengan karya-karya yang kita tonton seharian.

“Saya tak rasa orang Malaysia akan terus melupakan jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee dalam membangunkan industri seni kita sejak dahulu lagi.

“Walaupun secara zahirnya saya tidak pernah berkenalan dan berjumpa dengannya, segala kenangan yang ditinggalkan menerusi lagu dan filem masih terpahat dalam ingatan saya sehingga kini,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Lain pula bagi Ashraf Muslim. Selaku pelakon baru dia sangat menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee selama ini dalam apa juga medium.

Ashraf juga menganggap P. Ramlee sebagai legenda sepanjang zaman dan sehingga kini dia masih lagi melihat lakonan-lakonan seniman tersebut sebagai rujukan dan landasan untuknya.

“Tidak semua pelakon mempunyai x factor seperti seninam tersebut. Itulah keistimewaan beliau dan sehingga kini penonton tidak pernah jemu melihatnya.

“Jasa dan pengorbanan beliau kepada seluruh industri hiburan tidak pernah padam sehingga bila-bila,” kata Ashraf. - www.utusan.com.my

Isu Chin Peng - Baca yang tersirat dari yang tersurat


CHIN PENG - perangkap menanti mangsa

Beberapa hari ini cerita ChinPeng kembali menghiasi media kita. Siapa Chin Peng tak perlu diperjelaskan. Kenapa Chin Peng kembali popular???? ianya adalah cetusan pengerusi Gerakan Pulau Pinang. Apa tujuannya? tak pasti...

Harus diingat kisah Chin Peng dengan komunisnya telah menjadi sejarah hitam masyarakat kita. Isnya tak wajar diungkit kembali . Pastinya orang yang mengungkitnya mempunyai tujuan tertentu. Saya melihat itulah lenggok politik BN. Gerakan adalah parti Cina (walaupun dibuka keahlian untuk bangsa lain) yang kehilangan sokongan masyarakat lain. umNO pula adalah parti Melayu (walaupun bumiputra bangsa apa pun boleh masuk) yang sedang mengepung dan memburu undi sokongan melayu. keduanya dari kompenan BN!!!

Sewajarnya jika isu ini dilakukan dengan ikhlas untuk membantu Chin Peng kembali ke Malaysia boleh dilakukan secara dalaman. Tak perlu perbincangan terbuka. Apabila ia menjadi perbincangan umum, maka luka lama akan berdarah kembali. satu hakikat yang tak dapat dinafikan ialah....komunis dikaitkan dengan bangsa Cina di Malaysia walaupun bukan semua cina dulu mengikuti fahaman komunis. Nama Abdullah CD dan Rashid maidin serta Shamsiah Fakih bukanlah nama yang asing dari label komunis.

Paling tidak, secara diam dan akar umbi, masing masing kaum akan saling mencurigai.lebih malang ada virus yang bergerak mengingatkan " kalau melayu tak bersatu, Cina akan menguasai kita". Bukti jelas boleh dilihat di dalam blog pro umNO. Isu komunis dan kaitan dengan masyarakat cina serta api perkauman terus dicetuskan!Tak perlu saya mempromosikan blog berkudis itu di sini.

Apa yang malang, beberapa NGO dan orang persaorangan terikut dengan rentak BN ini. Mereka telah gagal di dalam isu Perak menuduh DS Nizar sebagai Boneka Cina apabila rakyat mula tahu apa yang dilakukan oleh pemimpin umNO dulu bersama tauke Cina dan apa yang dibantu oleh PR terhadap golongan miskin dan terinaya dari pelbagai bangsa. Mereka mula menilai tanah kediaman yang diberi kerajaan PR kepada orang muskin dengan ladang dan keluasan kilang yang diberi umNO kepada tauke Cina. Rakyat mula menilai bantuan sekolah agama yang diberi kerajaan PR dan sikap BN terhadap sekolah agama terutama pondok Pak Teh dalam kawasan MB umNO sendiri.

Sewajarnya kita mengambil sikap berhati hati dengan jerat isu perkauman yang dicanangkan BN secara halus. Jangan lupa, peristiwa Operasi lalang dulu juga adalah mainan pemimpin Gerakan dan umNO...mangsanya PAS dan DAP. Ada angin bertiup menyatakan, bagi meredakan kebangkitan rakyat , pemimpin PR perlu direhatkan dan dipisahkan dari rakyat. Mungkin salah satunya melalui isu perkauman!

Marilah kita menumpukan kepada isu yang melibatkan masa depan daripada membangkitkan nostalgia silam yang tak berkesudahan. Jangan biar generasi kini menerima akibat kesilapan generasi sebelum kita. Apa yang penting, hubungan mesra antara kaum yang terjalin terutama di dalam PR mestilah dimanafaatkan untuk dakwah dan perjuangan.- anaksengat.blogspot.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen Aku:

Ada atau tidak sesiapa perasan. Dulu dulu apabila umno mempunyai masaalah dengan sokongan dari orang melayu maka Malaysia akan ada isu panas dengan Singapura, khusus nya dengan Lee Kuan Yew. Amat ketara semasa Dr.M memerintah. Lee Kuan Yew akan buat kenyataan yang memanaskan telinga orang melayu dan Dr. M dengan dibantu media akan meminta orang melayu berdiri teguh dibelakang UMNO. Aku harap sekarang ini DS Najib tidak akan guna taktik begitu walaupun mentor nya ialah Dr.M. Siapa yang rajin mengkaji sejarah akan nampak benda ini, cuma secara kebetulan atau tidak ? Wallahua'lam...

Cerita pasal
Operasi Lalang 1987, Plot cerita nya lebih kurang sama. Cuma pemain-pemain utama nya saja yang berbeza. dan bertukar ganti

Pada 1987, apabila timbul persaingan antara pemimpin dua komponen utama Barisan Nasional (BN) - UMNO dengan MCA, politik negara secara tiba-tiba menjadi panas apabila tercetus isu keistimewaan orang Melayu dan isu pendidikan yang dibangkitkan oleh kaum Cina. Pemain-pemain utama ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Tan Sri Mohamad Rahmat di sebelah UMNO dan Tan Sri Lee Kim Sai di pihak MCA. Kemuncaknya ialah UMNO mengadakan perhimpunan di Stadium TPCA, Kampung Baru, manakala MCA dan DAP pula mengadakan perhimpunan di sebuah tokong Cina tidak jauh dari Stadium Merdeka. Najib, Muhd Taib dan Mohamad Rahmat berucap berapi-api dengan diiringi jeritan Hidup Melayu. (Aku tak mahu detail kan ucapan mereka - bahaya )

Apabila Operasi Lalang diadakan yang anehnya PAS yang tidak terbabit tetapi entah bagaimana dua pemimpinnya - Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar - turut ditahan di bawah ISA dan apa yang mengecewakan ialah pemimpin-pemimpin besar yang terbabit secara langsung dalam isu politik negara ketika itu, bebas dan mereka berada di luar negara ketika operasi berkenaan.

28 May 2009

Jaya Supermarket collapse, 2 dead 5 remain trapped




All Photos by Sharul Hafiz Zam

Click here to see photos from the scene

Thursday, May 28th, 2009

THE Jaya supermarket building in Section 14, Petaling Jaya collapsed at 4:45pm, trapping 30 workers inside.

At Press time police have confirmed that seven construction workers are trapped inside. The first fatality was confirmed after the recovery of the body of a construction worker at 6:50pm.

Earlier Fire and Rescue Department personnel pulled out two workers and rushed them to Universiti Hospital. Both are reportedly in stable condition.Other workers were examined on site by several medics.

The rescue operation is still underway, with reports of a possibility that the entire building may soon give way.
Reporters on the field have reported seeing stretchers lined-up on the road next to the collapsed portion of the building, indicating that they expect more casualities -.http://www.mmail.com.my

----------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE #1 (8:00pm) – Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim and MBPJ Mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman on the way to the site.

UPDATE #2 (8:30pm) – Department of Occupational Safety and Health officers are on the scene. Also present are Bukit Gasing State Assemblyman Edward Lee and PJ Mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman. Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim is expected to arrive at 10pm. Rescue workers are still sifting through the rubble to find the remaining seven workers believed to be trapped.

UPDATE #3 (10:00pm) – The two survivors, pulled out of the debris, have been identified as Salle, 48, and Suryano, 32, both Indonesians. The former broke his right calf in his bid to escape while the latter is still unconscious. The deceased meanwhile has only been identified as Maskor, 28, also Indonesian. The survivors are being treated at the Universiti Malaya Medical Centre, Petaling Jaya.

UPDATE #4 (10:30pm) – Rescue workers have spotted another body trapped beneath the debris. Authorities say there is slim chance that the person might still be alive. They are attempting to make their way through the wreckage to recover the body. However it may be dangerous due to the instability of the building structure.

UPDATE #5 (10:35pm) – Police say rescue work will continue until all victims are found.

UPDATE #6 (11:35pm) – Rescue workers have pulled out a badly crushed body of another worker from the debris. A rescue operations centre, complete with tents, medical and monitoring equipment has been set up.

Related Articles:
1. Bangunan Jaya Supermarket Runtuh, Dua Maut - BERNAMA
2. Mangsa Dengar Bunyi Seperti Gerudi Sebelum Bangunan Runtuh - BERNAMA
3. Terlebih Berat Dipercayai Punca Bangunan Runtuh - BERNAMA
4. Trapped worker calls employer from under rubble - New Straits Times

Photobucket

PRK Penanti: Perancangan UMNO/BN dan 'sekutu' yang serba tidak menjadi

Oleh: MSK

Apabila Fairus Khairudin mengumumkan perletakan jawatan sebagi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, UBN mencuba sedaya upaya untuk menghalang daripada berlakunya Pilihanraya Kecil Penanti.

Mesyuarat SPR ditangguhkan sebanyak dua kali untuk membolehkan UBN mencari jalan supaya PRK Penanti ini boleh dielakkan. Kali pertama SPR bermesyuarat pada hari Khamis hampir seminggu selepas Fairus meletak jawatan. Tetapi pengumuman keputusan mesyuarat ditangguhkan kepada hari Jumaat.

Pada hari Khamis.. SPRM mengumumkan Fairus bebas dari semua tuduhan. Tujuannya adalah untuk membolehkan Fairus menarik balik perletakan jawatannya.

Pada hari Jumaat.. SPR menangguhkan pengumuman kepada hari Isnin.. untuk memberikan masa kepada Fairus menarik balik perletakan jawatannya dan mengelak pilihanraya kecil.

Keputusan SPRM membebaskan Fairus dari semua tuduhannya dibuat oleh SPRM Putrajaya.. tanpa persetujuan SPRM Pulau Pinang. Malah SPRM Pulau Pinang yang kami hubungi pada malam 23 April memberitahu bahawa kes Fairus masih dalam siasatan dan mereka tidak tahu menahu tentang keputusan SPRM Putrajaya membersihkan Fairus.

Apabila Fairus masih dengan keputusannya untuk meletak jawatan.. UBN mati akal.. dan pada 27hb April.. SPR terpaksa mengumumkan tarikh PRK Penanti.

Walaupun Najib mengumumkan PRK Penanti membazir..tetapi dalam diam mereka bersedia untuk bertanding. Dan arahan telah diberikan kepada semua ajensi kerajaan untuk bersiap sedia.

Pada 1 Mei.. semasa kami ke Penanti… Umno sudah menaikkan bendera mereka di Penanti. Beberapa hari kemudian, Shahrizat dan Khairy sudah mula turun padang berjumpa petugas-petugas. Pasukan Polis juga sudah bersedia untuk turun dengan pasukan yang besar… mungkin ribuan anggota.

Dalam posting yang lalu… aku cerita tentang SUBTEK yang kecil kerana UBN tidak bertanding.. tetapi semalam baru aku mendapat tahu… PDRM sebenarnya sudah bersedia dengan pasukan yang cukup besar untuk bertugas di Penanti.

Kepada mereka yang tinggal di Penanti mungkin tidak menyedari tentang MASTEK ( khemah-khemah nomadic kepunyaan PDRM yang digunakan semasa pilihanraya ) yang jauh lebih besar.. tetapi mengapa diletakkan di Bukit Mertajam? Diluar kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Kalau nak tengok macam mana besarnya MASTEK ini… kena pergi Bukit Mertajam… berdekatan dengan pejabat DAP Bukit Mertajam.

Tinjauan semalam mendapati MASTEK ini masih dihuni oleh sekitar 30-50 orang SB.

Selepas PRK Penanti ini…diharapkan ada Ahli Parlimen yang akan bertanya berapakah jumlah kos polis di PRK Penanti. Sebab aku percaya… kos untuk membangunkan MASTEK ini akan menjangkau jutaan ringgit juga… sebab kontrak sudah dikeluarkan. Dan kita nak tengok adakah UBN tidak mahu membazir.. takut bertanding atau masalah mereka sendiri.

Bila mendapati UBN tak kan boleh menang di Penanti.. UBN merancang taktik kotor untuk menang. Dan Kak Min dijadikan kuda trojan untuk membawa misi ini. Banner-banner Amina Dola dan poster-poster calon Amina Dola ditaja oleh UBN. Memang banyak banner dan poster Amina Dola…siap dengan risalah-risalah.


Hari ini..SPR dan SPRM bersama-sama menyiasat tuduhan Amina Dola. Malah siap dengan tindakan yang akan diambil sekiranya Dr. Mansor didapati bersalah!

Orang yang baca undang-undang sikit pun boleh tau Akta Pilihanraya. Tak dak kes. Tu pasai yang PKR confident sangat.

Tapi orang Penang belum rasa macam mana orang Perak rasa. PKR Penang ikut undang-undang…UBN mana ikut undang-undang!

Kalau SPR lebih berkuasa dari Speaker.. ini kan pulak Saifudin Nasution.

Semalam juga.. polis sudah bertindak keras. YB Zuraidah Kamarudin diminta hadir ka Balai Polis untuk diambil keterangan kerana menyebut perkataan Altantuya dalam ceramahnya. Di Mengkuang Titi.. polis merampas projector dan screen untuk menghalang PKR dari menunjukkan video-video kepada umum.

Macam-macam undang-undang baru diperkenalkan untuk mensabitkan PKR dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Pilihanraya… dengan tujuan untuk menyingkir Dr. Mansor dari memenangi pilihanraya ini…. secara teknikal. - perakexpress

Photobucket

27 May 2009

Mengamuk bila kereta kemalangan, akhir nya maut akibat kemalangan kereta


Kalau yang depan itu kereta anda, apa macam? - Gambar hiasan

Lelaki Maut Selepas Mengamuk, Keretanya Terlibat Kemalangan

PASIR MAS, 26 Mei
-- Seorang lelaki maut setelah mengamuk dan terlibat dalam kemalangan kereta yang dilarikannya selepas keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain sebelum itu, di Kilometer 20 Jalan Lubok Jong-Tanah Merah.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.20 petang itu, Mohd Jafri Ibrahim, 33, yang pulang ke rumah mertuanya di Kampung Cherang Hangus, di sini, dikatakan keluar untuk membeli makanan apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Chevrolet Avio.

Mohd Jafri yang berang mengeluarkan sebilah kelewang dari kenderaannya dan melibas-libas ke arah pemandu kereta Chevrolet berkenaan dan kereta lain yang lalu lalang di situ, kata seorang jurucakap polis kepada pemberita di tempat kejadian.

"Kebetulan pada masa itu sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan. Apabila melihat tingkah laku lelaki yang agresif itu dua anggota polis berkenaan cuba menenangkannya.

"Lelaki itu membuka bajunya dan cuba menyerang anggota polis dengan senjatanya menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri," katanya.

Dalam cubaan untuk melarikan diri, lelaki itu menahan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Nissan Sunny 130Y dan mengarahkannya keluar dari keretanya dan merampas kenderaan itu.

"Beliau memandu laju menghala ke arah Lubok Jong. Bagaimanapun kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja kira-kira dua kilometer dari situ," katanya.

Mohd Jafri yang cedera parah dalam kemalangan mati di tempat kejadian manakala empat penumpang kereta Proton Waja berkenaan hanya mengalami cedera ringan, katanya.

Jurucakap itu berkata, mayat Mohd Jafri dihantar ke Hospital Lati, dekat sini untuk bedah siasat dan kesemua mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Beliau berkata polis menemui sebilah kelewang di sisi mayat Mohd Jafri.

Jurucakap itu berkata polis akan mendapatkan laporan bedah siasat sama ada lelaki itu yang berasal dari Ketereh, Kota Baharu, terkena tembakan polis atau memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. -- BERNAMA

Komen aku:
Insiden dan situasi seperti diatas boleh berlaku kepada semua orang. Apa tah lagi pada zaman ekonomi meleset sekarang ini menyebabkan ramai dikalangan kita mendapat 'stress' dan tekanan perasaan. Bukan gila tau.

Siapa tau, mungkin contoh nya kawan tu tengah berserabut kepala nak bayar 'installment' kereta yang dah tertunggak 2 bulan ke?. Cukai jalan & Insuran pun nak tamat tempoh, duit lagi. Tayar kereta pun dah botak, nak kena tukar, duit lagi. Di tempat kerja kena gasak dengan bos. Balik rumah mak mertua nak relax, makanan pulak tak ada. Keluar nak beli makanan, tiba tiba BANGG...kereta dilanggar orang. Cuba bayang kan kita dalam situasi begitu, bagaimana ?. Tak naik angin ?, tak marah?. Aku tak berani nak kata. Terpulang lah kepada tahap kesabaran masing masing.

Bagi aku, kejadian seperti diatas perlu dijadikan iktibar agar kita sentiasa bersikap dan berfikiran rasional dan tidak terlalu mengikut emosi apabila berdepan dengan sebarang situasi yang tidak kita ingini. Sebagai seorang muslim aku hanya mampu berdoa agar tidak berada di tempat yang salah dan pada waktu yang salah. Kalau berlaku juga itu bermakna ajal sudah sampai.

Sekian.


Photobucket

26 May 2009

Mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat Perak : Tangkap lah selagi boleh !


DITAHAN....Bekas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar antara wakil rakyat yang terlibat dengan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat pagi ini. Beliau ditahan oleh pasukan polis anti-rusuhan (FRU) di hadapan Wisma DAP pagi tadi.Foto THE STAR Oleh: SAIFUL BAHRI.


Aku terdengar dari berita radio jam 1.30 tadi, tangkapan dilakukan kerana mogok lapar. Aku semakin meluat dengan sikap pihak yang semakin takut dan tidak senang duduk dengan apa sahaja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat dan penyokong nya. Sikit sikit melanggar undang-undang, takde permit, perhimpunan haram dan bla...bla...bla. Pakai baju hitam tak boleh!, salah, pakai baju kuning tak boleh!, salah, pakai baju merah tak boleh!, salah dan pakai baju hijau pun tak boleh, salah... sekarang berpuasa, mogok lapar pun salah. Jadi semua serba salah.

Kalau puak mereka buat semua tidak ada masaalah. OOOooooo....sebab kuasa masih berada dipihak mereka. Kuasa yang tinggal nyawa nyawa ikan. Mengapa mereka amat takut hilang kuasa ?, sebab nya mudah.., kerana kalau mereka jatuh, segala tokak dan pekung akan terdedah. Contoh paling nyata adalah di Selangor. Bila jatuh saja kerajaan lama, maka baru lah aku dan sekelian rakyat dapat tahu bagaimana duit@dana rakyat dibelanjakan macam duit mak bapak mereka. Memang tengah marah ni........, oleh itu lebih baik aku STOP.

Sekian

.......................................................................................................................................


Mogok lapar : 8 wakil rakyat PR ditahan di Wisma DAP

IPOH: Lapan wakil rakyat pembangkang adalah antara 19 orang yang ditahan polis pagi tadi kerana didakwa menyertai perhimpunan tanpa permit di kawasan lapang berhampiran Wisma DAP di sini.

Wakil rakyat berkenaan adalah Anggota Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker V. Sivakumar, Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) yang semuanya daripada parti DAP.

ADUN Teja, Chang Lih Kang dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan mematuhi arahan polis untuk bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis.

Selain mereka dua pekerja parti DAP, dua anggota Unit Amal PAS dan dua orang awam turut ditahan polis antara pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Beliau berkata Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu di Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Polis Perak di sini pada pukul 4 petang ini.

Sebelum itu, polis turut menahan lima pekerja lelaki sebuah syarikat pengurusan acara termasuk dua warga negara Myanmar pada pukul 7.30 pagi ketika mereka sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di luar Wisma DAP di sini.

Polis turut merampas satu belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' dan 'Daulat Tuanku' yang dipasang di luar Wisma DAP itu.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...