Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 May 2009

BN tidak tanding di Penanti untuk elak malu lebih besar jika kalah ?

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/05/15/180509-BNinPenanti400.jpg

Boleh dikatakan kebanyakan laman laman blog mengatakan bahawa BN sudah mengaku kalah sebelum bertanding, BN takut kalah dan yang seumpama nya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa itu lah yang sebenar nya. Aku juga beranggapan begitu. BN beri lah apa alasan pun, majoriti umum tidak akan percaya. Antara alasan yang diberi ialah tidak mahu terikut ikut dengan mainan politik pembangkang. Rasional nya, kalau sebelum ini tidak ada satu pun PRK atau semua PRK dimenangi oleh BN, boleh lah orang percaya dengan alasan yang sebegitu.

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah dengan selesa kecuali sedikit kritikal pada 1969 yang menyebabkan rusuhan kaum. Selain dari itu semua nya OK, sehingga kan ada suara suara nakal yang mengatakan 'BN letak tunggul kayu pun boleh menang'. Sebelum ini, ahli ahli parti komponen BN yang terpilih untuk menjadi calun pilihanraya sudah boleh berangan angan untuk menempah 'Bush Jacket' dan bersiap sedia meraikan kemenangan. Sekarang suasana tidak lagi begitu. 'Mood', sokongan dan cara berfikir majoriti rakyat sudah banyak berubah sebab keadaan semasa juga berubah. Hanya segelintir yang masih memainkan lagu lama iaitu pembangunan dan sekali sekala diselitkan dengan perkauman.

Dalam tempoh 50 tahun ini juga BN tidak pernah tidak meletak kan calun untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya. PRK Dun Penanti ini menjadi satu sejarah, apabila BN tidak meletakkan calun untuk bertanding. Kalau nak masuk kan dalam 'Malaysia Guiness book of records' pun memang boleh. Beri lah apa alasan pun, orang tidak akan percaya. Pilihanraya dalam situasi semasa yang tidak memihak kepada BN ada lah merupa kan tulang ikan besar yang melekat di kerongkong BN. Hendak di telan, takut nanti tulang akan merobek tali perut. Hendak ditarik keluar, nanti merobek mulut dan kerongkong itu sendiri.

Bagi aku, BN adalah ibarat yang orang tua tua panggil 'buang tebiat'. Orang yang buang tebiat ini biasa nya akan buat perkara ganjil dan di luar dari kebiasaan yang selalu dilakukan nya dan biasa nya orang buang tebiat ini kita tak berapa perasan sehingga lah orang itu meninggal dunia. Harap harap BN ini bukan buang tebiat nak mati ..............

Sekian.

Artikel berkaitan:
1. BN not contesting in Penanti
2. UMNO BN angkat bendera putih di-penanti

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...