Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

06 May 2009

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap

[mat+sabu.jpg]

P
emimpin lantang PAS, Mohamad Sabu ditangkap secara kasar oleh sekumpulan anggota polis ketika beliau dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berada di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat pukul 3 petang tadi (6/5/09).

Menurut Salahuddin, Naib Presiden PAS itu diberkas oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang menaiki kereta Camry dan Perdana gelap dipercayai dari cawangan Khas.

Beliau diheret ke dalam kereta dengan diperhatikan oleh orang ramai sebelum kereta tersebut memecut ke destinasi yang tidak diketahui.

"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

"Walaupun saya membantah tindakan mereka saya pula ditangkap dan dihumban begitu rupa ditepi jalan," kata Salahuddin ketika dihubungi Tv Antara.

Beliau berkata Mohamad Sabu tidak dapat dihubungi ketika ini dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bagi tindakan selanjutnya.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamadun dan tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kena mengena dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung esok.

Mohamad Sabu dikatakan terlibat dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh 7 Mei, bersempena persidangan DUN.

Penangkapannya dibuat sehari selepas penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

Hari ini juga seramai lima orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditangkap dihadapan kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya apabila cuba menghantar kek hari jadi Altantuya kepada Najib Razak sempena ulangtahun mendiang wanita Monggolia itu yang jatuh hari ini.

TERKINI

Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan Chegu Brd juga telah ditangkap.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com

Artikel berkaitan:
1. Mohamad Sabu ditangkap sebentar tadi - http://harakahdaily.net
2. Tak payahlah tangkap Mat Sabu tu - nizammatsaari.blogspot.com

Komen aku:
Sebenar nya dari awal DS Najib naik berkuasa sebagai Perdana Menteri lagi, aku dah agak dah yang DS Najib tidak akan menunggu lama untuk melaku kan sesuatu seperti ini. Beliau cuma menanti sebab saja untuk bertindak.

Apabila beliau membebaskan tahanan ISA sebaik beliau berkuasa, aku mula bimbang kerana kebiasaan nya pemimpin UMNO/BN apabila berkata dan bertindak selalu nya terbalik (reverse). Kalau mereka kata 'YA', maksud sebenar nya adalah 'TIDAK'. Begitu lah juga dengan lain-lain perkara.


Malaysia dah jadi negara polis, namun begitu disebalik sesuatu kejadian itu mungkin ada HIKMAH nya yang tidak kita ketahui. Dunia sedang perhatikan kita apatah lagi bila Drama bersiri Altantuya siap untuk dipertontonkan seluruh dunia.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...