Logo Hari Guru 2009
Sempena hari guru yang disambut hari ini, aku mengucapkan Selamat menyambut hari guru kepada semua guru guru termasuk lah kepada guru guru yang telah bersara. Bagi aku, jasa seorang guru tidak dapat dibalas dengan wang ringgit yang dipanggil gaji.
Kebetulan dah cerita pasal guru atau biasa dipanggil 'cikgu' aku ingin melontar pandangan aku beza guru dulu dan guru sekarang. Pandangan ini bukan untuk mencari siapa lebih baik?.
Pendapat aku, kuasa cikgu dulu lebih 'power' dan meluas sebab kuasa itu kebanyakan nya diberi sendiri oleh Ibubapa. Aku berkata begitu melalui pengalaman aku dan arwah ayah aku bertemu cikgu cikgu aku. Asal cikgu saja, arwah ayah akan kata " cikgu, anak saya ni kalau nakal rotan lah, asal jangan patah dengan rengkat...sudahhhh...". Bila kena rotan dengan cikgu disiplin atau cikgu kelas, aku tak berani nak mengadu pada ayah sebab kalau mengadu, ayah akan tambah lagi dengan 'getah paip'. Sebab itu aku berani mengatakan cikgu dulu mengajar dan mendidik bukan kerana gaji semata mata tetapi kerana mereka disanjung dan dipandang mulia oleh ibu dan bapa kita masa itu. Zaman yang aku cerita ini adalah sekitar 70an dan 80an dan aku pun dah nak masuk umur 50 bulan oktober 2009.
Sekarang aku cerita guru dizaman 90an hingga sekarang. Bagi aku tidak ada beza sangat cikgu dulu dengan cikgu sekarang. Yang berbeza adalah keadaan masyarakat di zaman mana cikgu itu mengajar. Cikgu sekarang tidak bernasib baik kerana tidak dipandang mulia oleh ibubapa pelajar sekarang dan terlalu dikawal oleh undang undang dan akta yang membantut minat cikgu untuk mengajar. Maka terjadi lah, guru hanya mengajar kepada murid yang menunjukkan minat belajar dan baik budak nya. Sebab murid yang mahu belajar adalah terdiri dari budak baik dan yang nakal memang selalu malas belajar, macam aku dulu...heh...heh..
Zaman sekarang, cikgu salah sikit saja, ibubapa akan datang serang cikgu di sekolah. Tidak cukup dengan itu ada cikgu yang disaman. Media massa pun tak guna satu sen pun untuk mengangkat martabat guru. Mereka cuma pandai memanipulasi cerita sampaikan kes cubit pelajar pun disensasikan. Aku dulu kena cubit dan getu tu biasa saja.
Senang saja untuk mengatasi masaalah disiplin pelajar yang semakin kronik. Buat balik macam cikgu zaman kita dulu dan perbaiki mana yang kurang. Baru baru ini pun aku dengar ada ura ura kerajaan untuk membenarkan kembali hukuman rotan. Buat cepat dan jangan banyak alasan....
Sekian dan sekali lagi selamat hari guru...cikgu!
Sahabat aku dan juga cikgu anak-anak aku Cikgu Budin (kiri) dan Cikgu Karim (kanan)
No comments:
Post a Comment