Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

10 May 2009

Boleh kah Isu Altantuya dihalang dalam kempen di Penanti nanti ?



Isu Altantuya Shaariibuu nampak nya akan terus diperkatakan walau seribu satu undang undang bakal dicipta untuk menghalang nya. Semasa kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tempohari, antara syarat permit ceramah yang dikeluarkan oleh Polis ialah tidak boleh menyebut nama Altantuya Shaariibuu. Ini di sah kan oleh YB Saifuddin Nasution. Beliau kemudian nya menggunakan nama Islam Altantuya iaitu Siti Aminah Abdullah @ Siti Aminah Shaariibuu (Klip Video nya disini)

Samada kebetulan atau tidak, yang menawarkan diri sebagai calun bebas bagi pilihan raya kecil DUN Penanti ialah Aminah Abdullah. Ini sudah pasti akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat untuk meraih undi. Di tambah pula dengan maklumat yang menyatakan bahawa bapa Altantuya akan hadir sepanjang pilihanraya kecil itu berlangsung. Walau pun tidak berkempen, kemunculan En. Shaariibuu sudah pasti merimaskan pihak UMNO/BN yang sehingga kini pun masih terkial-kial mencari alasan dan keputusan samada mahu bertanding atau tidak.

Sekian


............................................................................................................................................

Ahad Mei 10, 2009
PULAU PINANG: Aminah Abdullah, yang menawarkan diri sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, menolak tanggapan bahawa calon yang tidak mewakili sebarang parti politik tidak boleh memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

Beliau berkata, perkhidmatan kepada masyarakat memerlukan keikhlasan serta kesungguhan dan bukan dibuat secara terpaksa, mencari populariti atau mahukan nama.

Ketika ditemui Bernama di sini semalam, beliau berkata, wakil rakyat seharusnya berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, bukan menggunakan status itu untuk mencari populariti dan mengaut keuntungan untuk diri sendiri. Berita penuh disini.


Artikel berkaitan:
1. calon PRK N12 Penanti - http://nmjnh.wordpress.com

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...