Saya sangat teruja membaca The New Straits Times hari ini berkenaan dengan kemungkinan saya dan empat lagi rakan ADUN BN, iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) dan Mohd. Isa Abu Kassim (Batang Kali)akan digantung.
Keterujaan itu bukan kerana pergantungan yang bakal saya hadapi tetapi kenyataan oleh Speaker DUN Selangor, YB Teng Chan Kim yang antara lain dipetik oleh NST berkata, “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”
Bayangkan jika kata-kata ini diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional. Reaksi yang bagaimana akan muncul di sebahagian blog dan laman web orang-orang muda?
Untuk pengetahuan umum juga, saya dan empat lagi ADUN BN didakwa menghina dan mencabar integeriti DUN kerana mengkritik perjalanan Selcat dan Enakmen 2008 di dalam media massa.
Orang awam mungkin tidak menyedari bahawa pada tahun lalu kerajaan Selangor telah meluluskan satu Enakmen yang dipanggil Enakmen Penghinaan Dewan 2008. Enakmen ini atara lain dalam Seksyen 3 menyatakan ia boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.

Bayangkan juga jika tindakan sedemikian diambil ke atas pemimpin parti mereka yang saban bulan mengkritik Speaker, Parlimen dan Undang-undang termasuk ISA yang diluluskan oleh Parlimen.
Demokrasi dan kebebasan bersuara lebih mudah diucapkan dan dilaungkan apabila tiada kuasa. Apabila berkuasa, mereka yang naik menggunakan slogan-slogan ini juga mungkin melupakan.
Saya tidak mahu membuat sebarang justifikasi. Semua ini sekadar lontaran fakta untuk kita tafsirkan bersama.

Sumber: http://www.drkhir.com
Artikel berkaitan: http://ahmadtarmizi.blogspot.com-klip video
Komen Aku:
Assalamualaikum DS Khir,
Apa yang boleh aku katakan ialah akhir nya dapat juga DS merasa dan memahami keadaan bagaimana seseorang yang berkuasa apabila kehilangan kuasa. Aku sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik, cuma sebagai rakyat yang berhak mengundi aku rasa perlu ada pendirian parti politik mana yang perlu di pilih.
DS khir, mengapa DS bangkit kan isu seperti diatas?. Semasa DS berkuasa di Selangor sebagai menteri besar, apa yang DS tidak laku kan. Segala yang menjustifikasi kan DS sebagai orang berkuasa semua nya DS lakukan. Contoh paling jelas menunjuk kan betapa sombong dan angkuh nya DS ialah menghadiahkan penyapu. Masa itu DS berkuasa kan !. Adakah sesiapa di pihak DS berani komen atau kritik ?. Rasa nya tidak ada. Sebab nya DS adalah MENTERI BESAR dan siapa yang berani, memang lah dia sengaja 'menempah maut.' Berani DS nafi kan apa yang aku katakan ini ?.
Mengenai isu pendengaran awam SELCAT dan BALKIS, aku nak tanya DS, mengapa kah DS tidak mahu memberi kerjasama?. Minta maaf ye DS, aku dan ramai lagi rakyat Selangor dan Malaysia telah pun menonton klip Video Selcat dan Balkis. Tidak kah DS mahu mengaku bahawa memang terdapat terlalu banyak kepincangan dan salah guna kuasa yang berlaku.
Aku nak tanya DS lagi.., bagaimana kalau UMNO/BN tidak jatuh di Selangor dan DS masih lagi berkuasa ?, adakah semua penyelewengan ini akan di ketahui oleh rakyat ?. Jangan mimpi lah.., aku rasa sudah tentu rakyat tidak tahu dan DS & Company akan terus selesa dengan rutin yang biasa sebagai orang berkuasa.
Satu lagi, pada pendapat peribadi, seingat aku tidak ada satu pun manafaat secara langsung yang aku dapat sebagai rakyat Selangor yang tidak menyokong UMNO/BN. Berbeza dengan kerajaan yang mengganti kan kerajaan pimpinan DS, dapat juga seluruh rakyat Selangor yang tidak mengira apa parti merasai RM 11.06 untuk rebat air. Memang lah tak banyak mana, tetapi cuba tanya kepada tukang sapu yang gaji nya RM 550 sebulan dengan isi rumah seramai 5 orang. DS pernah tak fikir benda begini masa berkuasa dulu ?.
Berkaitan isu Penghinaan Dewan. Aku tak belajar tinggi tapi aku harap DS Khir boleh membezakan apa itu mengkritik dan apa itu menghina. Setahu aku menghina selalu sinonim dengan mahkamah. Aku tak pasti samaada SELCAT sama macam mahkamah. Kalau sama atau setaraf, maka memang DS menghina.
'Demokrasi dan kebebasan bersuara lebih mudah diucapkan dan dilaungkan apabila tiada kuasa. Apabila berkuasa, mereka yang naik menggunakan slogan-slogan ini juga mungkin melupakan'. DS kata begitu bila kuasa dah tak ada, masa ada kuasa dulu, pembangkang pun DS tak mahu ada di DUN Selangor. DS lupa ke pada slogan dan misi 'Pembangkang Sifar'. Apa maana nya itu?. Ada kah itu demokrasi dan kebebasan bersuara ?.
Maaf DS.....Sekian
No comments:
Post a Comment