Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

02 May 2009

Tukar istilah kepada Influenza A : Hanya kerana nak jaga industri babi

Masa Selsema Burung melanda, tidak pulak ada orang yang cadang supaya tukar istilah kepada 'Avian Influenza'. Begitu juga penyakit kuku dan mulut yang menjangkiti lembu, tidak pun ada yang beri cadangan supaya guna istilah sapi influneza s atau apa saja. Mengapa bila SELSEMA BABI menyerang dunia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai minta tukar dan guna istilah Influenza A atau H1N1. Alasan nya boleh di baca dalam keratan berita dibawah.

Aku berpendapat kenyataan Menteri Kesihatan kita itu hanya lah untuk menjaga industri BABI dan juga pengusaha/penternak BABI. Mungkin kalau tukar istilah maka penjualan daging babi akan kembali meningkat agak nya, sebab orang tak perasan. Nampak sangat lah bahawa dalam soal kesihatan yang kritikal begini pun Kementerian Kesihatan Khusus nya seperti tunduk kepada pengaruh pengaruh industri BABI.

Aku juga berharap agar orang ramai tidak terkeliru dengan istilah perubatan dan kod-kod saintifik kerana ia nya hanya untuk menyedapkan hati sahaja. Walaupun wabak ini dikatakan tidak berpunca daripada kandang babi, tapi boleh ke kita percaya?.

Apa yang aku percaya ialah SELSEMA BABI, punca nya adalah dari BABI dan bukan dari lembu atau ayam. Nanti kalau ada wabak selsema ayam, aku rasa tentu kena pakai istilah Influenza.. juga. Sebab apa?. Aku rasa ramai orang tahu siapa disebalik industri ayam negara, namun itu cuma andaian..

Sekian.

-------------------------------------------------------------------------------------------------




Guna istilah influenza A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mulai sekarang akan merujuk wabak selesema babi sebagai influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar kecil) berharap pihak media akan menggunakan istilah baru itu bagi tujuan penyeragaman berbanding istilah selesema babi ketika ini.


"Dengan penyeragaman nama wabak influenza A(H1N1) ini, ia akan memudahkan laporan, berita akan lebih tepat dan tidak akan menimbulkan kebimbangan kepada mana-mana pihak," katanya selepas mengadakan wawancara di stesen Radio Star FM di sini semalam.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut di sebalik penukaran istilah tersebut melainkan berkata: "Ia adalah istilah yang ditetapkan oleh WHO.'' Tiong Lai berkata, hasil siasatan WHO mendapati penyebaran wabak itu bukan berpunca daripada kandang-kandang babi yang terletak berdekatan desa di Mexico, negara pertama yang mengalami wabak itu.

Sumber: http://www.kosmo.com.my

Photobucket

1 comment:

Shahnon said...

Salam,
Saya pun pada mulanya berpendapat seperti saudara juga. tapi setelah membuat bacaan lanjut rupa-rupanya arahan penukaran istilah itu bukan melibatkan kerajaan Malaysia sahaja, tapi daripada badan dunia, WHO. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...