Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

17 May 2009

Ceramah perdana Stadium Malawati-16 mei: Sepintas lalu

Semalam ada ceramah perdana di stadium Malawati, Shah Alam. Penceramah terdiri dari Y.B Nasharuddin Mat Isa (PAS), Y.B Dr. Hasan Ali (PAS), Y.B Gobalakrishnan (PKR) dan Ronnie Liu (DAP).

Tetamu jemputan khas adalah YAB Ir. Nizar Jamaluddin ( Menteri Besar Perak) dan Y.B Sivakumar (Speaker DUN Perak).

Aku tak pergi ke stadium, cuma mengikuti 'live' melalui http://webtv.pas.org.my/v2/. Biasa lah talian internet di Malaysia ni. Charge nya mahal, tapi kelajuan terkemut kemut macam siput. Asyik buffering memanjang. Walau pun sangkut sangkut dapat lah juga dengar dan tonton ucapan Y.B Nasharuddin Mat Isa dan Alhamdulillah, tayangan video peristiwa DUN Perak pada 7 mei serta ucapan YAB Nizar lancar tanpa sangkut sangkut. Kalau ada pun sekali dua aja.

Dari Y.B Nasharuddin, beliau memberi tahu bahawa undang undang dan peraturan baru yang diperkenal kan oleh SPR seperti tidak membenarkan pondok panas telah ditarik balik setelah rombongan PAS pergi berbincang dengan SPR.

Dalam slot tayangan video Sidang DUN Perak 7 mei, dapat dilihat tanpa sunting bagaimana Speaker Sivakumar diangkat dan diseret oleh polis tidak beruniform. Sehingga Raja Muda Perak masuk pun, polis polis ini tidak beredar.

Kemudian YAB Nizar berucap menerangkan rentetan cerita kemelut di Perak dari hari 3 orang ADUN PR melompat ke BN sehingga lah kepada keputusan mahkamah rayuan baru baru ini. Beliau mendedahkan bahawa salah seorang hakim yang mendengar permohonan Zamry adalah Ramly Mohd. Ali, hakim yang nama nya pernah disebut dalam klip video V.K.Lingam.

Di harap ada rakaman video untuk program ceramah perdana ini dan kalau ada aku akan cuba masuk kan dalam blog aku ini.

Sekian.

Artikel berkaitan: Nizar; suk cuba halang saya bertemu Tuanku (http://greenboc.blogspot.com)

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...