Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 May 2009

PRK Penanti: ramai Polis & petugas parti dari pengundi



Kemaskini 11.00 am
Sembilan pusat mengundi DUN Penanti dibuka pagi ini tepat jam 8.00 pagi. Daripada sembilan pusat mengundi itu, lapan ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di Dewan Orang Ramai.

Menurut SPR, selepas 2 jam waktu pengundian (10.00 pagi) hanya terdapat kira kira 2,250 daripada 15,384 pengundi telah keluar mengundi yang mana peratusan nya adalah 14.6 %. - utusan/malaysiakini

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/images/stories/2009may11/3105voting01dap01.jpg
PKR’s Dr Mansor, accompanied by Chief Minister Lim Guan Eng and DAP supremo Kit Siang visiting the polling station at SJK(C) Jit Sin, Berapit. – Picture by Choo Choy May

Kemaskini 12.30 am
Menurut SRP, menjelang tengahari seramai 4,593 pengundi telah pun keluar membuang undi. Peratusan keluar mengundi meningkat kepada 29.86% - the malaysian insider

Kemaskini 2.00 pm
Sedikit kekecohan berlaku di SK Mengkuang apabila SPR memerintahkan sebuah pondok panas yang didirikan oleh PKR dirobohkan. Kekecohan berlaku diantara Gobalakrishnan dengan Penolong Pengurus Pilihanraya tetapi akhirnya ditenteramkan oleh kepimpinan PKR yang lain.- PerakExpress.com

Kemaskini 5.00pm
Pusat pusat mengundi ditutup tepat jam 5.00pm. Bernama melaporkan peratusan keluar mengundi hanya mencecah 46.15%. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ngah Senik menyatakan bahawa dari jam 8.00 pg. hingga 5.00 ptg, hanya 7,100 daripada 15,384 yang berdaftar keluar mengundi. - thenutgraph.com

Kemaskini 7.20 pm - Keputusan rasmi
Dr. Mansor menang dalam PRK Penanti dengan majoriti 5,558. Beliau mendapat 6,052 undi. Pencabar beliau yang paling hampir ialah Nai Khan dengan 494 undi, diikuti oleh Aminah dengan 392. Seorang lagi calun bebas, Kamarul hanya mendapat 56 undi. Kesemua calun bebas hilang wang pertaruhan. - malaysiakini


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...