Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

27 May 2009

Mengamuk bila kereta kemalangan, akhir nya maut akibat kemalangan kereta


Kalau yang depan itu kereta anda, apa macam? - Gambar hiasan

Lelaki Maut Selepas Mengamuk, Keretanya Terlibat Kemalangan

PASIR MAS, 26 Mei
-- Seorang lelaki maut setelah mengamuk dan terlibat dalam kemalangan kereta yang dilarikannya selepas keretanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain sebelum itu, di Kilometer 20 Jalan Lubok Jong-Tanah Merah.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.20 petang itu, Mohd Jafri Ibrahim, 33, yang pulang ke rumah mertuanya di Kampung Cherang Hangus, di sini, dikatakan keluar untuk membeli makanan apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Chevrolet Avio.

Mohd Jafri yang berang mengeluarkan sebilah kelewang dari kenderaannya dan melibas-libas ke arah pemandu kereta Chevrolet berkenaan dan kereta lain yang lalu lalang di situ, kata seorang jurucakap polis kepada pemberita di tempat kejadian.

"Kebetulan pada masa itu sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan. Apabila melihat tingkah laku lelaki yang agresif itu dua anggota polis berkenaan cuba menenangkannya.

"Lelaki itu membuka bajunya dan cuba menyerang anggota polis dengan senjatanya menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri," katanya.

Dalam cubaan untuk melarikan diri, lelaki itu menahan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Nissan Sunny 130Y dan mengarahkannya keluar dari keretanya dan merampas kenderaan itu.

"Beliau memandu laju menghala ke arah Lubok Jong. Bagaimanapun kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja kira-kira dua kilometer dari situ," katanya.

Mohd Jafri yang cedera parah dalam kemalangan mati di tempat kejadian manakala empat penumpang kereta Proton Waja berkenaan hanya mengalami cedera ringan, katanya.

Jurucakap itu berkata, mayat Mohd Jafri dihantar ke Hospital Lati, dekat sini untuk bedah siasat dan kesemua mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Beliau berkata polis menemui sebilah kelewang di sisi mayat Mohd Jafri.

Jurucakap itu berkata polis akan mendapatkan laporan bedah siasat sama ada lelaki itu yang berasal dari Ketereh, Kota Baharu, terkena tembakan polis atau memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. -- BERNAMA

Komen aku:
Insiden dan situasi seperti diatas boleh berlaku kepada semua orang. Apa tah lagi pada zaman ekonomi meleset sekarang ini menyebabkan ramai dikalangan kita mendapat 'stress' dan tekanan perasaan. Bukan gila tau.

Siapa tau, mungkin contoh nya kawan tu tengah berserabut kepala nak bayar 'installment' kereta yang dah tertunggak 2 bulan ke?. Cukai jalan & Insuran pun nak tamat tempoh, duit lagi. Tayar kereta pun dah botak, nak kena tukar, duit lagi. Di tempat kerja kena gasak dengan bos. Balik rumah mak mertua nak relax, makanan pulak tak ada. Keluar nak beli makanan, tiba tiba BANGG...kereta dilanggar orang. Cuba bayang kan kita dalam situasi begitu, bagaimana ?. Tak naik angin ?, tak marah?. Aku tak berani nak kata. Terpulang lah kepada tahap kesabaran masing masing.

Bagi aku, kejadian seperti diatas perlu dijadikan iktibar agar kita sentiasa bersikap dan berfikiran rasional dan tidak terlalu mengikut emosi apabila berdepan dengan sebarang situasi yang tidak kita ingini. Sebagai seorang muslim aku hanya mampu berdoa agar tidak berada di tempat yang salah dan pada waktu yang salah. Kalau berlaku juga itu bermakna ajal sudah sampai.

Sekian.


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...