Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

22 May 2009

PRK DUN Manik Urai: BN dinasihat tidak letak calon - Dato' Mustafa Ali

http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_lanm_kelantan/ismail%20yaakub.jpg....http://www.nst.com.my/Tuesday/National/2519394/insidepix1
Allahyarham Hj. Ismail Yaacob
............................Dato' Mustafa Ali........

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) dari terus malu dengan siri kekalahan pilihan raya kecil, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali mencadangkan parti itu tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manik Urai nanti.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Agung tengah hari tadi berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob pagi tadi.

Mustafa juga berkata, sekalipun BN menyertai pilihan raya kecil itu dan ditakdirkan menang ianya tidak boleh mengubah kerajaan PAS Kelantan.

" Oleh kerana senario BN yang kini berfikir soal duit yang tidak ada dan membazir (jika buat pilihan raya). Saya cadangkan Umno tak payah masuk dalam pilihan raya kecil. Saya yakin BN akan kalah. Duit habis, malu lagi," katanya.

Jelasnya, PAS akan mengikut perlembagaan yang ditetapkan, dengan meletakkan calon dalam pilihan raya Dun Manik Urai nanti.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dirawat sejak 26 April.

Seminggu selepas dimasukkan ke wad beliau dipotong sebelah kakinya memandangkan keadaan penyakitnya semakin menular. Beliau menderita penyakit gaot sejak kembali dari Makkah setahun lalu. - mks.

Sumber: harakahdaily

Komen aku:
Waw ! bisa nya Cikgu Pa punya kata kata ni. Ini betul punya perli, menikam menusuk ke kalbu. Ada juga benar nya kata kata Dato' Mustafa Ali tu. Sekarang ini BN dah mula mengamalkan sikap jimat cermat. DS Najib sendiri bagi alasan tak nak bertanding di Penanti kerana tak nak membazir duit rakyat.

Namun begitu Cikgu Pa, tak baik lah perli diaorang tu lebih lebih sebab takut nanti terbalik kena kat kita balik. Bukan apa.., teringat dulu dulu, Ayah Chik ada kata Lim Kit Siang dan Karpal Singh adalah ibarat 'ubat yang tamat tempoh'. Aleh aleh, mereka dua orang yang menang, Ayah Chik yang kalah. Ahhhh..itu cerita lama kan....

Akhir kata, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Haji Ismail Yaacob, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Amin.

http://www.harakahdaily.net/images/stories/utama/pic_lanm_kelantan/mail.jpg
Tuan Guru Nik Aziz semasa menziarahi Allahyarham -gambar harakahdaily

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...